bab duit memang sensitip kat semua orang.
tambah-tambah macam-macam kenaikan zaman sekarang ni.
aku dah rasa dulu. sekarang tempias tetap ada tapi tak sesak napas macam dulu.
tahun 2011 masa lepas cerai, gaji aku potong 60% dah..
nafkah memang tak penah nak dapat. so tak guna nak harap. pendapatan sampingan takde tapi belanja besar sangat. Anak aku 2 orang. kereta kena pakai jugak. nak bawak anak kehulu kehilir tu jela transport ada. aku bercerai dengan jumlah hutang yang boleh beli rumah semi D 2 tingkat kat selangor. cuba korang kira?? dan status aku adelah blacklist.
Gaji Vs Belanja
Aku seorang penolong pegawai tadbir gred N27. payslip aku lepas tolak semua bersih dalam 950.
tu semua dah tolak loan, tolak kereta, rumah dah tu. Alhamdulillah..
tapi belum bayar...
taska 2 orang 600
susu pampers 500
minyak kereta 300 paling kurang
makan dan belanja aku anak beranak 300 lebih kurang
mane nak cari duit??
dapat gaji je yang wajib tentula taska dulu... orang takmo jaga anak aku kang...
susu pampers ni selalu bercatu la... aku akan berkira sebaik mungkin nak mencukupkan ke hujung bulan. time gaji beli 1 pek je mampu.. untuk tahan 2 minggu. bekalan seterusnya selalunya aku pinjam duit mak ngan adik beradik.
aku pilih taska paling murah tau. aku siap tanya kalau masukkan 2 beradik berapa RM? ade diskaun tak? kalau balik lambat berapa OT sejam kena bayar??? semua tu masuk dalam kira-kira. nak masuk sekolah best? smart reader ke hape untuk diorang? no.. aku tak mampu.
apa-apa yang melibatkan duit memang aku kira sehabisnya.
saving memang takde. zero! mana ada duit syiling sume aku korek. kalau tiba-tiba jumpa rm10 hati aku ni dah pasang bunga api keseronokan.
makan jarang. selalunya kat opis tak makan. kalau orang belanja, ada jamuan, ada majlis bacaan yassin.. memang syukur sangat-sangat sebab ada makanan. bila ade lebih aku tapau bawak balik. kalau takde petang2 lepas balik taska pi tapau nasik goreng cina sebungkus. tu je yang murah masa tu. RM3.50 share 2 orang ngan Adeeb. bagi Adeeb makan dulu, dia dah taknak baru aku makan.
sedap?? memangla sedap. RM3.50 ade ayam sayur udang sotong bagai.. dapat pulak sup kosong. tak ke syukur? sangat okeh.. sangat syukur menu aku saban hari saban minggu berbulan lamanya. mujur la aku ni jenis tak kesah kalau ngadap menu sama stiap hari. Rezeki aku kerja dekat dengan family. Hari jumaat mak call suruh balik sepang tolong kat kedai.. nanti ahad malam mak bagi duit minyak RM50. rahmatnyaa duit mak bagi.... patutnya aku la yang bagi mak. terbalik dah. siap bagi Nuqmans sorang RM10 lagi...
Erti Duit sangat bermakna
minyak kereta memang aku isi paling banyak RM30 aje.. takut tetiba anak demam ke ape takde duit plak. tak berani pi mana-mana hatta melencong 100meter pon aku taknak. semua aku kira... setiap kilometer... otak ligat aje mencari jalan dekat. paling dekat paling singkat. taknak jauh2. malam pulak taknak keluar. taknak singgah mana-mana bila bawak anak nanti enjin kena hidupkan. semuanya sebab nak jimat minyak. nasib baik pakai saga BLM aje. banyak jasa kereta tu kat aku. minyak pon tak membebankan... bila balik sepang tinggal tambah RM10 aje. Ahad mak bagi duit topup balik RM30. RM20 pulak rotate beli nasik goreng cina 4 hari dengan kot2 nak beli apa2 pulak.
dekat opis ada kena bayar duit kelab. duit ahli ape ntah... seminggu RM6. korang bayangkan aku tak ikhlas nak bayar?? sampaikan bertunggak dekat setahun tak bayar. dalam otak berzikir takde duit. takde duit.
setiap kali gaji... pinjam duit mak.. pinjam duit adik beradik.
bayarnye tidak..
aku penah pinjam duit adik RM100. nak bayar ape ntah.. dia transfer masuk akaun aku. pagi tranfer.. petang balik keje nak cucuk duit dah takde. rupanya mebeng tolak katanya duit insuran. padahal dah bertahun tak de insuran ngan mebeng dah. aku call mebeng dengan maki hamun menangis2 tau.. sebab orang tu cakap akan refund balik dalam masa 14 hari. aku perlu sangat duit tu.. aku nak sekarang.. bukan lagi 2 minggu! gila berharganya RM100 tu kat aku. sambil call sambil nangis sambil mengigil2 kemarahan sume ada.
dulu ada rantai. satu2nya rantai lepas kawen. aku pi gadai dapat Rm750 kat bank rakyat sebab nak pindah masuk kuarters. sampai ke sudah tak mampu nak ambil. duit simpan bukan mahal sangat. Rm60 aje kalo tak silap. tu pon tak terbayar. lepas tu burn. pahtu bank rakyat kol aku cakap diorang jual rantai tu.. rm750 serta caj simpan diorang dah amek. so ada lebih dalam Rm230 nak pulangkan kat aku. bayangkan kemainla aku nanges terharu nak dapat duit tu sebab dalam tangan tinggal RM3 aje susu pempes suma abeh. minyak kereta nak kering dah. takde penyesalan rantai tu burn okeh. duit tu anugerah kat aku...
air mata masa tu jangan cakapla.. kemain murah... kot la ada tempat jual airmata kan?? aku la dulu pi beratur jual kot. mengadu domba ngan Allah jela. depan orang aku tak nanges. takut orang mengata aku janda gedik. hidup harap simpati orang. Nauzubillah..
Inisiatif.
macam-macam aku cuba jual.
jual baju.. jual baulu kat opis.. masuk MLM la.. jual dadih la.. makanan frozen la ape la..
semua niatnya nak tambah duit. dari muka tebal dah tak tebal dah menipis.. duit punye pasal ape pon boleh. ada peluang dapat 50 sen 1 barang pon aku try jual. barangberat2 kemain besar jual banyak2 dapat RM10 pon dah rahmat kat aku. Body je aku tak sanggup jual. takut azab Allah.. kang elok dah susah dapat AIDS pulak.
ha.. sampai ke situ aku fikir tau....
orang tengah susah ni... tukang pujuk utama adalah syaitan. kuat dan jelas bisikannya... suruh ikut jalan salah.
Dugaan
aku tengah susah tu la rumah kena pecah ngan ex laki aku. kereta pon dia pecahkan. seminggu aku pi keje dengan kereta cermin depan retak seribu side mirror kiri kanan takde. ko boleh??
kat opis pon mamat tu kacau. adeeb dia bawak lari. oi nasib baik ade afiq depan mata. afiq baru nak masuk 6bulan. seb baik aku tak meroyan. kalau takde Afiq memang aku gila dah. Kalau membunuh tu halal korang akan dengar aku membunuh dah.
kena apply kuarters lain pulak dah sebab rumah tu tak selamat kat aku. mintak tolong pihak atasan. tunjuk semua report polis aku dah nak setebal buku scrap dah. pinjam duit lagi nak pindah kuarters. lepas pindah kuarters pulak carik jalan amek Adeeb balik kat kelantan.
time sesak-sesak tu la Afiq pulak kena eczema.
berhabih duit lagi... buat loan kat koperasi.. nak loan dengan bank tak boleh sebab aku blacklist. aku overlap apa yang boleh. nak rawat anak.. nak bayar hutang.. settle kereta.. buat permulaan bisnes sikit. buat modal jugak amek maid sebab taska takmo jaga Afiq. yela camne nak jaga dia tak sehat.. nak jaga anak orang lain lagi.. mula2 anta kat family angkat kat melaka. nasib baik ada nenek ngan atuk angkat yang sayang anak aku macam cucu sendiri. tapi kemain lak jauhnya aku nak berulang. ya Allah... tak tahan malam-malam tido sorang anak jauh.. tu yang amek maid tu.
masa ada duit loan sikit ni la aku buat modal jual baju kat fb ngan offline. pahtu alang-alang ada bibik kat rumah.. sabtu aje aku pi bukak booth kat mana2 meniaga. penat jangan cakap la... tak cukup rehat dah. kenal pulak ngan makbed. sign up insuran untuk nuqmans. aku rasa tak selamat aje idup aku ni.
planning.
aku tak berenti kerja sebab aku nak Nuqmans dapat duit pencen bila aku takde. aku sign up insurans untuk diorang sebab apa2 jadi pada aku insurans diorang hidup sampai umo diorang 18. Insurans aku jugak aku amek sebab kalo aku mati aku pesan kat mak ngan adik, duit pampasan belikan rumah sebijik untuk 2 beradik tu. rumah kos rendah 2 bilik pon jadikla... insuran ade dah sampai umo 18. belanja bulan-bulan pencen ade dah. mintak family aku tengok-tengokkan ajela.
boleh aku plan macam tu??
hahahahah subur lagi niat aku sampai sekarang tau.. bezanya skang aku bagitau kat Ajim la... dia ngan Nuqmans pon alhamdulillah serasi.
Allah bagi aku jumpa jodoh yang salah dulu untuk pengajaran dan pembelajaran.
nyesal tu tak la... kalo tak kawen dulu manela nak dapat Nuqmans yang ensem tu wei...
Berubah..
setahun lebih jugak aku susah... macam-macam aku buat... segala yang terdaya.
Allah aturkan memang cantik untuk aku..
aku ni nak ubat hati lara selalu kat opis bila free baca blog orang.
aku kenal Makbed dari blog. dia jual insuran. tak kenal batang hidung tak kenal hati budi tetiba boleh sign up insuran ngan dia padahal dia dok Lumut masa tu. punyela jauh ejen aku. dari makbed punye penceritaan kat blog jugak aku tau pasal kopi nama HKCC ni.. pasal kopi tu kaler pepel aku minat. padahal aku tak minum kopi. ni sume makbed punye pasal. korang jangan kawan ngan die.. suka-suka aje mempengaruhi aku. hahahaha
Julai 2012 aku test kopi tu.. best la pulak... makbed kata try la jual. sebab dia tau aku suka meniaga dan tambah pendapatan. lagipon kalo jadi ejen bleh dapat murah. blehla aku minum free hari-hari. hahahah september 2012 aku sign up ejen putrajaya.
maka start tu aku sign up ejen... aku tak toleh lagi dah... mula-mula amek 10 box dalam 2 minggu dah abeh. amek sekaten sebulan abeh. dah sebulan jual baru aku kenal Haida ni. dia la yang bawak branding HKCC ni. masa tu pulak ada offer jadi stokis. aku nekad nak sign up. bergolok bergadai nak keluarkan masa tu modal 3k aje. nak grab stokis Putrajaya. duit buat loan aritu ada lagi.. aku gunakan jugak. barang dapat sekali 6 katen duit dah abeh sume ambik barang. tak ke panas bontot aku duduk lama-lama nak carik duit balik??
ha memang tiap2 minggu tak lekat rumah dah.. bukak booth. pantang ada peluang aku usung meja lipat ngan barang-barang sekali baju sume dalam bonet. masa tu aku still jual baju lagi. pantang ada peluang aje aku bukak booth. packing kopi trial pek jual kecik-kecik. nak jual kopi yang orang tak pernah dengar tak pernah kenal tak pernah jumpa dengan harga rm40 memang orang tak beli. aku jual la 4 peket rm10. ada jugak aku lipat dalam flyers, 2 peket RM5. situ letak flyers ngan no fon aku...
alhamdulillah.. usaha menjadi.. dengan peket Rm5 ngan rm10 tu repeat customer sangat ramai.. thanks kat regular customer aku yang masih ada dari 2012 tu sampai sekarang ngan aku.. sayang korang...
aku kua modal jugak buat iklan kat bloger. bagi diorang sample. rasa sendiri then soh diorang cerita kat blog sambil bagi contact info aku. bloger ni pengaruh kuat tau... dari bloger la aku kenal HKCC dan melalui bloger jugakla aku sebarkan HKCC.
alhamdulillah... 5 katen aku abeh dalam sebulan lebih.
gile tak percaya... tapi usaha.. itulah hasilnya. modal dapat balik kejap aje.
Bibik Lari
nak jadi cerita lepas 8 bulan bibik keje ngan aku dia lari. sebabnya, dia nak balik raya tak boleh,. aku manela tau.. bila tanya ejen dia kata jangan bagi balik takut tak datang-datang dah. maka aku cakap ngan bibik, takleh nak balik la sebab bibik xsmpai setahun pon lagi. dah merajuk orang tua tu lari tinggal Nuqmans berdua dalam rumah. bayangkan dia amek Adeeb balik sekolah pukul 12 terus kuncikan pintu semua bagi kunci kat Adeeb suruh duduk dalam rumah kejap bibik nak pergi belikan gula-gula. aku pulak balik pukul 6petang.
rumah berterabur macam tongkang pecah afiq mengongoi lapar. Adeeb pulak baru 4 tahun lebih apa yang dia tau? tapi aku syukurla dia tidokan Afiq dulu then pi amek Adeeb kat sekolah dulu baru lari. selalu pukul 12 tu memang time tidur Afiq. dalm pukul 1 lebih dekat2 pukul 2 baru Afiq bangun. nasib baik Adeeb pandai amek air kat dalam peti ais. pandai bukak balang biskut kat atas meja. ya Allah... dugaan betul.
terus aku cuti tanpa gaji 3 bulan sebab takde orang nak jaga Afiq sambil guna alasan nak berubat Afiq jugak.
Income
aku ni taste tinggi. boros pon ade. dengan anak pulak nak beso.. anak orang ade tu.. aku nak anak aku pon rasa.. anak orang buat tu.. aku pon nak diorang buat jugak. dah macam tu kenala rajin cari duit.
alhamdulillah sangat-sangat.
sekarang boleh hulur duit kat mak.
boleh belikan anak macam-macam,
boleh bersedekah.
meniaga ni bagusnya.. tak payah tunggu gaji dah..
tak payah beratur pagi-pagi hari gaji pi cucuk duit.
cash sentiasa ada dalam tangan. ade aje orang beli kopi. kurang-kurang pon sekotak.. dapat RM40. selang sehari dua ada lagi orang beli. tak payah ikat perot sangat dah... aku bleh makan banyak.. sebab tu aku gemok skarang.. terlebih makan. hahahah
cuti 3 bulan adalah tanpa gaji. HKCC sepenuhnya sapot aku sepanjang 3 bulan tu.
sambil bisnes sambil jaga anak. tapi dah takleh bukak booth dah sebab takde orang jaga Nuqmans.
Jodoh
aku kenal Ajim masa mula-mula sign up stokis. lama dah fren kat fb tapi tak tegur sapa. kitorang 1 sekolah dulu. dia tegur aku pon sebab aku jual minyak itam kereta. ha jangan memain.. minyak itam pon aku jual tau. hahahahah jadi kamceng ngan dia. dia sokong aku sebab tengok aku rajin meniaga. macam-macam aku jual.
Ajim tolong aku promot HKCC kat adik bradik dia. sebab dia dah test HKCC sedap. habis berjangkit kak ipar dia tolong jual kat sekolah. mak dia bawak pi ngaji promot kat kawan-kawan ngaji. hahahahahah.... luas market aku putrajaya sepang nilai.
thanks kat Ajim banyak tolong aku.. skang dah jadi laki aku still sapot aku pasarkan HKCC.
aku handle order. dia tolong pos.
Haida Kamaruzaman
kopi banyak permintaan.. tapi aku banyak tanggungan. tak boleh nak relod banyak-banyak.
Haida pulak kenal aku dari makbed. tapi bleh percaya kat aku letak stok banyak-banyak kat rumah aku. dulu aku panggil dia kakak. umo dia setahun tua dari aku. dia ni banyak duit. tapi terlebih murah hati. pahtu blur. hahahah
dah dia letak stok banyak.. aku pulak rimas tengok kopi tak surut-surut.. maka berganda lah usaha aku nak jual kopi. carik ejen. carik stokis.. kembangkan lagi market.
tak sangka 2 tahun dengan HKCC dah. Haida kata aku adelah Apprentice dia.
banyakla apprentice.. aku tau buat sales aje. lain tak tau sangat. dia slalu kena marah ngan aku pasal sales. hahahahah sape bos skang ntah??.. dari kakak.. saye.. akak.. saye.. skang aku..ko aje ngan dia. pasal sales aku kira betul-betul. disiplin kena ade. Haida pulak hati jambu. kesian kat orang.. sedekah jela.. bagi ajela. oi ko nak meniaga ke nak main-main ni?? manjang aku sergah jela.
sebab darah aku ni darah bisnes kot. keturunan meniaga. Haida tengok aku bersungguh luaskan pasaran HKCC. dia tak promot pon aku tau.... aku la yang bukak booth.. aku la upah bloger... sambil-sambil tulih blog syok sendiri. Haida nak pomot pon masa tu HKCC tak pemes lagi.. dia ramai kawan.. so target dia dengan kawan-kawan dulu. aku pulak orang susah, kawan ramai lari. takut aku nak pinjam duit kot. hahaha. kena la sales kat orang luar. marketing strategy tu penting.
Haida percaya dah kat aku bagi pegang stok. macam-macam dia tolong aku. banyak jasa dia kat aku ngan anak-anak.
HKCC Team
kitorang ada HKCC team. diorang ni memang aku tak kenal.. sorang pon tak kenal. tapi borak macam dah tido sebantal. padahal dalam wassap aje. HKCC team ni.. tak jumpe dah kat mane pon.. ukhuwah subhanallah.....
Allah bagi aku rezeki jumpa kawan baik2 camni. sambil meniaga sambil ingatkan.. woi.. sedekah jgn lupe.. solat wei... pi layan laki dulu wei.. syurga tu... aku nak bersedekah kat sini.. jom la kita beramai-ramai.... ada budak susah.. jom kita doakan bersama... besok sapa puasa? jom puasa ramai2.. besok nak meniaga kat mane? aku doakan murah rezeki sok.. mintak2la ramai kastemer ko besok..
ha camtula kami.. banyak mengajak ke arah kebaikan... sentiasa doakan yang baik2 jugak biarpon masing-masing sengal ubi. *eh?
aku nak kawen pon diorang banyak tolong...
syurga hendaknya tempat sahabat2 aku ni.. InshaAllah..
Sekarang
Alhamdulillah.. aku dah bukak company. bulan ni genap setahun la aku kawen ngan Ajim.. genap setahun sign up Nuqmans Biz. sales semakin bertapak kukuh. ukhuwah jugak alhamdulillah.. ramai kawan2 serata Malaysia.
kalau dulu aku sukat duit gaji then meminjam pulak...
sekarang Allah bagi aku rezeki melalui HKCCproduct..
boleh masukkan Nuqmans kat tahfiz. tak payah nak berkira sangat skolah mahal ke murah lagi dah.
boleh tambah kereta lagi sebijik.
boleh lunaskan hutang bulanan.
boleh masuk duit dalam saving jugak.
boleh buat sedekah bulanan ikut amaun Allah aje yang tau.
sebab aku yakin,. dalam rezeki aku ada rezeki orang lain jugak.
aku dah lama tak rujuk kalendar gaji gomen.
tak tau masa bila gaji. raya dah boleh bagi mak duit raya baju raya..
tiap-tiap bulan boleh beli baju Nuqmans.
teringin nak makan apa-apa boleh pi carik. isi minyak pon skang full tank.
syukur Alhamdulillah...
pelangi indah itu hadir juga dalam hidup aku.
aku percaya pada Qada dan Qadar Allah.
income HKCC 5 kali gaji basic aku kat goverment.
kadang-kadang lebih..
aku cerita bukan sebab nak berlagak. ianya aku cerita untuk orang yang pernah susah dan pernah jatuh macam aku.
betul... duit boleh menjadi segalanya.. tapi percayalah... takkan berubah nasib kita kalau kita sendiri tak usaha.
aku sekarang belum cukup senang.. ada hutang yang masih aku settlekan. ada kira-kira yang belom complete. tapi Alhamdulillah, ia merubah hidup aku 100%.
dari segi ekonomi
dari segi hubungan dengan Allah, kekeluargaan dan masyarakat.
yang penting usaha dan Redha. lupakan takuk lama yang buat korang terjatuh tu... bangkit dan usaha lagi. tak perlu berlari laju, jalan slow2 bahkan mengengsot pon takpe. jangan putus asa. asalkan ada perubahan yang lebih baik.
dugaan akan sentiasa ada. time tu la kena bayar tu.. kena bayar ni.. perlu repair itu.. repair ini.. janganlah mengeluh.
Allah kan ada.. jangan lupa!
apa tu HKCC??
ni lah dia.
***HKCC the Crazy
Coffee****
yang nak iktiar
Hamil dengan cara semulajadi boleh try set KOPISUSU ya,
inshaAllah,
rezeki Allah siapa tahu..
RM150 trial set
untuk 10 hari. harga dah termasuk pos.
salah satu contoh kehamilan yang Allah
izinkan..
boleh whatsapp /
telegram ya!
peluang bisnes...
sape nak belajar bisnes kecil-kecilan boleh pm aku jugak.. inshaAllah aku sharekan apa yang aku mampu.
*peace*
4 comments:
HKCC ni mmg ada aura tersendiri..since kita buat entri pasal HKCC tu, everyday mesti ada org view pasal entri tu..asal tgok pageview je, mesti ada tajuk yg org carik berkaitan HKCC..sampai sekarang pun ada..bayangkan entri tu dah dua tahun lepas..hehe..produk ni mmg bagus..
beb, aku nk wat biz ni. Nanti den jmpa ko ye.
Kesiannya sis. Banyak betul dugaan terutama yang part lepas bercerai tu.
Klik untuk baca entry terkini saya > Q & A : Yang Mana Satu Idaman Kalbu
@yang ayesha: alhamdulillah, penerimaan positif.
@yusrina meh kite deting
@jazz lover pengalaman tu mematangkan kita. hehehe
Post a Comment