31 January 2012

Mr Tough Guy - Korang Berani tak?

Lokasi: Ladang Perton Selatan di Wolverhampton, England.
Acara: Cabaran Mr Tough Guy


Cabaran Tough Guy ini dah masuk tahun ke 24 dan ia merupakan acara pertandingan lumba lasak paling mencabar di dunia.
Pertandingan yang diadakan pada pada musim tahun ini disertai 5,000 peserta lelaki dan wanita dari 25 buah negara. .
Sebanyak 21 halangan dipertaruhkan di sepanjang laluan larian sejauh 30 kilometer itu.
Antara acara2 yang best termasukla:

1. berlari merentas desa dengan bawa beban.
2. mendaki susunan kayu dan menuruni lereng bukit yang curam dan berselut.
3. menyeberangi sungai dengan meniti di atas tali yang direntang kendur.
4. gayutan Tarzan dari ketinggian 15 meter.

yang tu baru basic aje
5. meredah kesejukan air sungai yang mencapai paras beku.
6. Membimbit kepingan ais dan melepasi terowong berlumpur yang sempit.
selalunya mase ni, peserta bukan aje tak dapat bernafas malah lumpur berselut juga boleh menyebabkan peserta buta hilang penglihatan sekejap

kalau lepas semua tu, masuk pulak yang lagi ekstrem.

7. merangkak melalui tanah selut di bawah kawat berduri 
8. meredah laluan berapi (laluan atas api yang menyala tau)

yang bestnye acara bukan aje diserikan dengan pekik dan teriak daripada penonton tapi telatah peserta yang menggayakan pakaian ala super hero pon  menghidupkan lagi suasana.
Antaranya ada yang bergaya dengan kustom seperti Superman, Spiderman, Robocop, pelawak dan lelaki Sparta.
Semua peserta diwajibkan tandatangan perjanjian yang mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya atas semua kejadian yang tak diingini termasuklah kematian diorang.
Penganjur pertandingan Billy Wilson (Kanan) yang juga dikenali dengan nama 'Mr.Mouse' kata
“Setiap tahun kita akan buat sesuatu yang baru. Laluan tahun ini agak sukar. Anda boleh memilih sama ada untuk terjun ke dalam ‘ais’ ataupun memanjat ‘gunung tembok’.
“Tetapi kepuasannya tidak tergambar. Malah peserta terakhir pun tidak dikira ‘kalah’ dalam pertandingan ini,” katanya.
Daripada keseluruhan 5000 peserta, seramai 600 peserta tidak berjaya menamatkan cabaran dan beberapa peserta mengalami patah tulang kaki dan tangan.
Untuk tahun ini, Paul Jones dari Oswestry, England muncul sebagai juara selepas menamatkan cabaran dalam masa satu jam 18 minit.





Halangan merentasi kawat berduri sambil berdiri (Try bayangkan korang jatuh terduduk) urrgghhhh




Acara dimulakan oleh Penganjur acara iaitu Billy Wilson (Kanan) aka 'Mr.Mouse'


Kepenatan tapi paksa jugak diri nak lepasi halangan




Merentas desa dengan bawa beban: Mule2 aje senyum







Ekstrem: halangan meredah lumpur bawah kawad berduri huisshh dongak je sket boleh bercalar balar ni.





Redah laluan berapi


meredah tasik yang giler sejuk


Menyeberang sungai yang lebar dengan tali kendur.


Oppss.. 18SX


Tak cukup kuat: Peserta terpaksa diselamatkan guna kren


Amek napas jap: Peserta kena lalu bawah halangan dengan menyelam dalam lumpur sambil diawasi urusetia kat atas



Peta halangan yang mesti ditempuhi


Pic: Credit to Carigold.com

Sape rasa berminat nak join boleh enter SINI

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Otromen di rumahku

hari minggu baru ni,
otromen datang menjengah rumah I.
nak wishing Chinese New Year kot.
kih3..

haih.. sape lagi kalo bukan Nuqmans kan...
Otromen adelah idola Adeeb.
da beso nanti nak jadi Otromen.
ish, tak sempat nak rakam. sok die beso nak soh die dengar balik
malu tak? huhuhuh

'verangan' tak hengat

die pon nak jugakkk

ahahahah....


sangatlah bahagia bila dapat melayan kerenah Nuqmans ni.
tiap2 ari ade je benda2 yang diorang buat I tergelak2.
hilang semua duka dan resah hati.
tiada apa yang paling bermakna selain kurniaan Allah mengizinkan I melihat Nuqman's membesar depan mata.

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

30 January 2012

Idola Pilihan...

 Uolls kenal tak mamat ensem neh?
respect kat die. sebab berjaya seimbangkan dunia dan akhirat dalam usia muda.
so I nak sharing info die ngan uolls. jom kite folo sifat2 baik die. 
*doa semoga Nuqmans juga jadi anak soleh seperti ini* =)


ensemm.....


Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir:
14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda di KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor) & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor
Status: Bujang tapi dah bertunang. =)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH) *Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10pm*

Yang ni kenal tak?

 
Ha dah kenal dah?
die ni agak femes kebelakangan ni. sebab cara berdakwah yang die buat sangat dekat di hati remaja masa kini.
maklumla beliau pon masih muda belia lagi.
umor muda setahun dari I.
nape I pilih jadi Idola? sebab ceramah dan penyampaian die sangat berkesan pada I.
terutama bab pendidikan anak2. Sebab I ada 2 anak bujang yang perlu I bimbing untuk jadi macam Ustaz Neh *amin*.
InsyaAllah, semoga Allah kuatkan semangat I untuk jadi contoh yang baik buat anak2. 


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Lelaki dan Masakan

gambar penambah 'manes' hukk
 
• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.
• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukanmain bising lagi.
• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…
• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…
• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.
• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah  satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…
• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..


sumber info: informasidotmy
semoga segalanya lebih baik dari semalam..

27 January 2012

Cantik Bukan??

 Subhanallah...
Indahnye ciptaan Allah..





tengok budak ni buat I mengidam nak beby gegurl pulak. kih3..

Credit kat Informasi dot my.
semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Robot Jujur..

Ahahahaa....
Semua didapati bersalah!




semoga segalanya lebih baik dari semalam..

26 January 2012

Got an Idea!


slalu sakit ati bile kol pihak bertakkuase.
lambat dan ade je alasan muna'sarawak' diorang tu...

alasan besh adelah ... "tak cukup orang la.."
tak pon "U tunggu jela, nanti orang kite sampai".
cett.. kes da abeh baru la nampak batang idung die.

tengah blogwalking tadi got this pic besh dari 9GAG-Just for fun..
ahahaha...

betoi gak kan???
ahahaha..
len kali jangan suke lengah2.. kan da kene.
erkk.. ni kat obersi tau.
polis mesia baik.. cepat dan tangkas.
kannnn?????


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Budak 10 Tahun bersalin




Seorang gadis Mexico berusia 10 tahun telah melahirkan seorang bayi lelaki selepas kehamilan 31 minggu, menurut laporan.Bayi pra-matang, yang berat 3.3 pound dilahirkan oleh seksyen raja di Hospital Wanita di bandar Puebla dan berada di Unit Rawatan Rapi pulih akibat radang paru-paru.
Ibu muda, yang dari berdekatan San Francisco Totimehuacan komuniti, telah kembali ke tanah air selepas prosedur tetapi melawat bayi setiap hari untuk menyusukan, kata pegawai.
Pejabat Peguam Negara Puebla negeri kini menyiasat sama ada gadis itu telah dirogol dan siapa bapa, pengarah hospital Rogelio Gonzalez berkata, mengikut UpFrontNewswire.
Undang-undang negeri Mexico berkata, ibu-ibu muda tidak mempunyai hak pengguguran kecuali perempuan boleh membuktikan dia adalah mangsa serangan seksual.
Umur minimum menyatakan persetujuan ialah 12 dan wanita yang menjalani pengguguran di Puebla menghadapi hukuman denda atau penjara jika mereka tidak dapat membuktikan mereka telah didera secara seksual.
Undang-undang yang sedang dikaji semula.
Perempuan, yang tidak dinamakan, tiba di kemudahan perubatan pada 22 Okt, mengalami komplikasi yang mengancam nyawa, termasuk sawan.
Pegawai hospital berkata bayi yang baru lahir adalah dalam keadaan yang baik mengingati kelahiran pra-matang dan ibu pulih dengan baik.
Ini bukan merupakan kes pertama seorang gadis yang teramat muda yang melahirkan anak di Mexico.
Sumber: GEMPAK.ORG

babih betol jantan ni.
budak tu baru 10 tahun.
baru tau main terkinja2 lagi.
belom tau lagi ape ertinya  lahirkan nyawa lain,
ape lagi nak besarkan dan cari nafkah.
spesis jantan cenggini patutnye potong aje kotey anu tu, cincang2 bagi anjing makan!
huhhh...
bangsat!




*stetmen berita tu pon ayat berterabur*  apakah???
semoga segalanya lebih baik dari semalam..

25 January 2012

Afiq di GiGit!!


Ape perasaan uolls bila anak uolls kena macam ni?





jelas kan??


Mase snap pic ni dah ari ke 3.
malas nak cerita sape buat. da malas nak komen panjang2.
cukup I cakap yang memang sakit hati tengok lebam tu pada pipi Afiq.

memang anak I jenis yang nangis tak panjang dan berlagu2.
nangis tak sampai pon 2 menet dah diam dan buat hal sendiri.
dan memang kulit afiq pon agak cepat lebam kalau kena cubit atau gigit.

tapi sepanjang umur die setahun 4 bulan, I selalu cubit pipi die dan gigit pipi or tangan or kaki, peha, jari.. even semuanya kat tubuh gebu anak I,  I suke gigit.
I akan gigit geram + sayang.
tapi sepanjang tempoh tu jugak tak pernah lagi kulit die lebam sikit pon.
nak gigit geram pon still ber'agak' la jugak.
die budak lagi.. ape la yang die tau.

so bile jadi macam ni I sangat2 kecewa.
dekat seminggu kesan lebam tu jelas kelihatan.
ni bukan tak sengaja punye kes.
dah buat sebelah, tambah pulak sebelah lagi.
dan yang buat pon bukanla baby yang tak boleh ditegah dan diajar.
dah boleh dengar kata dah pon.
dah boleh paham pon ape maksud 'JANGAN'!!

kalo anak uolls kena, ape ayat 'best' yang uolls bagi kat orang yang bertanggungjawab?
ishh..
tiap kali pandang Afiq tiap kali tu r ati I bengkak...
patutkah??

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

18 January 2012

'Makan'thon 5 @ Noodles Station






Acara berlangsung pulak kat Noodles Station, Alamanda Putrajaya.
ni semalam (17/1/12). Lunch hour I pergi Mydin dengan Liza & Kak Naz. ex-opismate kat UPS jugak.
si Liza teringin nak makan Mee.. tak hagak2.. nak nak kat NS aje.
g bli megi kat carefour tamo. ahahaha...


I makan mee soup neh. *nama tak hengat* plus fish n chip yg lupe nak snap pic. huhu



somel tak bby neh? Gelagat macam orang besar aje

liza

kak Naz

kami sharing mango sorbet yang dalam bekas beso ni. bak kata Liza 'air balang' ahahaa..





abes makan tros balik opis.
erkk.. da kenyang neh ngantuk la pulak. ahahaha


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™