Fenatt
weekdays aku kat Putrajaya kerja.
tengahari Ajim meniaga kat kementerian berhampiran. so lunch hour aku akan keluar tolong jaga Fatih so Ajim boleh jaga booth dia dengan tenang.
sabtu dengan ahad pulak Ajim meniaga sotong kat Nilai 3
so 2 hari tu tido nilai aje.
isnin pagi-pagi aku akan balik sini semula pi kerja.
sebelum ni ada masa petang waktu lepas kerja sampai ke subuh aku nak belek apa-apa kerja dalam rumah tu.
macam tu pon rumah aku tetap dah macam tongkang pecah. hahahahhh
ni pulak hampir 2 minggu aku berulang alik dari nilai ke putrajaya.
sebab cuti sekolah ni kak long ajim balik.
so adeeb dengan Afiq seronok nak duduk rumah nenek.
ada sepupu sepapat nak bergurau senda nak mandi kolam nak lepak taman petang-petang
maka.. diorang taknak balik
aku pulak masih nak pantau diorang terutamanya Afiq tak reti lagi tidur sendiri.
sudahnya aku berulang aje la dari nilai.
tido sana semuanya.
last-last rumah aku dah tak macam tongkang pecah dah..
lebih kepada dilanggar garuda or ribut taufan.
kahkahkahhhh
pitammm
so minggu ni aku ajak Ajim balik.
untuk jimat minyak ulang alik.
untuk hadap masa bersama keluarga balik.
untuk hadap situasi dalam rumah balik
time ni la rindu suasana home sweet home tu...
tapi ajim ada kerja lagi. dia nak repair kereta angah dia.
budak-budak ni pon seronok lagi nak duduk sana sebab anak-anak kaklong ada dalam 2 minggu lagi kat sana.
nampaknya macam kena extend waktu bermalam kat sana la jawabnya.
takpe..
ajim senang buat kerja
Fatih seronok ada makcik pakcik dan nenek tolong tengokkan
Adeeb dan Afiq seronok main dengan sepupu sepapat
aku pon senang hati anak-anak tak banyak kerenah kat sana
so berulang la lagi..
asalkan semua baik-baik aje
2 comments:
Bagi chance lah anak-anak bermesra dengan saudar. Rumah tu, rehat jumaat balik lah kemas :p
@ain.ya.nun.
huahuahuahhh....
jemahat waktu rehat meniaga kat dataran gemilang. hahahaha
Post a Comment