19 June 2014

floria lah sangattttt

petang semalam Ajim dating ngan Adeeb tengok wayang.
how to train your dragon 2.

aku balik keje pukul 5.15 diorang baru keluar panggung.
hamboi3.. kemain lagiii

sebelum masuk panggung ajim wassap gamba Adeeb posing kat naga comel ni.
 si bujang ni pandai dah dress up sendiri.
baju dengan seluar pilih sendiri.

aku tak bagi pakai baju ni siang2 buta sebab dia lengan panjang. malam pulak kena pakai baju tidur. baju ni kalau pi jalan2 aje. maka time tengok wayang aje dia dapat pakai baju ni. peluang bertukar jadi spiderman hanyalah ketika tengok wayang. sebab tu tiap kali tengok wayang ni la baju rasmi dia. kalau Afiq ada baru aku soh pakai baju hat sama dengan Afiq pulak. hahahah

balik rumah kemain esaited bercerita. cerita tu best.. cerita tu kelakar.. naga hitam tu baik.
lepas tu sedih. ayah dia mati.
orang duduk sebelah Adeeb tu nangis. Ajim cakap Adeeb tengok aje die nanges masa raja tu mati.
hahahahahah

mesti dia dok teringat.. kalo ibu ade ni kompem ibu nanges. huhuhuhuhh

malam tu bersungguh aku ajak Ajim pi floria.
dah alang2 dia tak kerja tu kan... jom la pi bawak budak2 tengok floria.
bayaran masuk RM3 aje. budak2 singgit.

oklahh lepas Adeeb ngaji kita pergi.

pahtu kitorang pi la kat Marina Putrajaya tu. kat situ ada bot berhias. 1 bot wakil 1 negeri. cantik2 sume.
aku ni puas la mencarik.. tang mana yang bayo RM3 nye??
tapi merayau la lagi.. pusing2 lagi. ok lepak tengok bot pulak.

nak guna smart camera kononnye sampai ke sudah aku snap gambar jadi tak lawa.
tengok ade setting untuk view malam. tapi snap tak jadi jugakk
tu la.. nak sangat pakai camera mahal. hahahahhaha

last2 snap pakai henpon jelahhh
tapi henpon tak boleh zoom jauh2.
ni jelah yang dapat. 
pahang

p.pinang

sabah
 pahtu Adeeb dah gosok2 mata ajak balik sebab dah ngantuk.
Afiq pon dah nak berdukung aje letih.
hoiiii tak seronok dahhh. pearakan bot pon tak habis lagi. sentap aku...

okla jom balik.
jumpa pulak dengan kupu2 malam nih.

hahahah diorang nak buat persembahan lepas perarakan bot nanti.

sambil jalan balik tu jenguk2 jugak. diorang amek gambar floria lawa2. ada bunga lampu2.
ada payung tergantung warna warni. alaaa nak la amek gambar jugakkkk. tapi apesal aku tak jumpe nih???

kat tepi jalan tu ada gerai makan 1malaysia.
macam2 stall makanan dari pelbagai negeri ado.

ok jom makan dulu. ibu lapar.
skali jumpe jiran aku kat ctu.
borak2 ngan die.

barula aku tau.. aku pi salah tempat. ni tempat bot berhias aje.
floria tu kat area masjid besi sana tu. Presint 4.

lorrrrrrrrrr

aptb!





No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™