31 December 2014

Paedophilia - Semua ibu bapa patut TAHU!


*kopipes*

AEDOPHILIA.
What is paedophilia?


Paedophilia atau paedophile,
adalah satu spesis manusia yang rare.
Diorang ni kalau tengok budak-budak,
akan timbul rasa SEXUALLY attracted.
Rasa STIM.

Scary kan?
Scary gila.

Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini.
Memang ada dan memang wujud.

Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis.
Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"

80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa.
-______-

Most of us tak aware pasal ni.
Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak,
kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik,
kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard,
kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal,
kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM.
Tak faham how can all this happen.
Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.

Itulah dia--
PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids.
Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids,
tak macam orang-orang normal yang lain.
Tengok gambar-gambar contoh di bawah.

Photo credits: Google images

Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu.
That's it.

So apa yang kita boleh buat?
Itu persoalannya sekarang.

Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING.
Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile.
Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile.
-______-

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..-
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya.
Tapi apa yang kita boleh buat ialah,
MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita.
Contoh paling mudah,
SOCIAL MEDIA.

FIKIRRR sebelum publish apa-apa gambar anak di social media.
Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel.
Semua anak pun comel.
Kan?

Tapi jaga privasi mereka.
Anak lelaki mahupun anak perempuan.
Jaga.

Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak,
those photos are high-risk photos.
Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu.
Lagi comel lagi geram.
You know what i mean.

"Ahhh lantak ahhh.
Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!!
Comel kott gambar anak aku tengah mandi.
Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."

Bare in mind,
pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR,
boleh jadi SESIAPA SAJE
termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell.
But to pedophiles.
They get SEXUALLY AROUSED.
Beza kan, comel dengan sexually attractive?
Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan,
ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu,
and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.

Sounds insane kan?
Tapi possible. Sumpah possible.

Dan ingat,
walau se-private mana pun social media kita,
it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE.

"Ahhh merepek!
Selama ni aku publish gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"

So kau nak tunggu anak kau hilang dulu,
kena culik dulu,
kena bunuh dulu,
 baru nak stop publish la?
Hmm?

Act now.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Kan?


These are 12 safety rules
yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc.
Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam,
"Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."

 NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje.
Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua.
But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki.
Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID.
Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. 
Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan.
There must be something yang ganggu fikiran dia.

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa).
Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum.
Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!

11) Respect your kids privacy. 
Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile,
atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile,
 terus call ChildLine 15999.
Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.

Please parents.

We are currently living in an era yang langsung takde barrier.
Langsung takde sekatan.
Bila takde barrier takde sekatan,
hence takde keselamatan.
Pandai-pandai jaga diri.
Pandai-pandai jaga anak sendiri.

Pedophiles are everywhere.
Pedophiles can be anyone.

U don't say these people dont exist. They do.
Dan RAMAI sebenarnya.
Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka.
Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles.
Kan?

Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia.
Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang.
And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat.
Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan.
Dua, free.

Na'uzubillahi min zalik.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu.
Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk,
DELETE je.

Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi.
Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi,
ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.

Esok-esok kita kena soal,
tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.

Mintak jauh.
Sumber: Adlil Rajiah 
p/s: Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak. Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya.

seriously aku takut. tentula sebagai ibu aku pandang Nuqmans sangat ensem dan comel. ya Allah.. mintak dijauhkan dari Nuqmans. semoga Allah lindungi mereka dari gangguan2 hitam macam ni.
nauzubillahiminzalik..

26 December 2014

Banjir 2014


tahun 2014 banyak dugaan melanda negara kesayangan aku neh...
tanah tumpah darah..

buruk2 macam mana pon.. Allah bagi aku ketenangan hidup kat bumi ni dah 31 tahun lamanya..
tahun ni macam2 jadi...
sedih sangat..

peringatan dari Allah juga... jangan kita lalai hidup di muka bumi ni sampai lupa tanggungjawab kita pada Dia.

sekarang belah utara, pantai timur Malaysia dilanda Banjir yang sangat teruk..
mari kita doakan untuk mereka. semoga dipermudahkan..



ramai sahabat handai aku kat sana..
family mertua adik pon kat sana..
family Nuqmans pon kat sana jugak

semoga dipermudahkan segala urusan..
semoga ia menjadi dugaan rahmat dari Allah s.w.t.

setiap yang berlaku ada hikmahnya..
inshaAllah..

17 December 2014

Besday @ tabika

ok arini baru ade feel nak bercerita pasal sambut besday Adeeb kat tabika.
majlis bulan 11.
ok la ni aku share cite besday Adeeb bulan 12. lagi 7 hari nak besday dia. hahha

takde ape nak cerita sangat layan gambar jela.
patutnya ikut rajin aku nak buat goodies bag jajan2 bagi kawan2 dia. tapi pompuan gemok dah pemalas melampau. aku pi mydin beli set alatulis aje. 
ada 2 orang.. so beli 25 set siap2.. tahun depan sekolah diorang boleh pakai.
jimat duit parents korang... beg tabika bagi. set alatulis Adeeb blanje.

kat tabika cikgu tanya.. kek adeeb gambar ape?
adeeb cakap tak boleh bagitau.. ibu tak bagitau Adeeb.
padahal aku pon tak tau gambar ape. tengok ape yang jumpa kat kedai kek nanti la...

pagi2 pi sekolah Adeeb nak settle borang daftar darjah 1.
then tros pi mydin beli set alatulis.
ingat nak pi presint 8 beli kek kat bakers cottage tapi baru pkl 9.30 memang tak bukak lagi ni...
sekali terpandang ada kedai kek opposite mydin tu. ok jom la singgah beli kek teros.

faktor pemilihan kek: sebab dia coklat & ada stoberi.
Adeeb suke sangat stoberi tau....
hati jambu anak aku ni. 

kawan2 keliling ramai2 nyanyi epi besday.



kemain tersentil-sentil lagi lidah dia malu2.
gedikk
 


selamat ulangtahun sayang...
ni last sambut besday kat sekolah ye.
masuk sekolah rendah takde dah majlis2 macam ni tau..

tak koser ibu nak buat dah.
kita tukar doa selamat jela memandangkan besday Adeeb jatuh cristmas eve.
sedang elok 25hb ibu buat makan2 dengan kawan2 ibu sekali.
hahahaaa



besday boy rasmi amek kek

Adeeb tambah kek sampai 4 kali. means dia suka kek ni. Alhamdulillah...
amek sepotong besar bawak balik untuk Afiq ngan Ayah jugak.


cikgu sebut nama sorang-sorang bangun pi salam Adeeb amek hadiah.
hahaha macam YB kawasan la pulakk


lepas tu settle...
mintak izin dengan cikgu balik awal ikut ibu pi opis pulak.
petang tu takde mengaji. duduk opis ibu aje tido bawah meja. hewhewhew....



11 December 2014

Kalendar HKCC 2015


Nak Kalendar 2015 bersama KIRAAN HARI SUBUR anda?

Beli HKCCPRODUCT dari kami..

insyaallah kami berikan sebagai SAGUHATI
+FREE Voucher rm2*selagi stok masih ada



Setiap pembelian mulai HARI INI akan dapat :

*1 keping DESK CALENDAR. 
*Pembelian set akan dapat WALL islamic calendar.
*Pembelian set sebulan dapat DESK & WALL CALENDAR tambahan 3keping voucher x RM2.


sape nakk??

Whatsapp/telegram 016-660 3741






08 December 2014

Kesilapan Ibu Bapa

ni aku simpan sini sebab nak buat rujukan untuk diri sendiri jugak.
anak dah nak masuk 6 tahun dah.. banyak lagi yang aku belum belajar.

umur anak 20 tahun pon kita masih kena belajar.
zaman anak-anak sekarang semuanya mencabar..
yang penting sekali agamanya.
InshaAllah.. mana pergi pun asas di hati jadi pedoman.

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar
.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
like dan share utk rakan2..

05 December 2014

Redha


tadi baca post kak Diana kat blog dia pasal masalah.
betoi apa yang dia cakap tu.
Allah tak bagi apa yang kita nak.. Dia bagi apa yang Dia tau baik untuk kita.

pasal masalah dalam hidup. aku pernah diduga dengan rumah tangga.
perkahwinan yang dimulakan dengan cinta inshaAllah nak juga dikekalkan sampai ke mati. tapi sapalah kita yang tentukan jodoh pertemuan ajal dan maut ni.

masa dilanda masalah dulu aku memang terumbang ambing. tapi orang tengok aku tenang. boleh buat lawak. boleh pergi kerja macam biasa. 
semua cakap.... "eh kalau aku jadi ko, tak taula hidup aku macam mana.."

betul.. aku tengok orang lain yang nyawa anaknya Allah tarik... "kalau aku yang hadap.. tak taulah macam mana"..
perasaan macamtu semua da.. takut nak hadapi. kalau boleh nak bahagia selalu.. takde masalah. tapi masalah ni ujian Allah buat kita. yakinlah pada Qada dan Qadar Allah...
Dia yang menemukan kita.. yang menjodohkan kita,.. yang memisahkan juga adalah Dia.

masa masalah tu jadi, dalam otak dok fikir, kenapa rumah tangga aku? kenapa aku dan dia? kenapa aku dan anak-anak yan hadap benda ni. aku tak menyesal, tapi soalan tu berlegar... mencari punca dan menimbang susun atur hidup aku selama ni. ape yang salah, apa yang tak kena, apa dosa aku sampai Allah bagi aku hadap semua ni??

itu masa semua tu jadi.
tapi aku ni Alhamdulillah, otak positif jugak.
takpela.. dah takde jodoh.. takpela.. sok2 bahagialah aku... takpelah.. mungkin aku lagi senang kalau dia takde.. takpelah.. aku ngan anak2 boleh bahagia jugak takde dia pon.

hari berlalu bulan berganti..
gelap mendung pon berganti terang cerah.. 

kalau dulu aku persoalkan kenapa aku?
sekarang aku bersyukur Allah jadikan semua tu kat aku.
Allah jadikan hidup aku lebih baik.. lebih tenang, lebih bahagia.

kalau dulu tangisan rintihan..
sekarang doa kebahagiaan... "ya Allah, terima kasih atas hadiah yang kau berikan buat aku dan keluarga.."
dengar khabar ex aku pon dah kawen lain dan bahagia.
syukur alhamdulillah.. kami tak ditakdirkan bersama... 
kami ditakdirkan memiliki 2 orang anak bersama dan temui kebahagiaan dengan pasangan yang berlainan.

rahmat untuk Nuqmans dapat 2 orang ibu 2 orang ayah.
cuma "ibu ngan ayah" sane tu nanti dah besar biar diorang cari sendiri..
aku tak pernah sembunyikan sape ayah diorang.

bila hadapi masalah ni, memang kita gundah gulana.
tapi redha lah...
yang lebih baik menanti di hadapan. kita tak tau.
rezeki, ajal maut, jodoh, pertemuan dan perpisahan semua dengan izin Allah..
kita hanya merancang.

bila hadapi masalah.. redhalah.. hadapi dengan positif, doa dan merintih banyak2 dengan Allah.
Dia lebih tahu...

Wallahualam....




Pemakanan yang baik2




MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


setakat ni aku makan
-kurma 3 biji sehari kadang-kadang 5 biji.
-anggur seminggu sekali @ 2 kali. beli 1 kg sekali hadap anak beranak. peberet nuqmans nih.
- susu - setiap pagi minum Susu Kambing Bee Pollen.
- minyak zaitun aku tak makan tapi sapu pada badan. pahni nak try la makan 1 hari 1 sudu.
 - Air memang sehari berbotol-botol tapi tengah prektis minum cara Rasulullah s.a.w minum seteguk berhenti.. seteguk berhenti..


jarang dan tak penah makan pon ade jugak
* Barli kalo ajim ode kat kedai aku ratah sikit isinya. 
* Buah tin susah nak dapat. ni kene ubah ni sebab aku kureng suka makan. sebab dia takde rasa ape. tawar. huhu
 *Madu kat rumah ada.. ajim makan, selalunya dia share ngan Afiq. tapi aku tak makan. apesai ntah.. tak minat.
* tembikai memang best... aku tak beli sebagai rutin kat rumah. tapi kalo ada yang jual buah potong aku beli letak asam. sodap. ni pon peberet Nuqmans tapi tak larat nak layan. mesti terkencing-kencing sampaikan malam tilam lencun kencing bocor
* cendawan pon peberet jugak tapi tak beli. kalo makan kat kedai ade letak cendawan sure licin.
* Delima ni satu lagi apesal ntah sampai sekarang aku tak penah makan. huhuhhhh

nak jadi perfect tu susah...
tapi kita cuba perbaiki sikit-sikit..
InshaAllah.. lama2 sok jadi la habbit..

03 December 2014

Jamun akhir tahun.


Arini nak cerita ape??
hahahahaha

kongajaq aje kan? bajet korang tunggu la sangat..
ada 1 lagi folder gambar tak share... gambar masa jamuan tabika Adeeb awal bulan 11 aritu.

sebelum masuk 2015 baik aku share sekarang. hahahahhaha

setiap hujung tahun tabika Adeeb akan buat makan2 jamuan akhir tahun sekali dengan mak bapak datang amek report book anak masing-masing.
selalunya tabika akan buat 1 menu je.. yang lain akan ada pot luck dari makpak...
menu tradisi kat tabika ni Nasi Ayam ngan air jela... budak pon kenyang.. ade sup ade sayur sume siap.

tapi kalau adeeb makan memang tinggal nasi ayam ngan kuah. sayur dia tak amek.
time mood baik aku layankan aje.. time datang mood maktiri aku, sayur pon wajib abeh!!

korang tengok pot luck diorang..
ni baru bahagian desert..
kek aje 3 bijik.. cup cake lagi... 

ha tengok...
kuih sebeban.. nasik goreng.. mee goreng.. rendang, pulut kuning, spaghetti, kuih muih...
hamboiiiii...

jamuan raya tahun depan aku nak wat pot luck la... sape datang kena bawak makanan.

bleh?


ha amek...
makanan aje penuh 2 meja.



aku mestila pilih yang jarang jumpe..
huwaaa tengok gambar terliur balik..


bagus jugak aktiviti ni.. sebab yang anta anak-anak kat situ dikalangan penduduk komuniti kuarters aku tu jugak. kalau lama duduk situ inshaAllah kita saling kenal anak ngan mak bapak sekali. so aku tau la Adeeb kawan dengan sape.. sape parentsnye.. duduk mane...

tapi kelemahan aku adelah...
aku tak cam orang dan cepat ilang ingatan.
huwaaaa.....

tengok muka kenal la jugak. nak ingat nama.. memag bukan aku la tu. hahahaha

meriah taska Adeeb neh..
  
   
setiap hujung tahun mesti cikgu bagi something...
tahun lepas ngan tahun ni dapat beg sekolah.

kan setiap bulan bayar yuran RM30 sorang..
duit tu adelah duit makan, duit buat aktiviti ke ape-ape..
tahun ni duit lebih dapat beg ngan goodies bag.

pompuan sumeeeee pink..
macam nak pitam nengok pink.
nasib baik lelaki dapat ijau.
 

bangga dapat beg ben 10. terus tukar... 
beg merah itam belah kanan tu beg spiderman dapat tahun lepas.
terus diketepikan.

habis acara bagi2 hadiah boleh makan-makan sambil parents ikut turn jumpa cikgu tanya prestasi anak-anak.

kalau bulan jun dapat B, hujung tahun ni banyak perkara Adeeb dapat A.
alhamdulillah... perkembangan positif.

cikgu puji Adeeb bagus dan laju bila subjek agama.
perkembangan ketara sangat lepas anta gi tahfiz tu.
syukur alhamdulaillah.. Allah permudahkan adeeb timba ilmu.

aku risau adeeb tak reti membaca. kat rumah aku soh baca dia kata tak reti.
cikgu cakap eh boleh je baca. selalu suruh boleh je.

ooo blaon depan aku ye...
balik tu aku bagi buku soh dia baca 1 perenggan.
dia tersipu-sipu kata ibu baca la.. adeeeb tak reti...

tak kira,, baca jugak.. kena ngan ibu kang....

aku dah buat garang elok pulak dia eja2 pahtu baca...
takdela lancar sangat tapi bila boleh membaca tu bagi aku alhamdulillah..
aku risau dia tertinggal time darjah 1 nanti.

lega.....

lepas tu baru la aku ada nampak dia baca buku ke komik ke... sambil dia baca aku pasang telinga dengar tapi buat2 tengok tv.
pelik anak bujang aku sorang ni... ngan ibu pon nak malu... kat sekolah dialah hero.

terima kasih kat cikgu Khaty ngan Cikgu Zai dari tabika KEMAS bunga Kenanga banyak berjasa mengajar adeeb selama 3 tahun,
semoga cikgu diberkati hidup dunia dan akhirat.. mintak halal yang terlebih dan terkurang e cikgu...
semoga dipermudahkan segala urusan cikgu.
inshaAllah...


**ye 3 tahun sebab Adeeb masuk tabika tu dari umur dia 4 tahun.

minggu depannye aku buat sambut besday Adeeb pulak kat tabika. ingat nak buat sekali ngan jamuan ni.. tapi cikgu cakap tak payah nanti terlebih makanan. ha memang betul.. masa jamuan aje 3 biji kek nak perabeh.
gambar nanti free aku share ye.



01 December 2014

Konvokesyen Tabika Kemas Presint 5


advance sekarang tabika kemas pon ada konvo.
dulu aku kecik2 takde pon konvo2 ni... kemain teringin pakai baju jubah ngan topi tu.
tapi bila time amek sijil gambar tah kemane aku humban ntah.
then bila Diploma aku malas nak g konvo. lepas sebulan konvo baru aku g amek kat pejabat pentadbiran. hahahahhahaa

tabika Adeeb pon tak terkecuali berkonvo ni.
Majlis Konvo bulan lepas.. hari Sabtu pagi. berapa haribulan aku tak ingat pulak.

macam biase, aku memang rajin snap gambar lepastu peram dalam henpon.bila memory dah berat baru tengok satu2.  sebelum buang meh kita save kat sini.

sanggeh konvo diorang. sewa dewan kat Kementerian Pelancongan. tapi apesal ntah panas.
ramai yang berkipas. ni masing2 menunggu sebab anak je niii...

pukul 8.30 dah masuk dewan, dekat pukul 10 baru nak start. hangin aje aku.
alahai YB.. janganla pakai janji melayu tu lagi.. silalah tepati masa.
buruk betul janji melayu ni laaa...


aku memang bawak bekal siap2. biskut, roti, vitagen. 
nak bagi hero sorang ni bertapa baik2 atas kerusi.
patutnya Ajim kerja arini tapi last menet dia mintak cuti kat bos.. dia cakap nak joinla tengok Adeeb konvo.
tenkiu sayam...

memang nasib baik Ajim ade la.. kalo x memang Adeeb konvo sorang-sorang aje jawabnya, aku kena balik dulu melayan kerenah dia ni.


sebelum konvo start kat luar dewan ada bukak booth ASB, ada booth SSPN.
ok jom daftar SSPN untuk Nuqmans memandangkan kita lom bukak akaun lagi.

letak deposit RM100 dapat beg sekolah, dapat tabung, dapat Pen.

hulubalang dah start nak bertantrum..
sebab kiri kanan kena kepit ngan ibu ayah.. dia duduk kat lantai.
tabung tu dia lambung2 bergolek2 sampai kerusi depan.
bila aku larang dia cubit kaki aku. sabooo jelahhhh

lama2 dah tak tahan dia start buat perangai bukan2 ajim bawak dia keluar dewan.
masa ni persembahan pon baruuuu aje start...
bukan afiq sorang aje... budak2 lain pon dah panas punggung dah. mak bapak apetah lagi.

lepas ucapan perasmian..
lepas persembahan..
barulah start konvonye.. tu pon dah pukul 11 dah.
banyak tabika kemas serata Putrajaya ni.
tabika Adeeb 2nd last dalam list. bertabah ajela menunggu.

sejuk ati ibu tengok anak pakai ensem2 camni..
semoga jadi pemangkin kejayaan masa depan ye Adeeb.


come tak saye???


debaran nak naik pentas

boleh snap dari tepi aje..
kemain ramai mak bapak duduk depan stage nak snap gambar.

alahai cinonet aje anak aku atas tu. huhuhhh
 

sejambak bunga sekalung tahniah.
3 tahun kat tabika kemas. naik boring dah dia.
tahun depan darjah 1 ye sayang...


 

i love you my Muhammad Adeeb Nuqman,
semoga Allah permudahkan urusan adeeb untuk capai cita2 bila besar nanti.
ibu doakan Adeeb jadi pejuang agama.. jadi seorang hafiz...
amin...

tu je gambar yang ade.
bila keluar dewan konon nak snap gambar berempat.
idoklewww....
Afiq dah berdrama dah...

yela.. pukul 12 lebih..
masa tido dia.. 
teros balik rumah

ZZzzzzz...




Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™