mula2 kena gamba tuan tanah dulu...
gomok kan?? huhukkkkkkk
baju 3 lapis ni..
ni la Aqua Retro tu..
jumpe Info kat Fb tros rasa nak naik.sebab Nuqmans suka naik bot
kalau weekdays sebelum pukul 4 Rm20 aje 1 bot tu.
tapi kami datang pon dah dekat2 pukul 5. so Rm40.
kalau weekend Rm50.
murahh.. sebab lama gak dok naik bot tu. 45 menet.
kebetulan masa datang tu ada burung kat situ. sape nak ambul gambar dengan Parrot buleh laaa
taraaaaa
dan-dan terujaaa
bahtera kami dah siap sedia..
tunggu nak belayar aje. hehehee
dont worry.. aspek keselamatan diutamakan.
Biru tu utk dewasa.
hijau tu untuk kanak2. untuk 2-3 tahun memang muat.
nuqmans dah tak sabar nehhh
bile suruh posing Peace tukar no 1.
okehlaaa 1Msia
time tak ramai orang abag tu layankan aje I mintak tolong snap gambar kami.
yeayyy buleh jalannn
button merah kat depan tu la switch on.. switch off
nak ke depan ke belakang.
pahtu control stereng aje.
boat ni orang kayuh basikal lagi laju. hahahha
memang sangat slow dan tak bahaya.
Adeeb pon boleh Drive dah.
bangga die dapat Drive. hahaa
disebabkan Ibu duduk sorang2 kat belakang.. jom kite selfie wawawaaa
siap berdiri dlm bot lagi. pahtu Adeeb marah soh duduk.
die gayat lettewww
tuan kecik esaited
Adeeb marah I amek gambar mcm ni.. die takut HP jatuh dalam air.
hihihhh tengah membebel la tu..
Afiq nanges sebab main switch tu kejap2 die Off.
tak bagi usik nanges.
tu tandanya die dah boring.
maka jom kite balik.
lama betoi nak perabeh 45menet tu
kat perkarangan jual tiket tu ada tempat sewa kereta dan motor neh.
naib baik masa tu tuan yg jaga tu takde.
so snap gambar... pahtu cabottt
cakap kat Nuqmans arini tak bukak sebab tu orang die takde. hihihihh
Apa lagi ada kat cruise Tasik tu??
kat sini boleh naik sightseeing Ferry.
die bawak ronda kat tasik dari Presint 1 sampai ke Presint 5.
jauh jugak. Dekat sejam pergi dan balik.
kalau pergi malam lagi best sikit sebab lalu bawah jambatan sume.
lampu Putrajaya cantik2.
weolls dah naik hujung tahun lepas. tapi gambar tak tau campak ke mane. tak dapat share kat cni.
nanti bila2 nak naik lagi tapi nak amek yang ni pulak
disebabkan Afiq dah kena bayar kite amek family pakej
trip weekdays Last Trip sampai Pukul 7.30 kot.. weekend sampai pukul 9.
then ada Perahu dondang sayang. perahu comel boleh muat 6 orang.
yang ni kejap aje dalam 25minit. harga pon murah sikit.
ni belom naik lagi tapi tiket dah beli minggu lepas. hehehe
tiket mahal??
rajin2 la Follow FB page Cruise Tasik Putrajaya
boleh jugak tengok website die kat SINI
diorang rajin buka booth setiap kali event kat Putrajaya ni.
tiket separuh harga.
masa I naik Ferry tu.. tiket dewasa RM15 aje.. kanak2 Rm10. Afiq free *bawah 3tahun
minggu lepas beli tiket perahu Dondang sayang tu kat Karnival buku di PICC.
dewasa Rm10 kanak2 Rm5. tapi Afiq dah 4 tahun kena bayar lew. hehehehe
nanti nak try yang ni pulak
kat sini ada tempat sewa basikal jugak tau.
sape suke jalan2 tepi tasik boleh sewa.
kompem tak habis merayau sepanjang tasik Putrajaya tu punyeee..
bapak luasss
sebelah basikal tu ada Icentre pasal aktiviti2 kat Putrajaya.
boleh dapatkan info.
Dapat kalendar free kat ctu..
kalendar yang penuh ngan aktiviti sepanjang tahun kat Putrajaya ni.
hoiihh penuh sepanjang tahun rupenyeee
No comments:
Post a Comment