07 January 2016

Afiq sekolah


tahun ni Afiq dah 6 tahun.
risau juga pencapaian dia.
cikgu tahfiz suggest masuk sekolah khas sebab kesian dia tertinggal nanti.
setahun masuk tahfiz dia dapat belajar kira 1-10 aje. tu pon no 3 selalu tertinggal. huhu

tapi tabika ada ke sekolah khas area putrajaya ni?

aritu Doktor cakap keupayaan dia kurang dari segi pembelajaran. lambat sikit nak catch up.
12hb ni dia akan keluarkan report.
rasanya Afiq ni jenis Mild Autisme Slow Learner.
tahap perkembangan dia sekarang macam budak 2 tahun lebih. banyak mengajuk orang tapi tak paham apa yang dia tengah buat

Afiq ni luaran nampak  normal.
pembesaran macam budak lain juga.
tapi dia still pakai selipar terbalik. cakap hujung-hujung ayat. pelat. tak alert dengan persekitaran.
bahkan nyamuk gigit sampai kenyang pon dia pasrah aje tak tau nak pukul.
tau-tau gatal dia garu.

pergaulan dan persekitaran inshaAllah akan membantu dia lebih peka dan belajar lebih lagi.
so aku taknak Afiq masuk taska which is dia makan tido dan nyanyi2 aja kat sana.
so aku turun ke tabika kemas kat bawah rumah tu jumpa cikgu khaty.
nasib baikla aku baik dengan cikgu ni sebab dia ajar adeeb 2 tahun lebih. senang nak ajak berunding,

aku bagitau la keadaan Afiq ni.
dia still pakai pampers sebab kawasan baru Afiq takkan cakap nak ke tandas. silap-silap terkucil pulak kang. so untuk mula-mula aku pakaikan pampers dulu. lagipon tak ada masalah sebab sekolah sampai pukul 12 aje. selalunya pampers memang takkan penuh punya.
sebulan dua yang pertama ni akan menghadap tahap pemalu maksima dia tu la.
sebab kalau berdepan dengan strangers akan jadi tengkuk dia patah... tunduk 90 darjah. dia akan duduk dari satu sudut perhatikan orang lain. kalau kat tahfiz dulu 2 bulan baru dia join orang. kat sini aku tak tau la berapa lama.

yang sebelah tu pengiring pergi dan balik sekolah pastikan abang selamat sampai.

dalam kelas 6 tahun tu, Afiq paing pendek. hahahaah
hari pertama memang bersemangat pergi sekolah.
esaited dapat pakai baju baru dengan kasut baru. 
dia ingat pergi tahfiz agaknya. sekali tengok sekolah lain terus cebik-cebik. kakakaaaa... nak nangis malu sebab Ajim yang hantar. pahtu kat situ ramai orang. aku memang tak boleh hantar atau amek dia balik sekolah. tantrum dia macam kena gas melompat. pitammm...

aku jengah dari jauh aje. orang beratur nyanyi negaraku, lagu tadika suma dia tunduk aje. kejap-kejap tengok tingkap, tengok pintu masuk kalau-kalau nampak aku la tu. hahaha
then bila habis nyanyi semua orang kena duduk. dia taknak duduk. tapi kepala tunduk tak terangkat. adeii aku risau jangan menangis kat situ sudah. tiba-tiba dia pergi sebelah tempat beratur tu, kat situ ada karpet. bantai dia terlentang baring guling-guling.

hahahahaha 
aku dah tergelak dah. nasib baik  aku dah bagitau awal-awal cikgu dah. bila murid-murid lain mengadu, cikguuuu dia baring kat situ.. ha takpe biarkan, dia special sikit. huhuhu..

tapi 1 perkembangan yang baik jugak, time makan dia makan. time mewarna dia duduk join mewarna. masa kat tahfiz dulu buka beg taknak. dekat dengan orang pon taknak. dia duduk dekat dengan pintu dari pagi sampai petang get ready nak balik selama 2 bulan. hahahaha
yang ni ada jugak dia nak duduk rapat dan join aktiviti.

lagipon cikgu khaty ni banyak expirience dengan ragam budak-budak. so dapatla dia pujuk sikit-sikit afiq join walaupon tak semua. aku cuma pastikan Afiq kena tidur cukup dan tak kelaparan masa pergi sekolah. sebab kalau 2 ni tak cukup dia punya garang macam boleh telan ko hidup-hidup..
dia langgar tiang pon tiang tu yang kena marah. ekekekeee

 
ni hari ke dua. kena pakai baju sukan. tapi baju sukan tak dapat lagi, so pakai tshirt putih dengan tracksuit abang. 
selalunya hari sukan (selasa dengan khamis) akan buat aktiviti kat luar kelas. memang aktiviti favourite dia neh. 
balik sekolah tengok kasut dah kotor sikit pahtu kat lutut ada koyak. haaaa pitam abang membebel. setahun pakai seluar sukan pi sekolah tak koyak. Afiq pinjam sehari koyak.

takpela Afiq, semoga terus berkembang dengan pembelajaran sehari-hari...
doa ibu sentiasa mengiringi Afiq supaya success dalam apa jua yang Afiq buat.
inshaAllah..


Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™