12 Januari 2016
tarikh appointment Afiq kat UKM Psychology Center.
arini adalah hari keluar report untuk penilaian yang diorang buat ke atas Afiq selepas beberapa perjumpaan dengan Dr Syazeema.
aku agak rilek aje sebab dari Afiq kecik aku dah sedia maklum anak aku ni bermasalah dalam speech dan memang slow kalau nak faham sesuatu perkara. aku perlukan report dari mereka ni sebab aku kena buat Kad OKU untuk Afiq nak daftarkan dia di sekolah khas. jadi selama ni aku beranggapan anak aku hanyalah slow learner atau Lembam.
tapi arini Dr terangkan pada aku result Afiq yang dia dapat adalah Afiq menghidap intellectual disability atau dalam melayunya Kerencatan akal.
WHAT???
tapi aku diam dan blur... aku angguk2 aje.
dia bagitau, sebabnya Afiq didapati tak dapat menguruskan diri sesuai dengan umurnya. tahap IQ dia seperti budak 2 tahun sahaja. dia tak dapat memahami keadaan persekitaran dia dengan baik malah dia tak paham apa yang berlaku pun.
bahasa Dr tu bahasa sains dia la.. aku terangkan kat sini apa yang aku dapat paham sikit2 dari apa yang dia explain kat aku. tapi semuanya aku angguk-angguk sambil dalam hari aku tetap takleh terima Afiq terencat akal.
weii anak aku paham kot selama ni aku cakap ape. aku suruh ape. aku boleh je komunikasi dengan dia. dalam 4 kali perjumpaan selama ni aku yakin Dr tu silap penilaian ke atas Afiq. sebab aku rasa Afiq takla teruk sangat.
Dr cakap aku kena sediakan mental fizikal untuk Afiq dan Aku sendiri.Disebabkan dia macam ni aku kena pastikan ada orang yang jaga dia. sebab mungkin perkembangan mental dia btakkan berkembang.. or kalau berkembang tetap pada stage yang tak seperti usia dia. mungkin akan sikit aje. mungkin lebih banyak. kita tak tau akan datang. bergantung pada keadaan Afiq jugak.
so sementara tu aku n asben kena bersedia.. bagitau sedara mara yang lain pasal keadaan Afiq jugak.
aku angguk-angguk jela iyekan.. takde masalah untuk aku pastikan Afiq pi mana-mana ade orang teman. orang blurr kan??
tetiba dia cakap.. in case puan dan asben takde nanti sape nak jaga dia.. sapa nak uruskan dia.. sebab tu puan kena bgtau sedara mara yang boleh puan harapkan kalau terjadinya perkara macam ni. aku tetiba maca baru sedar dari tidur.. terus meleleh-leleh air mata aku..
Ya Allah.... panjang ke umur aku nak jaga Afiq ni? spaa nak jaga dia nanti? dah besar nanti macam mana hidup dia?
allah..
allah..
allah...
Dia merancang setiap sesuatu.
Dr soh aku khususkan kemahiran pada Afiq. support apa yang dia minat. mungkin 1 hari nanti boleh bantu dia jana pendapatan dia sendiri. sambil-sambil tu kita kena ajar dia basic at-least boleh dia uruskan diri dia sendiri macam mandi pakai baju makan basuh pinggan sendiri.
masa Dr explain ni aku kat bilik tu dengan Afiq aje. Ajim ngn Fatih tungu kat luar.
bila ontheway balik tu aku bercerita dengan Ajim tapi macam aku tak cerita aje. banyak nangis dari cerita. kakakakaka...
Ajim takleh aku nanges.. dia jadi marah. sebab dia tak tau nak buat ape. serba salah dia. tapi nak pujuk tak reti. dia drive kat depan sebelah dia Afiq. aku ngan Fatih dok belakang. kejap-kejap dia tengok Afiq geleng-geleng kepala muka dah merah macam nak nagis sekali pon ade. Aku pulak bercerita kejap-kejap sedu kejap-kejap takde suara. hahahahah
aku sedih la.. mengenangkan ujian kat Afiq dari dia wujud dalam perut aku. semasa mengandungkan dia. masa dia lahir dan sepanjang pembesaran dia. Allah.. dugaan sungguh...
syurgalah tempat kau Afiq... Afiq lebih layak dari ibu yang banyak dosa ni.
sebab tengah sedih aku tak banyak cakap aku telegram ngan member aku Jasmah. dia ni amek psikologi jugak. memang kerja dia buat penilaian kat budak-budak special macam Afiq ni la.
aku bagitau dia aku takleh terima apesal pulak Afiq ni terencat?
so dia esplen la sikit...
"Terencat ni ada byk level
Ada mild, moderate, severe
Aku expect afiq cuma mild..
Diagnose as intellectual disability ni sbb basically dia susah nak belajar dan dalam urusan harian pun dia xleh buat sendiri ikut umur dia
Pendek kata perkembangan dia lagi rendah drpd umur dia
First thing, daftar oku dulu naa
Yg oku tu penting utk education dia
Mungkin dia tak fit utk autism punya diagnosis
Insya Allah, selalunya boleh improve cuma tak buleh expect dia untuk separas dgn budak2 normal lain
Bila hg tau apa nak buat ngan dia, insya Allah, hati hg lagi lapang nak accept..awal2 mmg terkejut..huhu..
Slow learner bila keja umah dia xdak masalah, boleh bergaul..boleh berdikari..so kita bg slow learner sbb belajar je ada masalah
Bahasa melayu kasar sgt
Sbb tu bila nak bg report kat org melayu aku susah jiwa
English dah x guna mental Retarded
English dah tukar
Intellectual disability
Molek sikit"
ooo
baru aku paham.
yela.. aku pon xleh terima orang cakap anak aku terencat. kihkihkih...
balik tu aku search info sikit-sikit.
Kerencatan Akal @ Intelectual Disability
Kerencatan akal merupakan salah satu keadaan di mana seseorang individu tidak dapat mengawal atau menggunakan sebahagian otot tubuh dalam keadaan yang normal. Hal ini berlaku disebabkan oleh berlaku kerosakan pada bahagian otak. Secara tidak langsung, kerosakan pada otak tersebut menyebabkan seseorang individu mengalami kurang upaya perkembangan dan kerencatan intelek. Apa yang paling penting untuk diketahui adalah kerencatan akal boleh dikesan dalam usia 18 tahun ke bawah. Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan,
Berikut ini adalah gejala-gejala yang muncul pada seseorang yang mengalami ID:
a. Fungsi intelektual secara signifikan berada di bawah rata-rata(skor IQ kurang dari 70).
b. Kurangnya fungsi sosial adaptif dalam minimal dua bidang.
1) Bidang komunikasi yang meliputi kegiatan, seperti mengurus diri sendiri, kehidupan keluarga, keterampilan interpersonal, penggunaan sumber daya komunitas, kemampuan untuk mengambil keputusan sendiri, keterampilan akademik fungsional, rekreasi, pekerjaan, kesehatan dan keamanan
2) Fungsi adaptif, yaitu merujuk pada penguasaan keterampilan masa kanak-kanak seperti menggunakan toilet, berpakaian, memahami konsep waktu dan uang, mampu menggunakan peralatan, berbelanja, melakukan perjalanan dengan transportasi umum dan mengembangkan responsivitas sosial. Seorang remaja, contohnya, diharapkan mampu menerapkan keterampilan akademik, penalaran dan penilaian dalam kehidupan sehari-hari dan berpartisipasi dalam berbagai aktifitas kelompok. Seorang dewasa diharapkan dapat menyokong diri sendiri dan memegang tanggung jawab sosial.
c. Terjadi sebelum usia 18 tahun. Gejala-gejala di atas harus muncul pada usia sebelum 18 tahun. Hal ini untuk mencegah mengklasifikasikan kelemahan intelegensi dan perilaku adaptif yang disebabkan oleh cedera atau sakit yang terjadi di kemudian hari sehingga mengakibatkan ID. Anak-anak yang mengalami ID berat sering kali didiagnosis pada masa bayi. Meskipun begitu, sebagian besar anak yang mengalami retardasi mental tidak diidentifikasikan demikian sampai mereka mulai sekolah.
lepas diagnose penyakit dia dan faham sikit-sikit pasal ID ni Alhamdulillah, aku rasa aku makin paham Afiq.
dulu selalu jugak aku marah.. apesal la dia ni baju pon pakai terbalik lagi.. selipar dengan kasut pon tetap terbalik lagi sampai sekarang. kena tegur suruh tukar baru dia tukar. tapi untuk dia alert sendiri memang tak..
umur 5 tahun pon belum ada datang malu dia tu. Adeeb dulu puas tutup-tutup malu orang tengok. Afi bogel sorang-sorang tengah orang ramai pon dia rilek aje.
bila berus gigi orang gosok ke kiri kanan berus tu. dia goyang aje berus tu lagakan antara gigi atas ke bawah. tapi cakap dah gosok. hahahaha..
memang aku marah gak.. apesal benda senang camni pon takleh buat ni Afiq? macam ni laaaa... yang ni la.. ini la... haa niii...
terutama time nak cepat tu tinggi la suara aku marah. time sabar dan ada masa tu aku tarik dia.. sambil ajar mehla ibu buat.. dan dia redha aje.
kesian dia.. rupanya dia tak paham pun akan rutin yang dia buat tu.
dia tau, itu mandi itu pakai baju itu makan nasi. tapi dia still tak paham kenapa dan untuk apa. dan kalau tak buat pon dia tak kesah.
sampaikan selama ni dia kalau ngantuk dan lapar dia tau jerit-jerit dan marah aje. tapi tak reti bagitau dia lapar dia ngantuk.. terutama ada aku, dia tau mengamuk aje. mujurla aku ni ibu dia. so aku tau dia tak tidur lagi.. ngantuk. meh pi tidur.
bangun pagi abeh semua orang dia marah.. aku pon tarik pi meja makan bagi minum susu makan kek ke biskut ke sampai dia kenyang dia cakap taknak. ha lepas kenyang tu baru dia boleh duduk main dengan orang lain. baru boleh gelak-gelak.
punyela dia tak reti cakap dia lapar..
T_____T
aduhai Afiq..
bodohnya Ibu punya lambat tau pasal sakit anak ibu.
T______T
No comments:
Post a Comment