29 April 2015

Adeeb Avengers


rindunye nak membebel.
tapi tak dan la nak menghadap lappy nak bercerita panjang.

hari Isnin ada appointment afiq kat speech theraphy.
hari selasa appointment Fatih kat KK nak cucuk 3 bulan *eh cepatnye?*
aini saja mem'free'kan masa buat suprise bawak Adeeb tengok wayang cerita favourite dia.

balik sekolah terus aku kepelikkan tengok ibu pakai lawa-lawa then ayah cakap nak pi tengok wayang cerita Avengers. kemain merayu nak ikut. Ayah soh pi ngaji jugk tak boleh nak ikut. dah berkaca-kaca mata budak tu. padahal tiket pagi-pagi lagi dah beli online.

then bila aku hulur tshirt lengan panjang dengan jeans maka dia tau la yang dia boleh ikut.
bukan main senyum sampai telinga.

terus patuh pi mandi dan solat tanpa perkataan 'kejap'
amboiiiii

minggu lepas kena marah ngan aku sebab curi-curi bawa jam pi mengaji siap tukar dengan kawan. kawan tu jam kaler biru tapi dah rosak. jam Adeeb kaler hitam tapi semua fungsi elok lagi sebab aku bagi pakai kat rumah atau keluar dengan ibu atau ayah aje. selain tu tak boleh bawak jam. tapi dia ingkar juga bawa pi sekolah. maka aku sebatkan kaki dia dengan rotan tapak tangan kat tangan yang seludup jam dalam beg tu.

terkebil-kebil dia pakai jam rosak tak boleh tengok pukul berapa dan jam tu tak ada lampu.
aku marah betul... sebab aku tau dia tak pandai lagi jaga harta. seua barang dia bawak pi sekolah hilang. musykil betul. aku beli botol air hargaa belas-belas ringgit. tapi balik semua pecah-pecah, takda kepala, hilang tali, macam-macam kes.
aku belikan hat jenama tupperware supaya tahan lasak. hasilnya, hilang tanpa khabar berita,

T____T
ibu kau memang cop duit kan Adeeb??

sejak tu tak ada dah botol air.
aku tambah 50sen duit untuk dia beli air cawan.
tapi dia cakap tak sedap. dia amek milo cawan.
milo cair aje tapi RM1 kaauuu...

dia cakap takmo dah beli air cawan.
so kena cari botol air la pulak lagi.

ingat nak cari arini. nampaknya tak sempat.
keluar panggung dah pukul 5.15 rushing balik ambil Afiq la pulak.
aku tak bawak Afiq sebab Afiq memang tak minat tengok tv.
duduk dalam panggung pon dia lebih suka melawat kawasan daripada duduk diam menghadap skrin.

bukan main hepi muka ini budak

handbag ke 3 ni wajib bawak la..
nak tinggal malas sebab 2 jam aje.
so kita angkut sekali. letak selimut dengan bantal karipap mini tu dalam beg.
bukan main lena tido dalam panggung dengan selimut tebal sweater siap peluk lagi

ibu amek gambar Adeeb dengan ebenjes ye...
okeyy


pose hat ni ayah suruh..
nak kasi sama macam abang angkat dia. hahahah



ensem kan bujang aku?
besau sudahh




tetiba aku rindu zaman diorang kecik-kecik comel-comel lagi
alahai cepatnya masa berlalu..

ni gambar 3 tahun lepas.
hehehe


No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™