20 January 2016

Mata

dah 2 hari kepala aku berdenyut.
sakit sangat kat kening atas mata kiri aku ni.. dia tarik sampai dalam mata.
budak opis tanya aku pakai lense le?
aah aku pakai untuk mata kiri aje. mata kanan aku nampak lagi.
dia kata try bukak. kadang-kadang sebab lense. bahaya tau kalau dah tarik ke mata.

alamakk.. okey...
disebabkan arini aku tak bawak kereta, maka aku berani la buang lense tu. kebetulan pulak aku pakai dah sebulan. expired kot. kena pakai hat lain. so aku bukak la..
habis muka orang aku tak nampak dah.
bayang-bayang aje. nasib baik mata kanan terang.
kakakaaaa

ni pon sebab pc depan mata. s bolehla nak menaip.
aku rabun jauh aje. yang depan-depan ni Alhamdulillah nampak jelas.

besok pon biar takde lense dulu la..
bertahan untuk 2 hari. pahtu masuk lense baru. harap-harap ok la kan?

benda melibatkan mata ni jangan buat main.
syerammmm


tengahari tadi keluar kejap sama-sama pi ambil adeeb balik sekolah then pi isi minyak. Masa Ajim pi bayar tu, aku dahla kesakitan mata kiri ni. tengah dok picit-picit kening dalam kereta Fatih melasak nak ambil barang kat bawah seat. terus terjunam. cepat sangat dia ni sekarang. kadang-kadang sempat capai, kadang-kadang dapat hujung-hujung aje, kadang-kadang ni la dia... terlepasss...
kuat juga bunyi terhantuk. aku tengok atas mata kanan ada sikit membengkak. bawah mata macam calar sikit nampak biru. kat batang hidung pon ada sikit biru. alamakkk bising Ajim aku pegang anak tak betul-betul. membebel incik tu ngan aku.

gila cuak aku tengok mata Fatih dah macam kena tumbuk. aku rasa dia jatuh kena besi kat bawah seat tu. Alhamdulillah syukur tak kena kat bijik mata. dia nangis pon kejap aje. lepas tu sambung main-main balik. balik soh Ajim tuam. aku kena masuk opis balik. tapi tadi Ajim whatsapp bagitau masa nak tido Fatih nangis ade hingus campur darah. rasanya dalam hidung dia luka. sobssss... sian anak ibu. dia memang selsema dah berapa hari dah. tapi ni baru ada darah. sebelum ni air jernih aje.

petang ni pi klinik la tengok Dr cakap ape.
harap baik-baik aje.

Anak tengah melasak kan??
tak jadi orang la kalau tak merasa jatuh. hahahahah

asalkan tak bahaya pada organ dalaman pon dah Alhamdulillah..
tu la namanya proses pembelajaran ye sayang...


ni kalau balik rumah nenek kompem ibu kena bebel nih.
adeiii 


19 January 2016

Intellectual Disability


12 Januari 2016
tarikh appointment Afiq kat UKM Psychology Center.
arini adalah hari keluar report untuk penilaian yang diorang buat ke atas Afiq selepas beberapa perjumpaan dengan Dr Syazeema.

aku agak rilek aje sebab dari Afiq kecik aku dah sedia maklum anak aku ni bermasalah dalam speech dan memang slow kalau nak faham sesuatu perkara. aku perlukan report dari mereka ni sebab aku kena buat Kad OKU untuk Afiq nak daftarkan dia di sekolah khas. jadi selama ni aku beranggapan anak aku hanyalah slow learner atau Lembam. 

tapi arini Dr terangkan pada aku result Afiq yang dia dapat adalah Afiq menghidap  intellectual disability atau dalam melayunya Kerencatan akal.
WHAT???

tapi aku diam dan blur... aku angguk2 aje.
dia bagitau, sebabnya Afiq didapati tak dapat menguruskan diri sesuai dengan umurnya. tahap IQ dia seperti budak 2 tahun sahaja. dia tak dapat memahami keadaan persekitaran dia dengan baik malah dia tak paham apa yang berlaku pun.

bahasa Dr tu bahasa sains dia la.. aku terangkan kat sini apa yang aku dapat paham sikit2 dari apa yang dia explain kat aku. tapi semuanya aku angguk-angguk sambil dalam hari aku tetap takleh terima Afiq terencat akal.
weii anak aku paham kot selama ni aku cakap ape. aku suruh ape. aku boleh je komunikasi dengan dia. dalam 4 kali perjumpaan selama ni aku yakin Dr tu silap penilaian ke atas Afiq. sebab aku rasa Afiq takla teruk sangat.

Dr cakap aku kena sediakan mental fizikal untuk Afiq dan Aku sendiri.Disebabkan dia macam ni aku kena pastikan ada orang yang jaga dia. sebab mungkin perkembangan mental dia btakkan berkembang.. or kalau berkembang tetap pada stage yang tak seperti usia dia. mungkin akan sikit aje. mungkin lebih banyak. kita tak tau akan datang. bergantung pada keadaan Afiq jugak.
so sementara tu aku n asben kena bersedia.. bagitau sedara mara yang lain pasal keadaan Afiq jugak.

aku angguk-angguk jela iyekan.. takde masalah untuk aku pastikan Afiq pi mana-mana ade orang teman. orang blurr kan??
tetiba dia cakap.. in case puan dan asben takde nanti sape nak jaga dia.. sapa nak uruskan dia.. sebab tu puan kena bgtau sedara mara yang boleh puan harapkan kalau terjadinya perkara macam  ni. aku tetiba maca baru sedar dari tidur.. terus meleleh-leleh air mata aku..
Ya Allah.... panjang ke umur aku nak jaga Afiq ni? spaa nak jaga dia nanti? dah besar nanti macam mana hidup dia?

allah..
allah..
allah...


Dia merancang setiap sesuatu.

Dr soh aku khususkan kemahiran pada Afiq. support apa yang dia minat. mungkin 1 hari nanti boleh bantu dia jana pendapatan dia sendiri. sambil-sambil tu kita kena ajar dia basic at-least boleh dia uruskan diri dia sendiri macam mandi pakai baju makan basuh pinggan sendiri.

masa Dr explain ni aku kat bilik tu dengan Afiq aje. Ajim ngn Fatih tungu kat luar.

bila ontheway balik tu aku bercerita dengan Ajim tapi macam aku tak cerita aje. banyak nangis dari cerita. kakakakaka...
Ajim takleh aku nanges.. dia jadi marah. sebab dia tak tau nak buat ape. serba salah dia. tapi nak pujuk tak reti. dia drive kat depan sebelah dia Afiq. aku ngan Fatih dok belakang. kejap-kejap dia tengok Afiq geleng-geleng kepala muka dah merah macam nak nagis sekali pon ade. Aku pulak bercerita kejap-kejap sedu kejap-kejap takde suara. hahahahah

aku sedih la.. mengenangkan ujian kat Afiq dari dia wujud dalam perut aku. semasa mengandungkan dia. masa dia lahir dan sepanjang pembesaran dia. Allah.. dugaan sungguh...
syurgalah tempat kau Afiq... Afiq lebih layak dari ibu yang banyak dosa ni.

sebab tengah sedih aku tak banyak cakap aku telegram ngan member aku Jasmah. dia ni amek psikologi jugak. memang kerja dia buat penilaian kat budak-budak special macam Afiq ni la.
aku bagitau dia aku takleh terima apesal pulak Afiq ni terencat?

so dia esplen la sikit...

"Terencat ni ada byk level
Ada mild, moderate, severe
Aku expect afiq cuma mild..
Diagnose as intellectual disability ni sbb basically dia susah nak belajar dan dalam urusan harian pun dia xleh buat sendiri ikut umur dia
Pendek kata perkembangan dia lagi rendah drpd umur dia
First thing, daftar oku dulu naa
Yg oku tu penting utk education dia
Mungkin dia tak fit utk autism punya diagnosis
Insya Allah, selalunya boleh improve cuma tak buleh expect dia untuk separas dgn budak2 normal lain
Bila hg tau apa nak buat ngan dia, insya Allah, hati hg lagi lapang nak accept..awal2 mmg terkejut..huhu..
Slow learner bila keja umah dia xdak masalah, boleh bergaul..boleh berdikari..so kita bg slow learner sbb belajar je ada masalah
Bahasa melayu kasar sgt
Sbb tu bila nak bg report kat org melayu aku susah jiwa
English dah x guna mental Retarded
English dah tukar
Intellectual disability
Molek sikit"


ooo
baru aku paham.

yela.. aku pon xleh terima orang cakap anak aku terencat. kihkihkih...

balik tu aku search info sikit-sikit.

Kerencatan Akal @ Intelectual Disability

Kerencatan akal merupakan salah satu keadaan di mana seseorang individu tidak dapat mengawal atau menggunakan sebahagian otot tubuh dalam keadaan yang normal. Hal ini berlaku disebabkan oleh berlaku kerosakan pada bahagian otak. Secara tidak langsung, kerosakan pada otak tersebut menyebabkan seseorang individu mengalami kurang upaya perkembangan dan kerencatan intelek. Apa yang paling penting untuk diketahui adalah kerencatan akal boleh dikesan dalam usia 18 tahun ke bawah. Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan,

Berikut ini adalah gejala-gejala yang muncul pada seseorang yang mengalami ID:
a.  Fungsi intelektual secara signifikan berada di bawah rata-rata(skor IQ kurang dari 70).
b.  Kurangnya fungsi sosial adaptif dalam minimal dua bidang.
1) Bidang komunikasi yang meliputi kegiatan, seperti mengurus diri sendiri, kehidupan keluarga, keterampilan interpersonal, penggunaan sumber daya komunitas, kemampuan untuk mengambil keputusan sendiri, keterampilan akademik fungsional, rekreasi, pekerjaan, kesehatan dan keamanan
2) Fungsi adaptif, yaitu merujuk pada penguasaan keterampilan masa kanak-kanak seperti menggunakan toilet, berpakaian, memahami konsep waktu dan uang, mampu menggunakan peralatan, berbelanja, melakukan perjalanan dengan transportasi umum dan mengembangkan responsivitas sosial. Seorang remaja, contohnya, diharapkan mampu menerapkan keterampilan akademik, penalaran dan penilaian dalam kehidupan sehari-hari dan berpartisipasi dalam berbagai aktifitas kelompok. Seorang dewasa diharapkan dapat menyokong diri sendiri dan memegang tanggung jawab sosial.
c.  Terjadi sebelum usia 18 tahun. Gejala-gejala di atas harus muncul pada usia sebelum 18 tahun. Hal ini untuk mencegah mengklasifikasikan kelemahan intelegensi dan perilaku adaptif yang disebabkan oleh cedera atau sakit yang terjadi di kemudian hari sehingga mengakibatkan ID. Anak-anak yang mengalami ID berat sering kali didiagnosis pada masa bayi. Meskipun begitu, sebagian besar anak yang mengalami retardasi mental tidak diidentifikasikan demikian sampai mereka mulai sekolah.


lepas diagnose penyakit dia dan faham sikit-sikit pasal ID ni Alhamdulillah, aku rasa aku makin paham Afiq.

dulu selalu jugak aku marah.. apesal la dia ni baju pon pakai terbalik lagi.. selipar dengan kasut pon tetap terbalik lagi sampai sekarang. kena tegur suruh tukar baru dia tukar. tapi untuk dia alert sendiri memang tak..
umur 5 tahun pon belum ada datang malu dia tu. Adeeb dulu puas tutup-tutup malu orang tengok. Afi bogel sorang-sorang tengah orang ramai pon dia rilek aje.
 
bila berus gigi orang gosok ke kiri kanan berus tu. dia goyang aje berus tu lagakan antara gigi atas ke bawah. tapi cakap dah gosok. hahahaha..

memang aku marah gak.. apesal benda senang camni pon takleh buat ni Afiq? macam ni laaaa... yang ni la.. ini la... haa niii...

terutama time nak cepat tu tinggi la suara aku marah. time sabar dan ada masa tu  aku tarik dia.. sambil ajar mehla ibu buat.. dan dia redha aje.
kesian dia.. rupanya dia tak paham pun akan rutin yang dia buat tu.
dia tau, itu mandi  itu pakai baju itu makan nasi. tapi dia still tak paham kenapa dan untuk apa. dan kalau tak buat pon dia tak kesah.

sampaikan selama ni dia kalau ngantuk dan lapar dia tau jerit-jerit dan marah aje. tapi tak reti bagitau dia lapar dia ngantuk.. terutama ada aku, dia tau mengamuk aje. mujurla aku ni ibu dia. so aku tau dia tak tidur lagi.. ngantuk. meh pi tidur.
bangun pagi abeh semua orang dia marah.. aku pon tarik pi meja makan bagi minum susu makan kek ke biskut ke sampai dia kenyang dia cakap taknak. ha lepas kenyang tu baru dia boleh duduk main dengan orang lain. baru boleh gelak-gelak.
punyela dia tak reti cakap dia lapar..

T_____T

aduhai Afiq..
  
bodohnya Ibu punya lambat tau pasal sakit anak ibu.

T______T





07 January 2016

Afiq sekolah


tahun ni Afiq dah 6 tahun.
risau juga pencapaian dia.
cikgu tahfiz suggest masuk sekolah khas sebab kesian dia tertinggal nanti.
setahun masuk tahfiz dia dapat belajar kira 1-10 aje. tu pon no 3 selalu tertinggal. huhu

tapi tabika ada ke sekolah khas area putrajaya ni?

aritu Doktor cakap keupayaan dia kurang dari segi pembelajaran. lambat sikit nak catch up.
12hb ni dia akan keluarkan report.
rasanya Afiq ni jenis Mild Autisme Slow Learner.
tahap perkembangan dia sekarang macam budak 2 tahun lebih. banyak mengajuk orang tapi tak paham apa yang dia tengah buat

Afiq ni luaran nampak  normal.
pembesaran macam budak lain juga.
tapi dia still pakai selipar terbalik. cakap hujung-hujung ayat. pelat. tak alert dengan persekitaran.
bahkan nyamuk gigit sampai kenyang pon dia pasrah aje tak tau nak pukul.
tau-tau gatal dia garu.

pergaulan dan persekitaran inshaAllah akan membantu dia lebih peka dan belajar lebih lagi.
so aku taknak Afiq masuk taska which is dia makan tido dan nyanyi2 aja kat sana.
so aku turun ke tabika kemas kat bawah rumah tu jumpa cikgu khaty.
nasib baikla aku baik dengan cikgu ni sebab dia ajar adeeb 2 tahun lebih. senang nak ajak berunding,

aku bagitau la keadaan Afiq ni.
dia still pakai pampers sebab kawasan baru Afiq takkan cakap nak ke tandas. silap-silap terkucil pulak kang. so untuk mula-mula aku pakaikan pampers dulu. lagipon tak ada masalah sebab sekolah sampai pukul 12 aje. selalunya pampers memang takkan penuh punya.
sebulan dua yang pertama ni akan menghadap tahap pemalu maksima dia tu la.
sebab kalau berdepan dengan strangers akan jadi tengkuk dia patah... tunduk 90 darjah. dia akan duduk dari satu sudut perhatikan orang lain. kalau kat tahfiz dulu 2 bulan baru dia join orang. kat sini aku tak tau la berapa lama.

yang sebelah tu pengiring pergi dan balik sekolah pastikan abang selamat sampai.

dalam kelas 6 tahun tu, Afiq paing pendek. hahahaah
hari pertama memang bersemangat pergi sekolah.
esaited dapat pakai baju baru dengan kasut baru. 
dia ingat pergi tahfiz agaknya. sekali tengok sekolah lain terus cebik-cebik. kakakaaaa... nak nangis malu sebab Ajim yang hantar. pahtu kat situ ramai orang. aku memang tak boleh hantar atau amek dia balik sekolah. tantrum dia macam kena gas melompat. pitammm...

aku jengah dari jauh aje. orang beratur nyanyi negaraku, lagu tadika suma dia tunduk aje. kejap-kejap tengok tingkap, tengok pintu masuk kalau-kalau nampak aku la tu. hahaha
then bila habis nyanyi semua orang kena duduk. dia taknak duduk. tapi kepala tunduk tak terangkat. adeii aku risau jangan menangis kat situ sudah. tiba-tiba dia pergi sebelah tempat beratur tu, kat situ ada karpet. bantai dia terlentang baring guling-guling.

hahahahaha 
aku dah tergelak dah. nasib baik  aku dah bagitau awal-awal cikgu dah. bila murid-murid lain mengadu, cikguuuu dia baring kat situ.. ha takpe biarkan, dia special sikit. huhuhu..

tapi 1 perkembangan yang baik jugak, time makan dia makan. time mewarna dia duduk join mewarna. masa kat tahfiz dulu buka beg taknak. dekat dengan orang pon taknak. dia duduk dekat dengan pintu dari pagi sampai petang get ready nak balik selama 2 bulan. hahahaha
yang ni ada jugak dia nak duduk rapat dan join aktiviti.

lagipon cikgu khaty ni banyak expirience dengan ragam budak-budak. so dapatla dia pujuk sikit-sikit afiq join walaupon tak semua. aku cuma pastikan Afiq kena tidur cukup dan tak kelaparan masa pergi sekolah. sebab kalau 2 ni tak cukup dia punya garang macam boleh telan ko hidup-hidup..
dia langgar tiang pon tiang tu yang kena marah. ekekekeee

 
ni hari ke dua. kena pakai baju sukan. tapi baju sukan tak dapat lagi, so pakai tshirt putih dengan tracksuit abang. 
selalunya hari sukan (selasa dengan khamis) akan buat aktiviti kat luar kelas. memang aktiviti favourite dia neh. 
balik sekolah tengok kasut dah kotor sikit pahtu kat lutut ada koyak. haaaa pitam abang membebel. setahun pakai seluar sukan pi sekolah tak koyak. Afiq pinjam sehari koyak.

takpela Afiq, semoga terus berkembang dengan pembelajaran sehari-hari...
doa ibu sentiasa mengiringi Afiq supaya success dalam apa jua yang Afiq buat.
inshaAllah..


06 January 2016

selamat ulang tahun kelahiran


Assalamualaikum..

penyakit M aku dah makin tinggi skang.
bukan aje malas apdet blog. sampaikan ulangtahun kelahiran pon aku tapaukan sekali.


besday Adeeb aritu 24 Dec.
masa tu tengah sibuk siang Ajim meniaga. aku plak berkampung sebelah pagi ngan malam kat rumah adik dia buat kenduri kesyukuran.
ingat nak menyambut kat situ sebab adik beradik sebelah aku suma ada. tapi aku tak berkesempatan nak membeli kek pon.

sudahnya biarkan berlalu jelah.

then ada kenduri pulak 1 jan tu kat rumah abang ajim kat rembau.
semua sebelah Ajim ada kat sana.
so buat kat sana jelah.

dah alang-alan menjelang bulan 1 aku pakejkan sekali Ajim 10 Januari & Fatih 21 Januari.
jimat tak??
jimat kannnn??




kedekut??

eh mana tau neh???

bwahahahahahahaha


gambar tak cantik.
menumpang henpon angah ajim.
dalam hp memang lawa sebab dia set panorama la.. set apo tah lagi.. 
tapi bila aku aplod masuk web jadi kecik giler.
bila enlarge trus blur.

iskk sedey..
 

dah membelek-belek gambar ni baru aku perasan muka aku langsung takde.
ini boleh mendatangkan marah!!!!




Afiq merajuk.. tak dapat menghadap kek. bila suruh duduk sebelah abang dia taknak. 
nak hadap kek tu sorang-sorang.
gila glamer punya budak.
tunggula tuan punya kek rasmi dulu.

tapi tak susah pujuk dia sebab favorite dia memang kek. so potongkan 2 slice bagi dia hadap sorang-sorang.
nak makan sendiri ya.. takmo orang suap.
ok fineeeee makanla..

Fatih ni kan... mulut dia memang senyap aje..
tapi dia punya melasak.. adehh ko janganla terlepas pandang..
ni tengah posing dia boleh capat kek tu pakai kaki.

OMMA!!!

ku geget jugak budak ni kang..


adeii gambar blur..
tak ensemmmm


Aku belikan Jam kat Adeeb dengan Henpon aje kat Ajim.
semua order dengan Lazada aje.


Fatih?
ibu belanja susu dahla.. 
21 hb nanti ibu belanja cucuk peha kat Klinik ya.
ahahahahaaha




Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™