26 June 2014

Kucing

semalam aku cuti.
merantau sampai ke Terachi nun.. dekat ngan K.Pilah.
pi melawat orang sakit kena denggi.  (Abang Ajim)
sambil2 tu pi skodeng kandang kucing beliau yang dah sebanyak 16 ekor dah.

ajim tanya aku..
nak bela kucing tak??

kalau ikutkan hati memang aku nak bela. tapi sian la kat kucing tu.
aku duduk apartment mestila terkurung aja dia nanti..
dah tu nak main dalam rumah yang sekangkang kera tu memang tak puas la kucing tu nak hidup bebas.
tambah pulak Nuqmans memang suka kucing.
suka sangat2.

diorang main tarik je kaki. ketuk2 kepala. ketuk2 sangkar.
takut nanti mati pulak kucing tu dek kena depressi duduk ngan aku.
hahahahaha

lupakanlah hajat tu ye bang.
tunggu anak-anak besar dan kita ada rumah bawah.
inshaAllah kita bela lah nanti.

aku tak risau pasal bersihkan kucing.
Ajim memang pernah bela kucing. penyayang ngan kucing.
dalam group wassap adik beradik dia dok sharing gambar kucing aje.

aku memang suke kucing comel2 ni.
tapi tak sanggup la nak bela.
seksa kucing tu kang.
aku makan ikut suka aje. tak makan pulak kucing tu karang.

nanti dah bersara, anak2 sume dah kawen n ada rumah sendiri kita amek anak angkat kucing ye bang..
tu pon kalo u larat lagi nak bersihkan taik2 kucing tu la.

mihmihmihhhh


24 June 2014

Kasut


Semalam ada job kat Parlimen kena pakai kasut bertutup. 

aku dah sampai opis kol Ajim mintak tolong carikan kasut dekat rak tu tolong anta sekali stokin kat opis.

membebel la incik tu tengok kasut dah berhabuk dah bersawang nak pakai tak basuh.
ala..saye lupa... sebab tu mintak skali stokin biar tak gatal2.


kasut ni aku beli 2 tahun lepas.
lama dah.
sekali pakai arini rasa dah ngam2. alamak camne ni. bila pakai stokin je ketat padat.
nampak beno aku dah gemok.
T__T


semalam kerja kemain la bizi berjalan ke sana sini. dah nama pon duty officer mane ade dok sengih aje.
masuk pukul 3 tu aku da sakit sangat menahan aje. rasa geram nak bukak stokin.
tapi tahankan jugak sampai la ke balik.

sampai kat opis aku dah terencot-encot dah. cepat2 tukar kasut,.
huwaaaaaa

balik rumah terus flat nak nangis kaki kesakitan.
kebetulan ajim balik awal. so dia tolong urutkan kaki.
thanks lalink.

arini ada sehari lagi kena duty.
nekad takmo pakai stokin.
harap2 dapat bertahan.

macam kena beli kasut lain dah aku ni. next time duty tak merana lagi.
tu la... bangsa tak reti pakai kasut. sekali kena pakai memang nanges la.... last pakai kasut betol2 time sekolah aje. lepas tu aku bantai selipar dengan sandal.

duduk Department baru ni memerlukan aku berurusan dengan orang2 luar dan orang atasan. maka memang kena training pakai kasut balik la.

iskk... tak suke 



23 June 2014

Selamat Bertunang!


Sabtu lepas aku pi Melaka.
pergi hari sabtu.. tido homestay.

sebab ahad tu ada Majlis..

Adik angkat aku tunang.

Tahniah Iqa & Eyjat.

semoga jodoh berpanjangan sampai ke jinjang pelamin.
amin.

arini aku ade job kat Dewan Negara.
maka... wish me luck ye..

sok la aku apdet cerita kat Melaka.
nampak gayanya macam balik lewat arini.

semoga dipermudahkan =)


20 June 2014

Hari-hari Makan

ni makan tengahari semalam



ni makan malam tadi.
rendang mabeles ngan roti


berkat hari Jumaat
pagi2 dah dapat nasi lemak gengan kek 


then turun ceramah kar dewan dapat kuih seri muka 1 bekas

tak dan tengahari dapat pulak mee goreng sepinggan

Alhamdulillah...

syukur Allah jadikan aku orang Malaysia.
syurga makanan dan Negara Islam juga

terima kasi Allah =)

19 June 2014

floria lah sangattttt

petang semalam Ajim dating ngan Adeeb tengok wayang.
how to train your dragon 2.

aku balik keje pukul 5.15 diorang baru keluar panggung.
hamboi3.. kemain lagiii

sebelum masuk panggung ajim wassap gamba Adeeb posing kat naga comel ni.
 si bujang ni pandai dah dress up sendiri.
baju dengan seluar pilih sendiri.

aku tak bagi pakai baju ni siang2 buta sebab dia lengan panjang. malam pulak kena pakai baju tidur. baju ni kalau pi jalan2 aje. maka time tengok wayang aje dia dapat pakai baju ni. peluang bertukar jadi spiderman hanyalah ketika tengok wayang. sebab tu tiap kali tengok wayang ni la baju rasmi dia. kalau Afiq ada baru aku soh pakai baju hat sama dengan Afiq pulak. hahahah

balik rumah kemain esaited bercerita. cerita tu best.. cerita tu kelakar.. naga hitam tu baik.
lepas tu sedih. ayah dia mati.
orang duduk sebelah Adeeb tu nangis. Ajim cakap Adeeb tengok aje die nanges masa raja tu mati.
hahahahahah

mesti dia dok teringat.. kalo ibu ade ni kompem ibu nanges. huhuhuhuhh

malam tu bersungguh aku ajak Ajim pi floria.
dah alang2 dia tak kerja tu kan... jom la pi bawak budak2 tengok floria.
bayaran masuk RM3 aje. budak2 singgit.

oklahh lepas Adeeb ngaji kita pergi.

pahtu kitorang pi la kat Marina Putrajaya tu. kat situ ada bot berhias. 1 bot wakil 1 negeri. cantik2 sume.
aku ni puas la mencarik.. tang mana yang bayo RM3 nye??
tapi merayau la lagi.. pusing2 lagi. ok lepak tengok bot pulak.

nak guna smart camera kononnye sampai ke sudah aku snap gambar jadi tak lawa.
tengok ade setting untuk view malam. tapi snap tak jadi jugakk
tu la.. nak sangat pakai camera mahal. hahahahhaha

last2 snap pakai henpon jelahhh
tapi henpon tak boleh zoom jauh2.
ni jelah yang dapat. 
pahang

p.pinang

sabah
 pahtu Adeeb dah gosok2 mata ajak balik sebab dah ngantuk.
Afiq pon dah nak berdukung aje letih.
hoiiii tak seronok dahhh. pearakan bot pon tak habis lagi. sentap aku...

okla jom balik.
jumpa pulak dengan kupu2 malam nih.

hahahah diorang nak buat persembahan lepas perarakan bot nanti.

sambil jalan balik tu jenguk2 jugak. diorang amek gambar floria lawa2. ada bunga lampu2.
ada payung tergantung warna warni. alaaa nak la amek gambar jugakkkk. tapi apesal aku tak jumpe nih???

kat tepi jalan tu ada gerai makan 1malaysia.
macam2 stall makanan dari pelbagai negeri ado.

ok jom makan dulu. ibu lapar.
skali jumpe jiran aku kat ctu.
borak2 ngan die.

barula aku tau.. aku pi salah tempat. ni tempat bot berhias aje.
floria tu kat area masjid besi sana tu. Presint 4.

lorrrrrrrrrr

aptb!





Dress


bulan lepas ada share ngan Kak Ipar aku beli jubah chiffon.
cutting jubah aku panggil jubah jela.
dia tulis situ Chiffon Dress.

Kak Lin ni rajin shopping online.
tau aje mana dress santek2 n murah.
aku plak since dah tak dapat nak tempah baju ghayo nih beli siap jela.
lagipon memang niat raya kali ni nak pakai jubah.
so xde hal la tak payah cutting2 sangat.
jubah kan simple aje.

skali Kak Lin kata dia pon nak beli selai dress gak. jom kita share. dapat murah sikit.
dia suruh aku belek kat Instagram = Qoqoelma
fb dia pon nama tu jugak.
dress dia murah2. orang lain jual 80-90 tak masuk pos. ngan dia beza dekal 15-20 murah siap pos pulak tu.
beli 2 dapat less lagi. haaa best2..

ok carik2 berkenan dengan 1 dress ni.

syarat wajib adelah tiada cutting kat pinggang.
hoiii lawanye model ni pakai...
selai RM70
kalau amek 2 Rm130 siap pos.

murah la tu kan???
ko ingat nak beli kain.. beli lining..
upah jahit sume dapat ke RM70?
celah mana???

maka setuju amek Maroon.
pahtu tamak order sekali dARK bLUE.
huuuu suka2..

bila pakai Alhamdulillah cutting bahu ngan tangan dah ngam2 canti dah.
kain sedap. tak panas.
aku berdiri tengah panas pon tak jarang.
tak payah pakai kain dalam.

tap sebab aku ni memang dasar tak reti pakai kain tetap sarung seluar tight paras lutut kat dalam.
senang nak bersila tanpa ragu2. hahahahaha

tapi....
kalau dah dasar pendek tu kan??? 
tak jarang kan?

model tu pakai ngam2 singkat cantik terletak.
aku pakai tros labuh ngam2 sampai lantai.
tu pon lepas sarung kasut 2 inci aku tu.
hahahahahaa

ada hati nak buat baju raya kononnnnnn
sabtu lepas ada kenduri kawen sepupu Ajim aku bantai pakai.
mestila kena carik baju raya lain kan???
kah3...

kalo rajin hat Dark Blue tu la aku buat baju raya.
tapi macam berminat nak carik baju lain jugak neh. bwahahahaha

tu la pompuannnnn 

18 June 2014

Manhattan Fish Market Alamanda

arini celik je mata da kelaparan.
malam tadi tak makan.
bertambah terpisah dah aku dan diet.
marilah kita melayan kebuloq 24jam. hahahahahhaa

Ajim kata arini dia ade hal kat nilai so takmo pi keje.
kata nak anta nasik kat aku . dari pagi aku tunggu. pahtu tak jadi anta.. ajak keluar plak.
okeh. lunch hour kita deting.

tetiba datang sawan seafood aku ajak dia makan kat cni.
cuak die kejap.. bleh makan ke kat cni??? sy x pnah makan tpt ni. hahahahhaha

sebenonye ni kali ke 2 aku masuk kedai ni.
kali pertama masuk soalan aku...
'ada halal jakim tak??'
'Alhamdulillah.. ada kak...'

ok tros duduk nak order.

skang ada promo utk parents

selain tu kalau order 2 main courese price jadi RM29.90
pahtu air pon caj murah 


tapi kitirang amek hat ni.
watsons card holder boleh makan Manhattan Star Platter free 2 glass air dengan 2 mushroom soup.
kalau tak set Manhattan tu aje Rm55.90 without air ngan sup.
ok bolehlaaa...

dalam gambar air lemongrass. erkk takmo.
tukar la..
ajim amek pandan aku amek mineral dahla. air pelik2 ni bukan aku minum pon.


Ajim cakap air pandan dia sedap.
sampai ke sudah aku tak rasa. hahahahah 

jom jengah2 menu dia.
santek kan??
menu dia ni buat kita rasa nak makan semuanya tau. gambar cantik2 pahtu ada effect timbul
so cantikkkk
 


price dia pon bagi aku not bad.
ko nak makan udang sotong, kupang, ikan, tiram ngan nasik sekali kalau pergi kedai seafood pon belum tentula sedapnye. harga lebih kurang gak sama


dulu kedai design lain. pahtu tutup kejap renovate.
skang dah cantik.

masa kitorang duduk takde orang.
nasib baik order dulu. tak lama lepas tu penuh semua meja orang datang lunch



gambar loving couple jangan lupa snap!
erkk tombam!

bila makanan dah sampai rilek je awek ni bakar udang dengan chese depan kitorang.
iskk rugi nuqmans xdo.
mesti diorang esaited.



okeh dah siap..
nampak je kecik.
1 dulang ni tau..
selambakkk

sos dia sume sedap.
puas hati makan.
3 orang bleh makan lagi.
tapi orang gemok cam kitorang 2 orang je licin. hahahahaha 

jangan risau.. setiap dulang lauk2 tu sume memang ada nasik kat bahagian bawah.
so takdela ko meratah lauk aje.
dalam ada jugak nasik
 
seee..
licin sudahh.
mushroom soup tak berapa sedap. rasa susu tepung. sedap lagi piza hat. hihih

sebelum balik tapau Fish n Chip untuk Adeeb.
lepas ni Ajim nak pi tengok wayang ngan Adeeb.
aku masuk opis.

cisssssss.......

tapi soh aku belikan tiket plak tu.
kejamm

have fun la ayah n Adeeb..
sebab aku takleh tengok sekali, maka tengok cite kartun jela ye.
bwahahahaha.

minggu depan ada transformers.
dah lama tak jumpe Mark Whalberg
*tetibe

17 June 2014

Nothing

ni gambar minggu lepas.
Afiq ni tak pandai cakap pon mesra rakyat mengalahkan YB.
tiap2 pagi bila turun bawah jumpa aci cleaner tu sume die babai2..

kalo nak pi buang sampah, bawak die turun dudukkan aje kat lobi geng ngan aci2 tu.
tak nangis pon die.
tunjuk kereta.. tunjuk pokok tunjuk macam2 suma Aci tu melayan.
teringat kat cucu diorang kot.

ni kitorang nak keluar. tunggu Ajim amek kereta. direct je dia pi kat Aci tu mintak pakaikan jam.
hahahhahaha
 semua cleaner kat blok aku tu tua2 dah.
selalu kotak kopi banyak2 tu aku tak buang. kumpul banyak2 letak depan rumah. nanti masa turun bawah bagitau... Aci, nanti amek kotak ye...

petang aku balik kotak da licin.
diorang simpan kotak banyak2 nanti ada lori datang beli kotak.
untung la aci tu.. kotak aku tiap2 minggu kurang2 pon 4-5kg.
sebulan dah berape. hehehee
sape2 nak pindah rumah meh mintak kotak ngan aku meh...
kotak banyak.

ni muka teddy bear pagi ni.
hoihh lama gile tak jumpe spek ni. puas aku carik.
spek baru dah kena kepak ngan Afiq. patah sebelah kaki. tros majok aku nak buat spek.
bukan murah tau... rm500 satu. siap ade transicion yang kalau tengah panas tu dia tukar kaler itam. n anti calar lagi.
kena carik yang anti patah pulak.

ni spek pertama aku pakai. masa buat spek baru tu spek ni sayang nak buang. aku tukar cermin aje.
huuu barang lama jangan dibuang... kan dah pakai balik. hahahhaa
so arini kerja tak pakai Lens.
yiiibbbaaaa

aku takde apdet sangat.
tengah bizi menelaah cerita korea skang.
bwahahahahaha

kot peknen anak lekat la iras2 aktor2 ensem mata sepet pon jadik la...
dah ibu taste chinese look. tapi dapat Vietnams look.
bwahahahahahha

*peace yang!
i lebiu jugakk

11 June 2014

Florentina Almond Crunchy


aku suke makan kacang2 neh... camnela tak buncit.
kalau dapat kacang dengan eskrem memang berhantu. pahtu tang mane nak slim perut pon tak tau.

kuih ni aku beli ngan kak cik RM25 sebalang. kecik je pulak tuuu.. sebab memang biskut ni mahal pon.
nak makan punye pasal. 2 kali beli abes dalam berapa jam aje.
pahtu aku nak cepat aje. maka die memekak suruh aku buat sendiri..

senang aje nak buat. ko gaul2 ko bakar. budak sekolah pon boleh buat tauuu...

yelaaa..yelaaaa...
bagi bahan2nye den buat,
sobsss

menyahut cabaran kononnnnn... pahtu terkebil2 tak tau bilanak buat. hahahahaha
dah semalam cuti lagi jomla kite buat projek ni.

eh tapi betol r.. senang aje. meh aku ajo korang plak.
cheeeaaaaaaa.... mastercip nihhh

ni bahan2nye..
kacang2 yang krang suka.. kuaci.. almond.. bijan hitam n putih
nak murah letak kacang tanah. tapi aku kurengg kacang tanah. maka kuaci lagi sodappp

beli non stick mat ni jugak. senang nak bakar tak melekat kat dulang.
segulung ni dalam RM8.50 aje

bahan pentingnya jangan lupa.. tepung gula or Golden Florentina.
pergi je kedai jual barang kek mesti ada jual.
tengok.. siap resepi kat situ.. ikut ajelahh


mula2 kita sangai (goreng tanpa minyak) kacang2 n kuaci yang ada.
bijan je tak payah sangai.
korang takmo sangai pon takpe.. aku suke sebab kerangupan kacang tu akan long lasting.

almond nak hangit sambil masak sambil sangai sambil layan Nuqmans.

dah siap sangai tu aku masukkan dalam tupperware biar kat masuk angin.
kenapa ada timbang??
ye semuanya aku bahagi 2. kacang kuaci bijan tepung..
nak makan sendiri tak payah la nak buat banyak2.
da abes nanti buat baru pulak

lebihan separuh lagi simpan 1 tapawe.

dah siap sangai suma kena bagi Nuqmans makan nasik dulu..
dah kenyang.. dah mandi.. ok Lets take a Nap.

tido kena asing. keje diorang bergurau tak berhenti. tensen guweeee..
kang aku pulak yang lelap kang.
ngado kan?? dah tido tengahari suruh bukak ekon pahtu nak pakai selimut.
eiiiyaiiiiiiii

ok Nuqmans dah tido jom kita mulakan operasi.

***********

kacang2 ngan kuaci ngan bijan tadi sume campur.. gaul 1 bekas.
opsss..
sekali dengan tepung tauuuuu

pandai2 la korang agak2 kacang tu banyak ke sikit ke..
pastikan tepung tu salut semua kacang2 tu  biar bila bakar nanti melekat.

macam aku ni rasanya kacang berlebihan nehhh

potong Nonstick Mat tadi cantik2.
aku potong tu dapat separuh. pahtu separuh tu bahagi 2 dulang comel aku ni.
pahtu ratakan kacang2 tu tadi atas alas tu.
nak pakai sudu buleh... pakai tangan pon lagiii senang.
tu la gunanya pastic glove tu. 100kpg baru rm1.20

taraaaaa......

ko tengok kemain comel oven aku.
ni Pensonic 9L beli kat  Lazada RM72 aje.
pastikan boleh adjust timer ngan suhu.
dulu aku beli xleh adjust suhu. nanges je main agak2. kali ni senang.
tapi pitam menunggu la sebab saiz kecik. orang lain bakar 1 trip aku dekat 10 trip kot abeh.

set timer sampai 10menet sebab aku masuk 2 dulang. haa tamak. tak masak2. 
tambah lagi 6 menet. 

kat lapisan yang atas tu dekat sangat ngan api dia. elok berbelang kuih aku.
cittt.. kena 1dulang2 la jugak. takleh masuk serentak.
letak tengah2 baru cantik semua sekata.

nak potong dalan dulang kemain payah.
aku tarik je alas tu letak atas landas.
pisau kena tajam dan kuat. aku pakai parang ayam aje.
hahahahahaha

sila potong time panas2 ye. kalau dah sejuk nanti dia pecah.
tadaaaaaaaa...
ensem tak kuih aku?? 

dah tinggal lagi 2-3 trip tu tuan putera dah bangun.
terus kelam kabut aku. die nak air nak makan tu nak makan ni. semua dia tunjuk.
last2 letak dalam dapur tengok ibu buat kerja.

sekali 1 papan tu aku lupe potong. da nak sejuk dah. bila potong die dah keras. berderai sume.
huhuhuhhh
 

Alhamdulillah siap sudah..
hoiihhh banyak gak dapat neh.
3 balang besar 1 balang kecik.
ni baru sekali adun. separuh lagi tu boleh simpan stok kuih raya la gamaknye. hahahahahhaha

dalam mangkuk purple tu kacang2 yang berderai.
patutnye kurangkan sikit kacang bagi semua melekat cantik kot.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaaaaaa 
cett.. tak seperaiss ponnn


inilah kudapan aku kat opis arini.
sekali kakak depan ni order 5 balang.
eh kakkkkkkk.. saye tak jual. huuuuu

alaaa buatla.. akak nak tau. jangan lupe!!

T___T



Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™