26 September 2014

aktiviti Adeeb Seminggu


aku time cuti sekolah merayau area rumah aje.
time tak cuti kemain travel.. buking hotel bagai. sebab masa tu price tak mahal. hahahaa
tedekottt

sok pagi nak pi gambang.
yeay!!

amik family room.. ada 2 bilik. share ngn adik aku.
so dapat la murah sorang bayar sorang RM150 untuk bilik.
kalau amek suite tu kang 1 family aje dah RM2++. tak masuk makan.

dapat lak member aku keje situ, so dia arrange pakej yang siap dinner.
Alhamdulillah... rezeki betoi.
niat nak happykan anak2.

ni gambar masa kat melaka

sian kat Adeeb.
dia kepenatan skang.
lepas tabika abeh pukul 12 skang aku atau ajim akan amek dia. bawak pi makan. then hantar transit kat tahfiz. pukul 2-6pm.
kalau dulu bergaduh nak soh dia tido petang skang tak payah dah. petang2 dia pi ngaji. so bermanfaat sikit masa dia.

dia cakap belajar situ seronok. ustazah bagi belajar 10 menet main 5 menet.
aritu aku datang tengok masing2 terjerit2 seronok. rupenye tengah main sorok2.
eh ngaji main sorok2?
aah.. sorang akan sorok kad. yang lain carik.
bila jumpa ad tu kena sebut huruf tu sekali dengan bunyi.

oo patutla dia seronok. belajar sambil beraktiviti.
(nanti aku post pasal pusat tahfiz dia)

yang aku seronok pulak.. skang budak transit baru 3 orang. so Ustazah memang boleh fokus kat diorang. aritu saja aku tanya belajar sampai mana.. ni huruf apa.. macam mana bunyi dia..
Alhamdulillah.. dia boleh beza bacaan Mad.. bacaan Tanwin..
padahal baru masuk 3 minggu ngaji situ.

Malam2 dia ada ngaji Isnin sampai Khamis kat blok rumah aku ni tingkat 12.
aku tanya.. adeeb nak ngaji lagi ke? petang dah pi tahfiz. malam nak jugak?
dia kata nak... sebab kat situ baca iqra.

padahal dia suka kat situ sebab sume anak2 jiran ngan geng2 sekolah dia.
tapi aku galakkan la jugak. Tahfiz tu membantu dia Iqra dengan lebih cepat dengan bacaan yang betul. ngaji kejap je malam.. 8 - 8.45pm. lagipon senang anta.. naik lift tekan tingkat 12 aje.
dok rumah pon dia dok gado ngan Afiq manjang.

waktu relax Adeeb??
selalu dia bangun subuh tu.. lepas subuh aku soh mandi siap2 pakai baju sekolah kemas beg. selalu sebelum 7.30 dia dah siap. then dia tengok tv. tunggu aku siap nak pi keje dalam pukul 8.10 camtu baru turun. petang pulak pukul 6.30 sampai kat rumah kena mandi cepat2 thn dia boleh tengok tv. kadang2 dia solat. kadang2 cite best die tak solat. sabo jela. dia solat lama tau... aku tak tau dia baca ape.. yang aku tau Alfatihah ngan surah aje. lain tu cuma pergerakan sebab dia belum lancar. tapi buat gerak2 camtu pon lama kemain... aku takla marah.. biokan aje..
pukul 7.55pm aku anta naik atas.. pi ngaji.

then balik ngaji aku bagi dia nak tengok tv ke nak main ke ape.. 8.45 sampai 10pm. kalau ada homework buat homework skali. tapi slalunya takda. dia dah siapkan kat tabika katanya.
pukul 10 wajib tido.
dulu pi rumah cikgu ida petang2 dia tido lama.. aku amek pukul 6.30 dia kadang2 baru bangun tido. aku salu marah dia tido lewat petang. problem la bila malam pukul 10 takbleh tido. terkebil2 dia atas katil.  haa sekarang tak dah.... pukul 10 aku suruh tido tu dia tak banyak soal... tak sampai 10 menet dah sampai syorgaa..

penat la tu..
ari sabtu selalunya duduk rumah sebab time tu la aku ngak mengemas ke hape. dia boleh tengok tv, gomol2 ngan Afiq or ape dia suka. setiap jumaat malam dia akan cakap... bu, sok cuti kan?? Adeeb nak bangun lambat. aku pon.. okeeeeee. 
tapi lambat dia tu 8.30 dah bangun. hahahaha

sabtu malam selalunya kitorang balik nilai or sepang. ahad petang baru balik sini.
haaa bizi nyela setiap minggu.

kalau tak balik sana selalunya kitorang melepak sekitar putrajaya ni la..
naik bot, lepak kat tasik.. pi makan.. or mana2 la area sini.

ni banyak sikit xtvt sebab Ajim tengah cuti.
InshaAllah bulan depan dia start keje kat Bangi. so aktiviti terhad la balik sebab dia kerja isnin smpai sabtu. kompem tak pi mane dahla kecuali hari Ahad. 

so sementara ajim ada masa ni kitorang nak merayau2 la jugak.
tu yang besok pi gambang tu.
cuti sekolah seminggu aritu Adeeb join program kat tahfiz.
sebab aku kerja. dia takleh la nak pi mane. baik join program.

okeh ni upah ganti cuti sekolah untuk Adeeb la niii. hihihhh

boleh pulak isnin aritu Adeeb cakap nak pi lawatan. Hoh?? dia tunjuk surat cikgu baru bagi.  jumaat (arini 26/9)  ada lawatan tabika pi Zoo, pi tgk panda ngan muzium duit syiling. yuran Rm50.
then aku pujuk.. tak payah la pi..
esoknye nak pi gambang.. situ pon ade Zoo.. kite nak tido hotel.. nak mandi2..

mula2 dia macam sedey kot. Aku tau dia nak pi tu sebab seronok ngan kawan2. lagipon tahun ni kan last die kat tabika tu. tahun depan dah darjah 1. oih cepatnye anak aku membesar.
tapi ari rabu cmtu dia macam ok plak.. dia kata.. cikgu cakap dengar cakap ibu.. kalau ibu tak bagi pergi jangan paksa ibu.. tak baik. berdosa. sebab tu Adeeb taknak paksa. lagpon kan sabtu kita nak pegi jalan-jalan..
alahai.. baiknye la anak... sejuk perut ibu.

okeh besok ngan ahad ibu bagi Adebb mandi ngan main puas2 ya! 
\

i love u sayang!

No comments:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™