2-3 menjak ni macam2 masalah..
bukannye besar pon. kecik2 sume.
tapi melibatkan onkos.
baru2 ni dapat duit BRIM alhamdulillah Allah salurkan bantuan tepat pada masanya.
jumlah Rm650 tu bererti buat orang yang kena bayar bil macam I ni tau.
Semalam mak Ajim call.
rumah kos rendah yang kami apply tu berjaya.
syukur Alhamdulillah.
so kena call pemaju untuk tengok rumah dan bincang segala prosesnya.
sakit kepala lagi sekali.
mane nak cekau duit lagi neh?
Allah..
takpe.. doa banyak2 minta Allah bukakan jalannya..
nak lepaskan sayang pulak. rumah sekarang bukan murah.
dah dapat ni kira rezeki jugak.
banyak lagi prosesnya ni.. kena cabut undi dulu. tengok dapat rumah mana.
kena apply loan pulak dengan bank.
tak tau la mendapat ke tidak.
tawakkal ajela.
doakan rezeki kami.
InshaAllah..
risau jugak.. umo dah 31 rumah takde lagi.
kecik pon takpe la.. janji hak milik sendiri. yang penting tak menumpang hak orang.
selagi bekerja boleh la duduk kuarters.
bile dah habis kerja nak duduk mane??
kalau taknak duduk pun.. buleh sewakan.
buat tambah2 duit belanja dapur.
kami dapat kat projek Taman Gadong Jaya tu.
ok sangat dah. dok tengah2..
setengah jam dari rumah mak I dan mak Ajim.
hehehehehe
sape2 nak tau proses rumah kos rendah..
pi pejabat SUK negeri masing2.
I pegi Negeri Sembilan.
tanya bahagian perumahan. rumah2 under projek negeri. rumah kos rendah.. sederhana rendah..
diorang akan bagitau projek2 yang ade. so kite boleh pilih 1 aje untuk apply.
bawa balik borang untuk isi maklumat majikan dan cop pengesahan.
tanya die betul2 apa makumat yang diorang nak sekali dokumen sokongan.
supaya tak ulang alik 2-3 kali.
jauh tuuuu nak pegi seremban.
memandangkan Projek 1 nama boleh apply 1 aje. agak terhad peluang nak join mane2 projek. nasihat I jangan memilih sangat.
macam kami.. I isi borang ajim pon isi borang..
tengok nasib la dapat yang mana.
I mintak projek Senawang rumah teres kos rendah..
Ajim mintak projek Gadong rumah townhouse.
tengok-tengok rezeki dapat nama Ajim.
ni I search kat gugel. design townhouse kat penang. hurm.. no bad.
kalau dapat yang macam ni lagi cantik.
ni design SPNB kat Lukut.
tapi kami dapat ni kontraktor lain
so tak tau design die macam mane lagi.
rumah teres kos rendah tu banyak rebutan.
townhouse ni ramai yang tolak.
sebab townhouse ni konsep 1 tapak 2 rumah. kena sharing la.
tapi i tak kesah.. alaa kalo dapat atas pon.. tingkat 1 aje. still ada parking kereta sendiri.. pintu naik ke rumah sendiri.. ape nak risau.
kalau dapat bawah pon lagi elok. nak dapat rumah murah pon nak cerewet jugak ke??
ingat minggu ni nak call pemaju. pi tengok rumah dan apply loan.
harap2 ada rezki kami.
semoga Allah permudahkan impian kami nak ada rumah sendiri.
kecik pon takpe. ade rezki sok kite renovate kasi cantik.
mane nak dapat rumah 45k skang??
yang penting dapat tapak dulu.
silap2 akan datang rumah kos rendah 60k. huuu sakittt
semalam cousin I cerita..
die beli rumah flat. rm70k.
tu pon tingkat 5.
tengokkk??
townhouse tingkat 1 pon takmo syukur ke??
Alhamdulillah...
uolls..
pi try Apply..
isi borang dulu.. ape2 hal nanti cerita.
yang penting cuba.
risau 'orang kita' makin takde tempat di tanah sendiri.
cepat2 pegi SUK Negeri tu..
isi borang permohonan.
keutamaan sekarang untuk bumiputera.
try aje.
ada rezeki tak kemana.. =)
1 comment:
Hmmm, aku tah bila nak apply
Post a Comment