25 August 2014

Redmi


dah berkenalan dengan Redmi?

ape tu Redmi??
ni die...




nak tengok info bleh tengok kat >>> Redmi 1s atau Redmi Note
opening price katanya...
mengade betoll

bagi aku murah la untk smartfon yang pakai Quadcore processor 
aku ni memang nak hat laju aje nak surf tenet dengan jayanya.

oih.. sabtu lepas (23hb) besday aku... 
korang takmo adiah kat aku ke???

maka baca ayat kursi banyak2 sebagai pendinding napsu bio tak terbeli sbijik walaupun mata aku nak juling tengok Xiomi murah.
kah3

p/s: bang.. nak adiah smartfon buleh?? 
*gosok ajim

21 August 2014

Solok Duku Homestay


semalam kemas2 pendrive jumpe gambar2 lama..
sebelum buang mehla kita share.

ni bulan 6 aritu kot aku pi melaka. Iqa tunang.
rumah diorang kecik je takkanla aku nak menyemak.
so kita carik homestay jelah.

duduk kat Solok Duku Village.

not bad. tak jauh dari majlis. dalam 10 menet aje dah sampai.
aku sewa family Room. Rm100 1 malam rasenye. lupe sudahh


ada 1 queen bed 1 single bed
ade ekon ade kipas.
towel kena mintak. sabun mandi takde. sila beli.
nassib baik aku memang jenis yang bawak shower gel sendiri mane pegi.
pakai hotel punye mandian tak puas.

bilik not bad.
nama pon homestay janganla harap macam hotel 5 bintang.
asal ade tempat tido tempat mandi dan bersih pon dah Alhamdulillah.

pintu putih tu pintu bilik air

sekali bukak kena turun tangga terus..
besar gedabak bilik air.
kalo bilik tak muat ko bentang aje toto tido dalam ni. hahahahahaha

tukang buat inspection memang die pon.
kalau tak bersih ke.. geli2 ke, die mengomel la.
tapi kali ni die jakun kot.. jumpe bilik air besar kemain

bos besar ni macam biase...
layan feel die aje

ni depan homestay.
ada ruang lepak2
parking pon besar





lepas check in.. kasi budak2 mandi dulu then kita pergi makan..
kat mane??
nantila aku sambung.

afiq kata.. 
biarlah rahsia...
hahahaa 


20 August 2014

Cara check status IPT kat MQA


semalam mak cakap Lisa nak masuk kolej. 
mak ok je sebab dekat dengan rumah then bayaran masuk tak mahal.
aku plak dah susah hati sebab aritu nyaris masuk kolej apo ntah kat Melaka bila aku search detail kolej tu pembongak. menipu duit student aje sebenonye. burn la duit buking Rm50. 

aih cuak pulak.
so aku gugel sikit nama Kolej tu.
sudahhh... ada yang kata kolej tu menipu la hape la.. 
adoila.. tapi point die takla strong sangat.

aku survey kat member2 kat fb ada jawapan positif ada negatif pulak.




then aku call mak.. mak cakap mak dah pegi kolej tu.
sume ok aje.
tempat ok... penaung die Syed apo ntah.. mak kata mak kenal la orang tu.
orang tua ni asal kenal je ingat orang tu baik.
makanya aku tanya kursus ape Lisa nak amek tu mak??

untuk sedapkan hati sendiri aku check la kursus tu diiktiraf ke tidak.

camne nak check Akreditasi MQA??

1. mula2 bukak web http://www.mqa.gov.my/

2. pastikan ko pilih kat bahagian pelajar.
pahtu klik Daftar Kelayakan tu.


3. then masukkan sikit keyword or ape2 info yang korang tau kat form tu.
kalau dapat full detail lagi bagus kan...


4. then akan keluar la mana2 yang berkaitan dengan keyword tu.

adik aku nak masuk yang pengurusan pejabat tu.
Alhamdulillah nampaknye diiktiraf.
lega la sikit.
takla pening kepala mak aku dah.



19 August 2014

Begedil Sodapp


hahaha sedap lah sangat..
eii sedapla tu bila semalam tetiba ade orang wasap mintak resepi. hahahaha
*panggg*

aritu opeh house nak buat mihun soto.
so bahan2 soto kena lah lengkap.

setakat sup die lepas la aku buat.
tapi soto xde begedil memang tak sodap.
makanya gedik nak tempah begedil.
ommaaaa... sebijik hat kecik 30sen hat beso 50sen.
takpolah.. aku buat sendiri jela.

pahtu aku tanya sifu gugel. "begedil simple"
hahahah
punyela pemalas.. ayat simple kena letak.
tapi sumenye macam kena tambah macam-macam.

ok aku buat dengan isi penting ajela.

Bahan-Bahan:

5-6 biji Ubi Kentang (direbus /goreng then lecekkan)
Daging cincang (beli siap hat ramly aje)
Bawang goreng (kalau rajin gorengla bawang sendiri. aku pakai bawang goreng siap je)
 daun sup  (ricih halus2. lagi halus lagi best biar time makan tu tak lekat kat tekak)
1 biji telur (letak dalam adunan)
2biji telur (untuk celup & goreng)
garam secukup rasa
tepung jagung (bila perlu)

dah.. tu aje...

ada yang nak letak lada sulah pon boleh. lg sedap
aku malas nak beli. hahahaha

aku nak buat banyak, maka aku doublekan resepi tersebut.

  • kentang dalam 15 biji. aku rebus letak garam sikit biar resap dalam kentang then dah lembut boleh toaskan. lepas tu lecek2 kasi hancur sume..
  • lepastu letak sepeket daging kisar. (yang ni terpulang nak banyak daging atau sikit). aku suke banyak. maka habiskan 400gram daging tu)
  • then letak daun sup ngan bawang goreng sekali.
  • pecahkan telur. disebabkan telur tu kecik aku guna 3 biji.
  • ok boleh gaul biar semua ngam jadi macam doh. 
masa bulat-bulatkan begedil tu, rasa sendiri terlalu lembik ke rasa ok ngam2 boleh goreng.
pastikan jangan lembik sangat nanti goreng pecah
kalau rasa2 lembik tu boleh tambah tepung jagung. kalau dah ngam2 tak payah tambah tepung jagung dah.

dah separuh goreng baru teringat nak amek gambar doh.

lepas siap bulat2 letak tepi dulu.. nak goreng baru celup dalam telur then terus campak masuk kuali.
jangan masuk dalam telur lama2. kang lembik begedil tu.

nak garing2 sodap??
letakla sesudu tepung jagung dalam telur tu. hhehehehehe
memang rase sedap laaa..
kalau telur sikit.. tepung pon sikit aje. buat rasa aje.

nak goreng ikan garing2 sedap pon boleh celup dengan tepung jagung sikit tau..
sodapp!!

taraaaaaa

mula2 comelll je begedil aku...
sekali dah malas amekkawww besar gedabak sebab dah pukul 2am. hahaha

modal x sampai rm15 dapat 1 tray begedil ohsem.
puas hatii...
pahni tak payah tempah lagi dah!


p/s to zura, gudlak okeh!



15 August 2014

Muhammad Afiq Nuqman



Lately bdak sorang ni memang terover manje ngan aku tau..
bangun tengah2 malam mencarik aku.
kadang2 datang dengki ajim letak die tepi.. ajim tido tengah.
die sanggup turun katil lalu kat kaki naik balik pi sebelah aku.
pahtu ajim tarik tangan die menangis2 takmo padahal bukan aku pi tempat lain pon.

kat rumah kemain bahagia main ngan Adeeb. tetiba aku balik tros start enjin dia tu..
ehekk ehekkk ehekkk
pahtu sembam muka kat peha aku.
ngado nehhh...

tiap2 hari bali kerja kena terus buatkan susu untuk dia pahtu sama2 baring atas katil dalam setengah jam camtu khas untuk peluk2 dengan dia aje..
sambil peluk2 tu dengar cerita Adeeb bkat sekolah tadi or cerita kat transit.
lepas dia dah boring baring2 tu dia dah bangun nak pi main baru aku bleh tukar baju ke mandi ke hape..
kalau tetiba aku rushing tros buat kerja lain ko tengok dia punya tantrum macam aku dah buang dia kat tepi jalan.

tak kira la aku dah mandi ke belum. ketiak ni jugakkkk la yang wangi nya.
hahahaha bab tu aku bangga. 'bajet tak mandi pon aku wangi jugak'. hahahah

malam tadi Afiq tido awal pukul 8.30.
pahtu ajim balik pukul 12 pindahkan dia tido sebelah Adeeb.
then dia boleh bangun mencarik aku.
aku bangun pi toilet dia mamai2 tu sanggup duduk tunggu aku jugak.

pagi tadi ntah hape anginnya aku nak pi keje dia nak ikut. dah siap pakai selipar. aku cakap Afiq pi ngan ayah. selalu dia ok aje. arini sampai guling2 atas lantai. alahai sian pulak.
ok la jom turun ngan ibu.. kita tunggu ayah kat bawah.

pahtu kat depan rumah, eh beg mane? pi amek beg Afiq. kemain berat kaki melangkah nak pi amek beg takut aku tinggal dia. pegilaaa ibu tunggu ni.. ok baru pi amek. tu pon kejap2 pandang belakang takut aku lari. 

sampai kat bawah tunggu kat kereta Ayah.
then ayah datang, ok jom naikkkk.
selalu bila pi jalan sama2 ajim tolong die naik. aku pulak naik kat sebelah depan. padahal kalo kerja kami naik kereta asing. so aku rasa dia assume nak pi jalan jugak arini. 

die pon gigih naik kereta.
aku naik kereta aku... then aku jalan.
slowkan kereta kat sebelah kereta Ajim. babai.. ibu pi keje ya..
selalu dia ok aje asalkan dah masuk kereta ayah kemain melambai aku.
arini tengok rupenye ibu naik kereta lain teros melalak die sekuat hati... uwaaaaa

alahai ciannyeeee
otw pi opis tu kami sehala dalam 5 minit pertama.
bila sampai simpang ajim potong aku then aku lambai la Afiq.
die tengok aku, takmo lambai dah.. majok la tu..
muka cebik2 nak nanges dah..
die tenung je sampai la kat simpang tu aku masuk kiri ajim terus..

kat situ aku lak nangis.
sian Afiq..
petang kang kita jumpa ye nak..
sobss...

time2 macam ni la yang aku rasa nak cuti tanpa gaji.
time2 ni la aku rasa nak berenti teros. tak payah koje.

alahaiii anak..


14 August 2014

Jamuan Raya

Semalam kat Unit aku ada jamuan Raya.
unit ni ada 5 sektor berlainan dan beberapa bahagian.
setiap unit dan bahagian akan sponsor sejenis hidangan.

then unit ni memang ada collect yuran bulanan sorang RM6 sebulan.
so menu utama memang peruntukan dari duit kelab sahaja.

Kelab sponsor Nasi Arab, Kambing golek dan Sate sebagai menu utama.
then setiap sektor dan bahagian akan sponsor 1 jenis menu yang tak sama.

so jadilah lambakan menu yang aku sendiri tengok pon nak muntah kekenyangan.

selain jamuan raya.. disekalikan dengan sambutan harijadi staff setiap bulan.
yang ni memang acara bulanan.
so bulan ni alang2 dah ada majlis kita sekalikan aje.
dah berlambak makanan tambah pulak kek 3 bijik.
kepitaman disitu..





salah satu sponsor adela ROjak
aku amek timun ngan sengkuang aje. banyak2 letak dalam pinggan, letak kuah.
sekali kepedasan.
bawak kat meja makan slow2.. dekat 3 jam baru abes. *nangis* 
  
aku duduk tingkat 6. kat floor aku ni boleh lepak2 kat luar. so kite bagi special sikit bakar sate ngan kambing golek kat luar ni. barula fresh. 

sebelah kambing.. sebelah sate.



kambing siap ade wedges ngan roti bakar bagai. coleslaw pon ado.
sayangnye sos die kurang kick laaa
diorang asak pon nak cepat. potong besar2..
tak garing ler.

ni sektor aku sponsor. Sektor D.
Yong Tau Fu 

roti jala kuah kari dengan pulut ngan serawa Durian.
ni menu pertama aku usik.. pulut sikit je.. kuah durian 3 senduk. hahaha


ni apee ha?? nasik dagang ke kerabu?
aku tak makan. tapi sume kata sedap

laksa johor

disebabkan besday pompuan cantik jatuh bulan ogos dapatla celebrate sekali.
diorang panggil nama.. dapat kad besday. skali yang sampaikan KSP kauuu... kih2..
pahtu ada sessi potong2 kek, tapi aku tak join..

kambing golek special request mintak nipis2 & garing2.
sos tak sedap takpe.. kite amek kosong. 
sodappp


hoih eskrem pon adoo..
mula2 amek ni aje.

pahtu tak cukup amek pakai mangkuk.
1 umi punye.. 1 aku punye..
eh sama tuan ek?
hahahahaha

kuih ijau tu tapau untuk nuqmans.
peberet diorang tu 

lepas tu kekenyangan.
kite tido bawah meja..

ZZZzzzzzzz







12 August 2014

Open Raya


Alhamdulillah...
ahad lepas aku buat open tak berapa open house la.
untuk kawan2 terdekat jugak.
puncanya family melaka datang sini sume. ok alang2 aku rajin jempu orang beraya meh jemput mane2 yang berkesempatan.
tetiba pulak datang rajin aku..

macam biasa order mee kari ngan roti jala kat Sya.
boleh pinjam mangkuk sudu & garfu skali.
aku mane la ade pinggan mangkuk banyak2 duduk dalam rumah pon 4 kerat aje.
then aku memang tak suke makan dalam mangkuk polistrin. makan tak puas okeh..
rase kedekut aje.. pahtu nak pegang tak balance. silap2 tumpah..
huih pembaziran.

aku masak soup.. celur mihun 4 peket.
buat begedil ngan sambal kicap untuk sup tu. resepi search kat tenet aje.
nasi impit beli 3 peket besar. kuah kacang aku tempah kat Kak Yati blok 2. bagi die Rm50 sekali die bagi aku 1 periuk beso. terkujat aku.. bapak banyakk.. 
pahtu epicnye adelah bila tiba2 aku nak buat rendang.
hahahahahaha

gugel2 resepi konon nak buat kejutan. barang dah siap2 beli semua aku dah sediakan sabtu pagi.
pahtu bantai pi beraya 3 bijik rumah. tak sedar diri sungguh. rumah aku macam tongkang pecah tinggal gitu aje. aku pi beraya pulak. balik dah dekat pukul 9. time tu la Afiq nak tido. time tu la nak kemas rumah. time tula aku nak buat begedil nak merendang bagai.
begedil memang best.. bahan2 simple aje.. tapi leceh nak buat. aku pemalas.. mula2 comel2 begedil tu pahtu terus besar2 nak cepat habis. hahahaha

rendang pulak.. resepi dah depan mata.. bahan2 dah siap sedia.. tapi ati tetap tak confident.. so marilah call sifu...
"mak, camne nak buat rendang?"
hahahaa
last menet ko tanye memang dapat leter dulu laaaa...
"apee??? nak masak sekarang baru nak tepon? bahan2 cukup ke tidak tu?? ko ni suke buat keje last menetttt..."
lalalalalalalala
suara mak merdu laaa

huh nasib baik tanya sifu.. ade bahan tambahan rupenye. alhamdulillah memang ade dalam rumah aku ni. so kite masak la.. haaa amekaw.. pukul 3am laki bini tido.

besok bangun pagi2 panaskan redang, jemput kuah kacang.. masak kuah kicap.. susun makanan.. celur2 bahan... rebus daging.. masak kuah sup, celur mihun..
pukul 11 siap..
pahtu tak senonoh baru nak masuk bilik lipat kain. kah3..
12.30 tengah rajin melipat orang bagi salam..

bermula lah episod aku punye majlis.
Alhamdulillah punye la ramai orang datang, afiq pon seronok ramai kawan terus tak menghadap aku dah. ramai jugak yang aku tak dapat layan2 borak. kejap2 celur mee, kejap2 tambah hidangan, kejap2 basuh mangkuk..

kembang setaman bontot aku ni diorang puji menu sume best2. hahaha
rendang aku berani buat sikit je. sekilo setengah.
tau2 pukul 4 camtu dah licin.

cakap sampai petang. tapi tetamu last pukul 9pm.
maghrib tu aku jalan dah tempang. tumit sakit. betis aku rasa mcm kena ikat batu bata. hahahahaha

kemain lagi ajim.. pahni kite boleh bukak kedai makan niii..
haa banyak laa... sehari ni pon nak pengsan dahh

paling best sekali...
sekeping gambar pon aku takde.
huwaaaaaaaa

xpela..
seronok jumpe korang semua.
lain kali datang lagi ye...
eh.. lain tahun.
hahahaha

**nanti aku share resepi rendang ngan begedil best aku tu yeee...
 


06 August 2014

Adeeb kat opis lagi



Arini kak ida takde. so adeeb takde transit petang ni.
macam biasa balik sekolah aku amek kena makan dulu.

lepas dah kenyang naik opis, aku bentangkan selimut kat bawah meja, letak bantal then suruh dia tido kat bawah meja. macam kejam je kan?
dah kena bawak opis nasibla..

bawah meja tu terlindung dari lampu, so malap2 & suram sikit. pahtu dah sedia dalam ekon. kompemla tido lena. selalunya diorang tido dalam 2.30pm then dalam 4.30 baru bangun. 
tido kat rumah pon tak lama macam tu.
sekli sekala petang2 tido dalam ekon sedapla...

kat rumah aku kedekut. ekon pasang bila malam aje.
tu pon dah tengah malam aku tutup.
catuan elektrik adelah wajib.
hewhewhew..


ni muka latest aku. tembam takkk???
belum masuk stok open house 3 minggu akan datang neh.
hahahahaha

aku bermasalah hormon plak skang.
muka asekla berkilat. pegang idung, pipi tangan dah berminyak2.
badan pulak ade naik jerawat dah. tak banyak tapi tetap ade,
risau plak aku.

tapi jerawat aku ni stok pegi sekolah punye jerawat. sangat menjaga airmuka tuannya.
dia tumbuh kat tempat tertutup aje.
muka dia maintain jelita.
hahahahahahahahahahahahahaha

aku dapat sabun baru.
sabun manggis.

aku nak try dalam sebulan ni tengok hasilnye.
kot transform jelita mengalahkan che ta ke kan???

nanti la aku review



Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™