No matter HOW MUCH we consider the future, No one can see the TRUTH
10 February 2014
MC DNC DEMAM
salam Alls..
lepas 3 minggu bercuti arini masuk keje balik.
dari 20 Jan i cuti.. 23jan buat DNC.
dapat MC seminggu sampai 31 Jan.
pahtu cuti raya cina sampai 3feb.
patutnye 4hb dah masuk opis. tapi tak sihat lagi sambung 2 hari sampai 5hb.
konon ari khamis nak keje. skali Afiq pulak demam panas. suhu sampai 40D.
dah alang2 tu terus I sambung cuti sampai Jumaat. menjadikan I cuti hampir sebulan dekat rumah sebab minggu sebellum MC tu I keje 2 hari aje pahtu khamis tu dapat MC sebab kena alergy. hahah
aisehhh tak tido semalaman malam tu. jerlum air bawak mandi dan makan ubat, suhu maintain 38.
khamis pagi pergi klinik sebab risau jugak, skang kan musim denggi.
pagi tu suhu naik balik 40D sebab die tensen kot lama sangat tunggu. dahla duduk dalam aircond. Ibu pakaikan singlet aje. haha
cepat2 masuk ubat bontot dan basahkan kepala die.
so Doc suruh datang balik jumaat pagi kalau still demam. nak amek darah takut denggi.
terus i yang cuak sebab Afiq kalau amek darah sampai ke malam die trauma xleh kena tinggal nangis2 bagai.
Ibu pon takut jugak
hari Jumaat tu badan tak panas dah.. tapi jadi sejuk pulak. suhu jadi 34.6D aje.
Afiq still takde selera makan. Ubat bontot tu keluarkan panas die kot. terus jadi cirit birit.
yang buat risau tu sekali berdarah.
call Doc tanya.. maybe usus die luka sebab makanan takde tapi die berak2.
yela I tengok pon takde najis dah. tinggal air kuning dan darah pon yang berlendir.
baru sehari demam terus kurus Afiq.
sedihnyeee
I tak pergi amek darah sebab tengok jumaat malam tu dah tak demam.. dah aktif balik.
cirit birit aje tak hilang. tapi die macam takut lagi nak makan.
3 hari die minum air twister ngan 100plus I campur air panas. so die suke la.. air oren suam.
laju je minum. bagi susu takmo. kalau minum pun tak habis.
sampai semalam die still kurang selera makan. tapi dah takde cirit birit dah. demam pon dah takde.
No comments:
Post a Comment