25 March 2014

Innalillahiwainnalillahirojiun...


Dari Dia kita Datang..
Kepada Dia jua kita kembali.


Apa pun yang berlaku..
sekali pun tiada tanda-tanda yang jelas.
sekalipun jasadnya tak dijumpai lagi.
Siapalah kita untuk melawan takdir.
Qada dan Qadar Allah perlu kita terima.

biarpun payah..
biarpun hati berharap adanya keajaiban.

AlFatihah buat mangsa2 MH370 yang beragama Islam.
dan takziah buat mangsa yang lain.

Malam tadi Perdana Menteri dah buat Press Conference pukul 10pm..
umumkan

Penerbangan MH370 Berakhir di Lautan Hindi

Najib berkata, pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.
"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.
"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung.
Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan berita pengesahan lokasi terakhir pesawat MH370 di PWTC, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan berita pengesahan lokasi terakhir pesawat MH370 di PWTC, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.Dalam kenyataan ringkasnya, Najib berkata butiran terperinci akan diumumkan pada sidang media esok.
Tambahnya, maklumat terbaru ini dikongsi awal kepada umum untuk menunjukkan komitmen pihak berkuasa Malaysia kepada keterbukaan dan atas rasa hormat terhadap anggota keluarga yang terlibat.
Najib juga memaklumkan bahawa anggota keluarga sudah diberitahu mengenai perkembangan tersebut.
"Bagi mereka, beberapa minggu yang lalu amat menyayat hati. Saya faham berita ini lebih sukar diterima. Saya menyeru pihak media menghormati privasi mereka, dan memberi mereka ruang menghadapi saat-saat sukar ini," kata Najib.
Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan rancangan sedang diatur bagi menerbangkan mereka dengan pesawat khas ke Australia, menurut laporan Sky News.
Sumber yang dipetik Sky News berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, selepas beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
"Dengan penuh rasa kesal, Malaysia Airlines percaya bahawa tidak syak lagi MH370 hilang dan tiada yang terselamat,"‎ kata SMS sepertimana dipetik badan penyiaran Britain itu.
Petang tadi, Putrajaya mengesahkan pasukan penyelamat Australia sedang bergegas ke sebuah kawasan terasing di lautan untuk cuba mendapatkan serpihan yang dilihat sebelumnya.

nak cari MH370 di lautan Hindi??


dalam sangat2... hampir 10kali lebih dalam dari tinggi  bangunan KLCC sendiri.
kita kalau dudk kat bawah KLCC tu cuba dongak tengok hujung puncak KLCC. sayup2 aje nampak.
so bayangkan 10 kali ganda daripada sayup2 tu??
besar semut aje kot. silap2 tak perasan.
Laut tu pulak sebesar2 ciptaan Allah.
dengan kapal terbang se'kecik' tu..
mudah sangat2 dihanyutkan air laut.
sebab tu harapan sangat tipis.
tambahan pulak dah 17 hari.
tak mustahil dibawa arus dengan lebih jaun lagi.

ape pun yang berlaku..
didoakan segala yang terbaik buat mereka.
jika di dasar laut tempat mereka..
semoga tenang semuanya..

Peristiwa ni kita jadikan pengajaran.
Sehebat mana pun teknologi..
secanggih mana pun pesawat yang besar tu.
kalau Allah nak hilangkan.. sekelip mata aje.
sekiranya Allah bagi jumpa, tu adalah Ihsan dariNya jugak.
terima kasih pada Allah.

apepun.. I harap sangat Black Box dijumpai segera.
cepat atau lambat..
semoga ia dapat menjawab segala persoalan.
=(

No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™