Isnin lepas aku kan MC. kaki sakit. kang tak larat layan Afiq maka aku hantar beliau ke taska. ingat nak hantar Adeeb sekali tapi sian pulak sebab cuti sekolah memang dia takde duduk rumah. Aku tetap hantar transit. makanya 2 hari cuti ni meh duduk ngan ibu.
seronok jela dia sebab bebas pegang remote tv sepanjang hari.
aku memang tak usik tv sebab kalau aku bukak 24jam movie channel dengan AXN je yang aku bukak. kang sentap budak tu. cuti sekolah ni nak gak melayan Ceria.
Ok Adeeb,.. remote is yours.
aku tengok FB ade orang aplod gambar pavlova. tengok die susun buah cantik ajeee.... tapi aku penah makan pavlova sekali. tak sedap ponggg.. harap buah je cantik bersusun. tapi geram tengok buah2 dia fresh sampai terliur. ok lah.. arini aku nak melayan tekak mengado.
petang tu keluar amek Afiq kat taska lepas tu terus pi SR. nasibla SR dekat ngan rumah. tak sampai pon 10menet. tu semua faktor la tu...
pegi SR order Fruitilicious sebab die banyak buah n macam pavlova gak. tapi kurang manis sikit dari pavlova. i loiikeee
gedik punye tekak makan 2-3 suap dah merajok. maunye tak.. semua buah Adeeb dah kutip dulu. hahahaa
Adeeb ngan aku sama.
suka buah. suka eskrem. suka kacang. suka durian suka kek coklat
Afiq??
semua dia tala..
lagi senang..
tapi Afiq ni penggeli tau... nampak benda pelik2 kat lantai dah takmo lalu sambil buat muka geli. Air cincau dia minum. tengok cincau terapung2 dalam tu terus tolak. huihhh demand..
dia makan nasik duduk kat lantai. bersepah2. pahtu die geli. beralih kat tempat takde nasik. pahtu dah bersepat lak situ die beralih pulak pi tempat lain... aku peratiiii aje si bujang ni tauuu
dia suap nasi tengok tangan kotor lap kat baju. pahtu check tangan. janji tak kotor n melekit lagi. baju ko tak tengokkk. last2 aku ajo pakai sudu. then duduk kat meja. kalau makan bersepah aku tolong buangkan ke bawah je janti kat dia bersih. skang ok teror sikit dah. suap pakai sudu dah teror sikit tak banyak tumpah. baju pon dah selamat. huuuu T__T
makanan tak snap sebab menu SR. balik2 Chicken Mushroom ngan Fish n Chip jugakla yang kitorang hadap. hahahaha
No comments:
Post a Comment