Menitik air mata I bila tengok twins ni.
dapat rasa kasih ibu hanya untuk seminggu.
macam mane la ayahnye nak jaga sampai 3 orang serentak..
harap2 mereka tak dipisahkan..
MATTIAS, Lukas dan Sarah akan membesar tanpa belaian ibu kandung mereka.
Selepas lapan hari dilahirkan, Mattias, Lukas dan Sarah kehilangan ibu mereka kerana Isabel meninggal dunia akibat masalah jantung yang dipercayai terjejas akibat kehamilan.
Mason berkata, mereka begitu teruja apabila anak kembar terbabit dilahirkan.
“Saat seminggu kami bersama-sama begitu berharga.
“Mattias, Lukas dan Sarah adalah anak pertama kami dan kemungkinan besar yang terakhir,” katanya selepas pengebumian Isabel, semalam.
Menurut Mason, dia dan isterinya tidak sabar-sabar membesarkan anak mereka bersama dan berkongsi pelbagai minat seperti memasak, bermain gitar, bersiar-siar, berkhemah dan mendengar hujan turun.
Di sebalik keriangan itu, kata Mason, dia tidak menyangka Isabel, 34, tiba-tiba jatuh dan dikejarkan ke Hospital Royal Hampshire - tempat dia melahirkan Mattias, Lukas dan Sarah minggu lalu.
Isabel kemudian menghembus nafas terakhirnya pada 10 Mac lalu.
Seorang perunding kardiologi berkata, insiden itu biasanya menyebabkan kematian dan sering berlaku ketika seseorang wanita hamil.
Pasangan itu tinggal di Weeke, Winchester, dan bekerja di Southampton.
Mereka bertemu ketika bekerja dan berkahwin pada 2010.
Isabel bertugas sebagai pengurus projek teknologi maklumat dan berasal dai Zeulenroda-Triebes di tenggara Jerman. Kehamilannya berlaku selepas dia menjalani rawatan IVF. - DM
Berita dari Metro online
setiap kali I nak keluar rumah, nak pergi kerja, nak drive, nak tinggalkan Afiq kat pengasuh, nak hantar Adeeb kat sekolah.... atau ape pon yang I buat...;
I selalu terfikir, macam mane kalau I mati tak sempat jumpe diorang lagi?
macam mane nasib Nuqmans?
ada tak orang yang boleh sayang Nuqmans macam I?
ada tak orang yang boleh bela nasib mereka?
dan tiap kali tu la air mata bergenang dan sebak datang.
tentulah I percaya pada Takdir Allah.
pada Qada dan Qadarnya..
cuma I sebagai seorang manusia biasa.
so I akui memang tamak untuk minta Allah pinjamkan kehidupan yang panjang dengan kudrat yang cukup untuk membesarkan Nuqmans.
kalau dulu doa I semoga I sempat lihat Nuqmans membesar dengan sehat.
sekarang I minta supaya I dapat lihat Nuqmans berjaya dalam kerjaya dan keluarga.
dan I memang tamak bila I minta janganlah Allah ambil Nuqmans dari I sebelum I menutup mata..
hati I tak sebegitu ampuh untuk dipisahkan dari mereka.
I yakin Allah sudah tentukan takdir yang baik untuk I dan Nuqmans,
I sangat bersyukur dipinjamkan kehidupan yang bermakna ni.
namun, I sangat bersyukur bila Allah perkenankan doa dari hambaNya yang kerdil ni.
biarlah cinta hati sudah tiada.. tapi janganlah Permata hati juga tiada..
I takut..
sebab orang tamak memang penakut sebenarnye..
semoga segalanya lebih baik dari semalam..
4 comments:
Nuqmans anak yang baik...insyaallah... saat bc ni pun tiba2 air mata mengalir saat teringat kejadian tghr td...bila tiba2 ada sekolompok budak2 kat depan lif.. tiba2 dtg sorang budak lelaki dan panggil kita mamaaaa... rupanya adeeb... papa pun touching bila dia knal kami..siap nak ikut papa balik rmh... Papa kata budak ni mmg mengenang budi.. dia ingat org yg bagi dia ksh syg.. we love nuqmans!
korg jumpe Adeeb tadi? die baru blk skolah la tu.
mekaceh sebab sayang Nuqmans. =)
I'm touching too..dh lma x mngomel..tetiba entry kali mnyenth naluri..
dlm soal ank2..mmg la kita seolah2 agak tamak..tp rasanya semua ibu mmg mcm tu,,nk segala2nya utk anak..biar ibu x dpt apa pn aslkn anak2 dpt..
erm..luv nuqmans jga wlpun x prnh bersua..tetap rasa dekat..
-kak wati-
btol tu kak, ibu memang tamak demi anak. ape2 buat pon mesti ada untuk anak jugak.
mekaceh gak sayang Nuqmans.. harap2 nanti kite dapat bersua. =)
Post a Comment