29 April 2015

Adeeb Avengers


rindunye nak membebel.
tapi tak dan la nak menghadap lappy nak bercerita panjang.

hari Isnin ada appointment afiq kat speech theraphy.
hari selasa appointment Fatih kat KK nak cucuk 3 bulan *eh cepatnye?*
aini saja mem'free'kan masa buat suprise bawak Adeeb tengok wayang cerita favourite dia.

balik sekolah terus aku kepelikkan tengok ibu pakai lawa-lawa then ayah cakap nak pi tengok wayang cerita Avengers. kemain merayu nak ikut. Ayah soh pi ngaji jugk tak boleh nak ikut. dah berkaca-kaca mata budak tu. padahal tiket pagi-pagi lagi dah beli online.

then bila aku hulur tshirt lengan panjang dengan jeans maka dia tau la yang dia boleh ikut.
bukan main senyum sampai telinga.

terus patuh pi mandi dan solat tanpa perkataan 'kejap'
amboiiiii

minggu lepas kena marah ngan aku sebab curi-curi bawa jam pi mengaji siap tukar dengan kawan. kawan tu jam kaler biru tapi dah rosak. jam Adeeb kaler hitam tapi semua fungsi elok lagi sebab aku bagi pakai kat rumah atau keluar dengan ibu atau ayah aje. selain tu tak boleh bawak jam. tapi dia ingkar juga bawa pi sekolah. maka aku sebatkan kaki dia dengan rotan tapak tangan kat tangan yang seludup jam dalam beg tu.

terkebil-kebil dia pakai jam rosak tak boleh tengok pukul berapa dan jam tu tak ada lampu.
aku marah betul... sebab aku tau dia tak pandai lagi jaga harta. seua barang dia bawak pi sekolah hilang. musykil betul. aku beli botol air hargaa belas-belas ringgit. tapi balik semua pecah-pecah, takda kepala, hilang tali, macam-macam kes.
aku belikan hat jenama tupperware supaya tahan lasak. hasilnya, hilang tanpa khabar berita,

T____T
ibu kau memang cop duit kan Adeeb??

sejak tu tak ada dah botol air.
aku tambah 50sen duit untuk dia beli air cawan.
tapi dia cakap tak sedap. dia amek milo cawan.
milo cair aje tapi RM1 kaauuu...

dia cakap takmo dah beli air cawan.
so kena cari botol air la pulak lagi.

ingat nak cari arini. nampaknya tak sempat.
keluar panggung dah pukul 5.15 rushing balik ambil Afiq la pulak.
aku tak bawak Afiq sebab Afiq memang tak minat tengok tv.
duduk dalam panggung pon dia lebih suka melawat kawasan daripada duduk diam menghadap skrin.

bukan main hepi muka ini budak

handbag ke 3 ni wajib bawak la..
nak tinggal malas sebab 2 jam aje.
so kita angkut sekali. letak selimut dengan bantal karipap mini tu dalam beg.
bukan main lena tido dalam panggung dengan selimut tebal sweater siap peluk lagi

ibu amek gambar Adeeb dengan ebenjes ye...
okeyy


pose hat ni ayah suruh..
nak kasi sama macam abang angkat dia. hahahah



ensem kan bujang aku?
besau sudahh




tetiba aku rindu zaman diorang kecik-kecik comel-comel lagi
alahai cepatnya masa berlalu..

ni gambar 3 tahun lepas.
hehehe


09 April 2015

Salam Perkenalan Untuk Coco Lejen


Alhamdulillah...

akhirnya Nuqmans Biz berjaya menjadi keluarkan 1 produk best untuk edaran HKCC Team.
thanks kat Haida bagi support untuk Nuqmans Biz teroka bidang baru.

oleh itu

salam perkenalan untuk Coco Lejen.


minuman perasa coklat diperkaya dengan ekstrak herba-herba terpilih.

●Kacip Fatimah
●Manjakani
●Lobata
●Sireh
●Kurma
●Colagen

Harga: 1 kotak RM50 / 20 sachet.


fresh from oven

Kebaikan Coco Lejen
●Disyorkan untuk tenaga dan kesegaran harian
● Untuk keseimbangan hormon individu
● Melawaskan sistem perkumuhan
● Suplement tambahan untuk awet muda
● khasiat herba-herba terpilih mengikut fungsinya:

Manjakani - membantu menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalam dan membantu untuk kekal awet muda
Kacip Fatimah - kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.
Lobata - membantu dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon
Sireh - Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan.
Kurma - kajian yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. ia juga menyumbang dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.
Collagen -  digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru.


soalan favourite:

1. Testimoni
Coco Lejen masih baru dalam pasaran tempatan. pihak kami masih dalam proses mengumpulkan testimoni-testimoni daripada pengguna produk. semua testimoni boleh didapati dari page Coco Lejen.

2. KKM
Produk ini adalah minuman harian di mana ianya tidak perlu kelulusan daripada KKM. walaubagaimanapun kilang telah memperolehi kelulusan MESTI (di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia) bagi pengilangan makanan selamat.

3. Halal.
sebagai produk baru, halal hanya boleh di apply selepas produk dipasarkan. proses kelulusan memakan masa sekurang-kurangnya 3 bulan. InshaAllah sebelum hujung tahun 2015 HALAL akan diperolehi.

4. Budak-budak dan Kaum Adam
oleh kerana Coco Lejen mengandungi herba-herba terpilih, adalah dikhuatiri mempengaruhi hormon golongan kanak-kanak yang sedang membesar. oleh itu tidak digalakkan dijadikan amalan harian. bagi yang telah akil baligh di mana telah mencapai tahap hormon tetap boleh amalkan Coco Lejen sebagai minuman harian.
Bagi orang lelaki atau kaum adam yang ingin mengamalkan Coco Lejen tiada masalah. setiap herba yang terkandung dalam Coco Lejen juga bermanfaat utuk kaum adam. Ia bertindakbalas mengikut hormon. Mitos Kacip Fatimah untuk wanita sahaja adalah tidak benar. begitu juga dengan herba lain.
wallahualam...

5. Lain-lain
berkesan atau tak sesebuah produk itu adalah bergantung kepada tindakbalas hormon individu serta izin dari Allah s.w.t
kita hanya ikhtiar, selanjutnya adalah dari perkenan oleh Nya.
wallahualam...

***********************************************************************

Nak jadi ejen??

bagi yang berminat nak menjadi sebahagian daripada team HKCC untuk mengedar Coco Lejen di pasaran tempatan DENGAN MODAL SERENDAH RM600 

 boleh hubungi 

emel: nuqmansbiz@gmail.com
fb page: Coco Lejen
whatsapp / telegram: 016 -6603741
serta team HKCC di seluruh negara.



08 April 2015

Detim Taiyem


Petang tadi pi detim ngan Ajim.
lama tak keluar berdua tengok wayang.
tunggu Adeeb ngan Afiq pi sekolah
Fatih pulak anta kat Anis.

Anis tu adik angkat aku. rumah dekat aje kat blok sebelah.
time aku ade kerja.. ade hal aku anta FAtih kat Anis. bayar upah ikut jam.
aku percaya kat dia sebab dulu die gak jaga Afiq masa baby.

cerita yang lama aku tunggu. memang takmo miss tengok.


masa Paul Walker tu mati aku punyelah sedih. dekat seminggu aku berfikir.
bukan sedih kat Paul mati. tapi sedih cerita peberet aku tak siap. dahla masa Fast 6 dia dah hint Jason Statham blakon Fast 7. so bila Paul mati ura2 Fast 7 tu tak wujud macam ada. adess kesedihan aku...

pahtu diorang kata akan teruskan jugak Fast 7 untuk Paul. aku dah like Yeayyyyyy best3.
hahahahahaha mabok. aku tengok cite ni sebab abam Vin.
aku minat die sejak Riddick ngan XXX lagi.
suara dia tu kann...
cair wooooiiii

eh melalut sudah...
cerita ni best. ada part sedih untuk last dia bila Paul berpisah dengan team. tapi kurang kepuasan kali ni sebab cerita banyak aksi dari Race. lari konsep la sikit.
kang Fast Siries ni semua pasal kereta & Racing.  tapi ok la.. semua tunjuk  kereta2 jugak. 

tapi nampaknya masih ada harapan untuk Fast 8.
huahuahuahhhh

belanja sikit gambar tadi.

ramai tegur kat FB aku kurus.
hahahaha
camera trick okeh..

padahal aku nak sama lebar dah dengan lakiku ini.

sayang awak.
*ehemmm*

gambar berdua takde sebab tak bawak monopod. hahahaaha
lama tak jalan pegang tangan & peluk pinggang.

walaupun pinggang masing-masing mengembang dengan jayanya...
Alhamdulillah.. asalkan kita bahagia.

opss jiwang sudahhh

deting tak lama pon..
pukul 2 sampai alamanda.. tengok wayang & makan. pukul 6 dah kena amek Nuqmans.

nak buat sebulan sekali la...
kot2 boleh tambah sorang lagi Nuqmans.

eh?



01 April 2015

Coco Lejen

Assalamualaikum...
argghhhh rindunye nak merapu meraban kat blog.
macam-macam gambar aku simpan. niat di hati nak share dengan readers.
tapi tu la.. makin panjang cuti makin aku takde masa rupanya.
sobssss..
patutnya start keje 21 april ni.
tapi aku nak sambung cuti 3 bulan. 
ikut kira-kira.. lepas raya barula aku kerja
makin bersawang la blog haku nampaknyeeeeee
Fatih pon dah 2 bulan. kejap aje masa berlalu kan? aku rasa macam baru je lepas terankan dia.
trauma berak pon still ada. aku takut lagi nak menyangkung takut2 jahit terbuka. hahahahahahaha
anyway Alhamdulillah Allah bagi aku sembuh dan sihat dengan cepat.
ingatkan cuti lama-lama ni aku tak bizi. nak duduk rumah jadi suri rumah sambil-sambil menggentel anak. oh tidak.. nan hado okeh.
tetiba rindu zaman keje pulak. kat opis tu boleh lari dari fokus terkejar-kejar jadual waktu anak-anak.
tu la manusia.. takpenahnya cukupp.
*eh?
selain bizi menggentel anak.. aku ada jugak new baby yang nak diraikan.
hehehehee
Alhamdulillah.. 
yang aku usahakan dari tahun lepas akhirnya selamat dikeluarkan bulan ni.
maka... sambil-sambil sambut GST kita sambut Coco Lejen ya..
inshaAllah dari segi rasa puas hati.
betul-betul pure coklat.. korang manis dan rasa lemak
orang muda ngan orang tua suka.
banyak positif feedback aku dapat rata-ratanya cakap sedap.. coklatnya pekat.  rasa kurang manis tapi boleh ditambah dengan susu. macam aku memang tak kuat manis maka aku bancuh sepeket tu dah sedap-sedap dah...

masih lagi baru bertapak dan sedang mencari testimonial yang berjaya dengan hasil positif dan memberansangkan.
sapa-sapa nak try meh bagi alamat. aku nak pos trial pack.
wasap aje 016-6603741.

korang kalau nak cari lebih income pon di alu-alukan jadi ejen dengan modal RM600 dapat 15box coco tapi komitmen reload 15box untuk 3 bulan berturut-turut

sudi-sudi lah Like page  Coco Lejen ni ya..
jangan lupa bagi alamat untuk trial pack tau!

ok. nanti bila free aku laju-laju merepek kat sini ye..
*bajet korang tunggu*

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™