14 December 2015

Fenatt


weekdays aku kat Putrajaya kerja.
tengahari Ajim meniaga kat kementerian berhampiran. so lunch hour aku akan keluar tolong jaga Fatih so Ajim boleh jaga booth dia dengan tenang.

sabtu dengan ahad pulak Ajim meniaga sotong kat Nilai 3
so 2 hari tu tido nilai aje.
isnin pagi-pagi aku akan balik sini semula pi kerja.

sebelum ni ada masa petang waktu lepas kerja sampai ke subuh aku nak belek apa-apa kerja dalam rumah tu.
macam tu pon rumah aku tetap dah macam tongkang pecah. hahahahhh

ni pulak hampir 2 minggu aku berulang alik dari nilai ke putrajaya.
sebab cuti sekolah ni kak long ajim balik. 
so adeeb dengan Afiq seronok nak duduk rumah nenek.
ada sepupu sepapat nak bergurau senda nak mandi kolam nak lepak taman petang-petang

maka.. diorang taknak balik
aku pulak masih nak pantau diorang terutamanya Afiq tak reti lagi tidur sendiri.
sudahnya aku berulang aje la dari nilai.
tido sana semuanya.

last-last rumah aku dah tak macam tongkang pecah dah..
lebih kepada dilanggar garuda or ribut taufan.

kahkahkahhhh


pitammm

so minggu ni aku ajak Ajim balik. 
untuk jimat minyak ulang alik.
untuk hadap masa bersama keluarga balik.
untuk hadap situasi dalam rumah balik

time ni la rindu suasana home sweet home tu...

tapi ajim ada kerja lagi. dia nak repair kereta angah dia.
budak-budak ni pon seronok lagi nak duduk sana sebab anak-anak kaklong ada dalam 2 minggu lagi kat sana.

nampaknya macam kena extend waktu bermalam kat sana la jawabnya.
takpe..

ajim senang buat kerja
Fatih seronok ada makcik pakcik dan nenek tolong tengokkan
Adeeb dan Afiq seronok main dengan sepupu sepapat
aku pon senang hati anak-anak tak banyak kerenah kat sana

so berulang la lagi..
asalkan semua baik-baik aje






03 December 2015

Demam

Assalamualaikum...
hati daku ni kerisauan.
Adeeb demam sejak ari sabtu pagi.
selasa lepas dah ambil darah. platlet drop sikit. kalau normal 200 dia 194. so Doc bagi balik sebab mungkin dia tak makan ke ape.. Doc bagi antibiotik ubat batuk dengan ubat demam jugak.
kalau khamis (which is arini) tak ok lagi, Doc soh datang ambil darah lagi.


be lepas nanges amek darah
Arini walaupon badan tak sepanas selalu. dia masih lagi demam. maka petang ni kena jugak la pi ambil darah. Doc kata kalau platlet drop lagi saspek denggi aje. Adeila.. risau.
dia pon dah mengadu sakit-sakit badan aje tu.
aku harap takla..
sebab Nuqmans ni sakit menurun aku... kemain payah nak sakit. tapi kalau kena memang agak teruk. tiap kali demam suhu memang tak kurang 38.
standard 39-40 tu perkara biasa. kena pantau jela jangan bagi panas berlarutan. kang sawan pulak anak aku kang.
Adeeb bila demam dia bawa diri. baring tengok tv atau tido. bila panas sangat aku suruh pi mandi atau basahkan kepala. so far memang menurut kata saje. bila ubat jalan.. dia rasa sihat sikit kang dengarla dia bercekau dengan Afiq. bila tak larat dia baring balik. seminggu ni kurang gaduh so Afiq pulak rindu kat dia. kejap-kejap dia datang baling barang kat Adeeb. kejap-kejap dia gigit pulak kawan tu. dah meraung la beliau..

walaupon demam nampak camera wajib sinyum
ni start malam tadi Fatih pulak demam. kemain panas badan.
aku bagi ubat demam 1ml aje. then selebihnya aku jerlum dengan air dan kain basah.
arini panas kurang tapi badan dedar. pahtu hingus jernih macam air sungai. tak berhenti.
stress ibu canni..
2 orang demam.
Afiq sorang je sado.
tahniah Afiq!!
tapi tadi follow up speech dia langsung tak bercakap. mati kutu Doc tu nak tengok dia respon.
sejap terapi takmo bercakap.
masuk dalam kereta elok pulak dia melalak.

eh budak nihhh...

01 December 2015

Bubur Instant


sebagai ibu moden yang solehah aku adalah kategori seorang yang terlampau benar rajin masak untuk anak-anak. 
bwahaahaha

eh ape punya intro da..
Assalamualaikum alls...

hidup aku tak keruan semenjak 2 menjak ni sebab weekend aku menyotong kat Nilai.
weekdays aku kerja. 

so waktu dengan Nuqmans cuma Malam.
manjang ajela tak sempat untuk siapkan macam-macam kat diorang.
Adeeb dengan Afiq aku tak kisah sangat diorang dah besar dah boleh minta apa yang diorang rasa.
nak makan.. nak minum.. nak mandi.. nak kencing.. nak berak..

tapi si Fatih ni baru 10 bulan.
dia memang jenis relaks macam abang-abang dia masa baby jugak.
syukur alhamdulillah Allah bagi aku anak-anak yang tak kuat nanges or mengamuk tak tentu hala masa baby neh. Nuqmans jenis yang tenang masa baby. lapar pon hisap jari.. koman-koman pon hekk hekk hekkk hekkk tau-tau dah tido.
seram tau baby nangis kita tak tau punca. mati kutu nak handle.

tapi takkanla anak sopan macamtu ibu pon tak ambik port perasaaan anak kan?
untuk kekalkan ketenangan tersebut aku memang akan pastikan anak aku cukup makan pakai dia on time.

untuk Fatih memang dah lama aku tak masakkan bubur sebab tak menyempat. kadang-kadang ajim rajin dia masakkan. tapi selalunya tak sempat. nak pulak cuti sekolah ni sekali 3 orang dia nak jaga. Aku balik tengahari aje. kadang-kadang sian Ajim memang tak sempat masak. so aku ajak makan kat luar jela. Ajim pon takdela stress nak handle anak.

tapi Fatih tak reti lagi makan makanan ruji yang tak blend ni.
maka untuk Fatih aku belikan gadjet khas untuk buat bubur instant dia.

macam mana bubur instant tu??
owh.. sama aje apa yang kami makan hari-hari. Nasi, lauk, kuah.
aku campurkan, letak air panas. rendam dalam 5-6 minit then blender.
so Fatih dapat makan nasi jugak.

Kat rumah ada blender little bean aku beli khas untuk blender makanan Fatih.
tapi di saat-saat tak sempat ni kitorang kerap jugak makan kat luar dan mengangkut blender adalah tak mungkin.

mujur ada natam pink ni..
turbo chopper
Ya.. kaler dia pink... aku nyampah. tapi takpa.. takde kudis melayan pink dia tu.
hahahahaa
bulan lepas sedang elok Tapawe buat promo set 1 turbo chopper dapat 2 extra base siap tutup skali dapat beg. bling!! tros menyala mentol kat kepala aku ni. lantas aku beli 1 set. tolak tepi kaler dia.


sekarang ini adalah henbeg  comel aku bila pergi makan melibatkan Fatih.
pastikan aku order nasi dan lauk tak pedas. kalau ada sup tu bonus untuk Fatih. kalau takda sup aku akan order Air panas. Rendam nasi tu dulu kasi serap air dan lembut. lepas tu baru blend.



satu-satunya barang yang aku beli Ajim tak bising malah sangat suka..
hahahahhh..

Fatih pon seronok dapat enjoy makan sama-sama tiap kali kami makan kat luar. aku dah tentula enjoy tak pening dah fikir baby nak makan ape kalau tak masak.

halus tak natam ni blend?
pisau dia sangat-sangat tajam tau.
tangan lenguh sikit la nak start enjin motorbot tarik tali pacu dia tu. blend laju-laju lagi cepat dia hancur. untuk nasi memang cepatla.. tambah air lagi cepat dia lembut. so sangat bagus. aku pon boleh agak-agak nak hancur sangat or tak berapa hancur bagi budak tembam tu.

harga natam ni 1 set dalam RM200 rasanya.
harga ahli dalam RM150 
maka beruntungla aku dah jadi ahli Tapawe ni. jimat Rm50.

sape nak dapatkan set turbo chopper ni dengan harga murah ahli pi la register ahli. tak pon meh pm aku.. aku jadikan korang bertuah beli barang tapawe dengan harga Ahli selalu.



Fatih dah pandai duduk sekarang.
disebabkan dia baby melayu terakhir duduk pon bersimpuh lipat 2 kaki ke belakang.
tah mana dia belajar tah. tapi bagus jugak. takdela dia terbalik ke belakang.

bijak budak nih.. ada ja Akal dia tu nak teroka alam dia.
perkembangan dia ni mengingatkan aku membesarkan Adeeb. sama sangat.. bijak tenang dan tak banyak songeh.
Afiq bukan tak bijak. Afiq sangat tenang dan special.

maka Nuqmans kesayangan ibu adalah baby-baby yang sangat tenang dan tak menyusahkan dari dalam perut sampai fasa baby.
 cuma dah nama pon budak kan?? bila dah di Fasa kanak-kanak tu sel-sel otak sedang berhubung dan ibu juga telah berjaya menyesuaikan diri ke Fasa Tarzan..

hai la Nuqmans
I love you alls..

opkos la termasuk Ajim..
=P

**apa rahsia anak tenang??
amalkan sunnah Nabi semasa pregnant makan kurma banyak-banyak
InshaAllah.. anak korang pon tak banyak ragam.

sampai sekarang pon aku amalkan lagi sebab breastfeed.



Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™