HARI ISNIN : Seorang yang rupawan
Kamu lahir pada hari Isnin? Ciri-ciri mereka yang yang lahir hari
Isnin adalah berwajah ceria. Tingkah lakunya, mereka ini seorang yang
periang, memiliki rasa humor yang tinggi, suka menyanyi atau berbuat
sesuatu yang sedap mata melihat (juga menyenangkan orang lain). Maka
orang akan lebih gemar melebelkannya sebagai si ceria.
Ada juga yang menyebutnya sebagai si rupawan, kerana memang memiliki
daya penarik yang kuat bila berada di antara kerumunan orang. Wajahnya
akan tampak “bercahaya” dalam erti kata lain menonjol, ciri khasnya:
Murah senyum, maka wajah sedap mata memandang, meskipun pada saat itu
hatinya sedang gundah gelana. Inilah kelebihannya, kerana dia begitu
rapi menyimpan segala sesuatu yang ada dalam hatinya. Maka amat layak
sebagai simbol ”hari pertama” dalam memasuki harapan baru setelah
melalui sekian waktu untuk sekian berikutnya.
HARI SELASA : Seorang yang berkarisma
Mereka yang lahir pada hari Selasa, ciri-ciri khasnya: memiliki
karisma, ini yang membuat mereka disegani dan diakui sikap beradapnya.
Pada umumnya anak Selasa memang mempunyai bakat sebagai pemimpin,
modalnya mempunyai kepercayaan terhadap diri sendiri sangat tinggi, Jika
seorang jejaka pada umumnya memiliki penampilan yang tegap. Jika
seorang perempuan memancarkan keanggunan yang memiliki daya tarikan
tersendiri.
Ada juga yang berbakat tampil sebagai orang panggung misalnya
sebagai artis, penampilannya penuh daya memikat, maka tidak heran
mereka yang lahir hari Selasa cenderung memilih kerjaya dalam bidang
seni (orang panggung). Bila menjadi orang politik mereka berbakat
sebagai pemimpin, sebagai ahli perniagaan, mereka cenderung memilih
bidang public relations atau promotor. Penampilannya memang berkesan.
HARI RABU : Seorang yang dermawan
Mereka yang lahir pada hari Rabu terkenal sebagai si dermawan, penuh
kasih sayang, sumber kasih sayang (cinta) dan punya rasa
keprimanusiaan. Kerana itu mereka mudah belas kasihan (kadang
berlebihan) ini membuat mereka sentimental, bahkan kadang-kadang kurang
tepat tindakannya.
Memberi dan memberi merupakan kebiasaannya, jiwanya memang dipenuhi
minat untuk memberi kepada orang lain sesuatu, apa saja yang mereka
miliki kerana kebiasaannya memberi membuat banyak orang yang bergantung
kepadanya, nampak negatif kerana membuat yang menerima tidak berdikari,
bahkan kekadang menjadi pemalas. Kerana hatinya didera penderitaan
orang lain. Si anak Rabu memang memiliki rasa empati yang dalam. untuk
itu mereka digelar sebagai anak yang penuh kasih sayang.
HARI KHAMIS : Seorang yang kuat bekerja
Kamukah yang termasuk dalam kelompok mereka yang lahir pada hari
Khamis? ciri khasnya adalah suka bekerja, baginya bekerja seperti
bernafas, maka untuk hidup mereka perlu bekerja dan bekerja. Ertinya
ada saja kegiatannya, sehingga seperti tidak bisa duduk diam. Bahkan
mereka yang dilahirkan hari Khamis ada sedikit yang hiperaktif.
Walaupun asyik bekerja, si anak Khamis dapat dipastikan hasilnya
memuaskan, kerana mereka bekerja dengan penghayatan dan ketulusan. Oleh
sebab itu, mereka menikmati hasil usaha sebagai karya seni (sangat
menghargai). Ini yang membuatnya mereka selalu membuat semaksima
mungkin. Bila mengalami jalan buntu, mereka akan mengatasinya dengan
mengerahkan segenap kemampuan dan kreativitinya. Kalau masih buntu
mereka akan mencari dalam buku, tanya kepada pakar atau mereka tidak
segan mengambil pelajaran tambahan. Faktor ini yang membuat si anak
Khamis suka belajar dan belajar untuk mengembangkan karyanya.
HARI JUMAAT : Seorang yang pemurung
Mereka yang lahir pada hari Jumaat disebut sebagai si pemurung,
kerana mudah sedih. Ada persoalan sedikit saja dimasukkan dalam hati,
yang membuatnya tersiksa kalau ada masalah dipikirkannya dalam-dalam,
bahkan sampai mengalirkan air mata. Oleh kerana itu, mereka yang lahir
pada hari Jumaat digelar sebagai si pemurung atau mudah sedih.
Kerana terlalu sedih mereka sukar untuk ceria. Ini akan jelas
kelihatan pada penampilannya sehari-hari yang dapat kita lihat. Murung
dan murung, kekadang ada perkara berkenaan tidak perlu dipikirkan
dengan serius, justeru mereka mempersoalkannya. Jadi hidupnya
dibelenggu dengan masalah yang remeh.
HARI SABTU : Seorang yang suka melancong
Mereka yang lahir pada hari Sabtu selalu hidup dalam gelak dan
keriangan, kerana itu mereka digelar sebagai orang yang suka melancong.
Bagi yang melancongnya keterlaluan, jadilah si petualang. Ada saja
idenya untuk membolehkannya pergi melancong dan menuntut keberanian.
Si pelancong mempunyai ciri khas: sifat unit tak mudah menyerah
kalah, berani bertanya dan jiwanya selalu meronta untuk tahu banyak
tentang berbagai hal, khususnya hal-hal baru mengenai gaya hidup.
Modalnya mudah bergaul, sporting dan mudah menerima orang siapa sahaja,
hanya tersenyum bila mengalami kegagalan.
HARI MINGGU : Seorang yang optimis
Mereka yang lahir hari minggu ciri-cirinya: periang, optimis, selalu
merasa tenang kerana ciri-cirinya yang positif itu konon membuat
mereka yang lahir pada hari minggu jarang diserang stress, mereka
sentiasa nampak tenang dan ceria sekalipun mengalami kegagalan.
Mereka yang lahir pada hari minggu pada umumnya suka menikmati hidup
dalam dengan mengisi hari-harinya dengan langkah mantap dan penuh
harapan. Bila ada masalah yang menimpa hanya dianggap sebagai buih-buih
kecil yang aku berlalu dengan sendiri. Oleh kerana itu, mereka
bergelak ketawa setiap saat. Mereka ini digelar sebagai seorang yang
mempunyai peribadi yang selalu ceria.
p/s:
I lahir hari selasa..
tapi macam xde kene mengena aje.
kecuali memiliki keanggunan yang tersendiri.
miahahaha
*mengilai tahap kuntilanak*
Afiq lahir hari Isnin
Adeeb plak ari Rabu
uolls ari ape?
Sumber
semoga segalanya lebih baik dari semalam..