29 February 2012

Pengasuh Bangsat



U ingat ni anak lembu ke?
dah ikat, pehtu rakam plak.
pehtu sharing is caring la kononnye ye?



apesal la mummy U tak buat cenggitu kat U mase U kecik2...
ke U rase enjoy tak sabo nak buat time ade anak nanti?
kot ye sakit ati ngan majikan tu, g r ikat+tampal mulut majikan tu.
pesal buat kat beby tu???
tau plak U takut ekk???

isshh.. rase nak sepak U laju2!!!!
&@^@^&$&!!!!!!

JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.

*Metro online


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Wordless...




semoga segalanya lebih baik dari semalam..

27 February 2012

Lord Of The Rings


Pepagi dah buat I senyum lebar macam nampak kekasih hati pulang petang..
ehh???
apakah??
bwahahahaah...

Sape minat cite fiction??
tambah plak cite lama peberet I ni.

 pepagi masuk opis baca mStar online. dapat info tiga filem arahan Peter Jackson bermula dengan tayangan Lord of The Rings:The Fellowship Of The Ring (02 Mac 2012), The Two Towers (09 Mac 2012) dan The Return of The King (16 Mac 2012) disiarkan setiap Jumaat, pukul 10.00 malam di slot English Blockbuster di TV2..

pasni buat citer Harry Potter plak, pehtu cite Chronicles of Narnia plak, pehtu cite Shrek Plak, Pehtu..
macam abah kau punye stesen tibi kann??
*ele cemtu pon nak emo* :p
 
so bulan ni I tak tdo pukul 10 di ari Jumaat la ye.
kih3.. bahagia den..
semoga segalanya lebih baik dari semalam..

24 February 2012

Sales @ My Dear, Puchong


Salam uollss...

Arini ari jumaat.
lunch hour kami ari jumaat sangat panjang.
so tak lepaskan peluang pergi karnival jualan barang baby kat kilang MyDear di Puchong.
huuuu..
rambang mata I.
boleh kata semua barang2 diskaun dekat separuh harga jugak.
ade jugak yang 80% diskaun.
then mereka jual set2 barang baru tapi packaging da rosak pada harga sangat murah.


basikal murah2

geram kat motor ni. ade remote control lagik. Hujung tawon kalo ade bonus nak sambar satu untuk Adeeb.*** erkk bonus??? *sila rujuk pada PM kite ye. ahahahah***

car seat yang somel2 belaka. Tapi untuk car seat I prefer Sweet cherry. Design die santek. huuu

Play Mat sales RM80.00 biase RM109.90

yang ni tak tengok rege sebab dah ade 2 kat umah dan Afiq taknak masuk pon dalam tu


Yang ni offer 1 set sekali katil, tilam, cadar ngan kelambu RM7++.00


Kereta polis yang tolak gune kaki. RM321.90

set bantal murah2

Bouncer yang somel.


meja makan boleh, baby chair boleh, rocker pon boleh. RM90 kalo tak silap. amnesia kejap. huuuu


stoller RM90 aje. cantik kan??

Buggy Rm100 ni die bagi siap yang baru, ade Roof Top lagik

Koleksi Stroller baru semurah Rm50 & above. tapi takde kotak/plastik. tros cash and carry aje.

Walker takde muzik RM30 ade Muzik RM40. Walker 4 segi tau. murah!

Koleksi baju baby pon banyak. tapi I tak minat sebab nanti nak g Beijing bli sendiri. lagik murah. kui3
 

Lambakan permainan yang murah. *seb bek Adeeb tak Ikot. Rabak ibu neh


 I beli ape?
Barang mainan untuk Adeeb (Set ABC)

 Set ni bila pasang sume bleh siap Mini Carpet tau.
baru ni survey kat Carefour 1 set lengkap A-Z rege die RM5+.++
kat cni dapat RM28 aje. huuu



dan Set papan tulis Magnet untuk Afiq.
set ni kat Pasar malam pon RM15.00 tapi kat cni dapat RM12.00.

tapi rase macam biase la kot, Adeeb konker 2-2 barang, Afiq amek plastik aje.
haish.. as long as he like it. ahahaha

tujuan sebenar I datang cni?
I nak beli   ni....
Twin Baby Stroller. Harga biase RM541.90 sale jadi RM321.00. Murah kan????
die ade kaler purple. sangat cantik ok..
Dah lama I carik Stroller untuk Twin baby.
Nuqmans tak twin. tapi dah hampir2 nak jadi Twin dah.
I nak pegi mane2 susah kalo sorang berlari, sorang dalam stroller.
so 2-2 letak dalam stroller. senang 2-2 kena ikat sambil I boleh awasi mereka serentak.

Tapi arini tak beli lagi. tengah dok turun naik timbang,
sama ada nak beli set  yang tu atau yang ni
Ada 2 set. Kalau yang plain RM239.00 kalau kartun2 ni RM259.00 harga asal RM429.90
Tapi set ni tak boleh lipat kecik2. perlukan space yang banyak. kalau naik Perodua gerenti tak muat bonet.
kalo yang atas tu muat ler sebab bleh lipat macam payung, kain die lebih lembut, seat belt die agak bermutu, boleh lipat separuh dari set yang ni. tapi rege lagi mahal RM70 la...

sebabkan tamo terburu2 I balik fikir dulu la.
ada masa seminggu lagik.
uhuhuhuh....

tadi dah terrrrr berkenan dengan set ni.
Tunnel Tent RM179.90. Sales jadik RM107.00
kat mata dah dok terbayang Nuqmans bergurau sendi dalam tent tu sambil campak2 bola.
nasib baik iman kuat lagik.
kalo tak dah menyambar bawak balik rumah dah.
tapi tengah fikir2 lagi ni.
silap2 sambar sekali ngan stroller nanti.
ahahaha.....

sape yang memang planning nak carik barang baby murah2 boleh la menyinggah kat My Dear.
sekarang sales start 23/2 sampai 4/3/2012..
diorang ni rajin sangat buat sales.
setahun 3-4 kali jugak la.
I suke kol diorang tanye bile next sale.
mase tu la nak blikan mainan untuk Nuqmans.

ni peta ngan detail Address ngan no tpon My Dear.
jom kite beli barang murah!! =) 

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

23 February 2012

Kenduri Lisa & Yusri di PICC



erkk.. mgu ni mereka kawen.
tamo jemput I kah?
bleh g jalan kaki aje ni.
majlis depan umah aje youuu...
ahahahaha....


sebenarnye nak puji, kad mereka simple *even I tak minat kaler die*
tapi ok la kan??
serabot je buat kad mahal2 mentang2 'U' tu hartis...
lepas kawen melarat2 la demam dek pening buat belanja majlis grand tak abes lagi.
tema pakaian pon simple aje.
tak payah menyusahkan tetamu nak pilih kaler ikut tema majlis.
yang penting majlis berjalan lancar dan sempurna.

yang penting rumahtangga yang nak dilayari.
bukan kad kawen ngan tema majlis yang dibuat.

tapi kenape mesti pukul 7.30?
maghrib tu sayang.... ce anjak sket ke pukul 8. pon bleh kan???
kang yang masuk lewat tu kang kate tak hormat majlis la pulak..
ke takde yang lewat?
ke sume uzur?

apepun, semoga bahagia dan berkekalan sampai syurga buat mereka.

p/s: zaman skola dulu I penah jadik peminat fanatik KRU tau. antara sebab utamanya adelah ke'ohsem'an Yusri. kih3

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

'Fucking' Sign dari Adele




Gara-gara ucapan penghargaan yang nak disampaikan masa terima anugerah dipotong oleh pengacara majlis. Adele dengan selamba badak menayangkan isyarat 'bagus' beliau dalam majlis berprestij anugerah pop terbesar Britain, Brit Awards.

Adele, 23, ketika itu menyampaikan ucapan penghargaan atas kejayaannya memenangi kategori Album Britain Terbaik.
Disebabkan majlis itu semakin lewat dan ia disiarkan secara langsung di televisyen, Corden terpaksa meminta Adele berhenti berucap bagi memberi ruang kepada artis lain membuat persembahan.

Tindakan itu dibalas Adele dengan menunjukkan isyarat lucah kepada penonton.

Akhbar paling laris di Britain, The Sun menyiarkan gambar aksi Adele itu di muka depan dengan tajuk “Someone dislikes you” sebagai sindiran untuk lagu popularnya ketika ini, Someone Like You.

Pesaing akhbar itu, Mirror, juga menampilkan gambar sama diiringi tajuk “Adele: Go to hell!!”

Bercakap kepada media di belakang pentas selepas insiden itu, Adele berkata, dia berang kerana diganggu ketika berucap di pentas.
Katanya, isyarat itu bukan ditujukan kepada peminatnya dan meminta maaf jika tindakan itu menghina sesiapa.
(Berita kat Harian Metro)


jom tengok
Video maaf dari Adele


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

22 February 2012

Fakta Hari Ini



"Those who kneel down to ALLAH 

can stand up for anything."


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

MuEt ke MuAt?


Semalam (21/2) dapat cuti tanpa rekod sempena meraikan azam I yang berkobar2 nak g amek speaking test, MUET.
memule rilek je. sungguh tenang hati dan condifent.
tapi sampai kat depan dewan nengok calon2 lain punye la rilek dan sempoi.
tak pasal2 I sakit pewot tak bersebab.
time2 cenggini la migrain, senggugut, sakit gigi, bagai datang menjengah.
haisshh..

hepi nak amek muet. hukk

12 tawon tinggalkan zaman sekolah.
7 tawon tinggalkan zaman pembelajaran.
tak sangke pulak se'cuak' ini.
kih2..
tetibe rase macam mase first time nak masuk dewan UPSR.

tapi nebes tu memule je.
bile da kena panggil masuk waiting room, sign kehadiran.
I dapat sessi ke 2. so tunggu sessi 1 abes dulu la.
dalam lewat setengah jam aje.
mase ni I nengok sume calon dok selak2 buku Muet.
siap ade yang bawak English novel lagi wat bacaan masa lapang.
I? I terkuap2 mengantuk.
kah3... mase tu la mate kuyu, berair2 menahan ngantuk.
ni ape punye stail nebes ni? tu akibat menggatal berlenggang gi amek exam la tu.
semata2 bawak IC ngan Payslip exam aje.
sudahnye semua perkataan dalam slip tu I tenung, bace, hafal.
sampaikan noktah dok mane pon I tau. kih3.
tak jangka plak kena sessi lewat cenggini.

bile turn I, I sorang je wanita jelita, yang len sume jejaka.
Alhamdulillah buleh gak ler speaking. seb bek tak kua loghat Korea. ahahha..
ade gak 1 second yang I terdiam kejap gara2 tengah bercakap examiner tu pandang I dan mengangguk.
kat calon lain die wat cenggitu sebab times up.. I pon terkedu jap le, eh da abes mase?  tapi bile tros bercakap die asek terangguk2 lagi.
hukk sengal btol. cuak den!

tajuk kali ni pasal nak promote konsep 1 Malaysia. I dapat kat kawasan Kejiranan.
so senangla nak menggoreng. huhu tapi bile kua dewan tu rase I da goreng sampai hangit la pulakk.
ahahahhaa

I amek Muet ni sebab salah 1 syarat nak sambung pengajian kat 'U'.
tapi lepas speaking test ni, rasenye memang betul2 tangkap Muat aje. takdenye nak score Muet lagi dah.

apekah???

semoga segalanya lebih baik dari semalam..

20 February 2012

Siapa Kata Salji Itu best?




STOCKHOLM, Sweden – Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin.
Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan.
Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.

Macam negara kita bila hujan terlalu lebat dan boleh sebabkan banjir.
Salji pon macam tu juga.
so, bersyukur la dengan keadaan semasa. =)


Sumber: Kosmo


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™