09 January 2013

Bertudung dengan Sempurna



Terdapat fesyen atau cara bertudung yang tidak menepati maksud sebenar menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara‘. Sebahagian wanita kadang-kadang tersilap  dalam memilih cara seorang muslimah dengan memakai tudung mengikut arus moden atau  up-to-date.  Pada hakikatnya mereka masih belum menepati gaya sebenar yang dituntut dalam menutup aurat. Ini mungkin disebabkan mereka kurang memahami konsep sebenar pemakaian tudung dalam Islam kerana lebih mengutamakan fesyen.

Maka ruangan Irsyad Hukum pada kali ini akan menjelaskan cara yang patut diikuti dalam pemakaian tudung supaya kesilapan mengenainya tidak berterusan  dilakukan oleh orang Islam, khususnya para wanita Islam.


Hukum Memakai Tudung

Menutup kepala bagi wanita Islam apabila di hadapan lelaki bukan mahram adalah wajib. Ini bererti, tidak boleh tidak, seorang wanita Islam wajib memakai tudung apabila berada di  khalayak ramai atau di hadapan lelaki asing. Pada dasarnya, wanita yang memakai tudung itu akan mendapat pahala kerana telah menunaikan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana yang dituntut oleh
syara‘. Sekalipun demikian kita perlu mengetahui ciri-ciri dan cara memakai tudung yang menepati kehendak hukum syara‘.
  
pakai tudung besar pon cantik ape??
 Agama Islam telah menggariskan ciri-ciri tudung dan cara pemakaian tudung yang perlu diikuti. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Memakai tudung labuh  yang menutupi aurat di bahagian kepala sehingga ke bahagian dada.
tudung pendek nampak dada
ii. Memakai tudung yang diperbuat daripada material tebal yang menutupi warna kulit dan rambut dari kelihatan.  Maksud tudung yang tebal ialah tudung tersebut tidak jarang, tidak nipis atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat.
tudung nipis serupa tak pakai tudung

Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam  ada mengingatkan perkara tersebut dengan bersabda:

Maksudnya:
“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian  tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian  tiada menutup aurat  kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama)….”
(Hadits riwayat Muslim)


iii.Tidak memakai cemara atau sanggul yang tinggi

Terdapat segelintir wanita yang bertudung dengan memakai sanggul palsu. Tujuannya agar kelihatan lebih cantik berbanding tidak memakainya.

 
Perlu diketahui bahawa memakai sanggul yang terlalu menonjol merupakan antara perkara  yang dilarang melakukannya. Larangan tersebut sangat keras sehingga dinyatkan bahawa seorang wanita yang melakukannnya tidak akan masuk syurga hatta menghidu bau syurga. Padahal bau syurga itu boleh dihidu dari jarak yang sangat jauh. Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan perkara tersebut dalam sabda Baginda:

Maksudnya:
“Ada dua golongan ahli  neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian  tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian  tiada menutup aurat  kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
(Hadits riwayat Muslim)

Memakai cemara itu termasuk  memakai rambut tambahan, samada daripada rambut lain atau bukan daripada rambut seperti nilon atau lain-lain yang  digunakan untuk membesarkan sanggul.

 

Selain larangan memakai cemara, menyambung rambut juga termasuk perkara yang dilarang meskipun lengkap memakai tudung. Memakai rambut tambahan atau menyambung rambut dihukumkan haram bagi perempuan dan juga lelaki.  
iv. Tudung tidak mengandungi gambar atau lukisan objek yang bernyawa atau lambang yang diharamkan Islam melarang menggunakan kain, selimut, langsir yang terdapat padanya lukisan atau  gambar sesuatu yang bernyawa seperti gambar atau lukisan manusia atau haiwan. 
v.Tidak melampau atau berlebih-lebihan

Perbuatan berlebih-lebihan boleh sahaja mengubah fungsi  tudung yang pada asalnya digunakan untuk menutup aurat  kepada perhiasan untuk mencantikkan diri dan menjadi tarikan kepada orang yang melihatnya.  Selain itu, berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara termasuk bertudung kadang-kadang akan menimbulkan perkara-perkara negatif yang dilarang orang Islam melakukannya antaranya membazir.
sebab ada jenama dan batu permata.. harga jadi ratusan ringgit.
Pembaziran boleh berlaku jika seseorang itu berlebih-lebihan dalam pemakaian tudung. Sikap  berlebih-lebihan ini didorong oleh nafsu keinginan untuk kelihatan cantik dan menarik atau keinginan untuk bermegah dan  menunjuk-nunjuk. Seseorang sanggup membeli tudung dan aksesori tudung yang terlalu mahal dan terlalu banyak sehingga melebihi had yang sepatutnya demi memastikan penampilannya kelihatan menarik dan sentiasa mengikut tren terkini.  Umat Islam sangat dilarang dari melakukan perbuatan membazir dan berlebih-lebihan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.”
  (Surah  al-Israa’: 26)

 

Dari penjelasan ini, disarankan kepada setiap wanita Islam khususnya untuk mengetahui, memahami dan seterusnya mengikuti konsep bertudung yang dikehendaki oleh syara‘. 
 


*semua gambar adalah kredit kepada incik gugel.
* post ini dibuat sebagai peringatan sesama kita dan tiada niat mengaibkan mana2 individu


ini ialah Makbed..
I suke kasi die glemer..
die kata die pakai Pashmina 10 hengget aje..
ape kata ko wat tutorial pakai Pashmina mek..
I nak blaja.. bertudung murah, besar dan tutup dada.
*jgn marah eaaa** sharing is caring...=)
 
semoga segalanya lebih baik dari semalam..

2 comments:

YaNg AyEsHa said... [Reply To Comment]

I pun pakai pashmina je, selesa pakai..wlaupun org kate nmpk mcm panas, tapi ade je yg selesa dipakai..kena pandai pilih..mmg x mahal pun, rm10 je dh dpat..hehe

Aliah Nuqmans said... [Reply To Comment]

kan.. aku pon nk tuka tudung la...
kurangkan tudung pendek.. lame2 tinggalkan tros. hehehe

Wanie, ce bagi link blog ko jap weh.. ilang dah. bile klik nama ko masuk google acc lak.

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™