09 March 2012

John Carter

Malam tadi abes kelas awal.
pukul 10 da terpacak kat Alamanda.
appointment ngan bofren baru I, John Carter.
first day tayangan kat Msia tau!

Adik I ngan asben die pon tengok skali. tapi dapat seat lain2.
I on aje, yang penting dapat lyan muvi suda.


Filem ni menelan belanja sekitar AS$250 juta. Ia adalah percubaan sulung Andrew Stanton dalam filem epik sebab sebelum ini beliau terkenal menerusi karya animasi hebat termasuk Up, Toy Story, A Bug’s Life, Monsters Inc, Finding Nemo, The Incredibles, Cars, Ratatouille dan WALL-E.
Filem ni diterjemahkan daripada novel nukilan Edgar Rice Burroughs berjudul Princess of Mars, kira-kira 100 tahun lalu.

Watak John Carter dilakonkan oleh Taylor Kitsch. Sebelum ini die berlakon filem Snakes On A Plane, The Covenant, Gospel Hill dan X-Men Origins: Wolverine.

Cerita ni pasal Kapten John Carter, seorang tentera yang dapat banyak pingat mase berkhidmat sebagai tentera. Tapi sebab tragedi berlaku dalam family die membuatkan John patah hati nak berperang untuk orang sedangkan die gagal lindungi keluarga die.
Die jadi tentera yang melarikan diri dari kembali bertugas dan sibuk dengan aktiviti mencari emas di 'gua labah2'.
hingga 1 hari mase tengah larikan diri dari puak orang asli, die jumpa gua yang banyak emas tu. Dengan tak sangka2 terserempak dengan seorang 'thern' iaitu pengembara masa dari planet Marikh. Berlaku sedikit pergelutan yang tetibe buat John tercampak kat 1 kawasan lapang dengan bantuan 1 loket power.

John dengan orang asli Tars Tarka
Graviti di planet tersebut buat John agak Terror untuk melompat lebih tinggi. eh, da lagu shiela on seben la plak. Kebolehan melompat die tu buat puak orang asli tu agak kagum dengan die. So diorang tak bunuh die dan nak jadikan die macam haiwan peliharaan la.
Tapi John memang keras kepala dan tak reti putus asa. so die sentiasa aje nak larikan diri. Dalam tengah dok pening2 melayang kerenah puak Tars tu, John nampak perang angkasa antara Puak Helium dengam Zargoon (kalau tak silap la. amnesia kejap).  Mase ni John secara tak langsung tolong selamatkan nyawa Princess (amnesia lagik, lupe dah). 
Then start tu John baru tau die sebenarnye kat planet yang jaraknye 500juta tahun cahaya dari Bumi iaitu Barsoom atau kite panggil Marikh. Barsoom tu istilah puak2 Marikh la. then nama planet bumi adelah Jarsoom. huuu... manje gitewww

John dengan puteri Marikh lakonan Lynn Collins





Pengembaraan John bertambah menarik sebab John nak cari jalan balik ke Bumi. Tapi Princess ni nak minta die tolong orang2 Helium bebas dari cengkaman musuh diorang. John ni plak dah jatuh cinta dengan princess. mule2 keras ati nak tolong orang lagi. tapi lama2 jadi lembut gak hati die.

John kat depan bandar Helium
Akhirrnya John dapat jugak cara nak balik bumi. tapi die dah jadi serba salah sebab tak tolong princess tu. Then bile nak tolong John kena tangkap degan 'thern' tapi berjaya lepas dengan bantuan 'puppy' somel puak Tars tadi. Then John balik kat kampung orang asli nak mintak bantuan semua puak2 tu bantu Helium.

Tapi rupe2nye puak Tars dah bertukar ketua yang jahat. John kena penjara dan dipaksa jadi athlete kat gelanggang pertarungan diorang. lawannye pulak adalah Kera putih di Marikh. bukan sekor, tapi 2 ekor. huu.. mase ni best.


aksi pertarungan John dengan 'kera putih'
John dapat bunuh ketua Tars yang jahat tu, so die dapat pimpin puak Tars join perang kat Helium. akhirnye mereka menang dan John kawen dengan princess. sebab dah hepi dok kat Marikh, John buang loket power yang boleh bantu die balik ke bumi.Kengkonon tamo balik bumi dah. malangnye 'thern' yang jahat tu idup  lagi dan campak John balik ke bumi. 

So,  uolls rase die dapat tak balik kat bini die?? loket da takde. camne nak balik kat Marikh neh?
ha, I da citer 95% muvi ni. tinggal g tengok ending aje. huuuu... 


princess gojes
Best cerita ni.
ade lawak, ade sentuh perasaan sket2, ade romance, dan action die tentulah best,.
I paling suke anak2 Tars yang baru menetas tu.. alolo somelnye... huhu.. 'puppy' Tars tu bukanla anak anjing. tapi merupakan Pet kat Marikh yang setia. macam Puppy la kan. tapi die lagi hebat sebab boleh gerak sangat laju. memula geli nengoknye, lame2 rase somel la plak. Ngeng!!

yang dok merangkak tu la 'puppynye' huhuhh

tak rugi pi tengok. sebab banyak lawak spontan yang mencuit hati.
terutamanya perangai John yang sengal2 ubi dan watak orang Tars tu. hahahahaa...
tapi macam biase la, I agak boring kalau ade adegan bercakap2 yang banyak ni.
walaupon adegan tu sarat dengan Info, I lagi suke die buat flashback kejap2 pasal tragedi dalam family die tu. so, sambil tengok adegan fight pon viewers dah boleh tau ape yang berlaku pada family John Carter.


so, rating untuk Muvi ni I bagi 4 stars.


semoga segalanya lebih baik dari semalam..

No comments:

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™