03 December 2015

Demam

Assalamualaikum...
hati daku ni kerisauan.
Adeeb demam sejak ari sabtu pagi.
selasa lepas dah ambil darah. platlet drop sikit. kalau normal 200 dia 194. so Doc bagi balik sebab mungkin dia tak makan ke ape.. Doc bagi antibiotik ubat batuk dengan ubat demam jugak.
kalau khamis (which is arini) tak ok lagi, Doc soh datang ambil darah lagi.


be lepas nanges amek darah
Arini walaupon badan tak sepanas selalu. dia masih lagi demam. maka petang ni kena jugak la pi ambil darah. Doc kata kalau platlet drop lagi saspek denggi aje. Adeila.. risau.
dia pon dah mengadu sakit-sakit badan aje tu.
aku harap takla..
sebab Nuqmans ni sakit menurun aku... kemain payah nak sakit. tapi kalau kena memang agak teruk. tiap kali demam suhu memang tak kurang 38.
standard 39-40 tu perkara biasa. kena pantau jela jangan bagi panas berlarutan. kang sawan pulak anak aku kang.
Adeeb bila demam dia bawa diri. baring tengok tv atau tido. bila panas sangat aku suruh pi mandi atau basahkan kepala. so far memang menurut kata saje. bila ubat jalan.. dia rasa sihat sikit kang dengarla dia bercekau dengan Afiq. bila tak larat dia baring balik. seminggu ni kurang gaduh so Afiq pulak rindu kat dia. kejap-kejap dia datang baling barang kat Adeeb. kejap-kejap dia gigit pulak kawan tu. dah meraung la beliau..

walaupon demam nampak camera wajib sinyum
ni start malam tadi Fatih pulak demam. kemain panas badan.
aku bagi ubat demam 1ml aje. then selebihnya aku jerlum dengan air dan kain basah.
arini panas kurang tapi badan dedar. pahtu hingus jernih macam air sungai. tak berhenti.
stress ibu canni..
2 orang demam.
Afiq sorang je sado.
tahniah Afiq!!
tapi tadi follow up speech dia langsung tak bercakap. mati kutu Doc tu nak tengok dia respon.
sejap terapi takmo bercakap.
masuk dalam kereta elok pulak dia melalak.

eh budak nihhh...

2 comments:

Anonymous said... [Reply To Comment]

Kalau dah sorang demma tu, memang berjangkit ke semua la. Bertabahlah ye

-Dakpink-

Han Hanni said... [Reply To Comment]

Musim demam sekarang dengan cuaca tak menentu

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™