13 June 2016

Seminggu Meniaga di Bazaar Ramadhan



Amboooii skemanye tajuk.
macam karangan budak darjah enam.
kena tambah tu..
Pengalaman Seminggu Berniaga di Bazaar Ramadhan.

bwahahahaaaa...

Alhamdulillah Allah berikan Ramadhan sebagai bulan yang dipenuhi ketenagan dengan rezeki yang melimpah ruah.
apa yang perlu adalah usaha dan tawakal kepada Allah s.w.t.

disebabkan aku pakai camera DSLR cap tangan.. maka terimalah gambar hodoh kemain ni.
hahahaah

seperti yang dimaklumkan sebelum ni.. Nuqmans Biz berniaga di Bazaar Ramadhan Dengkil.
kat dengkil ada 2 bazaar. kami ambil yang dekat tapak pasar malam tu. bukan yang depan UiTM.


sekali gambar kelabu plak

abang ensem bancuh kopi

mula-mula sales ada tapi biasa la Slow sikit. boleh rileks2 tengok orang lalu lalang.
hari sabtu slow la jugak maybe sebab orang masak kat rumah. so ada masa aku pon snap2 la gambar.

kitorang tambah menu jugak mula-mula jual sotong dengan ayam aje. pahtu tambah Sosej dengan Telur Sotong. Sosej sebab ramai yang tanya. Telur sotong tu produk baru, saja nak introduce.
Ahad pagi tu aku hantar gambar  kat group komuniti dengkil. bagitau menu jualan kitorang 

*ayam gunting
*sotong raja
*Sosej JumboOriginal
*sosej Jumbo Cheese
*Telur Sotong

***Owsem Big Cup**

pahtu bagi gambar2 kat atas tu dengan gambar air.

sekali petang tu Alhamdulillah aku sampai masa tu dalam 5.30. lambat sebab tunggu Asar dulu kat rumah. Ajim je pi awal pukul 4.
sekali sampai terus orang ramai datang tak banyak tanya terus order aje. Sosej 3, Sotong 1. Ayam 2.. Allahu.... sangat2 mudah... 
Allah dengan doa hambanya.

Air panas untuk big cup sampai habis. ada orang nak beli lagi air tak cukup. alahai siann..
takpa la.. next time ya... inshaAllah akan perbanyakkan stok lagi.

Big Cup aku dah ada regular customer.
hari2 diorang datang beli air. ada peniaga-peniaga area situ jugak yang lagi 10 menet nak buka datang order sampai 5-6 cawan.
Alhamdulillah... asalkan produk kita berkualiti mesti orang cari lagi.

turun naik sales tu adat la dalam berniaga.
kita usaha la sebaiknya.

sape nak meniaga big cup?
inshaAllah next post aku bagitau detail ya...
cara bancuh. dengan pembekal dia sekali.
kita share rezeki sama-sama.



03 June 2016

Puasa dan Bazar

Assalamualaikum semua...
minggu depan dah nak puasa..


aku mintak maaf di atas segala kesalahan dan kekhilafan yang aku buat kat korang-korang semua secara langsung atau tak langsung.


semoga dengan hadirnya bulan mulia ini akan dipertingkatkan lagi tahap keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t.
inshaAllah...

apa planning puasa dan raya tahun ni??

tahun ni aku masuk Bazar Ramadhan.
bertambah la aku bizi sebab tahun ni kami meniaga kat Bazar Ramadhan Dengkil.
eiii seronotnyeeeee...

hahahaha
aku suka meniaga.. satu kepuasan untuk berpenat-penat dan mendapatkan pendapatan yang halal. 
hehehe

Alhamdulillah Allah permudahkan bila majikan keluar pekeliling bulan ramadhan boleh balik pukul 4pm. waktu rehat dipendekkan jadi setengah jam sahaja. hoyeayyy!! saya sukaaaa....
balik kerja terus shoot pi pasar... lalalaaaaaa

meniaga start puasa ke 3. 
tahun ni kami menjual Ayam gunting, sotong raja dengan air Big Cup.
jemputla singgah gerai kami..
nanti cari banner2 ni ya...
tapak kami no 76 kalau tak silap.


inshaAllah kami buatkan yang fresh dan berkualiti untuk korang..
tahun ni aku raya kat rumah Ajim.
macam biasa.. persediaan mesti last menet. sebab rumah mak aku dan rumah mak ajim sama jauhnya.
tak sampai sejam dari putrajaya...
kalau spenda tertinggal pon takde masalah patah balik ambik. kahkahkahhh...

aku ni beraya sepang jenuh la jugak pusing-pusing pi sg buloh pi seremban round n.sembilan tu..
balik rumah ajim pi beraya keluar pukul 10am.. maghrib dah boleh settle semua rumah sedara mara dia.
pahtu malam mati kutu takde nak pi mana.
huahahaaahhh....

tapi sedara mara ajim ramai. memang meriah betul.. cuma rumah semua dekat-dekat..
sepelaung ajeee

sape nak menjemput aku datang raya kat nilaiii???
eh.. puasa pon blom start weii.. bwahahaha
ok bai


p/s: meh la baca info pasal KopiPurple niii... penat aku buat tauu
http://kurus-sihatcantik.blogspot.my/


Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™