28 February 2014

pulun all in 1

arini kite sharing pic lepas2 jela ye.
hahahah
ni peritiwa masa I dah turun darah dan baby dah takde.
lepas dapat tau tu  agak kesedihan.
Doc kata kalau darah tak turun habis kena cuci sebab bahaya bby dalam perut tapi xde nyawa dah. takut keracunan dalam rahim pulak.
esoknye pi bercuti release tension katanyeee..
konon2 nak melasak bagi turun perabeh semuanya dengan harapan tak payah masuk wad n cuci.
tapi nan hado.. elok aje die melekat kat dalam tu.
I dukung Afiq turun naik tangga pon tetap tak turun darah dah.
musykil tak??



Adeeb sekarang suke snap gambar kami. tapi bertabah jela menghadap hasilnye. hahaha
bergegar ibu ngan ayah



punyela banyak permainan kat genting tu..
belon jugak yang buat die Happy.
hahahah


sekali kesejukan sampai biru2. rasekannn



hahh itu lambaian YB.
sekarang tiap kali die busy kalau panggil die wat isyarat camtu.. 'Jap'.
aihhh tensen makk
nak mandi nak makan nak ape2 "jap".. 
T__T




Genting Outdoor dah takde tau.. ada indoor aje.
lepas ni Genting dah upgrade buat 20th Century.
maka lepas ni nak masuk genting beratus la jugakkk
tengah murah ni la bawak nuqmans naik. dah mahal sok kite lepak Cameron makan stoberi aje.

eh masa nak turun tu ada Mini Cameron.
I nak makan Stoberi ngan Ubi madu. 
so lepas hajat kat ctu aje..
murah gak.. 3 bekas Rm10. ok la tu. tak payah pi Cameron.

pahni tau dah nak beli Stoberi Fresh.. 1jam perjalanan ajeee....
==========================================================
ni pulak lepas seminggu I berpantang.
tak sabar2 nak tengok robocop.
maka selambe robocop la jugak dalam pantang duk dalam panggung.
masa ni cuti hari Wilayah.
tapi Taska Afiq bukak sebab diorang cuti ikut Selangor.
maka hantar Afiq la kat taska sebab die rimas dok dalam gelap lama2..
tapi cam rugi aje tak bawa Afiq. kalau tak boleh buat bantal pelok I dalam panggung.
bawa Adeeb aje sebab die yang Request nak tengok RoboCop ni.
yang tak menahan tu.. siap marathon lagi tu.
lepas tengok Robocop nak tengok i-Frankenstein
ok jomm

melepak pi makan sambil tunggu i-Frankenstein




gambar bergegar lagikkkk

haaa terselit jugak 1 yang jadi. macehh Adeeb. =)


sekali die cakap..
"Bu.. nanti masa tengok Kapten Amareka kite bawak Afiq ye.. Adeeb nak bawak Afiq tengok sama2"

eh??
bile plak I cakap nak tengok wayang lagi??
hahahaha

25 February 2014

Rumah


2-3 menjak ni macam2 masalah..
bukannye besar pon. kecik2 sume.
tapi melibatkan onkos.

baru2 ni dapat duit BRIM alhamdulillah Allah salurkan bantuan tepat pada masanya.
jumlah Rm650 tu bererti buat orang yang kena bayar bil macam I ni tau.

Semalam mak Ajim call.
rumah kos rendah yang kami apply tu berjaya.
syukur Alhamdulillah.
so kena call pemaju untuk tengok rumah dan bincang segala prosesnya.

sakit kepala lagi sekali.
mane nak cekau duit lagi neh?
Allah..

takpe.. doa banyak2 minta Allah bukakan jalannya..

nak lepaskan sayang pulak. rumah sekarang bukan murah.
dah dapat ni kira rezeki jugak.

banyak lagi prosesnya ni.. kena cabut undi dulu. tengok dapat rumah mana.
kena apply loan pulak dengan bank.
tak tau la mendapat ke tidak.
tawakkal ajela.

doakan rezeki kami.
InshaAllah..

risau jugak.. umo dah 31 rumah takde lagi.
kecik pon takpe la.. janji hak milik sendiri. yang penting tak menumpang hak orang.
selagi bekerja boleh la duduk kuarters.
bile dah habis kerja nak duduk mane??

kalau taknak duduk pun.. buleh sewakan.
buat tambah2 duit belanja dapur.

kami dapat kat projek Taman Gadong Jaya tu.
ok sangat dah. dok tengah2..
setengah jam dari rumah mak I dan mak Ajim.
hehehehehe

sape2 nak tau proses rumah kos rendah..

pi pejabat SUK negeri masing2.
I pegi Negeri Sembilan.
tanya bahagian perumahan. rumah2 under projek negeri. rumah kos rendah.. sederhana rendah.. 
diorang akan bagitau projek2 yang ade. so kite boleh pilih 1 aje untuk apply.
bawa balik borang untuk isi maklumat majikan dan cop pengesahan. 
tanya die betul2 apa makumat yang diorang nak sekali dokumen sokongan.
supaya tak ulang alik 2-3 kali.
jauh tuuuu nak pegi seremban.

memandangkan Projek 1 nama boleh apply 1 aje. agak terhad peluang nak join mane2 projek. nasihat I jangan memilih sangat.
macam kami.. I isi borang ajim pon isi borang..
tengok nasib la dapat yang mana.

I mintak projek Senawang rumah teres kos rendah..
Ajim mintak projek Gadong rumah townhouse.
tengok-tengok rezeki dapat nama Ajim.

 ni I search kat gugel. design townhouse kat penang. hurm.. no bad.

kalau dapat yang macam ni lagi cantik.
ni design SPNB kat Lukut.

tapi kami dapat ni kontraktor lain 
so tak tau design die macam mane lagi.

rumah teres kos rendah tu banyak rebutan.
townhouse ni ramai yang tolak.
sebab townhouse ni konsep 1 tapak 2 rumah. kena sharing la.
tapi i tak kesah.. alaa kalo dapat atas pon.. tingkat 1 aje. still ada parking kereta sendiri.. pintu naik ke rumah sendiri.. ape nak risau.
kalau dapat bawah pon lagi elok. nak dapat rumah murah pon nak cerewet jugak ke??

ingat minggu ni nak call pemaju. pi tengok rumah dan apply loan.
harap2 ada rezki kami.
semoga Allah permudahkan impian kami nak ada rumah sendiri.
kecik pon takpe. ade rezki sok kite renovate kasi cantik.

mane nak dapat rumah 45k skang??
yang penting dapat tapak dulu. 
silap2 akan datang rumah kos rendah 60k. huuu sakittt

semalam cousin I cerita..
die beli rumah flat. rm70k.
tu pon tingkat 5.

tengokkk??

townhouse tingkat 1 pon takmo syukur ke??
Alhamdulillah...

uolls..
pi try Apply..

isi borang dulu.. ape2 hal nanti cerita.
yang penting cuba.
risau 'orang kita' makin takde tempat di tanah sendiri.

cepat2 pegi SUK Negeri tu..
isi borang permohonan.

keutamaan sekarang untuk bumiputera.
try aje.

ada rezeki tak kemana.. =)



21 February 2014

Hijrah Water


lame dah I bising pasal air paip kat rumah berkarat.
tiap kali masak air nampak putih2 terapung mcm lapisan lilin. maka buang begitu sahaja aje air tu padahal dah siap masak. katanye sebab banyak klorin.

then bile yang tak banyak klorin plak rasa macam dah bersih. so simpan jadikan air masak. tapi tak sampai seminggu keladak kuning mendap kat bawah bekas.
means air tu sebenarnya berkarat. huwaaaaaa

minum air masak pon dah macam nak bunuh diri aje sekarang. 
last2 kami beli air mineral kat kedai rakyat kat bawah. 1 katen Rm7 ade 12 botol besar. tahan 4 hari aje lepas tu kena beli lagi. alamakkk air pon dah mahal sekarang.

dok survey2 penapis air dapat info antara yang terbaik adalah Coway dan Elken.
Elken tu sah la MLM dan price memang tak reasonable langsung. bagi kaya orang atasan ajelaaaaa.

Coway pulak memang I tak nafikan bagus. Service pon efisien jugak.
tapiiiii uwangnya jugekkkkk

untuk pakej sedar diri I cari yang berkemampuan tapi nak best macam Coway ade air panas ngan sejuk. hahahahaha demand nak best tapi nak murah.
bulan lepas jalan2 kat senawang kebetulan diorang ni ade bukak booth. so lets singgah dan tengok. tertarik gak sebab ada ciri2 yang I nak. pahtu ade PH test hasilnya hampir sama dengan PH air Zam-zam. hampir sama aje tau.. bukan air zam-zam.

then I tertarik dengan offer budak tu.. ade Instalment tanpa riba..
maknenye.. beli cash Rm1400 Installment pon 1400. price depends kat mesin yang kite nak.

tapi ada certain2 mesin yang boleh instalment certain lagi kena cash.
survey maintenace pulak.. die ada 4 penapis which kite tak perlu tukar serentak. Filter paling murah RM68 tukar 6 bulan sekali. paling mahal pula dalam seratus lebih jugak. tiap2 filter tukar tak serentak. ade yang 6 bulan.. ade yang setahun lebih baru kena tukar. apepun bergantung pada kita jugak. dah tau air karat jangan tunggu sangat ikut tempoh tu.. tukar la kerap sikit. jadual diorang bagi tu atas cadangan aje.
service tukar filter adalah percuma. yang kita bayar cuma duit filter aje.

yang I minat ni takde pakej Instalment... tapi Cash.
so I mintak 2/3 kali bayar..
then budak tu bagi 3 kali bayar.
deposit untuk register cuma Rm50 aje. lepas pasang mesin semua bayar balance.

kelebihan lain.... Hijrah dah lulus sirim dan dapat pengesahan HALAL dari JAKIM.
diusahakan syarikat bumiputera.

ni la mesin ensem Hijrah tu...
I amek yang tabletop aje. sebab dapur kecik xde ruang nak stand.
ada Eco sensor. 
tolong2 jimat letrik sikit.

ada air panas dengan air sejuk.



kebetulan dekat booth tu ade offer. beli mesin free tapping.
tengok price die Rm150 jugak neh..

benda ni disambung dari dispenser kite tu jugak.
so air memang dah bertapis dan bersih.
bila nak basuh sayur ke.. beras ke.. buah2 ke boleh bukak pili tapping ni.

basuh pinggan ke ape2 sume pakai air paip.
sinki comot harap maklong
Price Eco Sensor ni I dapat Rm1800.
bayar 3 x Rm600.
free Tapping

harga mesin ikut capacity jugak..
I amek ni sebab ade jimat letrik. tank pon 11 liter.

ade yang boleh adjust suhu tu Rm1700 tapi tank 7 liter.

mahal?? penapis air ade lagi yang murah. tengok ape yang kite nak.. Hijrah ni ade jugak yang murah. yang takde panas dan sejuk tu. room temperature aje.tapi alang2 membeli biar terus yang memudahkan. I kan pemalas masak air. hahaha
yang penting tak payah simpan air sejuk dalam peti dah. jimat ruang.
bayar 3 kali  ok la tu.. lepas 3 bulan takde komitment dah..

lepas 3 bulan ni nak pasang kat umah mak la pulak..
amek installment tu.
so balik sepang tak payah pening2 dengan air bersih dahhh..

ni FB Hijrah
ni no fon die.019-797 6444

boleh pm diorang tanya.

ni contoh yang boleh ansuran tu. untuk ade air panas ngan sejuk RM1400.
bulan2 Rm100
InshaAllah nak pasang kat umah mak =)



20 February 2014

sales 2014

My dear ade sales lagi la..
weeeeeeeee
aritu berangan nak bawak perut pi shoping barang baby
tapi Allah bagi simpan dulu.
makanye takde rasa sangat nak sopping dah.
tapi macam meneruskan jugak angan2 nak beli kereta untuk nuqmans.
tunggu la hujung tahun sok2 kot Abg Jib nak bagi bonus.
kahkahkahhh
puiiiiii
so sape2 nak shopping barang anak bolehlah menyinggah kat sini ye..
dinasihatkan pergi awal2 sebab barang murah2..
bile dah lambat tu tak banyak barang offer yang tinggal.

nak tau kat mane bleh jengah website My Dear

19 February 2014

Demam


Kelmarin Afiq demam lagi.

Afiq ni kan.. kalo demam suhu die memang tak agak2...
tak penah lagi suhu demam die 38 aje.. mesti tinggi punyee..

Isnin petang tu Taska dah call kata die dah 38.4
memang kelam kabut la diorang.
maka terpakse la I pegi amek die kat taska.
nak mintak half day pon dah pukul 2.30. maka bawak ajela ke opis.
sebab I tau.. suhu 38 tu die ok lagi. hahaha

memang betul pon.. kat opis bleh main calculator ngan ketuk2 dinding lagi.

malam tu suhu die naik sampai 40. perrgghhh kena lagi

mak mane yang tak risau kalau suhu dah capai 40. kite baru 39 pon dah pitam semacam.
mula2 decide nak g sepital aje.
tapi tegnok keadaan die tak teruk sangat.. die just nak tido aje.
maka masuk ubat bontot.. mandikan dan basahkan kepala die sentiasa.

pantau suhu sepanjang malam tu turun ke 39.. then stay kat 38.9. huuuuuu
pagi tu pukul 4 mandi lagi sekali dan bagi makan ubat.
bayangkan pukul 4 pagi suruh mandi dengan sepanjang dari petang balik dari opis tu memang pakai pempes sekeping aje. takde baju dah..

meraung2 budak tu menggigil kesejukan.
bibir pon naik biru sebab sejuk.
dahla die tak makan dan minum ape2. lagila cepat sejuk.

I bagi minum oren twister campur 100plus ngan air panas..
alhamdulillah.. ade sikit tenaga die. dah sejuk2 minum air suam memang sedap la..
dapat jugak 3/4 botol abis.
lepas tu bagi ubat.
terus tido

pagi tu bangun Alhamdulillah tak demam dah.
tapi ubat bontot dah habis.
pegi jugak klinik mintak ubat bontot.

pegi klinik free memang memerlukan kesabaran.
maka sabo ajela..
hahaha

Doc kata tonsil Afiq bengkak. oo patutla..
balik tu terus bawak pi makan eskrem sebelum anta g taska.
 muke stress baru balik klinik.


bila eskrem depan matta tetibe sehat kan???

drama king betoiiii
Alhamdulillah dah takde demam lagi.
tapi selera makan pulak belum balik2.

sedihla ayam daging I dah kurus kering. huuuu


 ramai PM I tanya kenapa Afiq dah cecah 40 pon I bertabah lagi rawat sendiri.

sebenarnye I tetap risau. tapi kat sepital pon sama je kekdahnye.. bogelkan dan mandikan.
kat sepital tak selesa nak buat sume keje. so biarlah I buat.
asalkan die tak terlalu lembik xde makanan dan sampai dehydrated tu selagi tu InshaAllah I boleh kawal lagi.
kot muntah2 tak berenti.. cirit birit,. nadi lemah.. biru dll
budak tengah demam parents kena Alert.
mintak jauh dari perkara tak diingini..
wallahualam..



14 February 2014

Belanja


salam jumaat Alls..
arini agak bizi..
tapi bizi2 pon sempat jugak nak merapu. hahahah

semalam petang sempat carik homestay ngan kereta sewa untuk trip langkawi.
dapat homestay 4 bilik 1 malam rm300 tapi 2 malam dapat rm500. dapat kat D'Houz Homestay
then sewa van sebab beramai2.
nak amek kia pregio kot. sebab ade 11 seater.
paling murah dapat rm150. skali survey2 jumpe pulak Urvan price Rm160 kat MRP Langkawi.
hoihh murahhh lain2 sume caj Rm200 1hari.
total sewa  homestay dengan van Rm820. bahagi 4 family dapat RM205 utk 1 family.

ok la tu kan.. so settle penginapan dan transport dah. nanti i review service diorang ye.
lepas ni gigih carik duit nak makan dan shopping lak nanti.

bab shopping I tak risau sebab banyak kali pergi Langkawi I cuma beli coklat aje. hahahahah
kali ni nekad bawak tupperware dalam bag. nak isi coklat biar tak cair dan berselerak dalam beg. 
I tak berminat nak beli pinggan mangkuk lagi.
mesti Ajim syukur sangat2 neh...
tapi kali ni pergi ngan Adeq ngan Kakcik ngan Mak.
jangan tergugat iman I membeli periuk plak kang sudahh. hahahah

selalu pegi langkawi sorang tapi kali ni pergi bawak Nuqmans. so I tau belaja akan habis bayar tiket masuk tempat2 lawatan dengan Makan jela. I memang tak kedekut kalau makan. so peruntukan lebih sikit untuk itu. pergi cameron berempat pon makan dalam rm200. tu sebab bawak periuk nasi sendiri tu..
yang ni tempat2 lawatan sume kena bayar. tiket 4 orang aje dah beratus. prepare ajelahhh
selalunye Nuqmans tunjuk apepun time merayau tu I beli aje. nama pon holiday.
tapi makanan ajela sebab I kedekut beli baju ngan mainan,
huuuuuuuu berkiraaaa

orang pergi holiday beli gak selai baju I love Langkawi.
tapi I nan hadooo
takdenye I pakai nanti. so tak payahhhhh
beli gamat sudahh 
nanti buleh sapu time sakit badan ke.. luka2 ke..
kan berfaedah tu.. pehtu tahan lama jugak. hahha
koman2 beli kain batik sudahhh



13 February 2014

Senaman

ni topik berharga dikopipes dari FB




Selamat Pagi..

Topik Hari ini :
Macam mana nak senam, kenapa dah senam tak kurus -kurus?

Hakikat yang perlu diterima :
1. Untuk bersenam bagi menjaga kesihatan badan, perlu bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, ( 30 - 45 minit bergantung kepada intensiti)
2. Walaubagaimanapun, nak kuruskan badan, perlu besenam sekurang-kurangnya 5 kali seminggu, lagi lama lagi bagus (sejam cun la..bergantung kepada intensiti juga)

So, masaalahnya bersenam pun tak pernah, macam mana nak bersenam setiap hari :
1. Tak perlu lah target terlalu tinggi. kalau tak pernah bersenam, plan senam sekali seminggu pun jadilah..10 minit..20 minit ikut kemampuan. Mulakan langkah pertama.
2. kalau tak pernah bersenam, tup-tup bersenam setiap hari, high intensity pulak tu, boleh terkehel, salah urat.. mau lepastu rehat atas katil sebulan.
3. Bila kita dah rasa mampu buat lebih kerap, tambah kekerapan..kepada 2 kali seminggu..kemudian 3 kali seminggu. Tambahkan jugak tempoh senaman.
4. Kita perlu suka apa yang kita buat. Buat perkara yang menggembirakan.
5. Kalau demam, badan sakit. Rehat dulu. jangan terlalu drastik nak berubah. Ikut kemampuan badan.
6. Namun, semangat juang perlu ada untuk capai misi akhir.

Senam apa yang terbaik untuk kuruskan badan?
1. Senam lah apapun, yang penting enjoy. 
2. Kalau tak ada kawan, cari kawan. Ajak family, anak, suami sekali. Bukan kita yang nak kuruskan badan jer perlu bersenam, selagi bernafas di muka bumi, semua orang perlu bersenam. Cuma kadang-kadang buat-buat lupa sahaja.
3. Walaubagaimanapun, berjalan laju adalah paling praktikal untuk semua orang.

Bagaimana kita nak tahu, kita bersenam pada intensiti yang betul?
Contoh :
1. Kalau semasa berjalan laju, boleh borak sakan, gosip sakan (cakap banyak), namanya lenggang kangkung
2. Kalau berjalan-jalan, sampai tercungap cungap, tak boleh bernafas, tu namanya dah over...kene slow kan skit pergerakan.
3. Tahap yang bagus...tahap pertengahan : kita taklah sempoi sangat sampai bole gelak..borak..dan taklah jugak sampai macam nak semput.

Perlu ker buat 'weight training' ?
Ya..sangat perlu walaupun kita seorang perempuan. Weight training penting untuk menguatkan otot dan kestabilan. Penting di hari tua. Takderlah bila tua, semua barang tak boleh angkat sebab dah kehilangan jisim otot yang banyak. Weight Training secara tidak langsung membantu menguruskan badan.

Kenapa dah bersenam tetapi tak kurus-kurus.
1. Mungkin tak capai lagi tahap senaman yang sepatutnya. Sekejap senam, sekejap Tak.
2. kadang-kadang dah turun 5 kg..lepastu susah nak turun lagi. Actually ada tempoh berat jadi mendatar sebab banyak sebab. Mungkin dalam masa yang sama peratus lemak menurun, lean body mass (otot) bertambah. Actually kita berada tahap yang bagus. Cuma usaha perlu diteruskan lebih gigih lagi. InsyaALLAH berjaya. Dugaan dan cabaran memang banyak 
3. Genetik.

Apa faedah bersenam?
Faedah utama bersenam adalah dapat meningkatkan metabolisme badan. Semakin tinggi metabolisme, semakin banya kalori terbakar dengan menjalankan aktiviti yang sama. 

Tahukah anda?
Menganbil diet rendah kalori..boleh merendahkan metabolisme badan!!!
(sambung di episod akan datang 

Syikin,
Nutritionist, MSc (Exercise)


Okeh...
nanti Sis syikin buat status best I share lagi..

jangan baca aje..
sila bersenam..
nak pergi toilet pon bleh jalan laju2.
bakar kalori..
weight training tu untuk ibu2 sangat senang..
dukung aje anak masing2. I sampai skang mendukung Afiq lagi.
13kg tauuuuu... patah pinggang.. hahaha

12 February 2014

Fail tertunggak

seronok sikit kerja 2-3 hari ni..
sume fail2 tertunggak sepanjang I tak sehat bos tarik balik.
then semalam die tunggu I masuk kerja baru minit bertarikh semalam dan pass balik kat I.

hihihhhhhh
bukannye I takmo buat kerja..
tapi masa cuti kawen..
masa cuti sakit..
masa cuti rehat..
masa I memang die confirm takde kat opis die minit kat I soh buat.
so bile I masuk kerja fail2 tu dah bertarikh lepas dan ikut pada minit ade yang dah lebih seminggu.
kalau orang tengok macam I tak buat kerja la padahal I tengah cuti 
cuti yang die sendiri maklum.

geram jadi macam tu..
setiap fail yang die minit masa I tengah cuti I ambil dan simpan dalam kabinet aje.
takmo buat..

sekali I cuti dekat sebulan ni amek kau dekat 20 fail dalam kabinet.
nak tengok gak die cakap ape.
rupenye die pass kat pegawai baru masuk kerja soh handle.
so gerammmm..
takdela rasa bertanggungjawab langsung. mentang2 die bos. pass ikut suke die aje.

bila anda jadi boss sila alert pegawai anda..
jangan dapat fail terus minit aje tak peduli pegawai ade ke tak.
dan paling best tu ada yang die minit tapi sebenarnye die tak tau nak buat apa ngan fail tu. ape tindakan yang patutnya diambil. patut buat paper A die bantai minit soh paper B.
alahaiii cik kak..
baca la dulu..
then bile pergijumpe die tunjuk fail.. die tanya balik. ni fail ape ye? die nak ape?
memalukan sungguh jadi boss tapi pegawai lagi maklum kerja tu berbanding U.
padahal sebelum pegawai dapat fail tu.. die yang tapis dan minit dulu.

pegawai2 lain pon bengang dengan die tapi takleh nak cakap ape.
banyak minit die salah.. bile paper dah siap.. sampai kat bos besar kena tukar format bagai. hangiinnn ajeee member nak edit balik.
dengan I senang aje.. memang tak gaduh..
tapi I protes cara macam tu ajela..
selagi kat opis I buat kerja yang ade.

fail yang die minit masa I cuti memang I tak usik.
tapi I ade remark,, I cuti kawen.. cuti rehat.. cuti sakit ke ape2.
rase2nye bos beso notice kot. terus die kena simpan sume fail tu kat tempat die.
then semalam baru die minit tarikh baru dan bagi balik kat I.
haaa buleh aje I buat.
semalam jugak I settlekan..

minggu lepas..
Afiq demam panas..
boleh pulak die soh I isi HRMIS. ok xpe. tapi masa tu unifi 2hari dh problem
dapat plak Afiq demam takmo berenggang dan tak boleh ilang kejap pon..
memang menjawab la I.



die ni kan.. jenis bos yang kalau dah bagi arahan.. die nak settle dengan apa cara sekalipun. arahan keluar memang takde kesian2.. macam kuli batak nak ngadap die sorang aje..
even alasan anak buah memang logik. die tetap kata nak jugakk.
kat opis pon macam tu..
then bile orang dah menjawab tetiba bahasa tu bertukar jadi sopan dan berhemah.

aritu pon sekali kitorang dah nak gaduh.
tapi I buat tak layan aje..
jam dah hampir pukul 6 die suruh I buat paper padahal reply dari agensi tak dapat lagi.
silapnye pukul 5.15 tu I pergi tanya die pekeliling yang berkaitan dan masa tu die agak moody pasal ape pon I tak tau la.. terus tiba2 keluar arahan nak paper ari tu jugak. die tunggu. amboihhh 5.30 dah nak balik dahh.. dan I bagitau die maklumat dari agensi tak dapat lagi. terus macam ilang pertimbangan. 
"dah tu takkan sume I nak buat untuk U? takkan itu pon tak boleh buat?? U buat ajela ape yang ada. masukkan this and that and bla..bla..bla..."
pehtu bile I dah buat die edit lagi dan marah2.. I dah geram rasa nak hempuk fail aje kat muka die.. jam dah 5.45. I dah sakit ati.. die pon dah makin meroyan. terus I simpan fail dan balik.
otw balik tu die wassap I marah paper belum siap I dah balik rumah. 
esok die nak I submit asap.
I dah taip dah nak reply.. "saye ada anak nak amek.. saya bukan bujang macam awak.."
tapi I padam balik sambil dalam hati doa die kawen cepat2 ade anak cepat2 kelam kabut kejar kerja dan anak petang2. mintak die rasa ape I rase. huhuhhh
suo wassap die I biarkan tergantung tak berjawab

cik kak tu kan.. mentang2 belom kawen.. jangan fikir orang lain pon kena stay back kat opis macam die.
I kelam kabut balik amek Afiq kat taska then transit Adeeb dah mesej tinggal Adeeb sorang tak balik lagi. die nak keluar ade hal.
gile berbulu I ari tu.. kelam kabut bawak kereta nak cepat. balik rumah bengkekkk aje.
spolied mood betoii

lepas tu 2 hari I tak masuk opis die tak jumpe die langsung. paper  sume I pass kat staff soh bagi die.
berurusan melalui kerani aje.
bawak sampai jumaat... then Isnin depan tu baru jumpe balik.
die panggil I tanye pasal fail urgent.
mase tu masing2 dah ok.  sebab baru lepas cuti 2 hari kan.. hahaha

ngan bos ni kalau gaduh memang kite tak untung..
tapi kadang2 kite buat something yang memang effect kat die sendiri pon die boleh terkesan jugak.
sendiri mau ingat la ye..

I suka kerja sini.. tapi dugaannye kali ni dapat bos yang tak best dan I tak berminat nak respect dah.

I dah apply nak tukar department.. tapi wrong timing la pulak.. skang ade penempatan pegawai secara besar2an kat opis. maka terpaksa la tunggu sikit.

tak sabar buat kerja kat tempat baru..
carik pengalaman baru
berurusan dengan suasana baru

semoga semuanya baik2 aje..
amin 




10 February 2014

MC DNC DEMAM

salam Alls..

lepas 3 minggu bercuti arini masuk keje balik.
dari 20 Jan i cuti.. 23jan buat DNC.
dapat MC seminggu sampai 31 Jan.

pahtu cuti raya cina sampai 3feb.
patutnye 4hb dah masuk opis. tapi tak sihat lagi sambung 2 hari sampai 5hb.
konon ari khamis nak keje. skali Afiq pulak demam panas. suhu sampai 40D.

dah alang2 tu terus I sambung cuti sampai Jumaat. menjadikan I cuti hampir sebulan dekat rumah sebab minggu sebellum MC tu I keje 2 hari aje pahtu khamis tu dapat MC sebab kena alergy. hahah

aisehhh tak tido semalaman malam tu. jerlum air bawak mandi dan makan ubat, suhu maintain 38.
 khamis pagi pergi klinik sebab risau jugak, skang kan musim denggi.
pagi tu suhu naik balik 40D sebab die tensen kot lama sangat tunggu. dahla duduk dalam aircond. Ibu pakaikan singlet aje. haha

cepat2 masuk ubat bontot dan basahkan kepala die.
so Doc suruh datang balik jumaat pagi kalau still demam. nak amek darah takut denggi.
terus i yang cuak sebab Afiq kalau amek darah sampai ke malam die trauma xleh kena tinggal nangis2 bagai.
Ibu pon takut jugak

hari Jumaat tu badan tak panas dah.. tapi jadi sejuk pulak. suhu jadi 34.6D aje.
Afiq still takde selera makan. Ubat bontot tu keluarkan panas die kot. terus jadi cirit birit.
yang buat risau tu sekali berdarah.

call Doc tanya.. maybe usus die luka sebab makanan takde tapi die berak2.
yela I tengok pon takde najis dah. tinggal air kuning dan darah pon yang berlendir.
baru sehari demam terus kurus Afiq.
sedihnyeee

I tak pergi amek darah sebab tengok jumaat malam tu dah tak demam.. dah aktif balik.
cirit birit aje tak hilang. tapi die macam takut lagi nak makan.

3 hari die minum air twister ngan 100plus I campur air panas. so die suke la.. air oren suam.
laju je minum. bagi susu takmo. kalau minum pun tak habis.
sampai semalam die still kurang selera makan. tapi dah takde cirit birit dah. demam pon dah takde.

pagi ni Alhamdulillah susu habis sebotol.



Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™