Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

14 August 2024

Dah 2024 dah weii

Assalamualaikum uols..

weii dah lama giler tak buka blog sampai tak tau emel apa guna.
tadi siap tanya admin blogspot aku pakai emel apa dengan password apa. 
hahaha alahaiii

sejujurnya mood menulis tu dah pindah ke FB. sebab sana boleh terus isi gambar banyak2 dengan caption.
tapi tulah... moment dekat Blog ni lagi best tersimpan dan menulis dari hati.
fb lebih kepada simpan gambar bolehla.

dalam 6 tahun ni macam-macam jadi.
anak dah bertambah sorang lagi. so 4 orang semuanya. Alhamdulillah..
dan 3 tahun lepas i've lost my dear mom. tempat kerja pun dah bertukar-tukar. tapi masih lagi duduk putrajaya. semua anak aku lahir ic putrajaya dan harap diorang habis sekolah kat putrajaya la juga.

InshaAllah Aku try la lepas ni nak update blog sebulan sekali share occasion atau apa-apa event yang penting. (kotla..) hahahahh.  Aku suka bercerita, aku suka sharing. tapi upload gambar bayak-banyak tu pemalas bukan main. Semoga Blogspot ada buat seksyen up gambar secara album pulak lepas ni kan. 😂😂😂..

Anyway, ni latest kami. 
Ajim, Ummi & Nuqmans
Aqil pun dah 4 tahun sekarang. sekarang tengah semangat Briskwalk untuk kesihatan dan familytime jugak. setiap weekend akan suruh semua ikut ibu briskwalk. bawa tikar boleh breakfast dan picnic dekat tepi tasik. Alhamdulillah dekat putrajaya banyak port boleh tukar-tukar tiap-tiap minggu. Anak-anak dah besar ni masa makin tak cukup.. ibu ayah dah makin tua entah bila perginya. Anak-anak juga dah membesar nanti ada life sendiri, dah keluar belajar/kerja dah sibuk. anak 4 orang belum tentu dapat cukup berkumpul lengkap semuanya.
jadi manfaatkan masa yang ada. cipta memori sebanyak mungkin. semoga tak lupa dekat ibu dan ayah di masa depan.

Sekarang sambil kerja aku support Ajim buat SK Magic juga.


uols kalau cari penapis air dan udara boleh cari aku atau ajim ye.
eh iklan pulak. hahaha

terima kasih banyak-banyak dekat Ajim sanggup tukar bidang kerja. buat yang fleksibel nak pastikan anak cukup perhatian nak pegi balik dan cukup makan juga waktu tengahari. kerja sales ni boleh sambil-sambil urus anak dan rumahtangga juga. sales pun alhamdulillah sangat membantu tampung keluarga. sebab aku kerja yang tak tinggal opis dan ada kala out station pula. jadi salah seorang la kena berkorban.  

Adeeb pun dah bujang, tahun ni 16 tahun dah. alhamdulillah sangat membantu jaga adik-adik dekat rumah bila ibu ayah kerja. dah pandai masak nasi goreng telor, masak guna air fryer dan microwave juga. Kerja rumah pun pandai urus dah, kemas rumah basuh kain lipat kain, pinggan mangkuk, jaga dan urus kucing sekali. Semoga Allah izinkan jadi anak soleh dan lelaki bertanggungjawab di masa depan. Aminn 

tu je untuk kali ni. nanti free aku up lagi story kami. 
tq sudi singgah baca blog yang tak rupa blog dah. nexr kena update segala bingkai dan header jugakla. bila tengok balik layout blog, ohemji dulu jiwa muda. Skang dah matang sikit. rasa pening pulak bunga banyak2 tu. hahahhh

semoga jin rajin aku datang balik bersama semangat nak menulis.


04 November 2014

Aku dengan duit HKCC??


bab duit memang sensitip kat semua orang.
tambah-tambah macam-macam kenaikan zaman sekarang ni.
aku dah rasa dulu. sekarang tempias tetap ada tapi tak sesak napas macam dulu.

tahun 2011 masa lepas cerai, gaji aku potong 60% dah..
nafkah memang tak penah nak dapat. so tak guna nak harap. pendapatan sampingan takde tapi belanja besar sangat. Anak aku 2 orang. kereta kena pakai jugak. nak bawak anak kehulu kehilir tu jela transport ada. aku bercerai dengan jumlah hutang yang boleh beli rumah semi D 2 tingkat kat selangor. cuba korang kira?? dan status aku adelah blacklist.

Gaji Vs Belanja

Aku seorang penolong pegawai tadbir gred N27. payslip aku lepas tolak semua bersih dalam 950.
 tu semua dah tolak loan, tolak kereta, rumah dah tu. Alhamdulillah..

tapi belum bayar...
taska 2 orang 600
susu pampers 500
minyak kereta 300 paling kurang
makan dan belanja aku anak beranak 300 lebih kurang

mane nak cari duit??

dapat gaji je yang wajib tentula taska dulu... orang takmo jaga anak aku kang...
susu pampers ni selalu bercatu la... aku akan berkira sebaik mungkin nak mencukupkan ke hujung bulan. time gaji beli 1 pek je mampu.. untuk tahan 2 minggu. bekalan seterusnya selalunya aku pinjam duit mak ngan adik beradik.

aku pilih taska paling murah tau. aku siap tanya kalau masukkan 2 beradik berapa RM? ade diskaun tak? kalau balik lambat berapa OT sejam kena bayar??? semua tu masuk dalam kira-kira. nak masuk sekolah best? smart reader ke hape untuk diorang? no.. aku tak mampu.
apa-apa yang melibatkan duit memang aku kira sehabisnya.

saving memang takde. zero! mana ada duit syiling sume aku korek. kalau tiba-tiba jumpa rm10 hati aku ni dah pasang bunga api keseronokan.

makan jarang. selalunya kat opis tak makan. kalau orang belanja, ada jamuan, ada majlis bacaan yassin.. memang syukur sangat-sangat sebab ada makanan. bila ade lebih aku tapau bawak balik. kalau takde petang2 lepas balik taska pi tapau nasik goreng cina sebungkus. tu je yang murah masa tu. RM3.50 share 2 orang ngan Adeeb. bagi Adeeb makan dulu, dia dah taknak baru aku makan. 

sedap?? memangla sedap. RM3.50 ade ayam sayur udang sotong bagai.. dapat pulak sup kosong. tak ke syukur? sangat okeh.. sangat syukur menu aku saban hari saban minggu berbulan lamanya. mujur la aku ni jenis tak kesah kalau ngadap menu sama stiap hari. Rezeki aku kerja dekat dengan family. Hari jumaat mak call suruh balik sepang tolong kat kedai.. nanti ahad malam mak bagi duit minyak RM50. rahmatnyaa duit mak bagi.... patutnya aku la yang bagi mak. terbalik dah. siap bagi Nuqmans sorang RM10 lagi...

Erti Duit sangat bermakna

minyak kereta memang aku isi paling banyak RM30 aje.. takut tetiba anak demam ke ape takde duit plak. tak berani pi mana-mana hatta melencong 100meter pon aku taknak. semua aku kira... setiap kilometer... otak ligat aje mencari jalan dekat. paling dekat paling singkat. taknak jauh2. malam pulak taknak keluar. taknak singgah mana-mana bila bawak anak nanti enjin kena hidupkan.  semuanya sebab nak jimat minyak. nasib baik pakai saga BLM aje. banyak jasa kereta tu kat aku. minyak pon tak membebankan... bila balik sepang tinggal tambah RM10 aje. Ahad mak bagi duit topup balik RM30. RM20 pulak rotate beli nasik goreng cina 4 hari dengan kot2 nak beli apa2 pulak.

dekat opis ada kena bayar duit kelab. duit ahli ape ntah... seminggu RM6. korang bayangkan aku tak ikhlas nak bayar?? sampaikan bertunggak dekat setahun tak bayar. dalam otak berzikir takde duit. takde duit. 

setiap kali gaji... pinjam duit mak.. pinjam duit adik beradik.
bayarnye tidak..

aku penah pinjam duit adik RM100. nak bayar ape ntah.. dia transfer masuk akaun aku. pagi tranfer.. petang balik keje nak cucuk duit dah takde. rupanya mebeng tolak katanya duit insuran. padahal dah bertahun tak de insuran ngan mebeng dah. aku call mebeng dengan maki hamun menangis2 tau..  sebab orang tu cakap akan refund balik dalam masa 14 hari. aku perlu sangat duit tu.. aku nak sekarang.. bukan lagi 2 minggu! gila berharganya RM100 tu kat aku. sambil call sambil nangis sambil mengigil2 kemarahan sume ada.

dulu ada rantai. satu2nya rantai lepas kawen. aku pi gadai dapat Rm750 kat bank rakyat sebab nak pindah masuk kuarters. sampai ke sudah tak mampu nak ambil. duit simpan bukan mahal sangat. Rm60 aje kalo tak silap. tu pon tak terbayar. lepas tu burn. pahtu bank rakyat kol aku cakap diorang jual rantai tu.. rm750 serta caj simpan diorang dah amek. so ada lebih dalam Rm230 nak pulangkan kat aku. bayangkan kemainla aku nanges terharu nak dapat duit tu sebab dalam tangan tinggal RM3 aje susu pempes suma abeh. minyak kereta nak kering dah. takde penyesalan rantai tu burn okeh. duit tu anugerah kat aku...


air mata masa tu jangan cakapla.. kemain murah... kot la ada tempat jual airmata kan?? aku la dulu pi beratur jual kot. mengadu domba ngan Allah jela. depan orang aku tak nanges. takut orang mengata aku janda gedik. hidup harap simpati orang. Nauzubillah..

Inisiatif.

macam-macam aku cuba jual.
jual baju.. jual baulu kat opis.. masuk MLM la.. jual dadih la..  makanan frozen la ape la..
semua niatnya nak tambah duit. dari muka tebal dah tak tebal dah menipis.. duit punye pasal ape pon boleh. ada peluang dapat 50 sen 1 barang pon aku try jual. barangberat2 kemain besar jual banyak2 dapat RM10 pon dah rahmat kat aku. Body je aku tak sanggup jual. takut azab Allah.. kang elok dah susah dapat AIDS pulak.

ha.. sampai ke situ aku fikir tau.... 
orang tengah susah ni... tukang pujuk utama adalah syaitan. kuat dan jelas bisikannya... suruh ikut jalan salah.

Dugaan
  
aku tengah susah tu la rumah kena pecah ngan ex laki aku. kereta pon dia pecahkan. seminggu aku pi keje dengan kereta cermin depan retak seribu side mirror kiri kanan takde. ko boleh?? 
kat opis pon mamat tu kacau. adeeb dia bawak lari. oi nasib baik ade afiq depan mata.  afiq baru nak masuk 6bulan. seb baik aku tak meroyan. kalau takde Afiq memang aku gila dah. Kalau membunuh tu halal korang akan dengar aku membunuh dah.

kena apply kuarters lain pulak dah sebab rumah tu tak selamat kat aku. mintak tolong pihak atasan. tunjuk semua report polis aku dah nak setebal buku scrap dah. pinjam duit lagi nak pindah kuarters. lepas pindah kuarters pulak carik jalan amek Adeeb balik kat kelantan.

time sesak-sesak tu la Afiq pulak kena eczema. 
berhabih duit lagi... buat loan kat koperasi.. nak loan dengan bank tak boleh sebab aku blacklist. aku overlap apa yang boleh. nak rawat anak.. nak bayar hutang.. settle kereta.. buat permulaan bisnes sikit. buat modal jugak amek maid sebab taska takmo jaga Afiq. yela camne nak jaga dia tak sehat.. nak jaga anak orang lain lagi.. mula2 anta kat family angkat kat melaka. nasib baik ada nenek ngan atuk angkat yang sayang anak aku macam cucu sendiri. tapi kemain lak jauhnya aku nak berulang. ya Allah... tak tahan malam-malam tido sorang anak jauh..  tu yang amek maid tu.

masa ada duit loan sikit ni la aku buat modal jual baju kat fb ngan offline. pahtu alang-alang ada bibik kat rumah.. sabtu aje aku pi bukak booth kat mana2 meniaga. penat jangan cakap la... tak cukup rehat dah. kenal pulak ngan makbed. sign up insuran untuk nuqmans. aku rasa tak selamat aje idup aku ni.

planning.

aku tak berenti kerja sebab aku nak Nuqmans dapat duit pencen bila aku takde. aku sign up insurans untuk diorang sebab apa2 jadi pada aku insurans diorang hidup sampai umo diorang 18. Insurans aku jugak aku amek sebab kalo aku mati aku pesan kat mak ngan adik, duit pampasan belikan rumah sebijik untuk 2 beradik tu. rumah kos rendah 2 bilik pon jadikla... insuran ade dah sampai umo 18. belanja bulan-bulan pencen ade dah. mintak family aku tengok-tengokkan ajela.

boleh aku plan macam tu??
hahahahah subur lagi niat aku sampai sekarang tau.. bezanya skang aku bagitau kat Ajim la... dia ngan Nuqmans pon alhamdulillah serasi. 
Allah bagi aku jumpa jodoh yang salah dulu untuk pengajaran dan pembelajaran.
nyesal tu tak la... kalo tak kawen dulu manela nak dapat Nuqmans yang ensem tu wei...

Berubah..

setahun lebih jugak aku susah... macam-macam aku buat... segala yang terdaya.
Allah aturkan memang cantik untuk aku..

aku ni nak ubat hati lara selalu kat opis bila free baca blog orang. 
aku kenal Makbed dari blog. dia jual insuran. tak kenal batang hidung tak kenal hati budi tetiba boleh sign up insuran ngan dia padahal dia dok Lumut masa tu. punyela jauh ejen aku. dari makbed punye penceritaan kat blog jugak aku tau pasal kopi nama HKCC ni.. pasal kopi tu kaler pepel aku minat. padahal aku tak minum kopi. ni sume makbed punye pasal. korang jangan kawan ngan die.. suka-suka aje mempengaruhi aku. hahahaha

Julai 2012 aku test kopi tu.. best la pulak... makbed kata try la jual. sebab dia tau aku suka meniaga dan tambah pendapatan. lagipon kalo jadi ejen bleh dapat murah. blehla aku minum free hari-hari. hahahah september 2012 aku sign up ejen putrajaya.

maka start tu aku sign up ejen... aku tak toleh lagi dah... mula-mula amek 10 box dalam 2 minggu dah abeh. amek sekaten sebulan abeh. dah sebulan jual baru aku kenal Haida ni. dia la yang bawak branding HKCC ni. masa tu pulak ada offer jadi stokis. aku nekad nak sign up. bergolok bergadai nak keluarkan masa tu modal 3k aje. nak grab stokis Putrajaya. duit buat loan aritu ada lagi.. aku gunakan jugak. barang dapat sekali 6 katen duit dah abeh sume ambik barang. tak ke panas bontot aku duduk lama-lama nak carik duit balik??
 
ha memang tiap2 minggu tak lekat rumah dah.. bukak booth. pantang ada peluang aku usung meja lipat ngan barang-barang sekali baju sume dalam bonet. masa tu aku still jual baju lagi. pantang ada peluang aje aku bukak booth. packing kopi trial pek jual kecik-kecik. nak jual kopi yang orang tak pernah dengar tak pernah kenal tak pernah jumpa dengan harga rm40 memang orang tak beli. aku jual la 4 peket rm10.  ada jugak aku lipat dalam flyers, 2 peket RM5. situ letak flyers ngan no fon aku...

alhamdulillah.. usaha menjadi.. dengan peket Rm5 ngan rm10 tu repeat customer sangat ramai.. thanks kat regular customer aku yang masih ada dari 2012 tu sampai sekarang ngan aku.. sayang korang...
aku kua modal jugak buat iklan kat bloger. bagi diorang sample. rasa sendiri then soh diorang cerita kat blog sambil bagi contact info aku.  bloger ni pengaruh kuat tau... dari bloger la aku kenal HKCC dan melalui bloger jugakla aku sebarkan HKCC.

alhamdulillah... 5 katen aku abeh dalam sebulan lebih.
gile tak percaya... tapi usaha.. itulah hasilnya. modal dapat balik kejap aje.

Bibik Lari

nak jadi cerita lepas 8 bulan bibik keje ngan aku dia lari. sebabnya, dia nak balik raya tak boleh,. aku manela tau.. bila tanya ejen dia kata jangan bagi balik takut tak datang-datang dah. maka aku cakap ngan bibik, takleh nak balik la sebab bibik xsmpai setahun pon lagi. dah merajuk orang tua tu lari tinggal Nuqmans berdua dalam rumah. bayangkan dia amek Adeeb balik sekolah pukul 12 terus kuncikan pintu semua bagi kunci kat Adeeb suruh duduk dalam rumah kejap bibik nak pergi belikan gula-gula. aku pulak balik pukul 6petang. 

rumah berterabur macam tongkang pecah afiq mengongoi lapar. Adeeb pulak baru 4 tahun lebih apa yang dia tau?  tapi aku syukurla dia tidokan Afiq dulu then pi amek Adeeb kat sekolah dulu baru lari. selalu pukul 12 tu memang time tidur Afiq. dalm pukul 1 lebih dekat2 pukul 2 baru Afiq bangun. nasib baik Adeeb pandai amek air kat dalam peti ais. pandai bukak balang biskut kat atas meja. ya Allah... dugaan betul.

terus aku cuti tanpa gaji 3 bulan sebab takde orang nak jaga Afiq sambil guna alasan nak berubat Afiq jugak.  

Income

aku ni taste tinggi. boros pon ade. dengan anak pulak nak beso.. anak orang ade tu.. aku nak anak aku pon rasa.. anak orang buat tu.. aku pon nak diorang buat jugak. dah macam tu kenala rajin cari duit.

alhamdulillah sangat-sangat.
sekarang boleh hulur duit kat mak.
boleh belikan anak macam-macam,
boleh bersedekah.

meniaga ni bagusnya.. tak payah tunggu gaji dah..
tak payah beratur pagi-pagi hari gaji pi cucuk duit.

cash sentiasa ada dalam tangan. ade aje orang beli kopi. kurang-kurang pon sekotak.. dapat RM40. selang sehari dua ada lagi orang beli. tak payah ikat perot sangat dah... aku bleh makan banyak..  sebab tu aku gemok skarang.. terlebih makan. hahahah

cuti 3 bulan adalah tanpa gaji. HKCC sepenuhnya sapot aku sepanjang 3 bulan tu.
sambil bisnes sambil jaga anak. tapi dah takleh bukak booth dah sebab takde orang jaga Nuqmans.

Jodoh

aku kenal Ajim masa mula-mula sign up stokis. lama dah fren kat fb tapi tak tegur sapa. kitorang 1 sekolah dulu. dia tegur aku pon sebab aku jual minyak itam kereta. ha jangan memain.. minyak itam pon aku jual tau. hahahahah  jadi kamceng ngan dia. dia sokong aku sebab tengok aku rajin meniaga. macam-macam aku jual.

Ajim tolong aku promot HKCC kat adik bradik dia. sebab dia dah test HKCC sedap. habis berjangkit kak ipar dia tolong jual kat sekolah. mak dia bawak pi ngaji promot kat kawan-kawan ngaji. hahahahahah.... luas market aku putrajaya sepang nilai. 

thanks kat Ajim banyak tolong aku.. skang dah jadi laki aku still sapot aku pasarkan HKCC.
aku handle order. dia tolong pos.

Haida Kamaruzaman

kopi banyak permintaan.. tapi aku banyak tanggungan. tak boleh nak relod banyak-banyak.
Haida pulak kenal aku dari makbed. tapi bleh percaya kat aku letak stok banyak-banyak kat rumah aku. dulu aku panggil dia kakak. umo dia setahun tua dari aku. dia ni banyak duit. tapi terlebih murah hati. pahtu blur. hahahah 

dah dia letak stok banyak.. aku pulak rimas tengok kopi tak surut-surut.. maka berganda lah usaha aku nak jual kopi. carik ejen. carik stokis.. kembangkan lagi market.

tak sangka 2 tahun dengan HKCC dah. Haida kata aku adelah Apprentice dia.
banyakla apprentice.. aku tau buat sales aje. lain tak tau sangat. dia slalu kena marah ngan aku pasal sales. hahahahah sape bos skang ntah??.. dari kakak.. saye.. akak.. saye.. skang aku..ko aje ngan dia.  pasal sales aku kira betul-betul. disiplin kena ade. Haida pulak hati jambu. kesian kat orang.. sedekah jela.. bagi ajela. oi ko nak meniaga ke nak main-main ni?? manjang aku sergah jela.
 
sebab darah aku ni darah bisnes kot. keturunan meniaga. Haida tengok aku bersungguh luaskan pasaran HKCC. dia tak promot pon aku tau.... aku la yang bukak booth.. aku la upah bloger... sambil-sambil tulih blog syok sendiri.  Haida nak pomot pon masa tu HKCC tak pemes lagi.. dia ramai kawan.. so target dia dengan kawan-kawan dulu. aku pulak orang susah, kawan ramai lari. takut aku nak pinjam duit kot. hahaha. kena la sales kat orang luar. marketing strategy tu penting.

Haida percaya dah kat aku bagi pegang stok. macam-macam dia tolong aku. banyak jasa dia kat aku ngan anak-anak. 

HKCC Team

kitorang ada HKCC team. diorang ni memang aku tak kenal.. sorang pon tak kenal. tapi borak macam dah tido sebantal. padahal dalam wassap aje. HKCC team ni.. tak jumpe dah kat mane pon.. ukhuwah subhanallah.....

Allah bagi aku rezeki jumpa kawan baik2 camni. sambil meniaga sambil ingatkan.. woi.. sedekah jgn lupe.. solat wei... pi layan laki dulu wei.. syurga tu... aku nak bersedekah kat sini.. jom la kita beramai-ramai.... ada budak susah.. jom kita doakan bersama... besok sapa puasa? jom puasa ramai2..  besok nak meniaga kat mane? aku doakan murah rezeki sok.. mintak2la ramai kastemer ko besok..
ha camtula kami.. banyak mengajak ke arah kebaikan... sentiasa doakan yang baik2 jugak biarpon masing-masing sengal ubi. *eh?

aku nak kawen pon diorang banyak tolong...
 syurga hendaknya tempat sahabat2 aku ni.. InshaAllah..

Sekarang

Alhamdulillah.. aku dah bukak company. bulan ni genap setahun la aku kawen ngan Ajim.. genap setahun sign up Nuqmans Biz.  sales semakin bertapak kukuh. ukhuwah jugak alhamdulillah.. ramai kawan2 serata Malaysia.

kalau dulu aku sukat duit gaji then meminjam pulak...

sekarang Allah bagi aku rezeki melalui HKCCproduct..

boleh masukkan Nuqmans kat tahfiz. tak payah nak berkira sangat skolah mahal ke murah lagi dah.
boleh tambah kereta lagi sebijik.
boleh lunaskan hutang bulanan.
boleh masuk duit dalam saving jugak.
boleh buat sedekah bulanan ikut amaun Allah aje yang tau.
sebab aku yakin,. dalam rezeki aku ada rezeki orang lain jugak.

aku dah lama tak rujuk kalendar gaji gomen.
tak tau masa bila gaji. raya dah boleh bagi mak duit raya baju raya..
tiap-tiap bulan boleh beli baju Nuqmans.
teringin nak makan apa-apa boleh pi carik. isi minyak pon skang full tank.

syukur Alhamdulillah...
pelangi indah itu hadir juga dalam hidup aku.
aku percaya pada Qada dan Qadar Allah.

income HKCC 5 kali gaji basic aku kat goverment.
 kadang-kadang lebih..

aku cerita bukan sebab nak berlagak. ianya aku cerita untuk orang yang pernah susah dan pernah jatuh macam aku. 
betul... duit boleh menjadi segalanya.. tapi percayalah... takkan berubah nasib kita kalau kita sendiri tak usaha. 

aku sekarang belum cukup senang.. ada hutang yang masih aku settlekan. ada kira-kira yang belom complete. tapi Alhamdulillah, ia merubah hidup aku 100%.

dari segi ekonomi
dari segi hubungan dengan Allah, kekeluargaan dan masyarakat.

yang penting usaha dan Redha. lupakan takuk lama yang buat korang terjatuh tu... bangkit dan usaha lagi. tak perlu berlari laju, jalan slow2 bahkan mengengsot pon takpe. jangan putus asa. asalkan ada perubahan yang lebih baik.

dugaan akan sentiasa ada. time tu la kena bayar tu.. kena bayar ni.. perlu repair itu.. repair ini..  janganlah mengeluh.

Allah kan ada.. jangan lupa!


apa tu HKCC??
ni lah dia.

***HKCC the Crazy Coffee****

yang nak iktiar Hamil dengan cara semulajadi boleh try set KOPISUSU ya,
inshaAllah, rezeki Allah siapa tahu..

RM150 trial set untuk 10 hari. harga dah termasuk pos.



salah satu contoh kehamilan yang Allah izinkan..



boleh whatsapp / telegram ya!





peluang bisnes...

sape nak belajar bisnes kecil-kecilan boleh pm aku jugak.. inshaAllah aku sharekan apa yang aku mampu.

*peace*






16 October 2014

Mak masuk Hospital


salam semua...

minggu ni mencungap sikit...
sabtu pukul 3am adik aku call kata mak kena masuk wad. muka mak dah bengkak2 bacaan kencing manis cecah 22. hoih tinggi nye.. mengucap panjang aku.
kaka aku tgh uruskan registration. tak boleh pakai nama adik sebab HRMIS tak update lagi.
aku punye update tak??

Alhamdulillah nasib baikla update. tinggal bagi no IC aje.
kalo tak update leceh la sikit kena amek GL bagai.
so pakai nama aku tros.

kakak aku cakap mak aku menggigil2  demam. sampai meracau bagai. risaula kitorang. tetiba aje.
lepas bagi ubatsume Alhamdulillah semakin ok.

Ahad sampai sampai la arini kitorang ikut shift tukar2 giliran teman mak.
sebab tu wad pompuan.. maka kitorang 5 beradik pompuan jela teman.
tu pon adik kena skip sebab anak die baru nak masuk 4 bulan. nyusu badan & tak penah tinggal lagi.
ok jadi 4 orang aje. tu pon Lisa belajar. time cuti jela tak balik asrama baru teman.

aku amek sebelah petang. pukul 7.30pm smpai pkl 12 tgh malam. tunggu kak cik pulak tido ngan mak. sebab rumah dia dekat. dia dtg tengah2 malam tu then esoknya tunggu along sampai ganti. waktu melawak 4.30-7.30 tu baru adik bleh masuk sebab waktu melawat je bleh bawak bby. lepas waktu melawat aku plak sambung sebab aku la plg jauh dari putrajaya nak ke sana. selalu lepas adeeb abeh ngaji tros gerak.

memang letih la jugak.. tapi tula sorang mak aku... so kuatkan semangat la.

gambar berterabur dalam ni.. tapi xde apa yang menarik pon... korang tengok jela kan?? hahahaa

Alhamdulillah mak da makin pulih. tapi doc tak bagi balik sebab nak uji lagi. buah pinggang mak masih bengkak tapi tak tau punca. skang tengah bagi antibiotik dan pantau dia tengok ada perubahan ke tak.

ni aku la ni semalam teman mak.. mak dok borak ngan uwan kat katil sebelah tu.. cerita pasal sakitorang tua ni la.. uwan tu gula rendah. sampai pitam2.. orang normal 5 - 10. uwan tu 3-3 aje. macammane la tak pening. mak pulak gula 10 - 15. haih...
meha wan amek gula mak sikit. kasi seimbang. hahahaha

mak borak2 aku lak baring atas katil. lantakkan... aku da sakit pinggang ngan ngantok..

ni malam bile ntah.. mak tak larat so takmo borak sgt ngan aku. dia tido aje. aku pon takmo kaco.
dah ku keboringan masuk grup geng kopi karok main sambung lirik lagu sampai tengah malam. hahahha pasrah aje budak2 ni melayan aku yang mereng

tuan belog kenala selpie biarpon dah mengantok dan sangap keboringan. 

masa ni best... mak jadi cargasss... ada kawan dia tetiba datang melawat. huyaiii teros duduk borak2 takmo baring dah. mekaceh makcik buat mak hepi..


ni petang semalam adik datang bawak anak dia. mak dok borak.. si kenit ni la amek alih katil. kemain lagi ko ye?? cubit kanggggg



ni bile ha???
mak ok sikit dah dan kitorang beramai2 di sini..
baju belang2 tu aling.. tudung oren tu lisa. hat lelaki tu abah..
belakang Nuqmans tu perempuan cantikkkk


tu aje kali ni..
tengah tunggu balik koje ni nak shoot pi spital lagi. arini shift malam lagi. hehehee

aku nak tuka mak pi putrajaya tapi diorang tak bagi nanti susah nak bergilir2 adik bradik.
okla takpe.. aku korban.. aku sorang je ulang alik.

tapi.. sampai mak kene opret.. aku trs tuka sini.
sane tak sesuai kot.. tak selesa.

1 partition tu patutnya ada 4 katil aje. tapi sebab terlalu ramai diorang letak 6 katil dah skang. jarak antara katil hanya 1biji kerusi plastik kat tengah2.. then aku mintak tukar kelas 1 tapi xde atil kosong la pulak.. ramai lagi yang dok que. hurmm takpola gitu. bertabah jela.. tapi aku rimasss... dari tak demam pon bleh demam.. orang bersin sebelah bahu aje. huwaaaaaa

sebab tu.. kena opret aku pindahkan. jangak dok situ.. makin melarat pulak kang...


05 August 2014

RAYA 2014


HEWHEWHEW...


selamat hari raya mahap zahir batin dari kami sekeluarga.

Rabu lepas (raya ke 3) aku dah keje.
tapi layan blues aje malas nak apdet blog.
makin bersawang la blog aku neh.

tahun ni Alhamdulillah.. Allah bagi peluang aku rasa nikmat berbahagia dalam sebuah keluarga lengkap.
syukur sangat.
so tahun ni merasa la ade mak mertua. hahahahhaha
raya nun jauh di sempadan negeri.
kat Nilai aje. kihkihkih

disebabkan rumah mak kami dekat2 aje.. malam raya tido nilai. raya pertama petang balik sepang.
sebab tahun ni semua turn rumah mertua masing2 so kompem mak aku keboringan sebab tinggal 3 beranak dengan Lisa aje. untung jugak Lisa belom kawen. kalo tak tinggal berdua aje la mak ngan Abah.
raya pertama tido sepang. hujan kemain lebat giler. Alhamdulillah syukur.. hujan rahmat. Allah bagi tido nyenyak dalam suasana kampung. kalah pasang ekon kat rumah tawwww...

balik pada cerita raya kami.
Adik beradik Ajim ada 6 orang. 5 orang tahun ni turn cni. Kaklong beliau aje yang raya kat kuantan dulu. petang raya ke 2 baru balik sini. so pagi raya kami macam biasa bersalam2 amek gambar family sebelom keluar beraya kat rumah sedara mara.

ok la jugak lepas pagi raya ada aktiviti sebab sedara mara ajim sekitar Nilai. kalau raya umah aku lepas salam2 & amek gambar boleh tukar baju & tido. hahahaha

tahun ni tema kami biru turqoise.
tak plan kaler pon. pegi kedai tu tanya kaler ape yang boleh complete 4 beranak sekali??
so kaler ni la salah satu yang complete.
siap dalam sejam dalam 1 kedai aje. sonang kojo den.


terima kasih terima saya seadanya..
ecehh..

ni la mak ajim. ayah takde dah. 

adik beradik yang sporting jugak.
semua dah besar panjang dan boleh kongsi ape aje. macam kawan2.


budak manje kena pelok cium selalu. kang sentap. hahaha
  

maceh kat Kak Lin sebab sudi jadi jurugambar tak bertauliah. dalam hp aku sepeing pon takde gambar sebab hp kat tangan afiq tu. dia dok belek aje kalau simpan dia merajuk takmo bergambar. haihh sabo jela.
mujur skang ade teknologi ade wasap ade fb.

pakai hp orang lain snap gambar. aku tinggal save ajela.
mane digicam aku??
aku kan bijakkkkkk... time nak snap gambar baru nak check camera. nyata sekali bateri takde. hahahahaha budusss... tak memasal camera ko tak berguna di pagi hari raya.
sobss..

raya pertama tido sepang tapi pagi2 dah balik nilai  beraya rumah sedara mara lagi. raya ke 3 aku dah keje. kesedihan menghadap meja sensorang. 1 level tu ada 3 orang aje. maunya tak sedih. makan kerepek pisang 1 balang. pahtu tapau jajan sekali sebab cafe memang tak bukak. aku nak keluar kemain malas. macam mane la aku tak gemok bergerak pon makin malas sekarang.

balik kerja terus shoot pegi seremban raya umah kak ipar pulak. pahtu keboringan terlampau. kameh tu nekad amek mc 2 hari nak beraya jugakkkk!! hahaha

tapi beraya hapenye takde apa aktiviti pon.
jumaat malam baru semua adik beradik balik sepang so buat makan busatt..
sharing beli ketam udang sotong malam tu melantak makan seafood then melepak 5 beradik sampai pukul 3.30pagi.
kepala tintong sabtu beraya pulak ke sungai buloh ngan seremban. balik dah lewat terus pengsan.
ahad baru beraya umah adik ngan kakak mak kat sekitar sepang tu. hahaha yang jauh diutamakan. yang dekat dikemudiankan. pahtu semua family aku datang beraya kat umah ajim.

petang tu pi rumah angah pulak mak suruh angah masak nasik sebab seharian tak jumpa nasik. dahla angah beraya sekali ngan kitorang camno pulak die nak masak sedap2. dia balik awal sejam aje sebab nak buat ape yang patut. kitorang lepak2 kat umah mak ajim dulu. 

sekali angah masak sardin dengan ayam goreng madu. perghhhhh... orgasme berganda. hahahahahaha sekian lama tak jumpe sardin makan pulak beramai2. maunye tak licin.

last trip shoot senawang pulak beraya dengan kakcik. dia nak belanja makan 1 keluarga kat A&W seremban. lepas makan2 semua berterabur balik rumah masing sebab isni dah keje n sekolah.

tu je raya seminggu aku.
gaya cerita macam tak cukup napas aje kan?
hahahaha biokan... gambar ada raya pertama aje. selebihnye takde. aku lebih rela melayan napsu makan dan Nuqmans. makaaaannnnnn jela keje aku skang...

sape nak buat open hauusss?????
mehla roger aku haaaa



05 June 2014

Dubai Tower Restaurant

datang dah penyakit M aku ni..
arini nak share gambar jela.
meh berkenalan ngan Family In Law aku.

minggu lepas besday Abg Zamani. abag Ipar aku. family Ajim ni suke meraikan ahli keluarga kar restoran arab. sebab masing2 suka makan nasi Arab. boleh kata sebulan sekali or 2bulan sekali mencari nasi arab.
sampai aku2 pon terjebak walhal takreti makan nasi arab. nasib baik aku suke makan kambing. hehehehe penyelamattt

  
besday Man kite... Incik Zamani. besday dia tapi dia kena belanja. hahahah
Adeeb nak kek yang spiderman.. nak yang ade gambar labah2 tu... *pitam*


kesemua di atas adalah yang menyambut kelahiran pada bulan Mei 




  
sebelah kiri tu Nadir. Adik bawah Ajim.. yang bongsu. tinggal  beliau sorang lom kawen.
Yang kanan tu Abg Mahfiz. atas ajim.
Ni Kak Veeyah. wifey abg Mahfiz dengan anak ke 3 Nadzif Muayyad
ni angah Najib dan wifey, Kak Lin

ni la Princess of the family. Kak Long Najihah. Die sorang anak sulung dan perempuan.
5 beradik yang lain semuanya lelaki. bagusnye 5 lelaki ni semua mendengar kata Kak Long tau..
tegas n boleh buat kawan jugak.

kek tu Kak Long yang buat sendiri tau.
hobi die masak. Nasi arab pon dia dah teror buat, suka buat kek ngan cuba macam2 resepi.
yang pegang pisau kek tu asben kak long, Abg Mazlan.

ni pompuan cantik dengan suami dan anak2nye..
adeeb kalo dah dapat kek spiderman memang jangan harap die nak layan ko



Abg Zamani danWifey, Kak Jarah




hero off the day..
menjerit kemain lagi 1 kedai tengok. pahtu ngam2 nasik sampai die pon pengsan.
tido sampai ke pagi. saboooo jelaaaaa



musyawarah nak order makan. hihihihhhh

berterabur semua gambar ngan Caption.
ni gambar yang ada dalam HP aje.
pahtu Afiq mengamuk nak tido. huih gambar makanan lupe snap..
gambar mak mertua aku pon takde. hahahahaaha
nanti aku apdet lain.


selalu diorang makan Nasi Arab kat seremban. aku tak pernah lagi makan kat Damsyik tu.
yang ni makan kat Nilai aje sebab semua kerja esoknya.


pilih punya pilih lekat restoran ni...


Dubai Tower Restaurant.
kat Nilai


nak info alamat ngan google maps boleh tengok >> sini
dekat2 area Inti College.


harga pon agak munasabah.
makanan pon semua sedap2.







ni je satu2nya makanan yang berjaya di snap.
sodappppp
selain daripada tu ada makan Lamb Khabsah.
Chiken Mandy
Jus Mangga pure..

hoihh sume sedap2..

alamak dah lapar balik..
korang nak test makan nasi arab pi kedai ni. mabeles!!
Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™