13 February 2014

Senaman

ni topik berharga dikopipes dari FB




Selamat Pagi..

Topik Hari ini :
Macam mana nak senam, kenapa dah senam tak kurus -kurus?

Hakikat yang perlu diterima :
1. Untuk bersenam bagi menjaga kesihatan badan, perlu bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, ( 30 - 45 minit bergantung kepada intensiti)
2. Walaubagaimanapun, nak kuruskan badan, perlu besenam sekurang-kurangnya 5 kali seminggu, lagi lama lagi bagus (sejam cun la..bergantung kepada intensiti juga)

So, masaalahnya bersenam pun tak pernah, macam mana nak bersenam setiap hari :
1. Tak perlu lah target terlalu tinggi. kalau tak pernah bersenam, plan senam sekali seminggu pun jadilah..10 minit..20 minit ikut kemampuan. Mulakan langkah pertama.
2. kalau tak pernah bersenam, tup-tup bersenam setiap hari, high intensity pulak tu, boleh terkehel, salah urat.. mau lepastu rehat atas katil sebulan.
3. Bila kita dah rasa mampu buat lebih kerap, tambah kekerapan..kepada 2 kali seminggu..kemudian 3 kali seminggu. Tambahkan jugak tempoh senaman.
4. Kita perlu suka apa yang kita buat. Buat perkara yang menggembirakan.
5. Kalau demam, badan sakit. Rehat dulu. jangan terlalu drastik nak berubah. Ikut kemampuan badan.
6. Namun, semangat juang perlu ada untuk capai misi akhir.

Senam apa yang terbaik untuk kuruskan badan?
1. Senam lah apapun, yang penting enjoy. 
2. Kalau tak ada kawan, cari kawan. Ajak family, anak, suami sekali. Bukan kita yang nak kuruskan badan jer perlu bersenam, selagi bernafas di muka bumi, semua orang perlu bersenam. Cuma kadang-kadang buat-buat lupa sahaja.
3. Walaubagaimanapun, berjalan laju adalah paling praktikal untuk semua orang.

Bagaimana kita nak tahu, kita bersenam pada intensiti yang betul?
Contoh :
1. Kalau semasa berjalan laju, boleh borak sakan, gosip sakan (cakap banyak), namanya lenggang kangkung
2. Kalau berjalan-jalan, sampai tercungap cungap, tak boleh bernafas, tu namanya dah over...kene slow kan skit pergerakan.
3. Tahap yang bagus...tahap pertengahan : kita taklah sempoi sangat sampai bole gelak..borak..dan taklah jugak sampai macam nak semput.

Perlu ker buat 'weight training' ?
Ya..sangat perlu walaupun kita seorang perempuan. Weight training penting untuk menguatkan otot dan kestabilan. Penting di hari tua. Takderlah bila tua, semua barang tak boleh angkat sebab dah kehilangan jisim otot yang banyak. Weight Training secara tidak langsung membantu menguruskan badan.

Kenapa dah bersenam tetapi tak kurus-kurus.
1. Mungkin tak capai lagi tahap senaman yang sepatutnya. Sekejap senam, sekejap Tak.
2. kadang-kadang dah turun 5 kg..lepastu susah nak turun lagi. Actually ada tempoh berat jadi mendatar sebab banyak sebab. Mungkin dalam masa yang sama peratus lemak menurun, lean body mass (otot) bertambah. Actually kita berada tahap yang bagus. Cuma usaha perlu diteruskan lebih gigih lagi. InsyaALLAH berjaya. Dugaan dan cabaran memang banyak 
3. Genetik.

Apa faedah bersenam?
Faedah utama bersenam adalah dapat meningkatkan metabolisme badan. Semakin tinggi metabolisme, semakin banya kalori terbakar dengan menjalankan aktiviti yang sama. 

Tahukah anda?
Menganbil diet rendah kalori..boleh merendahkan metabolisme badan!!!
(sambung di episod akan datang 

Syikin,
Nutritionist, MSc (Exercise)


Okeh...
nanti Sis syikin buat status best I share lagi..

jangan baca aje..
sila bersenam..
nak pergi toilet pon bleh jalan laju2.
bakar kalori..
weight training tu untuk ibu2 sangat senang..
dukung aje anak masing2. I sampai skang mendukung Afiq lagi.
13kg tauuuuu... patah pinggang.. hahaha

No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™