aku suke makan kacang2 neh... camnela tak buncit.
kalau dapat kacang dengan eskrem memang berhantu. pahtu tang mane nak slim perut pon tak tau.
kuih ni aku beli ngan kak cik RM25 sebalang. kecik je pulak tuuu.. sebab memang biskut ni mahal pon.
nak makan punye pasal. 2 kali beli abes dalam berapa jam aje.
pahtu aku nak cepat aje. maka die memekak suruh aku buat sendiri..
senang aje nak buat. ko gaul2 ko bakar. budak sekolah pon boleh buat tauuu...
yelaaa..yelaaaa...
bagi bahan2nye den buat,
sobsss
menyahut cabaran kononnnnn... pahtu terkebil2 tak tau bilanak buat. hahahahaha
dah semalam cuti lagi jomla kite buat projek ni.
eh tapi betol r.. senang aje. meh aku ajo korang plak.
cheeeaaaaaaa.... mastercip nihhh
ni bahan2nye..
kacang2 yang krang suka.. kuaci.. almond.. bijan hitam n putih
nak murah letak kacang tanah. tapi aku kurengg kacang tanah. maka kuaci lagi sodappp
beli non stick mat ni jugak. senang nak bakar tak melekat kat dulang.
segulung ni dalam RM8.50 aje
bahan pentingnya jangan lupa.. tepung gula or Golden Florentina.
pergi je kedai jual barang kek mesti ada jual.
tengok.. siap resepi kat situ.. ikut ajelahh
mula2 kita sangai (goreng tanpa minyak) kacang2 n kuaci yang ada.
bijan je tak payah sangai.
korang takmo sangai pon takpe.. aku suke sebab kerangupan kacang tu akan long lasting.
|
almond nak hangit sambil masak sambil sangai sambil layan Nuqmans. |
dah siap sangai tu aku masukkan dalam tupperware biar kat masuk angin.
kenapa ada timbang??
ye semuanya aku bahagi 2. kacang kuaci bijan tepung..
nak makan sendiri tak payah la nak buat banyak2.
da abes nanti buat baru pulak
lebihan separuh lagi simpan 1 tapawe.
dah siap sangai suma kena bagi Nuqmans makan nasik dulu..
dah kenyang.. dah mandi.. ok Lets take a Nap.
tido kena asing. keje diorang bergurau tak berhenti. tensen guweeee..
kang aku pulak yang lelap kang.
ngado kan?? dah tido tengahari suruh bukak ekon pahtu nak pakai selimut.
eiiiyaiiiiiiii
ok Nuqmans dah tido jom kita mulakan operasi.
***********
kacang2 ngan kuaci ngan bijan tadi sume campur.. gaul 1 bekas.
opsss..
sekali dengan tepung tauuuuu
pandai2 la korang agak2 kacang tu banyak ke sikit ke..
pastikan tepung tu salut semua kacang2 tu biar bila bakar nanti melekat.
macam aku ni rasanya kacang berlebihan nehhh
potong Nonstick Mat tadi cantik2.
aku potong tu dapat separuh. pahtu separuh tu bahagi 2 dulang comel aku ni.
pahtu ratakan kacang2 tu tadi atas alas tu.
nak pakai sudu buleh... pakai tangan pon lagiii senang.
tu la gunanya pastic glove tu. 100kpg baru rm1.20
taraaaaa......
ko tengok kemain comel oven aku.
ni Pensonic 9L beli kat Lazada RM72 aje.
pastikan boleh adjust timer ngan suhu.
dulu aku beli xleh adjust suhu. nanges je main agak2. kali ni senang.
tapi pitam menunggu la sebab saiz kecik. orang lain bakar 1 trip aku dekat 10 trip kot abeh.
set timer sampai 10menet sebab aku masuk 2 dulang. haa tamak. tak masak2.
tambah lagi 6 menet.
kat lapisan yang atas tu dekat sangat ngan api dia. elok berbelang kuih aku.
cittt.. kena 1dulang2 la jugak. takleh masuk serentak.
letak tengah2 baru cantik semua sekata.
nak potong dalan dulang kemain payah.
aku tarik je alas tu letak atas landas.
pisau kena tajam dan kuat. aku pakai parang ayam aje.
hahahahahaha
sila potong time panas2 ye. kalau dah sejuk nanti dia pecah.
tadaaaaaaaa...
ensem tak kuih aku??
dah tinggal lagi 2-3 trip tu tuan putera dah bangun.
terus kelam kabut aku. die nak air nak makan tu nak makan ni. semua dia tunjuk.
last2 letak dalam dapur tengok ibu buat kerja.
sekali 1 papan tu aku lupe potong. da nak sejuk dah. bila potong die dah keras. berderai sume.
huhuhuhhh
Alhamdulillah siap sudah..
hoiihhh banyak gak dapat neh.
3 balang besar 1 balang kecik.
ni baru sekali adun. separuh lagi tu boleh simpan stok kuih raya la gamaknye. hahahahahhaha
dalam mangkuk purple tu kacang2 yang berderai.
patutnye kurangkan sikit kacang bagi semua melekat cantik kot.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaaaaa
cett.. tak seperaiss ponnn
inilah kudapan aku kat opis arini.
sekali kakak depan ni order 5 balang.
eh kakkkkkkk.. saye tak jual. huuuuu
alaaa buatla.. akak nak tau. jangan lupe!!
T___T
No comments:
Post a Comment