Terdapat fesyen atau cara bertudung yang tidak
menepati maksud sebenar menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh
syara‘. Sebahagian wanita kadang-kadang tersilap dalam memilih cara
seorang muslimah dengan memakai tudung mengikut arus moden atau
up-to-date. Pada hakikatnya mereka masih belum menepati gaya sebenar
yang dituntut dalam menutup aurat. Ini mungkin disebabkan mereka kurang
memahami konsep sebenar pemakaian tudung dalam Islam kerana lebih
mengutamakan fesyen.
Maka ruangan Irsyad Hukum pada kali ini akan menjelaskan cara yang patut diikuti dalam pemakaian tudung supaya kesilapan mengenainya tidak berterusan dilakukan oleh orang Islam, khususnya para wanita Islam.
Maka ruangan Irsyad Hukum pada kali ini akan menjelaskan cara yang patut diikuti dalam pemakaian tudung supaya kesilapan mengenainya tidak berterusan dilakukan oleh orang Islam, khususnya para wanita Islam.
Hukum Memakai Tudung
Menutup kepala bagi wanita Islam apabila di hadapan lelaki bukan mahram adalah wajib. Ini bererti, tidak boleh tidak, seorang wanita Islam wajib memakai tudung apabila berada di khalayak ramai atau di hadapan lelaki asing. Pada dasarnya, wanita yang memakai tudung itu akan mendapat pahala kerana telah menunaikan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana yang dituntut oleh
syara‘. Sekalipun demikian kita perlu mengetahui ciri-ciri dan cara memakai tudung yang menepati kehendak hukum syara‘.
Menutup kepala bagi wanita Islam apabila di hadapan lelaki bukan mahram adalah wajib. Ini bererti, tidak boleh tidak, seorang wanita Islam wajib memakai tudung apabila berada di khalayak ramai atau di hadapan lelaki asing. Pada dasarnya, wanita yang memakai tudung itu akan mendapat pahala kerana telah menunaikan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana yang dituntut oleh
syara‘. Sekalipun demikian kita perlu mengetahui ciri-ciri dan cara memakai tudung yang menepati kehendak hukum syara‘.
pakai tudung besar pon cantik ape?? |
Agama Islam telah menggariskan ciri-ciri tudung dan cara pemakaian tudung yang perlu diikuti. Antaranya adalah seperti berikut:
i. Memakai tudung labuh yang menutupi aurat di bahagian kepala sehingga ke bahagian dada.
i. Memakai tudung labuh yang menutupi aurat di bahagian kepala sehingga ke bahagian dada.
tudung pendek nampak dada |
ii. Memakai tudung yang diperbuat daripada
material tebal yang menutupi warna kulit dan rambut dari kelihatan.
Maksud tudung yang tebal ialah tudung tersebut tidak jarang, tidak nipis
atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau
anggota aurat.
tudung nipis serupa tak pakai tudung |
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada mengingatkan perkara tersebut dengan bersabda:
Maksudnya:
Maksudnya:
“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama)….”
(Hadits riwayat Muslim)
iii.Tidak memakai cemara atau sanggul yang tinggi
Terdapat segelintir wanita yang bertudung dengan memakai sanggul palsu. Tujuannya agar kelihatan lebih cantik berbanding tidak memakainya.
Terdapat segelintir wanita yang bertudung dengan memakai sanggul palsu. Tujuannya agar kelihatan lebih cantik berbanding tidak memakainya.
Perlu
diketahui bahawa memakai sanggul yang terlalu menonjol merupakan antara
perkara yang dilarang melakukannya. Larangan tersebut sangat keras
sehingga dinyatkan bahawa seorang wanita yang melakukannnya tidak akan
masuk syurga hatta menghidu bau syurga. Padahal bau syurga itu boleh
dihidu dari jarak yang sangat jauh. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam menyatakan perkara tersebut dalam sabda Baginda:
Maksudnya:
Maksudnya:
“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
(Hadits riwayat Muslim)
Memakai
cemara itu termasuk memakai rambut tambahan, samada daripada rambut
lain atau bukan daripada rambut seperti nilon atau lain-lain yang
digunakan untuk membesarkan sanggul.
Selain larangan memakai
cemara, menyambung rambut juga termasuk perkara yang dilarang meskipun
lengkap memakai tudung. Memakai rambut tambahan atau menyambung rambut
dihukumkan haram bagi perempuan dan juga lelaki.
iv. Tudung tidak mengandungi gambar atau lukisan
objek yang bernyawa atau lambang yang diharamkan Islam melarang
menggunakan kain, selimut, langsir yang terdapat padanya lukisan atau
gambar sesuatu yang bernyawa seperti gambar atau lukisan manusia atau
haiwan.
v.Tidak melampau atau berlebih-lebihan
Perbuatan berlebih-lebihan boleh sahaja
mengubah fungsi tudung yang pada asalnya digunakan untuk menutup aurat
kepada perhiasan untuk mencantikkan diri dan menjadi tarikan kepada
orang yang melihatnya. Selain itu, berlebih-lebihan dalam sesuatu
perkara termasuk bertudung kadang-kadang akan menimbulkan
perkara-perkara negatif yang dilarang orang Islam melakukannya antaranya
membazir.
sebab ada jenama dan batu permata.. harga jadi ratusan ringgit. |
Pembaziran boleh berlaku jika seseorang itu
berlebih-lebihan dalam pemakaian tudung. Sikap berlebih-lebihan ini
didorong oleh nafsu keinginan untuk kelihatan cantik dan menarik atau
keinginan untuk bermegah dan menunjuk-nunjuk. Seseorang sanggup membeli
tudung dan aksesori tudung yang terlalu mahal dan terlalu banyak
sehingga melebihi had yang sepatutnya demi memastikan penampilannya
kelihatan menarik dan sentiasa mengikut tren terkini. Umat Islam sangat
dilarang dari melakukan perbuatan membazir dan berlebih-lebihan
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.”
(Surah al-Israa’: 26)
Dari
penjelasan ini, disarankan kepada setiap wanita Islam khususnya
untuk mengetahui, memahami dan seterusnya mengikuti konsep bertudung
yang dikehendaki oleh syara‘.
*semua gambar adalah kredit kepada incik gugel.
* post ini dibuat sebagai peringatan sesama kita dan tiada niat mengaibkan mana2 individu
ini ialah Makbed..
I suke kasi die glemer..
die kata die pakai Pashmina 10 hengget aje..
ape kata ko wat tutorial pakai Pashmina mek..
I nak blaja.. bertudung murah, besar dan tutup dada.
2 comments:
I pun pakai pashmina je, selesa pakai..wlaupun org kate nmpk mcm panas, tapi ade je yg selesa dipakai..kena pandai pilih..mmg x mahal pun, rm10 je dh dpat..hehe
kan.. aku pon nk tuka tudung la...
kurangkan tudung pendek.. lame2 tinggalkan tros. hehehe
Wanie, ce bagi link blog ko jap weh.. ilang dah. bile klik nama ko masuk google acc lak.
Post a Comment