No matter HOW MUCH we consider the future, No one can see the TRUTH
22 March 2013
Kencing Berdiri
Kencing Berdiri
I ade 2 orang hero yang sedang membesar bagai johan. yang memerlukan tunjuk ajar untuk menjadi seorang lelaki. Malangnya I bukanlah seorang lelaki biarpun usaha mendapatkan ilmu untuk mendidik anak lelaki sering I lipat gandakan.
salah satu teguran yang I terima adalah bab kencing.
dekat rumah I ajar Adeeb kencing berdiri. Sebab jamban kat rumah kami adelah jamban duduk. Malah kat tabika pon jamban duduk. rata2 tandas awam skang pon mostly have tandas duduk. Afiq plak xde problem lagi sebab die still pakai pempes.
mula2 I ajar Adeeb menyangkung. tapi.. die tak pandai kawal punai die lagi mase tu. hasilnye.. die je duduk kat jamban tu.. kencingnye merata nak sampai kat pintu bilik air. bila I soh pegang punai tu die tak sempat sebab sebelah tangan pegang baju, sebelah tangan nak berpegang takut die yang masuk dalam jamban tu.
yela.. die baru 2 tahun lebih mase tu.. jamban tu beso bleh jadi tempat die berendam. so, takut jatuh kenala pegang. Hasilnye air kencing tak masuk dalam jamban, merata pancutnye.
Tu la faktor kenape I ajar die kencing berdiri. Supaya die boleh tangan kanan pegang baju, tgn kiri pegang punai... I ajar die, kencing mesti 'Aim' pada lubang jamban bia tak kencing merata.
pahtu mesti basuh punai.. dan pam tandas.
hasil pembelajaran kadang2 pitam gak time die tak dan nak pegang punai tu (kes dah tak tahan nk kencing la ni).. terbabas habis mangkuk jamban. die plak siram kat area lubang jamban aje. haih..
tapi skang Alhamdulillah dah semakin expert sket die kencing.
aritu Adeeb duduk umah Along I. umah Along tandas cangkung. dan Along ajar anak die kencing menyangkung. Along cite.. tak sempat die nk soh menyangkung Adeeb da berdiri n pancut. hahahahaha
mase tu I pon serba salah..
btol ke tak I aja Adeeb selama ni??
ke salah??
I still mencari kaedah terbaik..
mencari tunjuk ajar yang baik..
menjumpai artikel di bawah dalam Harian Metro buat i rasa lega sikit.
I harap Adeeb lebih terdidik dalam menjaga kebersihan.
=)
Saya ingin bertanya mengenai tabiat kencing berdiri. Bagaimanakah
cara untuk mengatasi masalah lelaki suka kencing berdiri dan benarkah
kencing berdiri itu adalah kencing seperti syaitan? Dalam masalah ini juga saya menjumpai kes seorang lelaki yang
selalu kencing berdiri. Walaupun ditegur, lelaki terbabit dikatakan
masih berdegil serta menimbulkan masalah kerana rumahnya berbau hancing
akibat air kencing terpercik ke dinding dan kekuningan.
Isterinya juga tidak puas hati, lalu mengadu pada orang luar. Saya meminta nasihat Dr mengenai masalah ini.
Salim,
Alor Setar Umumnya membuang air kencing sambil berdiri bagi seseorang lelaki tidak haram, malah dibenarkan dalam beberapa keadaan.
Perkara ini pernah berlaku pada Rasulullah SAW. Menurut Hudhaifah
RA: “Suatu ketika Nabi SAW pernah singgah di suatu tempat pembuangan
sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, baginda membuang
air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi
baginda malah berkata: “Mendekatlah ke mari.” Aku pun segera
menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku
melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khaufnya.” (Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Dengan kata lain, kencing berdiri dibenarkan apabila dapat menjaga
pakaian dan diri daripada terkena najis. Ia pula sesuai dengan tempat
tertentu. Lebih-lebih lagi apabila ada tandas khusus dan sebagainya. Ia
sudah tentu tidak menyerupai syaitan.
Bagaimanapun, pada kebiasaannya, Rasulullah SAW buang air kecil
sambil duduk (mencangkung). Cara kencing sambil duduk lebih baik
berbanding kencing sambil berdiri kerana seseorang dapat menjaga
kebersihan secara lebih sempurna kerana air kencing tidak terpercik
jauh.
Selain itu, cara kencing sambil duduk juga dapat memastikan air kencing keluar habis.
Kebiasaan yang dilakukan Rasulullah SAW perlu diberitahu kepada lelaki terbabit.
Dengan itu, beliau akan menurut kebiasaan Rasulullah. Ia tentu
dapat mengatasi masalah di atas. Beliau juga perlu dinasihati supaya
tidak membuang air merata-rata seperti ke dinding.
Sememangnya sudah ada kemudahan mangkuk tandas untuk berbuat
demikian. Segala kemudahan perlu digunakan sebaik mungkin dan cara yang
betul.
Jika masih tidak tahu menggunakannya perlulah diajar satu persatu
mengenai tatatertib menggunakan tandas dan bilik air seperti mengepam
air apabila selesai menggunakannya.
No comments:
Post a Comment