No matter HOW MUCH we consider the future, No one can see the TRUTH
29 February 2016
Aura dari bos
Assalamualaikum...
rindunyeee nak berceloteh kat sini.
rindu free time berblogging.
**balik2 itu aje ayat aku kan??
tapi tu lah hakikatnya..
memang aku rindu free time nak berblogging.
ni buka PC sebab arini sampai opis pukul 8.15.
hahahah sampai staf aku tanya.. apesal puan datang awal ni?
kahkahkah.. sipott..
tapi aku happy kebizian hidup aku yang tunggang langgang ni.
Allah memberikan aku lebih rezeki bila aku sibuk.
bila seronok banyak-banyakkan sebut Alhamdulillah..
time bawa kereta nyanyi2 zikir ustaz apo namo tu kat Astro oasis.
La ila hailla anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin..
balik-balik aku nyanyi sambil lenggok-lenggok badan lagi.
Adeeb pon tau itu "lagu" favourite ibu.
bila dah dapat time mcm ni aku jadi blur pulak nak tulih apa.
aku ni dah kenapa?? hahahaha
minggu lepas aku kursus 3 hari kat ILKAP Bangi.
punye la rajin berkursus.. baru habis bulan 2 aku dah cukup KPI 7 hari berkursus. Yeay!!
tahun ni aku nak excellent... nak aktif kununnye,,
family day MOF pon aku volunteer jadi urusetia.
nak aktif balik..
miss my busylife.
rasanya hasil pengaruh bos baru aku jugak kot.
Dato' Badri nama dia.
dalam opis dia ada barang-barang seni dan alat muzik tau.
then dia suka tea time dengan staff bawahan.
kalau ada makan-makan dia suka join. siap bagitau lagi.. kalau makan-makan jangan lupa jemput saya. saya suka makan. hahahaha
tapi sebenarnya dia bukanlah kuat makan. aku tengok biasa aje. tapi dia suka bersosial.
siap nasihat lagi.. uolls silalah bergaul dengan semua orang. campur aja apa-apa jenis orang. nanti kat situ kamu akan dapat kembangkan networking kamu. di mana-mana sentiasa up to date dengan info sambil belajar dalam hidup juga.
eh bagus bos neh... ko jangan pelik tiba-tiba dia muncul depan meja kau setakat nak tanya 1 fail. dia suka nak kenal muka staff, bos dulu duduk dalam bilik aje. setahun duduk department ni boleh kira berapa kali aja terserempak.
Dato; Bad ni siap tanya.. bila family day kita? saya nak tanya info pasal department ni. nak buat kuiz... haa.. pitammm
aku dah 3 tahun kat sini pon ramai pegawai aku tak kenal lagi. hahahahah
Dato siap suruh cari lagu apa yang bunyi kat mesin punch card tu... nanti dia nak tanya... jangan sibuk kejar punch card nak balik aje.
2 comments:
Dapat bos gini, barulah semangat nak kerja. Rasa kita dihargai dan kita nak buat kerja pun tak berkira.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.
Post a Comment