31 March 2016

Boiboiboy


Assalamualaaikum..

mahapkan amba penunggu guaaaaaa
sudah lama amba tak menyinggah apatah lagi menulis blog. huhuhuh

aku ni entah kebizian ape ntah.
kemalasan pon ada jugak ni.
hidup sibuk sangat nih... tapi sibuk cari sendiri. 
fadan muke la kan..

apepon Alhamdulillah.. bila Allah bagi kudrat dan keupayaan kita untuk ikhtiar mencari rezeki lebih.. marilah kita usaha dengan bersungguh-sungguh..

eh aku dah kenapa masuk cerpen pulak ni.

bulan Mac nak habis dah. maka cepat-cepatlah share cerita. hahaha
ni sehari sebelum cuti sekolah aritu. jumaat tu last sekolah aku dah belikan tiket awal-awal dari hari selasa lagi. beli online aje.

time cuti ni ibu banyak koje.
sabtu tu aku dah kursus adwords dari 8.30am smpai 10pm
budak2 suma tinggal dengan Ajim. Ajim bawak diorang balik nilai.

disebabkan dari mula cerita ni keluar dia dah request nak tengok maka aku tunaikan.
lama dah tak berdating ngan bujang ni. adik-adik duduk dengan ayah sebab diorang tido lepas maghrib. Ajim pon taknak tengok boiboiboy. aku aje yang ape cerita pon boleh asalkan bukan cerita hantu.

kali ni dia pilih baju sendiri siap sendiri.
aku siapkan diri sendiri aje.

syahdu la pulak.. selalu aku pilih baju dan siapkan dia.
sekarang dia dah urus diri sendiri. dah bujang anak aku.

aku parking kereta kat luar panggung. so senang lepas habis cerita terus keluar dekat dengan kereta then balik. pintu keluarnye jela yang dekat. pintu masuk jauh sikit. kena pusing sikit ke dalam. 
so lepas parking jalan berpegangan tangan dengan dia.
tu pon malu-malu dia.
yela.. dah lama tak jalan macamni. Asyik pegang tangan Afiq aje. Afiq tu penjelous sikit. dia tak bagi  adeeb rapat dengan aku. Fatih pon dia tolak-tolak... dah bergaduh 2 orang tu.. Adeeb aje bawak diri tak berebut ibu. so bila jalan pegang tangan dengan ibu sekarang dia kekok la pulak.

tapi kejap je. lepas tu bangga hayun-hayun tangan. seronok la dapat peluang.
huhuh.. sian anak aku.. kena slalu dating dengan dia bagi dia tak rasa tersisih. 


tengokla tu... dah pandai bergaya





best jugak cerita ni.
kagum dengan anak Malaysia yang kreatif.
mula-mula cerita dah berperang.. tak boring.
lawak ada. sedih ada. gembira pon ada.

yang penting cerita tak sarat sangat.
Boiboiboy pon dah bertambah kuasa dari 3 kepada 5. hahahaha


okey.. cerita dah habis..
mari kita cepat-cepat balik sebab besok ibu kursus pagi sampai malam.



balik rumah kemas baju budak-budak sebab Ajim nak bawak diorang balik Nilai.
sudahnya dekat pukul 1 jugak aku tidur.

kursus esoknya mata rabakk



************************
Alhamdulillah.. aku dah bukak kedai Nuqmans Biz.
nanti aku share cerita ye.
baru 2 minggu. banyak lagi kena buat.



09 March 2016

Sekolah dan Pembelajaran Kehidupan


sekarang adalah waktu ujian bulanan bagi penggal pertama di sekolah kan?
tapi sekolah Adeeb untuk tahap 1 (tahun 1, 2 & 3) tak ada test. cuma ada penilaian taksiran aje. macam cikgu panggil tunjuk beberapa soalan dan jawab depan cikgu. itu untuk pastikan murid faham apa yang diorang belajar beberapa bulan ni.

sekarang kan dah modern.
ada group telegram untuk parent, PIBG dan teacher.
pahtu untuk kelas Adeeb ada group whatsapp untuk parents2 kelas Adeeb.

banyak parent bertanya pasal jadual exam.
ada yang cakap tak dapat lagi. ada yang anak dah bawak balik bulan lepas.
sian tengok guru besar dah jadi macam kaunter pertanyaan dah.

yang kesiannya.. parent budak-budak tahap 1 ni tak puas ati pulak tahap 1 takde test. kawan-kawan mereka yang anak tahap 1 sekolah lain ade je test.
aih... tu pon isu ye?

tapi dalam telegram tu aku lebih suka jadi silent reader jela sebab banyak sangat campurtangan pon tak bagus jugak. mana yang penting kita ambil maklum. bila betul-betul tak tau baru aku type tanya soalan. tapi dalam group kelas pon rupanya ada parents yang tak puas hati kenapa takde test.
kat situ beranila aku bersuara bg pendapat. anggap macam kawan-kawan berbincang sebab anak semua 1 kelas kan...

aku cakap, bagi aku elokla takde test. anak baru 8 tahun kot.. exam 2 kali setahun dah memadai. janganla kita bebankan anak-anak dengan test dan exam sepanjang tahun. asalkan diorang pi sekolah dapat ilmu, faham dan boleh serap ilmu yang diorang belajar tu pon dah alhamdulillah. Msia aje yang heboh dengan Exam banyak. tempat lain umur 10tahun ke bawah masih ajar budak  pasal self esteem, pasal jati diri, pasal hormat, pasal tanggungjawab.  inshaAllah tu yang membentuk budak-budak tu nanti. dah besar nanti taula diorang bila exam nak buat ape, dalam kelas nak buat ape. tanggungjawab kat diri dia sendiri. so jangan tekan sangat suruh exam.. moh ajak anak-anak main galah panjang.. kikiki..
**aku type santai jela 

 then ramai juga parents yang setuju. siap ajak teng teng la.. cop tiang la.. gurau-gurau. tetiba sorang yang nak test jugak ni cakap, tak salah kot bg exam yang ringan-ringan supaya mereka tahu topik yg mereka lemah. kalau dah besar itupun kalau mereka rajin, kalau malas... huhuhu kita pulak yang susah nanti. kalau tengok SKJC tahun 2 homework banyak, masa itulah latihan untuk mereka ingat semula apa yang cikgu ajar.

krik..krikk..krik..

terkedu aku... hahahhh

yang boleh aku reply simple jelah.
Penilaian tu la ujiannya puan. direct depan cikgu. janganler cakap malas. ibu punya lintasan hati pon doa. ape lagi yang diucapkan..  InshaAllah anak kita sok besar bertanggungjawab dan rajin.

pahtu parents-parents lain sambut dengan amin.. amin... amin...
maybe tak tau nak komen ape or malas nak komen.'

pendapat orang berjaya macam tu la kot. didik anak belajar dari kecik. aku ni orang biasa-biasa aje. universiti pon tak masuk. ada universiti kehidupan aje.
dari kecil mak aku hantar pergi sekolah biar pandai membaca dan mengira. soal periksa no berapa pencapaian macam mana homework kau pulun ke tidak memang dia tak tanya. 

tapi kalau kau menipu mencuri ponteng menggatal menggedik memang mak bagi habuan setimpal pencapaian kau la..
bila aku taknak pergi sekolah mak cakap simple aje.. ok takpayah pergi mie. kejap lagi mak singgah sekolah sign surat berhenti sekolah. haaa seram dah.. ntah ape yang aku nak seram ntah. tapi aku rasa masa tu kalau orang tak sekolah maknanya takde masa depan. duduk la kau dalam hutan. maka cepat -cepat pergi sekolah.

darjah 1 sampai darjah 4 aku periksa no 33 dari 35 orang kot. bahagia aje pergi balik sekolah yang sama. darjah 5 dah ada kesedaran sikit sebab dapat cikgu best bahasa melayu jadi belajar tu seronok. sedar tak sedar aku periksa no 5. darjah 6 cikgu tu jugak yang ajar kami. dia jadi guru kelas dan ajar bahasa Melayu. cikgu jasni nama dia. eh sebab dia ajer best ke sebab dia hensem ye? ahahahaha
tapi dia banyak bagi motivasi untuk belajar. still macam ayah. tak marah tak rotan. bagi semangat dan tunjuk ajar. upsr aku dapat 3A 1B. gila tergezut. still sekolah tetap tempat seronok-seronok dengan kengkawan. bayangkan mak pon tak percaya aku dapat 3A 1B dia punya cebik tu macam bibir joyah sport. sampai aku merajuk sebab dia tak percaya result aku. hahaha nak salahkan sape dah selama ni aku bangang kan?? sampai mak tanya.. ko tiru ke time exam? bwahahahaa

hidup aku biasa-biasa aje. tak ada stuggle belajar pon. tapi tetap ada kesedaran bertanggungjawab pada siri sendiri nak hidup akan datang. aku bersyukur dilahirkan sebagai orang susah. aku belajar berdikari. yakin diri sendiri sebab mak sibuk cari duit. belajar manage duit sendiri sebab mak bagi Rm10 untuk seminggu. tu la tambang pi sekolah tu la duit makan kat kantin tu la makan tengahari. 
mak tak pernah datang sekolah. mesyuarat pibg or ambil report card. so semua hal-hal sekolah aku kena alert sendiri. baju dengan kasut sekolah of coz la semua kena basuh dan gosok sendiri. balik sekolah pon sendiri. naik bas, sampai simpang Bagan tu jalan kaki.. jauh wooo  tapi semua benda tu jadikan aku berdikari. 
cuti sekolah kan lama.. dari hujung bulan 11 sampai awal bulan 1. dari hujung tingkatan 3 aku dah jual burger sepanjang cuti sekolah sebab aim nak masuk asrama.
masuk Asrama di sekolah teknik aku rasa macam agak senang. masa tu lupa diri kejap. banyak main-main. tidur dalam kelas. ponteng sekolah. tapi tetap tak lupa... ada SPM yang aku kena hadap. cuti tingkatan 4 aku kerja cashier kat pasaraya.

SPM pon tak gempak... 1A 6B 1D 1E. kahkahkahhh

eh.. C takde ye? bwahaha

masuk Poli nak cari duit lebih aku buat kerja part time. kerja kursus banyak tapi duit tak banyak. mak bagi RM50 seminggu. cukup ke tak aku punya hal. gila sedey macam pengemis. cukup bulan nak bayar sewa rumah sorang RM0 kot masa tu takde duit. kawan-kawan tong2 bayar dulu untuk aku.. argghhhh sedey gile.. susah camtu aku tetap study pastikan aku tak repeat sem dan tak sabar nak bekerja sebab hidup kesempitan. masa sijil pointer aku 3.28 aje. masa diploma aku dapat 3.30
masa sambung diploma kat ungku omar aku dah ada motor. aku gunakan sepenuhnya sebagai transport pergi kelas dengan pergi kerja. aku kerja kat pizza hut, kat Jusco. 

situasi pembesaran aku tu agak berterabur.
tapi aku belajar menjaga diri. menjaga perut. penjaga periuk nasi. baik dalam susah tu mahupun masa depan.
aku tak dapat menjawat jawatan yang hebat or tinggi pon. memiliki Diploma membantu aku dapat menjawat jawatan aku sekarang. Alhamdulillah.. tapi inshaAllah aku boleh berdikari. boleh menjadi manusia. boleh memastikan kelansungan hidup tanpa bergantung sepenuhnya dengan orang. dan Allah duga aku masa 3 tahun jadi janda. still Alhamdulillah.. ilmu kehidupan ni banyak membantu. kekadang sedih baca ibu tunggal diguna-gunakan dibuli lepas takde laki. tak ada sapa nak protect. anak kecil lagi. harapkan ihsan orang aje. sebabnya dia tak tau nak buat apa. selama ni laki dia aje yang uruskan. semua benda tak reti nak buat.betul,  rezeki masing-masing kan? still aku bersyukur masih boleh berdikari besarkan anak sendirian.

point aku kat sini...
pencapaian dalam sekolah dalam exam takdela membantu sangat untuk aku hidup.
dengan skor yang paras-paras hidung tu aku masih boleh hidup macam orang lain. pengalaman pembesaran aku tu yang banyak membantu.. jadikan aku confident berdepan dengan orang.. jadikan aku berani.. jadikan aku berdikari. semua tu menjadikan siapa aku hari ini.

untuk anak-anak aku... aku pon tak expect nakkan result diorang excellent selalu. still aku doakan yang terbaik buat mereka. tapi inshaAllah, selagi aku ada. aku akan pastikan diorang belajar.. cara untuk jadi orang..  jangan menyusahkan orang.. dan jangan pijak orang.,

hidup biar seimbang.. Dunia dan akhirat.. itu yang terbik..
aku ni masih belajar.. 
belajar nak menambah bekalan akhirat. 
still tak cukup lagi nampaknya..


**hari ni gerhana matahari kan? lest doa yang baik-baik aja untuk kita semua. 
semoga dipermudahkan segala urusan.

Allahumma robbana atina fiddunnya hasanah
wafill akhiroti hasanah
wakiina azabannarr..


'Ya Allah berikanlah kami Kebaikan di Dunia, Kebaikan di Akhirat dan lindungilah kami dari siksa neraka"

amin..



07 March 2016

Terima Kasih

Terima Kasih - Loving Born


Kerana kau kekasih
Bermunajat di sepertiga malam
Memohon wangi bunga di kaki syurga

Bagi menyerikan perasaan
Bagi mendewasakan percintaan

Terima kasih
Kerana merantai ku dengan cinta
Kerana mengajar ku erti bahagia
Menjadi manusia


https://www.youtube.com/watch?v=N6kuIiP6Rq0




01 March 2016

Minyak Angin

sape pernah pakai minyak ni??
staff opis aku introduce semalam.
hahahaha aku tak pernah nampak.

diorang ata pakai sedap. bau pon sedap. pahtu roll on aje.
so aku beli 1 test.
ok betoiiii memang besttt

diorang kata ada macam-macam bau. tapi staff aku belikan 1 aje. bau Citrus.


mula-mula bau aku terus terbayang eskrem Split Solero tu..
adehh terus rasa nak jilat. kahkahkah..

sapu sikit kat pangkal leher. pahtu kena gelak.. tu minyak angin. bukan perfume.
aah lewww aku lupa.
pahtu aku cakap eh takpela takde rasa apa pon..


lepas 5 menet terus rasa berangin kat leher..
ah sudahhhh


tapi sedap lerrrr..
sukaaaaaa


kat opis ni rajin gak orang bentang meja jual macam-macam jamu tu jual. tapi aku tak pernah jenguk. budak-budak opis ni kata dia jual Rm15.
so diorang ni pakat-pakat beli kirim kat sorang. dapat la 1 botol Rm10.
terus aku ambil 2 sebab best.

nak letak dalam kereta.

eh aku tak jual.
sape nak pi cari sendiri 

Brand Fresh Care.

eh belek-belek kotak dia baru perasan. Model luar tu agnes monica. tu pon bawah gambar dia ada tulis. kalau tak memang aku tak kenal sape tu. hahaha

minyak ni ada kelulusan Majlis Ulama Indonesia.
keluaran PT. Ultra Sakti Indonesia

ha pi cari pii..

diorang kata kalau beli dozen boleh dapat RM7 sebotol.
entah-entah lagi murahhh



Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™