Showing posts with label Celebrated. Show all posts
Showing posts with label Celebrated. Show all posts

06 January 2016

selamat ulang tahun kelahiran


Assalamualaikum..

penyakit M aku dah makin tinggi skang.
bukan aje malas apdet blog. sampaikan ulangtahun kelahiran pon aku tapaukan sekali.


besday Adeeb aritu 24 Dec.
masa tu tengah sibuk siang Ajim meniaga. aku plak berkampung sebelah pagi ngan malam kat rumah adik dia buat kenduri kesyukuran.
ingat nak menyambut kat situ sebab adik beradik sebelah aku suma ada. tapi aku tak berkesempatan nak membeli kek pon.

sudahnya biarkan berlalu jelah.

then ada kenduri pulak 1 jan tu kat rumah abang ajim kat rembau.
semua sebelah Ajim ada kat sana.
so buat kat sana jelah.

dah alang-alan menjelang bulan 1 aku pakejkan sekali Ajim 10 Januari & Fatih 21 Januari.
jimat tak??
jimat kannnn??




kedekut??

eh mana tau neh???

bwahahahahahahaha


gambar tak cantik.
menumpang henpon angah ajim.
dalam hp memang lawa sebab dia set panorama la.. set apo tah lagi.. 
tapi bila aku aplod masuk web jadi kecik giler.
bila enlarge trus blur.

iskk sedey..
 

dah membelek-belek gambar ni baru aku perasan muka aku langsung takde.
ini boleh mendatangkan marah!!!!




Afiq merajuk.. tak dapat menghadap kek. bila suruh duduk sebelah abang dia taknak. 
nak hadap kek tu sorang-sorang.
gila glamer punya budak.
tunggula tuan punya kek rasmi dulu.

tapi tak susah pujuk dia sebab favorite dia memang kek. so potongkan 2 slice bagi dia hadap sorang-sorang.
nak makan sendiri ya.. takmo orang suap.
ok fineeeee makanla..

Fatih ni kan... mulut dia memang senyap aje..
tapi dia punya melasak.. adehh ko janganla terlepas pandang..
ni tengah posing dia boleh capat kek tu pakai kaki.

OMMA!!!

ku geget jugak budak ni kang..


adeii gambar blur..
tak ensemmmm


Aku belikan Jam kat Adeeb dengan Henpon aje kat Ajim.
semua order dengan Lazada aje.


Fatih?
ibu belanja susu dahla.. 
21 hb nanti ibu belanja cucuk peha kat Klinik ya.
ahahahahaaha




03 November 2015

2 years Already


hihihi..
eh 
Assalamualaikum...

semalam dah genap 2 tahun aku kawen ngan Ajim. Alhamdulillah..
2 tahun bukan mudah nak share hidup dengan orang lelaki tau..
dan bukan mudah untuk Ajim yang kahwin instant tros dapat 2 orang anak bujang yang tengah melasak. Baru kahwin ade bini aje dengan baru kahwin ada bini dan dah ada anak ni 2 perkara berbeza tau. sedangkan yang berkahwin dengan cinta pahtu dapat anak sendiri pon belum tentu semenggah pengurusannya *terasa ke?.. ni pulak bujang tiba-tiba jadi bapak dalam sehari.

Selamat ulangtahun ke 2 Incik asben sayang..
semoga Allah terus panjangkan jodoh kita seiring kegembiraan, kebahagiaan dan keberkatan hidup di bawah redha Allah dan ke dua orang tua kita.

Alhamdulillah Allah kirimkan beliau hadir dalam hidup aku..
membimbing aku dan anak-anak inshaAllah ke jalan yang lebih baik.
biar hidup susah tapi hati terisi dengan ilmu akhirat.
inshaAllah bekalan kita di hari depan.

My favorite moment

aku suke sangat gambar ni..
the best bg aku...
lg best dari gambar-gambar outdoor yang aku amek.
hahahhaa

padahal gambar ni snap bila semua orang dah balik.
bila dewan dah siap kemas.
kerusi meja pon dah siap susun.

punyela susah nak dapatkan 2 retiss cilik tu nak amek gambar dengan aku. sabo jelah...
masing2 sibuk nak main ngan sepupu sepapat. Ibu kawen ko yang meriah ye??
tengok masing-masing tak pakai selipar. sebab berdukung naik pelamin. hahahaah
eh orang yang tenok gambar ni semalam cakap.. kurus ko mase tu mi.. wei skang pon aku kurus lagi tau!!!!! tengok niiii.. *jari*. mencii

Family Ajim jenis berlembut dengan budak-budak. buat budak macam kawan. boleh bersembang dan bergurau senda. Aku pulak dari latarbelakang keluarga cap rimau. garang dengan budak-budak. time gurau boleh gurau. tapi arahan ibu no compromise. Maka Nuqmans lebih suka mengadu dan sharing dengan Ajim. Adeeb balik sekolah cerita macam-macam dengan Ajim. dengan aku yang baik-baik aje dia cerita. takut kena telan dengan aku. hahahahaha

Dulu aku risau Nuqmans rasa tersisih ada ayah lain. tapi Alhamdulillah.. Afiq suka bila ada ayah. sebab dari kecik dia tak kenal ape itu Ayah. Adeeb pon seronok. dulu kat sekolah tak boleh bercerita pasal ayah dia. sekarang dia boleh share aktiviti harian dengan kawan-kawan, tak malu lagi sebab dia dah ada Ayah. time Ajim free dia keluar berdua dengan Adeeb pi tengok wayang.. pi makan.. pi ambil barang. 

Nur Fatiha Nuqman. sapa nak tengok Ajim kecik-kecik ni la dia... fotostate okeh..  sebijik sebijan
bulan 1 aritu lahir puteri sulung kami Nur Fatiha Nuqman. sentiasa ku doakan bertambah kebahagiaan keluarga kami. Afiq memang manja.. so dia jeles sikit dengan Fatih. tapi dia sayang.. kejap-kejap dia cium.. kena sambil belek Fatih belek dia jugak. nanti dia jeles dia sekeh Fatih.
tapi si kecik tu tak padan dengan kecik... pantang ada peluang dia buli jugak Afiq. dah 2 kali kaki Afiq berdarah dia gigit. meraung abang tu. Afiq ni kalau bantai orang memang takde kesian. tapi sebab Fatih yang buat dia menjerit ngan menangis aje. nasib baikla abang tak debik ko Fatih. huhuhu Afiq ngan budak kecik dia bersabar aje... kalau abang memang dia jadi rimau. dah berapa kali Adeeb nangis kena bahan dengan Afiq. pitam aku ari-ari bercekau

eh dah menyimpang dah aku neh..
nak cerita pasal 2 tahun kawen aje. tapi masuk perangai anak-anak pulak sekali. tak romantik langsung!!

hahahahaa
memang tak romantik pon...
ahad petang tu kami siap-siap nak keluar  bawak Nuqmans mandi kolam. sekali tengok hujan pulak. maka siap-siap pi makan kat Umai. then nak pi tengok festival LAMPU putrajaya. sekali hujan jugak. Light motion pon tak cantik. budak-budak keboringan. lets balik rumah.. so pukul 10 dah ada kat rumah.

Aku bantai pukul 10.30 dah tido. Ajim pulak busy macam-macam dia buat.
sedar2 aku tengok jam dah 3.30am. aku memang biasa bangun tengah malam. belek-belek henpon tengok ada reminder dari pesbuk.. owh esok anniversary rupanya. so sebab dia tido aku wish dalam Fb jela. hahahahahahaahahahaaaa

 semalam aku halfday ikut Ajim pi Banting amek stok barang bisnes. konon nak cepat-cepat settle buleh pi dating. hurmm takde maknanya.. settle dah pukul 5. terus ambil budak-budak balik sekolah. 
tu jela aktiviti anniversary romatika aku dan ajim.

Alhamdulillah.. bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan Allah sekarang.
belajar dari kesilapan yang dulu untuk perjalanan masa depan.

ok bai. keje weiiii...

*doakan kebahagiaan kami sampai syurga ya*
*aku doakan untuk korang jugak*

19 October 2015

1st daysi kecik



selepas 9 bulan akhirnya arini kena jugak lapor diri. 
hahahahadoiiiii

baru semalam Fatih pandai babai orang...
sambil babai tu dia senyum2 gedik.
adehlaaa 
lagila sayang aku nak tinggal.

tapi sampai bila kan???
pergi ajelah kerja. inshaAllah everything will be fine

sebelah pagi dilaksanakan dengan jayanya.
petang tak tau ape cerita. harap baik-baik aje.
semalam birthday Afiq yang ke 5tahun tapi tak berkesempatan celebrate. petang semalam bawak pi berenang kat swimming pool aje kat pullman tu.
muka bangun tido memasing

si kecik ni tak tau sejuk nak duduk lama-lama dalam air
masing-masing tak duduk diam ibu nak snap picture

maka arini lunch hour tadi bawak diorang pimakan kek ajela memandangkan sekolah cuti sempena jerebu. tapi gambar takde. kemain lincah si Afiq sekarang. umur 5 tahun ni dia baru pajang akal nak main sepak-sepak.. nak bergurau.. nak kedekut, nak rebut-rebut mainan.
aku layankan aje... sel-sel otak dia baru nak berhubung. hahahahah

alhamdulillah semoga makin success la perkembangan ko nak..

okeh tak buleh bebel lama-lama...
banyak perkara kena uruskan.

babai


17 December 2014

Besday @ tabika

ok arini baru ade feel nak bercerita pasal sambut besday Adeeb kat tabika.
majlis bulan 11.
ok la ni aku share cite besday Adeeb bulan 12. lagi 7 hari nak besday dia. hahha

takde ape nak cerita sangat layan gambar jela.
patutnya ikut rajin aku nak buat goodies bag jajan2 bagi kawan2 dia. tapi pompuan gemok dah pemalas melampau. aku pi mydin beli set alatulis aje. 
ada 2 orang.. so beli 25 set siap2.. tahun depan sekolah diorang boleh pakai.
jimat duit parents korang... beg tabika bagi. set alatulis Adeeb blanje.

kat tabika cikgu tanya.. kek adeeb gambar ape?
adeeb cakap tak boleh bagitau.. ibu tak bagitau Adeeb.
padahal aku pon tak tau gambar ape. tengok ape yang jumpa kat kedai kek nanti la...

pagi2 pi sekolah Adeeb nak settle borang daftar darjah 1.
then tros pi mydin beli set alatulis.
ingat nak pi presint 8 beli kek kat bakers cottage tapi baru pkl 9.30 memang tak bukak lagi ni...
sekali terpandang ada kedai kek opposite mydin tu. ok jom la singgah beli kek teros.

faktor pemilihan kek: sebab dia coklat & ada stoberi.
Adeeb suke sangat stoberi tau....
hati jambu anak aku ni. 

kawan2 keliling ramai2 nyanyi epi besday.



kemain tersentil-sentil lagi lidah dia malu2.
gedikk
 


selamat ulangtahun sayang...
ni last sambut besday kat sekolah ye.
masuk sekolah rendah takde dah majlis2 macam ni tau..

tak koser ibu nak buat dah.
kita tukar doa selamat jela memandangkan besday Adeeb jatuh cristmas eve.
sedang elok 25hb ibu buat makan2 dengan kawan2 ibu sekali.
hahahaaa



besday boy rasmi amek kek

Adeeb tambah kek sampai 4 kali. means dia suka kek ni. Alhamdulillah...
amek sepotong besar bawak balik untuk Afiq ngan Ayah jugak.


cikgu sebut nama sorang-sorang bangun pi salam Adeeb amek hadiah.
hahaha macam YB kawasan la pulakk


lepas tu settle...
mintak izin dengan cikgu balik awal ikut ibu pi opis pulak.
petang tu takde mengaji. duduk opis ibu aje tido bawah meja. hewhewhew....



24 September 2014

Baby dan A&W


wahhhh
aku apdet blog laaaaaa... mimpi apekahhh?? hahahahha

aku tengah tunggu meeting ni.
11.00 kang start.
mari bercerita guna gambar... nampak panjang beno sebenarnye pendek aje ceritanya.

ni masa cuti hari Msia baru ni... 16 sept.
pi jenguk bff aku.. Affa.. die baru bersalin. KakChik pon join skali.
oih dah jadi mak orang... tuka.. puan Irna Idayu.
sedap pon nama ko fa..

kuikuikuii...

selamat menjengah dunia Muhammad Rayyan Danial..
kami menanti kamu dengan penuh kasih sayang ke dunia. =)


gambar baby tengok sipi2 dahla.. baru 4 hari.
nanti dah pandai posing biar mama die sendiri aplod 
sapa ada anak dara boleh beratur isi borang. sebab Rayyan ensem. ikut pak die kot.
kalo ikut Mama die tak pon

kakakakakakaaaaaaaa

yang tengah tu la Affa..
cun la dari aku..

aku cun takde.. manis cute, jelita dan comel adela.
*sila muntah*

apesai la aku mengangkang cenggitu??
afiq pon separuh aje.

ni Ajim la tukang snap ni.. sabotaj bini sungguh..
cam kekok pulak.. lama x pegang baby. hahahaha

lepas pi umah Affa memang dah takde aktiviti.
so pukul 3 dah blur taktau nak buat ape.
ajim tanya nak pi mane?

balik laaaa nak titonn ...ok la jom balik.
tapi masuk bandar seremban. appara..
sesat kekdahnye...

isk.. kesesatan yang nyata neh...

aku suke A&W Float. 
kenangan dengan Arwah abah datang seremban tengah2 malam makan A&W dalam kereta kat parking.
dulu A&W seremban ni boleh order then makan dalam kereta. siap ada dulang khas yg boleh sangkut kat cermin kereta tu.

skang takde dah.
ramai yang curik gelas kot..
dalam banyak2 fast food, A&W la kalo lalu aku mesti nak singgah bli float.
lain tak herann
 sambil minum ingat abah. rindunyeeee
T____T

korang ade abah jagala elok2, sayang beliau selalu.. create happy moment banyak2 dengan parents.
aku ada moment 9 tahun je ngan Arwah Abah..
tolah masa kecik2 yang aku tak ingat, berapa sangatla moment yang ada dalam kenangan aku dengan beliau?? iskkk


3 orang ni nyawa aku skang..
selain mak, diorang ni jugak la tukang bagi aku semangat.
mesti cipta moment indah jugak...
Allah pinjamkan nyawa dah siap perjanjian yang kita sendiri tak tau bila tamatnya.
kalau tak aku dulu,  mungkin diorang..
marilah bersayang2 selalu..









korang pernah dengar pasal Aura Lebah??
ce gugel. ade tak..
kat mane ntah aku baca.

its like korang pi mana2 mula2 takde orang.. bila korang masuk dan duduk aje tetiba ramai lak orang.
benda ni kerapkali berlaku kat aku jugak.

sape ada ciri2 ni?? boleh asah bakat korang dalam meniaga.
inshaAllah berjaya. 


takleh nak type panjang2 la.. meeting nak start dah. babai.

peace!!



14 August 2014

Jamuan Raya

Semalam kat Unit aku ada jamuan Raya.
unit ni ada 5 sektor berlainan dan beberapa bahagian.
setiap unit dan bahagian akan sponsor sejenis hidangan.

then unit ni memang ada collect yuran bulanan sorang RM6 sebulan.
so menu utama memang peruntukan dari duit kelab sahaja.

Kelab sponsor Nasi Arab, Kambing golek dan Sate sebagai menu utama.
then setiap sektor dan bahagian akan sponsor 1 jenis menu yang tak sama.

so jadilah lambakan menu yang aku sendiri tengok pon nak muntah kekenyangan.

selain jamuan raya.. disekalikan dengan sambutan harijadi staff setiap bulan.
yang ni memang acara bulanan.
so bulan ni alang2 dah ada majlis kita sekalikan aje.
dah berlambak makanan tambah pulak kek 3 bijik.
kepitaman disitu..





salah satu sponsor adela ROjak
aku amek timun ngan sengkuang aje. banyak2 letak dalam pinggan, letak kuah.
sekali kepedasan.
bawak kat meja makan slow2.. dekat 3 jam baru abes. *nangis* 
  
aku duduk tingkat 6. kat floor aku ni boleh lepak2 kat luar. so kite bagi special sikit bakar sate ngan kambing golek kat luar ni. barula fresh. 

sebelah kambing.. sebelah sate.



kambing siap ade wedges ngan roti bakar bagai. coleslaw pon ado.
sayangnye sos die kurang kick laaa
diorang asak pon nak cepat. potong besar2..
tak garing ler.

ni sektor aku sponsor. Sektor D.
Yong Tau Fu 

roti jala kuah kari dengan pulut ngan serawa Durian.
ni menu pertama aku usik.. pulut sikit je.. kuah durian 3 senduk. hahaha


ni apee ha?? nasik dagang ke kerabu?
aku tak makan. tapi sume kata sedap

laksa johor

disebabkan besday pompuan cantik jatuh bulan ogos dapatla celebrate sekali.
diorang panggil nama.. dapat kad besday. skali yang sampaikan KSP kauuu... kih2..
pahtu ada sessi potong2 kek, tapi aku tak join..

kambing golek special request mintak nipis2 & garing2.
sos tak sedap takpe.. kite amek kosong. 
sodappp


hoih eskrem pon adoo..
mula2 amek ni aje.

pahtu tak cukup amek pakai mangkuk.
1 umi punye.. 1 aku punye..
eh sama tuan ek?
hahahahaha

kuih ijau tu tapau untuk nuqmans.
peberet diorang tu 

lepas tu kekenyangan.
kite tido bawah meja..

ZZZzzzzzzz







Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™