28 March 2012

Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah..




Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah.... Pihak kuffar membina patung yang seolah olah berdoa , akhirnya patung tersebut terbakar kena petir...itulah kekuasaan Allah....adakah kamu berfikir...


Kelihatan Patung ciptaan manusia terbakar selepas terkena panahan petir


صباح الخير .. حيا الله الطيبين

Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe , Ohio , US . Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit. Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.

Pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.

Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya.

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.


*~*{
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين }*~*

*~*{
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت أستغفرك أللهم وأتوب إليك }*~*
Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya." (Aali


Semua pic dan petikan di atas I kopi n pes bulat dari blog ni.
thanks kat bloger tersebut dapat share bukti kekuasaan Allah.
I pon nak hebahkan kat uolls plak.

mestilah yakin pada kuasa Pencipta kita.
tanpa izin Dia, semua benda tak boleh jadi.
so.. sayang Allah sangat2.


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Garden - Alamanda

Ari sabtu yang tak berape nak indah.(24/3)
I ade date dengan Wahid.
sape Wahid tu?
die classmate I kat Polisas dulu merangkap housemate I jugak.
pompuan hokeyyyy... name die Farah Wahida.
tapi kami panggil die Wahid
huuu..

dah alang2 Wahid datang dari melaka. kami ajak le Ruby jumpe dan lepas sekali.
so reunion di Alamanda je la.
Wahid nak balik Melaka Petang tu jugak.
kali ni cuba restoran baru, Garden.

suasana kedai ni sangatla romantik.
best2 aje dok dalam tu.
siap suggest kat Ruby soh wat pelamin macam buai tu. ala2 taman gitewww...



















I ngan Wahid

Ruby yang nak kawen Mei ni.


eskem die sangat gojes. da abes mintak yang oren plak

 
bajet tgh men piano la tu kann




jom enteprame..... kih3





len kali kite lepak lagik ye...
makan kat cni bleh tahan.
tapi yang tak tahannye agak Mahal.
makan bertiga pon da cecah RM116.++
huiihhhh... bleh kate pemandangan kedai pon nak caj masok bil kot.
ekekekeke..

tapi suasana die memang best sebab tenang dan bersih aje.
sape suke suasana Romantik bleh try makan kat cni..
rase macam tgh makan tu japgi ade bopren ajak kawen lak.
urrgghhh.. terpengaruh cite romentik ala2 candle light dinner la neh.
bluuwweekkkk.. muntah ijo dalam taman tu jugakk
amek ko...

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

23 March 2012

sudah takdirnya begitu


Menitik air mata I bila tengok twins ni.
dapat rasa kasih ibu hanya untuk seminggu.
macam mane la ayahnye nak jaga sampai 3 orang serentak..
harap2 mereka tak dipisahkan..

MATTIAS, Lukas dan Sarah akan membesar tanpa belaian ibu kandung mereka.


PASANGAN Mason dan Isabel bertemu di tempat kerja mereka di Southampton dan berkahwin pada 2010.
PASANGAN Mason dan Isabel bertemu di tempat kerja mereka di Southampton dan berkahwin pada 2010.
 
MATTIAS, Lukas dan Sarah akan membesar tanpa belaian ibu kandung mereka.
LONDON: Kegembiraan pasangan Paul dan Isabel Mason mendapat anak kembar tiga hanya bertahan kira-kira seminggu apabila bayi berkenaan ditakdirkan membesar tanpa ibu mereka.
Selepas lapan hari dilahirkan, Mattias, Lukas dan Sarah kehilangan ibu mereka kerana Isabel meninggal dunia akibat masalah jantung yang dipercayai terjejas akibat kehamilan.
Mason berkata, mereka begitu teruja apabila anak kembar terbabit dilahirkan.
“Saat seminggu kami bersama-sama begitu berharga.
“Mattias, Lukas dan Sarah adalah anak pertama kami dan kemungkinan besar yang terakhir,” katanya selepas pengebumian Isabel, semalam.
Menurut Mason, dia dan isterinya tidak sabar-sabar membesarkan anak mereka bersama dan berkongsi pelbagai minat seperti memasak, bermain gitar, bersiar-siar, berkhemah dan mendengar hujan turun.

Di sebalik keriangan itu, kata Mason, dia tidak menyangka Isabel, 34, tiba-tiba jatuh dan dikejarkan ke Hospital Royal Hampshire - tempat dia melahirkan Mattias, Lukas dan Sarah minggu lalu.
Isabel kemudian menghembus nafas terakhirnya pada 10 Mac lalu.
Doktor berkata, Isabel mungkin meninggal dunia akibat kebocoran darah ke pundi yang mengelilingi jantung akibat masalah salur darah.
Seorang perunding kardiologi berkata, insiden itu biasanya menyebabkan kematian dan sering berlaku ketika seseorang wanita hamil.
Pasangan itu tinggal di Weeke, Winchester, dan bekerja di Southampton.
Mereka bertemu ketika bekerja dan berkahwin pada 2010.
Isabel bertugas sebagai pengurus projek teknologi maklumat dan berasal dai Zeulenroda-Triebes di tenggara Jerman. Kehamilannya berlaku selepas dia menjalani rawatan IVF. - DM

Berita dari Metro online


setiap kali I nak keluar rumah, nak pergi kerja, nak drive, nak tinggalkan Afiq kat pengasuh, nak hantar Adeeb kat sekolah.... atau ape pon yang I buat...;

I selalu terfikir, macam mane kalau I mati tak sempat jumpe diorang lagi?
macam mane nasib Nuqmans?
ada tak orang yang boleh sayang Nuqmans macam I?
ada tak orang yang boleh bela nasib mereka?

dan tiap kali tu la air mata bergenang dan sebak datang.
tentulah I percaya pada Takdir Allah.
pada Qada dan Qadarnya..

cuma I sebagai seorang manusia biasa.
so I akui memang tamak untuk minta Allah pinjamkan kehidupan yang panjang dengan kudrat yang cukup untuk membesarkan Nuqmans.
kalau dulu doa I semoga I sempat lihat Nuqmans membesar dengan sehat.
sekarang I minta supaya I dapat lihat Nuqmans berjaya dalam kerjaya dan keluarga.
dan I memang tamak bila I minta janganlah Allah ambil Nuqmans dari I sebelum I menutup mata..
hati I tak sebegitu ampuh untuk dipisahkan dari mereka.

I yakin Allah sudah tentukan takdir yang baik untuk I dan Nuqmans,
I sangat bersyukur dipinjamkan kehidupan yang bermakna ni.
namun, I sangat bersyukur bila Allah perkenankan doa dari hambaNya yang kerdil ni.

biarlah cinta hati sudah tiada.. tapi janganlah Permata hati juga tiada..
I takut..
sebab orang tamak memang penakut sebenarnye..


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

20 March 2012

Manhattan Fish MArket @ Alamanda


Lunch hour tadi fren of mine, Liza ajak g Alamanda coz die nak g bayar duit kete kt Ambank..
kelllaasss la macik tu bayar duit kereta pon kat Alamanda.
ahahaha....

Kami pergi bertiga dengan Kak Naz.
dah memang keluar nak lunch skali, I ajak la gi makan kat tempat baru.
da lama survey, tapi tak berkesempatan nak pergi.
so arini mekaceh kat mereka sebab merealisasikan impian I.
chewahh... macam org mengidam gamaknye.

moh layan pic weolls kat sane.


 
sejarah jangan dilupe


set die sumenye gojes. sampai rege pon gojes jugakkk

biru mata memandang


set ni bole makan 3 orang untuk orang yang selera kecik macam mereka berdua. kat I tak cukup. hahahaha




 so makan kat cni sedap.
tapi agak mahal.
tapi untuk uolls yang peberetnye seafood bleh menjengah ke sini.
pilihan set pon banyak.

set tu memang besar.
Kami kongsi bertiga.
tapi I tak kenyang lagik.
otw balik tapau Rotiboy sebijik
hahahahhh
semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™