26 September 2014

aktiviti Adeeb Seminggu


aku time cuti sekolah merayau area rumah aje.
time tak cuti kemain travel.. buking hotel bagai. sebab masa tu price tak mahal. hahahaa
tedekottt

sok pagi nak pi gambang.
yeay!!

amik family room.. ada 2 bilik. share ngn adik aku.
so dapat la murah sorang bayar sorang RM150 untuk bilik.
kalau amek suite tu kang 1 family aje dah RM2++. tak masuk makan.

dapat lak member aku keje situ, so dia arrange pakej yang siap dinner.
Alhamdulillah... rezeki betoi.
niat nak happykan anak2.

ni gambar masa kat melaka

sian kat Adeeb.
dia kepenatan skang.
lepas tabika abeh pukul 12 skang aku atau ajim akan amek dia. bawak pi makan. then hantar transit kat tahfiz. pukul 2-6pm.
kalau dulu bergaduh nak soh dia tido petang skang tak payah dah. petang2 dia pi ngaji. so bermanfaat sikit masa dia.

dia cakap belajar situ seronok. ustazah bagi belajar 10 menet main 5 menet.
aritu aku datang tengok masing2 terjerit2 seronok. rupenye tengah main sorok2.
eh ngaji main sorok2?
aah.. sorang akan sorok kad. yang lain carik.
bila jumpa ad tu kena sebut huruf tu sekali dengan bunyi.

oo patutla dia seronok. belajar sambil beraktiviti.
(nanti aku post pasal pusat tahfiz dia)

yang aku seronok pulak.. skang budak transit baru 3 orang. so Ustazah memang boleh fokus kat diorang. aritu saja aku tanya belajar sampai mana.. ni huruf apa.. macam mana bunyi dia..
Alhamdulillah.. dia boleh beza bacaan Mad.. bacaan Tanwin..
padahal baru masuk 3 minggu ngaji situ.

Malam2 dia ada ngaji Isnin sampai Khamis kat blok rumah aku ni tingkat 12.
aku tanya.. adeeb nak ngaji lagi ke? petang dah pi tahfiz. malam nak jugak?
dia kata nak... sebab kat situ baca iqra.

padahal dia suka kat situ sebab sume anak2 jiran ngan geng2 sekolah dia.
tapi aku galakkan la jugak. Tahfiz tu membantu dia Iqra dengan lebih cepat dengan bacaan yang betul. ngaji kejap je malam.. 8 - 8.45pm. lagipon senang anta.. naik lift tekan tingkat 12 aje.
dok rumah pon dia dok gado ngan Afiq manjang.

waktu relax Adeeb??
selalu dia bangun subuh tu.. lepas subuh aku soh mandi siap2 pakai baju sekolah kemas beg. selalu sebelum 7.30 dia dah siap. then dia tengok tv. tunggu aku siap nak pi keje dalam pukul 8.10 camtu baru turun. petang pulak pukul 6.30 sampai kat rumah kena mandi cepat2 thn dia boleh tengok tv. kadang2 dia solat. kadang2 cite best die tak solat. sabo jela. dia solat lama tau... aku tak tau dia baca ape.. yang aku tau Alfatihah ngan surah aje. lain tu cuma pergerakan sebab dia belum lancar. tapi buat gerak2 camtu pon lama kemain... aku takla marah.. biokan aje..
pukul 7.55pm aku anta naik atas.. pi ngaji.

then balik ngaji aku bagi dia nak tengok tv ke nak main ke ape.. 8.45 sampai 10pm. kalau ada homework buat homework skali. tapi slalunya takda. dia dah siapkan kat tabika katanya.
pukul 10 wajib tido.
dulu pi rumah cikgu ida petang2 dia tido lama.. aku amek pukul 6.30 dia kadang2 baru bangun tido. aku salu marah dia tido lewat petang. problem la bila malam pukul 10 takbleh tido. terkebil2 dia atas katil.  haa sekarang tak dah.... pukul 10 aku suruh tido tu dia tak banyak soal... tak sampai 10 menet dah sampai syorgaa..

penat la tu..
ari sabtu selalunya duduk rumah sebab time tu la aku ngak mengemas ke hape. dia boleh tengok tv, gomol2 ngan Afiq or ape dia suka. setiap jumaat malam dia akan cakap... bu, sok cuti kan?? Adeeb nak bangun lambat. aku pon.. okeeeeee. 
tapi lambat dia tu 8.30 dah bangun. hahahaha

sabtu malam selalunya kitorang balik nilai or sepang. ahad petang baru balik sini.
haaa bizi nyela setiap minggu.

kalau tak balik sana selalunya kitorang melepak sekitar putrajaya ni la..
naik bot, lepak kat tasik.. pi makan.. or mana2 la area sini.

ni banyak sikit xtvt sebab Ajim tengah cuti.
InshaAllah bulan depan dia start keje kat Bangi. so aktiviti terhad la balik sebab dia kerja isnin smpai sabtu. kompem tak pi mane dahla kecuali hari Ahad. 

so sementara ajim ada masa ni kitorang nak merayau2 la jugak.
tu yang besok pi gambang tu.
cuti sekolah seminggu aritu Adeeb join program kat tahfiz.
sebab aku kerja. dia takleh la nak pi mane. baik join program.

okeh ni upah ganti cuti sekolah untuk Adeeb la niii. hihihhh

boleh pulak isnin aritu Adeeb cakap nak pi lawatan. Hoh?? dia tunjuk surat cikgu baru bagi.  jumaat (arini 26/9)  ada lawatan tabika pi Zoo, pi tgk panda ngan muzium duit syiling. yuran Rm50.
then aku pujuk.. tak payah la pi..
esoknye nak pi gambang.. situ pon ade Zoo.. kite nak tido hotel.. nak mandi2..

mula2 dia macam sedey kot. Aku tau dia nak pi tu sebab seronok ngan kawan2. lagipon tahun ni kan last die kat tabika tu. tahun depan dah darjah 1. oih cepatnye anak aku membesar.
tapi ari rabu cmtu dia macam ok plak.. dia kata.. cikgu cakap dengar cakap ibu.. kalau ibu tak bagi pergi jangan paksa ibu.. tak baik. berdosa. sebab tu Adeeb taknak paksa. lagpon kan sabtu kita nak pegi jalan-jalan..
alahai.. baiknye la anak... sejuk perut ibu.

okeh besok ngan ahad ibu bagi Adebb mandi ngan main puas2 ya! 
\

i love u sayang!

24 September 2014

Baby dan A&W


wahhhh
aku apdet blog laaaaaa... mimpi apekahhh?? hahahahha

aku tengah tunggu meeting ni.
11.00 kang start.
mari bercerita guna gambar... nampak panjang beno sebenarnye pendek aje ceritanya.

ni masa cuti hari Msia baru ni... 16 sept.
pi jenguk bff aku.. Affa.. die baru bersalin. KakChik pon join skali.
oih dah jadi mak orang... tuka.. puan Irna Idayu.
sedap pon nama ko fa..

kuikuikuii...

selamat menjengah dunia Muhammad Rayyan Danial..
kami menanti kamu dengan penuh kasih sayang ke dunia. =)


gambar baby tengok sipi2 dahla.. baru 4 hari.
nanti dah pandai posing biar mama die sendiri aplod 
sapa ada anak dara boleh beratur isi borang. sebab Rayyan ensem. ikut pak die kot.
kalo ikut Mama die tak pon

kakakakakakaaaaaaaa

yang tengah tu la Affa..
cun la dari aku..

aku cun takde.. manis cute, jelita dan comel adela.
*sila muntah*

apesai la aku mengangkang cenggitu??
afiq pon separuh aje.

ni Ajim la tukang snap ni.. sabotaj bini sungguh..
cam kekok pulak.. lama x pegang baby. hahahaha

lepas pi umah Affa memang dah takde aktiviti.
so pukul 3 dah blur taktau nak buat ape.
ajim tanya nak pi mane?

balik laaaa nak titonn ...ok la jom balik.
tapi masuk bandar seremban. appara..
sesat kekdahnye...

isk.. kesesatan yang nyata neh...

aku suke A&W Float. 
kenangan dengan Arwah abah datang seremban tengah2 malam makan A&W dalam kereta kat parking.
dulu A&W seremban ni boleh order then makan dalam kereta. siap ada dulang khas yg boleh sangkut kat cermin kereta tu.

skang takde dah.
ramai yang curik gelas kot..
dalam banyak2 fast food, A&W la kalo lalu aku mesti nak singgah bli float.
lain tak herann
 sambil minum ingat abah. rindunyeeee
T____T

korang ade abah jagala elok2, sayang beliau selalu.. create happy moment banyak2 dengan parents.
aku ada moment 9 tahun je ngan Arwah Abah..
tolah masa kecik2 yang aku tak ingat, berapa sangatla moment yang ada dalam kenangan aku dengan beliau?? iskkk


3 orang ni nyawa aku skang..
selain mak, diorang ni jugak la tukang bagi aku semangat.
mesti cipta moment indah jugak...
Allah pinjamkan nyawa dah siap perjanjian yang kita sendiri tak tau bila tamatnya.
kalau tak aku dulu,  mungkin diorang..
marilah bersayang2 selalu..









korang pernah dengar pasal Aura Lebah??
ce gugel. ade tak..
kat mane ntah aku baca.

its like korang pi mana2 mula2 takde orang.. bila korang masuk dan duduk aje tetiba ramai lak orang.
benda ni kerapkali berlaku kat aku jugak.

sape ada ciri2 ni?? boleh asah bakat korang dalam meniaga.
inshaAllah berjaya. 


takleh nak type panjang2 la.. meeting nak start dah. babai.

peace!!



23 September 2014

Lepa-Lepa Boat


aritu aku share gamba ni kat FB

buat pulak status konon Afiq tengah meratap nasib boleh tengok bot aje. nak naik kene bayo plak. nak main air ibu cubit..
hahahahah

kemain ramai komen ye..
kata ibu kijamm
hahahaha

masa ni Aku Ajim ngn Afiq aje melepak kat Kelab tasik Putrajaya tu.
sambil2 tunggu Adeeb abes kelas tahfiz dia kami melepak kat sini la sebab malas nak balik rumah pahtu keluar balik. membazir minyak aje.

Afiq suka air.. suka kapal.. suka boat.. suka kapal terbang.
suka playground.. suka kereta so sesuai la melepak kat sini.  tapi dilarang main air.
huih dalam tuuu.. ko jangan carik penyakit ye.. semput ibu kang.

tengok ada bot oren lalu kat tasik tu aku taula ade bot baru.
pantas bukak page Cruise Tasik Putrajaya nak tau sampan somel apekah itu??

ooo Lepa-lepa boat.. asal dari Sabah. diorang impot then buat service melancong kat sini.
eh.. tengah promo sampai 30 september ni..

huihhh murahhhh RM5 sorang.
yeayyy kite naik boat jom...

kat mana nak naik?
ada masjid putra kat roundabout tu, ada tangga turun bawah belakang information centre tu.

turun bawah sikit dah nampak boat tengah menunggu.



kitorang sampai tu dalam pukul 6.05pm.
abang tu kata dah tutup.. last trip pukul 6.

aku cakap.. alaaa tu baru nak jalan tuuuuuu

then die roger org boat ada space kosong tak? bleh masuk lg 4 orang tak??
Alhamdulillah buleh.. jom kite naik..

muka budak esaited bajet ibu bagi dia terjun tasik tu.

posing dulu sblom gerak..

Adeeb ni sebenarnye penakut dan imaginasi die tu sentiasa berdepan dengan dinasour.. dengan ikan jos.. dengan rasakse.. sume ada.

tengokla.. orang lain dok hepi2 dia termenung.




bila aku tanya die tanya aku..
bu, kalau tiba2 ade ikan jos camne bu?
hahahhahaha

Adeeb takut tempat gelap.. takut air dalam.. tempat sunyi sepi takde orang...
dia fikir macam mana kalau tiba resakse datang la.. antu la.. ikan jos la..
adoila anakk


 Afiq lak riang ria Aidilfitri.
asalkan dapat naik bot maka bagi dia dah dapat mendarat kat bulan. hahaha
  
lalu kat depan kelab tasik.
kalau kelmarin boleh tengok dari tepi aje.. arini kami naik bot...
lalala
*ciwi ade jakun pon ade*


macam snap banyak gambar.. tapi 2 aje yang ade. 
jadiklaaa

 







okeh dah habis meronda. mintak tolong abam kapal snapkan gambar kami.



sapa2 nak naik bot pegila naik...
bukak FB page cruise Tasik Putrajaya.

ni gambar besoknye..
balik nilai kejap. then sampai putrajaya balik dah nak maghrib.
bawak diorang pi Lapangan Terbang Mini


haaa nila Lapangan terbang mini. hahaha
kapal terbang kecik mainan orang kaya2 neh..

masing2 melopong tengok..
aku duduk dalam kereta dahla..

tak kosserrrr nyamuk banyakkk

hahah stetmen datin sangat..
puiiii


17 September 2014

Pakej Zuriat Kopisusu - SKBP, HKCC & CCFM.

Kepada yang bertanya tentang apa yang aku selalu kompang kat FB meh sini aku kasi detail produk.

kalau tak paham jugak boleh tanya aku direct ya..



Susu Kambing Bee Pollen- SKBP
20sachet / RM50.00

Susu Kambing + Bee Pollen (SKBP) Pertama di MALAYSIA.
Bahan-bahan utama:
1. Susu kambing
2. Ekstrak Bee Pollen

##Bee Pollen adalah serbuk sari bunga yang dikumpulkan oleh lebah pekerja dari berbagai jenis bunga. Serbuk sari ini berpadu dengan cairan bunga dan liur lebah menghasilkan khasiat yang menakjubkan, diantaranya

● Menghaluskan kulit
● Baik untuk kecantikan wajah dan tubuh
● Melancarkan metabolisme badan
● Menyihatkan badan serta menjauhkan penyakit
● Menstabilkan dan menguatkan jantung
● Mengatasi kolesterol jahat
● Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
● Meningkatkan daya konsentrasi dan daya otak
● Mengatasi insomnia
● Meningkatkan tenaga dan stamina secara semulajadi
● Meningkatkan sel darah merah
● Mengatasi pengerasan pembuluh darah
● Mencegah peradangan otak

cadangan pengambilan:
1. Minum semasa sarapan pagi (kalau tak minum hkcc atau ccfm)
ATAU
2. Minum semasa makan malam atau sebelum tidur (sangat digalakkan)
(sehari 1 kali)

HKCC the Crazy Coffee - HKCC

20sachet / Rm49.90

Bahan-bahan  utama:

1. Biji kopi terpilih
2. Krimer Bukan Tenusu
3. Gula
4. Collagen
5. Vitamin C
6. Ekstrak Guarana
7. Ekstrak Kayu Manis
8 .Ekstrak Kacip Fatimah
9. Ekstrak Manjakani
10. Ekstrak Serapat
11. Ekstrak Mas Cotek

Khasiat serbuk collagen cappucino + vitamin C antaranya:

1. Mengurangkan garis - garis halus di kulit wajah dan mencantikkan kulit
2.Mengimbangi berat badan
3.Menstabilkan hormon  dan meningkatkan tenaga seharian
4. Melancarkan perjalanan haid wanita
5. Membantu untuk IKHTIAR kesuburan wanita dan zuriat
6. Membantu IKHTIAR pelbagai penyakit dalaman yang lain

cadangan pengambilan:
1. Minum semasa sarapan pagi.
2. Minum semasa makan tengahari / minum petang
(sehari 2 kali)

Collagen cappucino for MEN - CCFM

20 sachet / RM49.90

Bahan utama:
1) Kopi Arabika
2) Krimer tanpa tenusu
3) Ekstrak collagen
4) Ekstrak Goji
5) Ekstrak Guarana
6) Ekstrak Bunga Cengkih
7) Ekstrak Habbatus Sauda
8) Vitamin C
9) Madu & Urena Lobata


Khasiatnya membantu di dalam:

Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh badan
Membekal tenaga dan stamina
Melancarkan pengaliran darah
Mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol
Membantu merangsang pengaliran darah
Memperbaiki sistem penghadaman
Awet muda
Sebagai antibiotik bagi menguatkan sistem imunisasi
Memekatkan Sperma

cadangan pengambilan:
1. Minum semasa sarapan pagi.
2. Minum semasa makan tengahari / minum petang
(sehari 2 kali)


macam mane nak dapatkan Product ni??

boleh whatsapp/telegram kat 016-6603741
boleh pm kat page FB Nuqmans Putrajaya Stokis
boleh jugak melawat website Nuqmans
atau blog Nuqmans Putrajaya Stokis

nak emel pon boleh.. kat nuqmans@gmail.com.my

inshaAllah aku jawab yang termampu.

ni soalan2 yang FAQ aku dapat.

1. Ada kelulusan KKM tak??

produk kami bukan barang kesihatan yang dikategorikan dalam kelulusan KKM. ia adalah minuman seharian. so memang TIDAK PERLU kelulusan KKM.

2. Ada HALAL Jakim tak?

ya. ada. boleh tengok pada kotak. ia telah disertakan no sirinya sekali.

3. Ada pantang larang tak??

untuk SKBP, bayi bawah 6 bulan tidak digalakkan.
Untuk HKCC & CCFM, yang memang elegik cafien dilarang ambil, yang sakit buah pinggang sehingga memerlukan dialisis juga dilarang ambil. 

selain daripada tu??
yang tak yakin.. yang nak jaminan ayat manis dari kami macam "ya, kompem lepas minum ni puan peknen" or "ya puan, kami gerenti puan akan kurus cantik jelita lepas amalkan produk kami"
golongan macam ni.. dilarang ambil ya. betulkan nawaitu anda dulu.

4. Kenapa jangan??

produk kami bergantung kepada 200% hasilnya dengan izin Allah.. sebarang bentuk keserasian adalah hasil daripada penerimaan hormon individu. 
oleh itu, disamping mengamalkan pengambilan produk kami, jangan lupa berdoa semoga Allah izinkan kita mendapat hasil yang positif  serta diberkati olehNya. 

5. Lain2 info dan testimoni

banyak. semuanya ada dalam page. dalam website. daam blog.
boleh buka dan baca. sila baca dulu sebelum bagi soalan yang dah terang2 ada jawapannya..

6. Saya migrain kalau minum kopi, macam mana ya?? ATAU kan orang kata nak khtiar zuriat jangan ambil cafein, macam mana tu?

soalan ni jenis trick yang berharap aku aku akan jawab boleh puan.. dont worry. huhu.. sori.. terang2 aku cakap.. ko dah buat jawapan ko sendiri tak payah susah payah bertanya lagi.

Alhamdulillah sehingga SEPTEMBER 2014 ni, dah 307 kehamilan direkodkan hasil IKHTIAR bersama HKCCproduct. 
so, ikhtiar dulu ya.. baru bagi soalan "orang kata tu" 

yang migren tu.. ko sendiri tau ko punya diri. so, sendiri kenal diri sendiri rasa nak ikhtiar, sendiri buat keputusan. okeh!



13 September 2014

Gigi punye pasal


arini adelah ari sabtu.
tapi arini aku keje.
bertuahnye bos dapat staff macam aku ni..
rajin semedang.

*muntah*

arini aku datang rajin sikit.
sebabnye tadi bukak blog sambil2 klik nuffnang. alangkah bertuahnye incik nuffnang still nak bagi aku gaji lagi. ada 4 kempen CPUV tengah running.
padahal bile aku apdet tiap2 hari punyela payah die nak bagi job.
mihmihmih..

bulan lepas lagi cerita ni. Afiq sakit gigi. geraham bawah dia kiri kanan berlubang. bukan sikit2 punya lubang, sampai nampak gusi kat tengah dia.
tiap kali makan je datang tunjuk gigi kat aku. alahaiii ciannye..
orang beso pon tak sanggup tahan sakit gigi, ni kan pulak budak.

kat Putrajaya caj Dentist mahal tau. sebatang gigi cabut rm80-150 tu tak kire jahit gusi lain caj.
masa raya aritu Ajim kemurungan dekat seminggu sakit gigi. kebetulan kat sg pelek tu dentist india. dia bukak 1st week raya tu even sabtu & ahad pon.
putrajaya sume tempat kitorg ronda. tutup pulakk.
okla.. pegi jela. klinik kalo tengok design setinggan. kerusi menunggu pon rasanya sebaya aku. kerusi rotan tapi tempat alas punggung tu dah luruh. dia alas ngan plywood aje. hahahah
ada sofa.. tapi dah macam rumah tikus. berlubang sana sini.

ajim cabut 2 geraham siap jahit gusi. aku soh bawak 400 sebab tengok geraham dia dah terbenam dalam gusi. aku bagitau ajim, kalo geraham normally akan jahit gusi punye.. dia kata takla.. tengok cara doktor jugak. nak tengok macam mana dah gigi dia hat sebatang tu bukan aje terbenam.. tapi dah pecah. serpih-serpih gigi mesti ada.

masa ajim pi cabut aku lepak kat rumah mak aje. malas nak ikut sebab Afiq memang taknak duduk diam kang. bila balik dia bawak gigi 2 batang tapi 1 tu dah terbelah dua. haaa amekaw.. dia kata doc buat tak sakit. dan gusi dia kena jahit. hewhewhew.. aku nengok pon seriau.
yang paling mengejutkan.. doktor caj rm120 aje. hapeee??? murahnye???

sebatang cabut rm60 jahit gusi takde caj kot. kemain pulak murah.
pahtu tak sakit dia buat keje. ha okla, lepas ni nak pi dentist kita pi sini.
lagi best minggu depan tu kena pi bukak jahit gusi. bawak duit la kot kene bayo. rupenye free jugak.

maka.. jomla try kat Afiq, nak tengok camne.

aku takla harap sangat sebab aku tau Afiq nak potong rambut pon dia meraung sekuat hati sebab mesin rambut tu bergetar atas kepala dia. tiap kali potong rambut memang nak runtuh kedai tu suara dia sorang. last2 aku beli mesin buat sendiri kat rumah. potong dalam bilik air. sambil peluk dia yang tengah melalak sambil potong rambut.

so aku fikir macam tu la jugak kalau nak renovate gigi Afiq ni kang.
mesin tu dalam mulut dia kot.. kompem meraung2 ketakutan.

takpela, kite try tengok macam mane.
kalau takleh tampal nak suruh doc cabut aje.
tapi sayang la.. die baru 4 tahun geraham dah takde. mesti susah nak makan.

posing dulu ontheway pi klinik.



masa ni aku yang berdebar lebih.


hero tengah steady posing

miracle la jugak that day boleh pulak die relax aje. doc tanya mana gigi sakit elok je dia nganga tunjuk.. then doc service2 pakai mesin tu die relax aje.

pahtu aku lak was2.. ni bawak Afiq ke ni?? apesal tak nanges?
hahaha


sambil service sambil ibu pegang.
kerusi tu licin. afiq asek menggelongsor ke bawah aje. penat aku naikkan.


sebab lubang die besar sangat doc kena cuci lama jugak. pahtu doc tak berani tampal kekal sebab takut dah tampal pon sakit. masa ni tampal geraham kanan aje. 1 boleh tampal. 1lagi tak boleh. doc kena letak ubat je dulu. pahtu dia tampal sementara. tunggu seminggu tengok Afiq sakit tak.

means minggu depan kena datang balik.

2 gigi buat pon dah sejam lebih.
sakit pinggang. tukar tempat ngan Ajim.
tapi bile dengan Ajim afiq ngado2 nak main plak. tak reti duduk diam.
sudahnye doc suruh aku sorang pegang. 


balik tampal gigi 2-2 pengsan.
ngan aku2 skali pengsan sakit pinggang. 

 minggu depannye datang lagi Alhamdulillah gigi Afiq tak sakit. boleh buat tampal kekal.
then buat geraham kiri pulak.
sama proses.. hat ni lagi dalam luang dia dan lagi besar.
masa cuci tu berdarah sikit.
melalak dah Afiq.

lepas letak ubat n tampal doc bagi 2 minggu sebab hat ni lubang beso & die takut afiq sakit.
Alhamdulillah tak sakit bleh tampal kekal.

settle geraham kiri & kanan.. 4 batang geraham. 3 kali ulang alik klinik.
total cost RM90+100+50.

Rm240.

okla.. sebab kemain lama membelek si Afiq ni doc buat berhati2 takmo bagi die nangis.

doc kata geraham atas dah mula lubang kecik.
tapi bagi Afiq rehat dulu sebab mulut nganga luas sangat. letih dah..
budak bukan bleh paksa macam orang beso.

punca gigi jadi jahanam???

Afiq ni tido nak menyusu.
kalau lepas susu aku suruh gosok gigi dia akan segar balik, main2 then bila suruh tido dia nak susu lagi. dia jenis lepas susu, hulur botol kat aku then nak lelap.
bila aku suruh bangun pi gosok gigi terus dia tak boleh tido.

doktor cakap. tula puncanya.. puting dan susu tu bakteria untuk gigi lagi kuat. lagi aktif la time malam.  so kalau dia takmo gosok gigi, pahni aku la kena ready dengan kain basah.
lepas minum susu aku sental gigi dia dengan kain tersebut biar gigi tu dalam keadaan bersih baru tido.

hurmm baru 4 tahun gigi dah jahanam.
senyum kemain lawa je gigi depan. tapi geraham dah hancur.

lepas ni keje aku la menyental gigi die pulak..
ko gigit ibu siap ko..
ibu cubit!!


Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™