Kelmarin Afiq demam lagi.
Afiq ni kan.. kalo demam suhu die memang tak agak2...
tak penah lagi suhu demam die 38 aje.. mesti tinggi punyee..
Isnin petang tu Taska dah call kata die dah 38.4
memang kelam kabut la diorang.
maka terpakse la I pegi amek die kat taska.
nak mintak half day pon dah pukul 2.30. maka bawak ajela ke opis.
sebab I tau.. suhu 38 tu die ok lagi. hahaha
memang betul pon.. kat opis bleh main calculator ngan ketuk2 dinding lagi.
malam tu suhu die naik sampai 40. perrgghhh kena lagi
mak mane yang tak risau kalau suhu dah capai 40. kite baru 39 pon dah pitam semacam.
mula2 decide nak g sepital aje.
tapi tegnok keadaan die tak teruk sangat.. die just nak tido aje.
maka masuk ubat bontot.. mandikan dan basahkan kepala die sentiasa.
pantau suhu sepanjang malam tu turun ke 39.. then stay kat 38.9. huuuuuu
pagi tu pukul 4 mandi lagi sekali dan bagi makan ubat.
bayangkan pukul 4 pagi suruh mandi dengan sepanjang dari petang balik dari opis tu memang pakai pempes sekeping aje. takde baju dah..
meraung2 budak tu menggigil kesejukan.
bibir pon naik biru sebab sejuk.
dahla die tak makan dan minum ape2. lagila cepat sejuk.
I bagi minum oren twister campur 100plus ngan air panas..
alhamdulillah.. ade sikit tenaga die. dah sejuk2 minum air suam memang sedap la..
dapat jugak 3/4 botol abis.
lepas tu bagi ubat.
terus tido
pagi tu bangun Alhamdulillah tak demam dah.
tapi ubat bontot dah habis.
pegi jugak klinik mintak ubat bontot.
pegi klinik free memang memerlukan kesabaran.
maka sabo ajela..
hahaha
Doc kata tonsil Afiq bengkak. oo patutla..
balik tu terus bawak pi makan eskrem sebelum anta g taska.
muke stress baru balik klinik.
bila eskrem depan matta tetibe sehat kan???
drama king betoiiii
Alhamdulillah dah takde demam lagi.
tapi selera makan pulak belum balik2.
sedihla ayam daging I dah kurus kering. huuuu
ramai PM I tanya kenapa Afiq dah cecah 40 pon I bertabah lagi rawat sendiri.
sebenarnye I tetap risau. tapi kat sepital pon sama je kekdahnye.. bogelkan dan mandikan.
kat sepital tak selesa nak buat sume keje. so biarlah I buat.
asalkan die tak terlalu lembik xde makanan dan sampai dehydrated tu selagi tu InshaAllah I boleh kawal lagi.
kot muntah2 tak berenti.. cirit birit,. nadi lemah.. biru dll
budak tengah demam parents kena Alert.
mintak jauh dari perkara tak diingini..
wallahualam..
No comments:
Post a Comment