23 February 2012

'Fucking' Sign dari Adele




Gara-gara ucapan penghargaan yang nak disampaikan masa terima anugerah dipotong oleh pengacara majlis. Adele dengan selamba badak menayangkan isyarat 'bagus' beliau dalam majlis berprestij anugerah pop terbesar Britain, Brit Awards.

Adele, 23, ketika itu menyampaikan ucapan penghargaan atas kejayaannya memenangi kategori Album Britain Terbaik.
Disebabkan majlis itu semakin lewat dan ia disiarkan secara langsung di televisyen, Corden terpaksa meminta Adele berhenti berucap bagi memberi ruang kepada artis lain membuat persembahan.

Tindakan itu dibalas Adele dengan menunjukkan isyarat lucah kepada penonton.

Akhbar paling laris di Britain, The Sun menyiarkan gambar aksi Adele itu di muka depan dengan tajuk “Someone dislikes you” sebagai sindiran untuk lagu popularnya ketika ini, Someone Like You.

Pesaing akhbar itu, Mirror, juga menampilkan gambar sama diiringi tajuk “Adele: Go to hell!!”

Bercakap kepada media di belakang pentas selepas insiden itu, Adele berkata, dia berang kerana diganggu ketika berucap di pentas.
Katanya, isyarat itu bukan ditujukan kepada peminatnya dan meminta maaf jika tindakan itu menghina sesiapa.
(Berita kat Harian Metro)


jom tengok
Video maaf dari Adele


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

No comments:

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™