Showing posts with label MaKaN TaiYem. Show all posts
Showing posts with label MaKaN TaiYem. Show all posts

01 December 2015

Bubur Instant


sebagai ibu moden yang solehah aku adalah kategori seorang yang terlampau benar rajin masak untuk anak-anak. 
bwahaahaha

eh ape punya intro da..
Assalamualaikum alls...

hidup aku tak keruan semenjak 2 menjak ni sebab weekend aku menyotong kat Nilai.
weekdays aku kerja. 

so waktu dengan Nuqmans cuma Malam.
manjang ajela tak sempat untuk siapkan macam-macam kat diorang.
Adeeb dengan Afiq aku tak kisah sangat diorang dah besar dah boleh minta apa yang diorang rasa.
nak makan.. nak minum.. nak mandi.. nak kencing.. nak berak..

tapi si Fatih ni baru 10 bulan.
dia memang jenis relaks macam abang-abang dia masa baby jugak.
syukur alhamdulillah Allah bagi aku anak-anak yang tak kuat nanges or mengamuk tak tentu hala masa baby neh. Nuqmans jenis yang tenang masa baby. lapar pon hisap jari.. koman-koman pon hekk hekk hekkk hekkk tau-tau dah tido.
seram tau baby nangis kita tak tau punca. mati kutu nak handle.

tapi takkanla anak sopan macamtu ibu pon tak ambik port perasaaan anak kan?
untuk kekalkan ketenangan tersebut aku memang akan pastikan anak aku cukup makan pakai dia on time.

untuk Fatih memang dah lama aku tak masakkan bubur sebab tak menyempat. kadang-kadang ajim rajin dia masakkan. tapi selalunya tak sempat. nak pulak cuti sekolah ni sekali 3 orang dia nak jaga. Aku balik tengahari aje. kadang-kadang sian Ajim memang tak sempat masak. so aku ajak makan kat luar jela. Ajim pon takdela stress nak handle anak.

tapi Fatih tak reti lagi makan makanan ruji yang tak blend ni.
maka untuk Fatih aku belikan gadjet khas untuk buat bubur instant dia.

macam mana bubur instant tu??
owh.. sama aje apa yang kami makan hari-hari. Nasi, lauk, kuah.
aku campurkan, letak air panas. rendam dalam 5-6 minit then blender.
so Fatih dapat makan nasi jugak.

Kat rumah ada blender little bean aku beli khas untuk blender makanan Fatih.
tapi di saat-saat tak sempat ni kitorang kerap jugak makan kat luar dan mengangkut blender adalah tak mungkin.

mujur ada natam pink ni..
turbo chopper
Ya.. kaler dia pink... aku nyampah. tapi takpa.. takde kudis melayan pink dia tu.
hahahahaa
bulan lepas sedang elok Tapawe buat promo set 1 turbo chopper dapat 2 extra base siap tutup skali dapat beg. bling!! tros menyala mentol kat kepala aku ni. lantas aku beli 1 set. tolak tepi kaler dia.


sekarang ini adalah henbeg  comel aku bila pergi makan melibatkan Fatih.
pastikan aku order nasi dan lauk tak pedas. kalau ada sup tu bonus untuk Fatih. kalau takda sup aku akan order Air panas. Rendam nasi tu dulu kasi serap air dan lembut. lepas tu baru blend.



satu-satunya barang yang aku beli Ajim tak bising malah sangat suka..
hahahahhh..

Fatih pon seronok dapat enjoy makan sama-sama tiap kali kami makan kat luar. aku dah tentula enjoy tak pening dah fikir baby nak makan ape kalau tak masak.

halus tak natam ni blend?
pisau dia sangat-sangat tajam tau.
tangan lenguh sikit la nak start enjin motorbot tarik tali pacu dia tu. blend laju-laju lagi cepat dia hancur. untuk nasi memang cepatla.. tambah air lagi cepat dia lembut. so sangat bagus. aku pon boleh agak-agak nak hancur sangat or tak berapa hancur bagi budak tembam tu.

harga natam ni 1 set dalam RM200 rasanya.
harga ahli dalam RM150 
maka beruntungla aku dah jadi ahli Tapawe ni. jimat Rm50.

sape nak dapatkan set turbo chopper ni dengan harga murah ahli pi la register ahli. tak pon meh pm aku.. aku jadikan korang bertuah beli barang tapawe dengan harga Ahli selalu.



Fatih dah pandai duduk sekarang.
disebabkan dia baby melayu terakhir duduk pon bersimpuh lipat 2 kaki ke belakang.
tah mana dia belajar tah. tapi bagus jugak. takdela dia terbalik ke belakang.

bijak budak nih.. ada ja Akal dia tu nak teroka alam dia.
perkembangan dia ni mengingatkan aku membesarkan Adeeb. sama sangat.. bijak tenang dan tak banyak songeh.
Afiq bukan tak bijak. Afiq sangat tenang dan special.

maka Nuqmans kesayangan ibu adalah baby-baby yang sangat tenang dan tak menyusahkan dari dalam perut sampai fasa baby.
 cuma dah nama pon budak kan?? bila dah di Fasa kanak-kanak tu sel-sel otak sedang berhubung dan ibu juga telah berjaya menyesuaikan diri ke Fasa Tarzan..

hai la Nuqmans
I love you alls..

opkos la termasuk Ajim..
=P

**apa rahsia anak tenang??
amalkan sunnah Nabi semasa pregnant makan kurma banyak-banyak
InshaAllah.. anak korang pon tak banyak ragam.

sampai sekarang pon aku amalkan lagi sebab breastfeed.



05 December 2014

Pemakanan yang baik2




MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


setakat ni aku makan
-kurma 3 biji sehari kadang-kadang 5 biji.
-anggur seminggu sekali @ 2 kali. beli 1 kg sekali hadap anak beranak. peberet nuqmans nih.
- susu - setiap pagi minum Susu Kambing Bee Pollen.
- minyak zaitun aku tak makan tapi sapu pada badan. pahni nak try la makan 1 hari 1 sudu.
 - Air memang sehari berbotol-botol tapi tengah prektis minum cara Rasulullah s.a.w minum seteguk berhenti.. seteguk berhenti..


jarang dan tak penah makan pon ade jugak
* Barli kalo ajim ode kat kedai aku ratah sikit isinya. 
* Buah tin susah nak dapat. ni kene ubah ni sebab aku kureng suka makan. sebab dia takde rasa ape. tawar. huhu
 *Madu kat rumah ada.. ajim makan, selalunya dia share ngan Afiq. tapi aku tak makan. apesai ntah.. tak minat.
* tembikai memang best... aku tak beli sebagai rutin kat rumah. tapi kalo ada yang jual buah potong aku beli letak asam. sodap. ni pon peberet Nuqmans tapi tak larat nak layan. mesti terkencing-kencing sampaikan malam tilam lencun kencing bocor
* cendawan pon peberet jugak tapi tak beli. kalo makan kat kedai ade letak cendawan sure licin.
* Delima ni satu lagi apesal ntah sampai sekarang aku tak penah makan. huhuhhhh

nak jadi perfect tu susah...
tapi kita cuba perbaiki sikit-sikit..
InshaAllah.. lama2 sok jadi la habbit..

25 November 2014

Fish & Co @ IOI City Mall


ahad lepas pepagi pukul 9 dah pegi PICC.
biarpon depan rumah kena pi awal sebab kompem jem.
huihh dahla pukul 9 start... pukul 9 tu dah jem. gileee

penangan upin ipin punye pasal la ni...
tapi aku pegi sebab adik cakap dalam dewan tu ada booth baju sekolah canggih.
alahai.. apesal ari jumaat aritu aku tak masuk?
isk..

sekali pagi tu amek kau.. kepmain la padat manusia dalam dewan tu. pahtu masing-masing takmo bergerak. so memang takde peluang aku nak jengah booth canggih tu.
takpela.. marila kita keluar sebelum aku sesak napas.

kat luar dewan ada lagi motor kecik ni.. aritu Afiq takde.. mehla amek gamba afiq jap.
adehla orang ramai kat keliling.. teros lembik die..
eiii gorammm


ni la satu2nya gambar yang pandang camera.

Adeeb pulak buat muka toya sebab kat belakang tu ada mainan lampu2. dia nak.. aku tak bagi.
tu tengah cembeng tahan nangis la tu..
geramnyee... 

dah jom balik...
aku blanje popcorn sorang satu aje.
hoi itu pon rm5 secawan.
popcorn letak dadah ke ape??

Ajim boring baru keluar rumah dah nak balik. 
ok la jom pi IOI city mall sebab dia baru bukak. kita tengok ape ada.
ha kat IOI tu ada tempat main Ice Skating.
sape nak bleh la pegi.  aku lupe nak snap gambar sebabnye aku dah kebulur.

ajim ngan budak2 sebok tengok orang ber ice skating. aku carik tempat makan.
food junction tak bukak lagi. alahaiii

pi tingkat 1 jumpa Fish & Co.
tengok2 menu dia lebih kurang ngan Manhattan Fish Market.
ha masuk jela... aku dah menggigil.



budak-budak dapat set fail ni.
dalam ada crown ikan ngan activity sheet.
so budak2 dok diam la...
tapi tak bagi pensel. appara...

ko tengok dia hidang cutleries??
kalo tetiba ade penjahat senang nak tikam sambil lalu.

crown fish si kecik ni awal2 dah koyak






nasib baik ibu ade bawak pen.
khusyuk dia buat sambung2 nombor dengan cari beza gambar.

kedai ni kecik aje.
agak sempit.
stroller pon kena letak luar



ini kids meal.
bleh pulak nugget over garing. ades sedap lagi cekodok aku buat.
ilang rasa nugget dah.


okeh...  set ni sume ado.. yang tak sedapnye adalah ikan dia nipis kecik dan tawar.
nasik pon kureng.. sebab macam ala-ala pulut dah aku rasa.
ke dia nak buat nasi minyak tak jadi?


tapi tengah lapar sume bedal. nasi kena tambah sebab tak cukup.
lauk memang melambak la..

melambak-lambak pon aku ode gak sotong goreng tepung die.
ok yang ni sodap...
banyakk. so asingkan sikit sekali fries ngan nugget nak tapau.

budak banyak songeh ni bagi pegang pen ngan kertas dia diamla kejap.
suap nasik banyak2 pon dia tak sedar. hahaha


sedap tak makan kat sini??
selera aku sedap lagi manhattan kot...
harga pon mahal manhattan dalam 4-5 hengget aje.

tak lama pahtu adik aku datang join kitorang merayau.
sekejap je kat IOI ni..
 takde ape nak beli.

tapi ajim ngan Mie (laki adik) share beli selipar dr Cardin sebab buy 1 free 1.
seb baik selipa pompuan takde offer..

tu jela.. 
sok aku kursus lagi 2 hari.
yihaaaa boleh balik awal.
lalalalaaaa...



01 October 2014

Manhattan Fish Market (again)


skang tengahari kan aku kena amek Adeeb balik sekolah. balik rumah mandi2 then bawak pi makan baru anta pi tahfiz.

tapi skang Ajim cuti, so dia amek Adeeb siap2 baru keluar amek aku pi makan 3 orang baru anta Adeeb then anta aku balik opis balik.

elok la jugak, banyak waktu untuk Adeeb skang. kalau kat rumah Afiq nampak dia dekat je ngan aku dia datang pukul Adeeb. bleh?? macam die sorang aje ada ibu. Adeeb tu kutip bawah pokok. hahahaha
Adeeb lak tau je adik die cemtu die pon bawak diri main basikal la.. tengok tv la.. kena tunggu Afiq tido baru Adeeb nak gesel2 ngan aku.. kadang2 kesian sebab aku pon tido awal jugak. sambil tidokan Afiq aku lelap sekali. tinggal dia ngan Ayah tengok tv. 
so skang seronok la dia.. tengahari je aku melayan dia sambl makan sambil borak2 sambil Afiq takde nak debik dia.  

ni menu minggu lepas saje bawak Adeeb datang sini.. masa aku datang aritu 2 orang je ngan Ajim.
esaitedla si bujang ni sebab dia makan nasik kurang sikit. bab ratah2 lauk ni kemain laju.
kat sini nasi sikit aje lauk kemain lagi.

kita order set yang sama la.
mula2 nak makan lobster sebab lama dah aku nak makan. skali tengok price 1 plate dengan seko aje lobster dah RM125. takpela.. nanti beli tiket flight balik hari just untuk makan lobster aje kat sabah. hahahahaha berangannn


gambar berterabur kot..
korang  tengok jela.. takde apa sangat pon.







 







kagum kejap Adeeb tengok abang ni main api depan mata dia.
dont try this at home ye nak! hangus 1 rumah kang










promosi jugak belanja lebih Rm50 dalam 1 resit boleh spin the wheel.
bagi Adeeb pusing la.. dia esaited.
skali dapat kupon kalo datang makan lagi dapat makan kek Free.
ah yolahh.. kalya sangat ibu kau nak datang makan selalu..
bangga Adeeb dapat kupon kek free. hahaha


keluar dari kedai kat belakang Alamanda ni ada plak skuad Perodua Era.
dah memang lalu nak pi kat kereta. kite lalu jela..
skali abang tu panggil bagi 3 peket sample biskut ape ntah.
Adeeb ngan Afiq yang perabeh...



sambil tunggu Ajim amek kereta layan kejap dia main tengah2 panas kat taman ni.
lepas gian kejap pon takpeee janji dapat..

aku nak review xiaomi kat korang.
nantila.. tunggu Antu rajin sampuk aku.
kikikiii...

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™