Baru ni cuti Hari Wilayah.
1 Feb 2016
memandangkan seharian duduk rumah aku nak la bawak Nuqmans jalan-jalan.
dan aku tau selalunya Putrajaya Cruise akan buat promo sempena hari wilayah.
so aku tengok Lepa-Lepa Boat dengan Perahu dondang sayang ada offer
dewasa Rm10
kanak-kanak Rm6.
Nuqmans suka naik dondang sayang tu sebab bot tu kecil dan laju. dekat pulak dengan air. so diorang suka la..
tapi petang tu aku sampai sana dalam dekat-dekat pukul 5 petang. nak naik bot offer dia kata Fatih tak boleh naik sebab kecik sangat. kena ada life jacket baru naik.
aku cakap ada saiz baby kan? dia kata ada. tapi anak akak kecik sangat.
ok test dulu boleh muat ke tak.. kalau boleh baru beli tiket.
so ada sorang staff perempuan ni bawa Fatih pi test life jacket.
then dia datang cakap.. ok boleh ada saiz.
tapi perahu takleh nak naik sebab awan sebelah masjid tu dah gelap takut hujan nanti basah.
alahai belum pun hujan lagi kak. baru nak gelap aje.
yela boat attendance kata tak boleh, kami tak boleh buat apa.
then sorang lagi staff indian kata akak try tanya kaunter ya.
aku dah senyap. Ajim pon dah pandang Afiq.
Afiq dah excited nak naik bot. dah tak sabar turun kat jeti.
Afiq ngan Adeeb dah duduk tepi dataran tu mata tak lepas tengok tasik. aku panggil pon taknak datang dah.
Adeeb takpe lagi boleh slow talk.
Afiq takde kompromi
okla.. bot apa yang boleh naik ye?
picnic boat boleh la kak. sebab dia kat depan ni aje. tak pergi kat belakang.
berapa?
Rm50 1 bot untuk setengah jam.
ha boleh la.. kang anak saya ngamok nak naik bot jugak.
so aku pon pergila kaunter bayar jelah
masing-masing excited nak naik bot.
ni la picnic boat.
boleh naik maksima 8 orang 1 bot. boleh lepak dan makan-makan atas bot.
tengok awan belakang masjid tu..
yang diorang cakap gelap nak hujan.
tang mana gelap dia tah..
tengok balik gambar ni aku rasa nak marah.
life jacket ni ngam-ngam sendat kat Fatih. dia pakai basah berpeluh-peluh
ni je gambar dapat ambil pada 10 minit pertama.
lepas tu tak tenteram dah.
sebelum naik bot diorang brief jangan pi jauh-jauh. jangan buka life jacket anak takut emergency ke hape. sebab picnic boat ni pintu dia takde pagar kena jaga sikit takut anak lari pi situ ke ape kan.
mula-mula je masing masing excited dapat naik bot.
lepas tu tak sampai 10minit masing-masing tak tahan dah.
pakai life jacket kan panas.
masing-masing dah basah peluh.
bot tu pulak lumba dengan Fatih merangkak laju lagi Fatih.
sebabkan bot lembap nak mamppp so takdela rasa angin petang ke hape. masing-masing muka dah boring. fatih dah nangis-nangis so aku buka jugak life jacket dia. basah jerut badan.
then Afiq pulak start tantrum dia. dia kepanasan dan boring.
nak lasak-lasak aku tak bagi, sebab takut jatuh dalam air.
nak tengok pemandangan bukan dia reti sangat tengok sebab bot pon tak bergerak sangat so itulah view dia dari tadi dok depan masjid aje.
sudahnya patah balik jelah tak sempat 20 menet pon kitorang dalam bot tu.
then tiba-tiba nampak diorang jalan juga perahu dondang sayang tu dengan penumpang agak penuh jugak. bukan 1 tau.. tapi 2 perahu.
siap ada baby jugak.
eh jilake betul...
sakit pulak ati aku.
aku nak beli tiket dia kata nak hujan la... baby tak de saiz life jacket lah...
bila orang ramai datang tetiba boleh pulak ko jalan.
sampai jeti aku terus tanya. apesal aku nak naik korang cakap nak hujan la.. dah mendung la.. ape la.. cakap jela kena tunggu orang ramai naik sekali penuh bukan aku takleh tunggu pon. tak pasal-pasal aku beli tiket picnic bot yang tak best tu.
dia cakap bukan kak.. akak ada baby takleh naik perahu.
otak ko... mula-mula cakap asalkan muat life jacket. bila anak aku muat ko cakap baby takleh naik perahu. ko ingat aku tak nampak ke bot tadi ada baby jugak?
pahtu budak tu terdiam.
aku tanya sape incharge ni? korang ni penipu la.. taknak buat offer cakap. aku boleh bayar penuh, tapi jangan menipu. anak aku nak naik bot laju pon takleh.
dia kata no fon person in charge ada kat kaunter.
masa nak pi kaunter tengah-tengah marah tu Ajim cakap... dahla yang.. kalau diorang bagi naik perahu pon tak payah. kita balik aje.
dia dah geram kot sambil dukung Fatih dengan pegang tangan Afiq nak naik atas. dia kalau marah camtu la.. diam aje taknak komen.
dah nak sampai kaunter tu aku jumpa lagi staff perempuan dengan lelaki india tu.
aku cakap.. tak patutla camni kak. kitorang naik naik perahu cakap nak hujan la ape la.. tapi tak hujan pon. siap bagi orang lain naik lagi. bukan 1 tapi 2 bot skali jalan.
dia kata kami mintak maaf banyak-banyak.. kami assist aje. kami kena ikut cakap boat attendance. maaf ye puan.
lain kali kalau taknak buat promo cakap. bukan saya tak boleh bayar. harga tiket penuh naik perahu pon baru RM52 untuk 4 orang.
saya bayar Rm50 duduk berpanas dalam bot tu tak sampai pon 20 menet anak dah menangis2.
ya puan, maaf ya. kami tak boleh buat apa. org bot yang cakap tak boleh naik perahu tadi.
eh.. memang jilake punye orang.
banyak kali bawak Nuqmans naik bot.
ni bad experience dengan diorang.
putrajaya cruise nak hire staff jangan yang pemalas.
pandai menipu dan menyusahkan orang.
sian anak aku
mencii..
No comments:
Post a Comment