Showing posts with label Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Kitchen. Show all posts

21 April 2014

Cutie Cake


Aritu sharing ngan Biras I beli Cupcake Maker.
demi lebih murah dan free postage, okeh jom sharing.

semalam baru la masing2 ada masa ak menghadap menatang neh.

masa beli I nak biru.. Kak Lin nak Pink.
ingatkan 2-2 cupcake maker. 
sekali dah bukak baru tau pink tu cutiecake maker. 


yang ni rasa takde hal la.. sebab saiz cupcake dah.

yang pink ni la kitorang cuak. 
cemno bleh tak perasan dalam dia bentuk lain. iskkkkkk
masing2 dah cuak alamak cemana nak buat kek nih??


tapi  dalam 2-2 mesin ada bagi resipi simple neh.

 takpelah.. kite try aje buat. memandangkan Kak Lin dah biasa buat cupcake. marilah kita mintak resepi.
hahahaha poyo2 mintak resepi.
sekali die bagi resepi yang kompem jadik!!!

ni la rahsianya... tepung kek coklat.

200ml minyak jagung dengan susu

4 biji telur yang dipecahkan.. resepi asal campur dengan air.. sukat sampai 350ml.
tapi kak lin soh ubah letak susu aje. takmo air. kalau letak susu dia lagi moist.

so telur 4 biji plus susu 350ml.

mula2 bancuh tepung coklat tadi dengan minyak 200ml tu.
gaul sampai sebati tepung dengan minyak.
then tuang pulak telur plus susu tadi. 


gaul sampai cun...
nak tambah sedap weolls letak choc chip.
siapp!! 

hahahahaha senang kan??
tak payah mixer bagai. bancuh2 mcm nak buat cekodok aje.

Juri masakan dah menunggu kat tepi.
extra susu tu diorang la sebat.

mula2 bentuk tak jadi sebab weolls letak sikit je takut tepung naik kembang melimpah plak kang.
sekali lepas masak cisss tak ensem. 

kali ke 2 kami isi penuh2 ikut level pan tu...
lepas 5 menet dia masak..
wahhhh cantik kembung dia naik yang atas tu mampat sampai permukaan atas.
terus bentuk2 sume nampak gebu2 comel.
alahaiiii esaited gue

yang sebelah atas tu yang jadi..
sebelah bawah tu yang buat first tak nampak bentuk.

tengok...
dalam setengah jam dah siap sepinggan.

share gambar ni kat group wasap diorang kata apesal rentung???
hahaha kongajaqq...
hoii ni kek coklat moist yang weolls nak transform jadi muffin tapi tertransform jadi kiut tauu!!!

balance ada lagi I bawa balik esok buat kat rumah la pulak.

I dah terbekenan ngan cutecake maker kak Lin. kak Lin pon sama sebab senang nak buat. 5 menet dah masak. plus tak melekat langsung plus tak payah guna cup.

I ajak tukar  sebab buleh bawa bekal adeeb pi sekolah.
hahahaha 
kak lin nasib baik la tak kesah.
so terus bawak balik sebelum Kak Lin ubah fikiran. wawawaaa

tepung tu letak dalam fridge aje.
pagi2 pukul 7.40am tadi  keluarkan terus masuk dalam maker tu bakar.
taraaaaa
pukul 8 dah siap 2 bekas bekal Nuqmans.

ni bekas Adeeb.
comey tak?? bekas doremon ni dapat kat Marrybrown masa g genting dulu.

Afiq pon nak jugakkk.
die mana boleh tengok aje kek2 ni...
nak jugakkkk 

nanti bila2 free boleh buat yang ada filling kaya ke.. stoberi ke...
cekodok pisang ke.. kek pisang ke..

hihihh semangat sikit tengok bentuk2 ni.
Adeeb awal2 dah cop...
nak muka orang tau bu!

iyolahhhh
yang muka ibu takmo??
die sengih2 kerang busuk lak. nampak beno takmaunye...

cittt ibu ko jelita tau takkk!!!!

16 April 2014

Pinggan Mangkuk


Opss baru perasan cerita pinggan mangkuk aritu tak share. hahaha
masa beli kat Lazada aritu sampai pisau seramic aje. sabtu pagi tu sampai sudah tableware yang ditunggu.

masa tu Ajim pegi kedai bawah.
kami tengah tunggu tesco Delivery sebab I ada order barang2 dapur. 
minta pukul 10 tapi tak sampai2 lagi.
Ajim nak pergi kerja awal. lauk dah masak tapi beras tak sampai lagi.
okeh la.. soh ajim turun cari beras 1kg kat kedai 1msia.

sekali ada orang bagi salam.
haaaaa esaited ingat Tesco. sekali amekkaww kotak besar dia tunjuk.
saya dari Gedex puan..

alamakkk.. pitammm matikla japgi Ajim naik tengok kotak besar pulak dah.
gigih nak keluarkan cepat2 bajet nak sorok. kahkahkahhh
dah macam pencurik gayanya


berat okeh.. terpusing2 kotak nak seret bawak masuk rumah.
nak kasar2 takut pecah pulak.

takpelah.. marila kita jujur.
hahahaha
keluarkan dengan sopan santun dan susun.

Rm59.90 dapat 16pcs.
4 cawan
4 pinggan
4 pinggan kuah
4 mangkuk
dan I amek 2 set. so sume ada 8pcs.

safe for microwave juga.

faktor utama pemilihan adalah nak pinggan kuah.
sebab set yang lama takde pinggan kuah.
then ada mangkuk kecik. 
tensen mak bila nak makan kuah2 kemain la payah.

yang ni.. pinggan makan melengkung.. pinggan kuah lebar dan melengkung
mangkuk pun lebar sikit. mug pon besar.


masa dok susun2 ni Ajim balik tengok pinggan dah siap susun.
masa dapat pisau aritu memang dah bagitau dia I ada beli pinggan mangkuk. tapi tak cakap 2 set.
I cakap 1 set RM59.90. murahhh
*tapi beli 2 set - ayat ni dalam hati aje. hahahaha

nasib baik Ajim tak banyak soal..
dia cakap 'lawa sebab simple. haa ok la tu.. ade pon pinggan lauk untuk kuah2. kan senang tu...'
yeayyyyyy... tak kena marah.

lepas ni boleh menyetan lagi ngan LazatDaa tu la kan???
hahahahahah

terus rajin buat sweet sour ngan telo masen sebab Lalink kite nak pi keje.
*tetiba manja supaya tak kena marah. bluwekk

budak ni nak transform jadi pinggan ke hape?

kotak jangan buang..
kita simpan set lama.

set ni dah nak masuk 6 tahun la...
beli masa umur Adeeb tak sampai setahun pun lagi.
letak dalam stor aje. i bukan jenis yang tayang pinggan mangkuk dalam almari cermin ye..
tak kosserrrr

ni la set nye..
ada cawan. 8pcs
mangkuk 7pcs -1pecah
piring leper 7pcs - 1pecah
ngan pinggan pun leper.. 8pcs

seksa nak banjirkan pinggan.

pinggan hijau t dapat kat parkson.
redeem voucher.
jangan semakkan rak pinggan. masukkan sekali kat rak.



ada tak yang nak set pinggan mangkuk ni?
mehla datang amek.
I bagi free. tapi self pick up tau. beratttt

nak buang sayang..
set ni tebal tau... berat la sikit. tapi tahan.
pakai 5 tahun ada 2 pcs aje yang pecah. tu pun tak sengaja terhempas ke lantai.
kalau setakat berlaga2 dalam sinki tu InshaAllah tak sumbing.

09 April 2014

Glass Sticker


Lama dah cari Glass sticker nak tampal kat tingkap dapur.
then tanya2 ramai cakap kat DIY banyak.
bila tanya DIY terdekat kat mana diorang kata kat kajang. 
aisehhh bile thun nak pi kajang semata-mata masuk DIY cari Glass sticker?

kebetulan bulan 2 jumpa kat Dealmates. whoaaaa rezekiii
harga dalam RM35 sekeping kot. so beli 2 keping memandangkan tingkap dapur agak lebar.
memandangkan I ada kredit Rm50 kat Dealmates maka I tambah duit Rm20 ajela.
so tunggu.. patutnye sampai early March camtu. sebab die kata ready stock n express deal. makanya paling lewat 3 hari dijamin sampai. tapi lepas 3 hari tak sampai2 pulak. bila I emel tanya.. hari ke 3 tu diorang emel no tracking. okeh la.. I jangka lagi 2 hari tu sampai la kot. so tunggu...

masuk 3 hari tak sampai2. lepas tu check online kata tracking no tak wujud. I dah geram..
emel lagi sekali bagitau kenapa barang tak dapat? kenapa tracking no tak wujud?
tapi diorang tak reply. 
I tunggu 3-4 hari.. then tanya lagi kat emel. tetap tak reply. hazabedahh betollaaaa. kalau call lagi la... nama aje ada cust care.. sampai ke sudah tak berjawab. proses tu berturutan sampai 4-5 kali tanya.. still no answer. xpela.. I redha ajela.. xde rezki I. tu pon selepas hantar emel marah2 bagitau service diorang memang sangat2 tahap cipan dan I promise takkan beli dari dealmates or rekemen kat orang lain dah.

sekali minggu lepas pulak orang airpax call kata ada barang oversea sampai. 
eh.. mana ade I order barang oversea??? tapi receive la jugak.
lorrr.... menatang neh baru sampai dari China???

ko kata ready stock?
express deal?
 dah tau xde stock cepat2 la inform. memang patut makan maki jela diorang ni. 
kalau takde stok bgtau la dah arange delivery dari China. skang onthe way. takdela I nak marah sangat.
haihh


sekali bile bukak ada sekeping aje.
adehlaaaaa nak maki bertalu2 aje. takkan nak redeem balik pahtu tunggu lagi sebulan??
buat sakit jantung aje. mamposla diorang.. takmo beli dah. Dealmates memang service paling teruk sekali.
I beli ngan service on9 lain xde la pernahnye jadi macam ni.

nasib baik sticker lawa.

tapi nilah jadinye..
I is sedih.. tingkap obesiti memang tak sesuai la pakai sehelai aje.
sticker tu sebenarnye dah size tingkap standard dah. tapi dapur I tingkap lebar, thats y la beli 2 keping. adesss tensen makkk.


niat beli takmo nampak jiran depan. so boleh berseksi2 dalam dapur. hahaha
selalunye kalau pakai singlet masuk dapur tetiba nampak ada orang kat depan dah tertunduk2 macam pencuri kat rumah sendiri. sebab tu nak letak sticker jugak. masa beli sticker dah berangan cermin tu akan fully tinted. sekali dapat sekeping terus potong cenggitu jela. 

sebelah kanan tu la ade ruang sikit.. takpela kat situ letak kain2 lap ajela. lagipon tepi tu dinding nanti tak nampak sangat. yang penting depan sinki kena tutup perabeh.

okeh..
tak nampak dah..
Alhamdulillah..

lepas dapat sticker tu I emel lagi sekali kat dealmates bgtau barang dah sampai. services korang memang sucks! this is the last time. so harap Dealmates akan stop servises sampai bila2. hahahahaha
ayat menyetan.

sekali esoknya terus reply.
terima kasih berurusan dengan Dealmates.
masalah anda akan kami tangani dengan segera di no ticket #*&^% bla..bla..bla...
sipottt!!

terus block Dealmates.
tak hingin tengok dah

05 March 2014

Air Fryer

Disember lepas I ada beli Air Fryer dari UK.
huuuu shopping sampai ke UK kauuu
hahaha
on9 aje.. skang sume di hujung jari. kat Malaysia ade.. tapi price die boleh tambah beli sepasang kasut lagi.
I pilih Philips sebab die ada 2 years International waranty.
maka kalau ada kerosakan tak payahla menganto balik ke UK.
anta kat Philips Malaysia aje sudahh
beli dari page Shopping di UK
masa tu price die RM670.
price Malaysia... aritu offer paling murah RM950.
kalau tak Offer Rm1200.
kat UK tentulah separuh harga. cuma lambat la sikit dapat.
kena bayar deposit sikit lepas tu bayar beberapa kali asalkan bila barang sampai mesti dah habis bayar.
so tak terasa sangat la keluar duit sampai dekat 700 kan. barang sampai kat Bangi boleh self pickup aje. sape2 yang jauh boleh suruh pos. 
I order hujung bulan 9 camtu. bulan 12 dah dapat huuuu esaited
kat situ tengok ade resit die dalam Pound. convert duit kite dalam RM5++ aje. gile la murahhh
tapi I beli ni kire puas hati gak.. sebab segala urusan shipping ngan kastam sume die settlekan. barang terima dalam keadaan elok. bayar pulak sampai 3-4 kali.
die caj dalam RM150 aje pon nak bising ke?
dapat buku resepi 
taraaa ensem takkk??
setelah sekian lama baru la gedik nak share info pasal menatang neh.
Air fryer ni konsep die goreng tanpa minyak. 
pakai udara panas yang die rolling dalam bekas tu aje.
tapi ajaibnye makanan masak sekata sampai ke dalam. dah tak payah deep fryer dah. jimat minyak..
yang penting makanan tak berminyak dah.
dah macam ayat orang minyak dahh
benda ni memang sangat2 membantu I kat dapur. sebab macam2 I boleh masak.
macam konsep Oven pon iye gak.
bukan setakat boleh goreng fast food aje tau. nak bakar macam2 pon boleh. Aritu I dalam pantang I bakar ayam dalam ni aje. bestttttt
boleh jugak nak bakar kek n apa2 yang melibatkan bakar2 n goreng ni memang superb la.
aritu nak goreng ayam malas. lumur kunyit ngan garam macam biasa.
terus sumbat dalam air fryer.
masak sesedap rasa aje tetiba rasa macam ayam bakar. 
sejak tu ikan bakar daging bakar. sume tala. hahaha
ni 2 hari lepas malam2 tetiba lapar. nak makan nasik jam dah pukul 10.
ok mengunyah ringan2 sudah..
erkkk ringan ke ni?
disebabkan die panas.. maka makanan tengah beku2 tu selamba aje I masukkan.
kalau nak goreng kena tunggu lembut dulu. yang ni tak payah.. wap panas die tu akan lembutkan frozen food tu dulu kemudian masak. jimat masa nak tunggu lembut
kita boleh adjust suhu sehingga 200C. tapi I slalu guna 160C aje. tak panas sangat tak slow sangat.
timer ikut sesuka hati. tapi ada panduan situ ayam brp menet nugget brp menet.
frozen food brp menet.
stended masak dalam 15-25 menet aje.
agak2 kurang masak or garing putar lagi timer tu.

lepas sumbat sume I bleh tinggal jap pi naik tingkat 6 amek Adeeb balik tuisyen.
sonang kojo den
ok kaler dah gold.
sape suka rentung2 sikit tambah masa lagi

yang kecik2 ketul tu Crab Nugget. I jumpe kat Tesco. selama ni tak tau ada crab Nugget. sian tak I? hahaha
eh sodap la.. dalam lembut.. luar rangup2.
Nugget tu lama I tak beli. dekat setahun. sebabnya tiap kali goreng melekat.
sapa penah beli Nugget Ramly memang tau la die punya tahap melekat tu. kadang2 tak melekat tapi serdak2 die tu punye la banyak. buat kotor minyak aje. sekian lama I tak beli nugget ni tau. sakit jiwa time menggoreng.
arini beli balik test.. suke3... tak melekat. masak sedap je sampai dalam. 

ni la crab nugget tu.
lepas ni boleh beli lagi.

nak share ngan uolls jugak ada kordial kurma keluaran Power Root.
ke uolls dah tau? I kan selu ketinggalan ketapi. hahaha

ni pon tau sebab Ajim selalu minum kat rumah die. bila dah kawen die soh I cari nak bancuh kat rumah.
die tau minum aje.. tanya mak die cakap beli kat Giant.
rm10.90 sebotol. tak payah letak gula.. terus letak air sejuk n bancuh.
setakat ni jenguk2 kat Tesco ngan Mydin takde jual pulak.
pergi kat Aeon Big alamanda pon tak jumpe.
payah jugak nak cari neh..
kat Giant pulak selalu cepat habis.


sape2 tak suka kurma boleh amalkan minum air kurma ye.
kalo pregy lagi nak jadikan amalan harian neh...

wehh skang ada promosi laaaa...

mak ajim dah order 1. hehehe
i tunggu ada budjet sikit nanti nak beli untuk Mak I pulak.

uolls beli la... 
jimat minyak.. makan makanan tanpa minyak senang kerja kat dapur tu.
like page Shopping di UK (klik)
then PM die nak order. bayar deposit kat die skali bagi detail yang die nak.
then bayar balance sebelum barang uolls landed kat Malaysia.

eh.. gaya promot macam ada share aje kan?

takla.. suke.. die antara page barang UK yang jual murah gak.
banyak barang pelik2 yang ada
pilih aje..



Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™