Showing posts with label Putrajaya Activities. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya Activities. Show all posts

12 February 2016

Picnic Boat

Baru ni cuti Hari Wilayah.
1 Feb 2016

memandangkan seharian duduk rumah aku nak la bawak Nuqmans jalan-jalan.
dan aku tau selalunya Putrajaya Cruise akan buat promo sempena hari wilayah.


so aku tengok Lepa-Lepa Boat dengan Perahu dondang sayang ada offer
dewasa Rm10
kanak-kanak Rm6.

Nuqmans suka naik dondang sayang tu sebab bot tu kecil dan laju. dekat pulak dengan air. so diorang suka la..

tapi petang tu aku sampai sana dalam dekat-dekat pukul 5 petang. nak naik bot offer dia kata Fatih tak boleh naik sebab kecik sangat. kena ada life jacket baru naik.
aku cakap ada saiz baby kan? dia kata ada. tapi anak akak kecik sangat.

ok test dulu boleh muat ke tak.. kalau boleh baru beli tiket.
so ada sorang staff perempuan ni bawa Fatih pi test life jacket.
then dia datang cakap.. ok boleh ada saiz.
tapi perahu takleh nak naik sebab awan sebelah masjid tu dah gelap takut hujan nanti basah.

alahai belum pun hujan lagi kak. baru nak gelap aje.
yela boat attendance kata tak boleh, kami tak boleh buat apa.
then sorang lagi staff indian kata akak try tanya kaunter ya.

aku dah senyap. Ajim pon dah pandang Afiq.
Afiq dah excited nak naik bot. dah tak sabar turun kat jeti.
 Afiq ngan Adeeb dah duduk tepi dataran tu mata tak lepas tengok tasik. aku panggil pon taknak datang dah.
Adeeb takpe lagi boleh slow talk.
Afiq takde kompromi

okla.. bot apa yang boleh naik ye?
picnic boat boleh la kak. sebab dia kat depan ni aje. tak pergi kat belakang.
berapa?
Rm50 1 bot untuk setengah jam.
ha boleh la.. kang anak saya ngamok nak naik bot jugak.

so aku pon pergila kaunter bayar jelah 

masing-masing excited nak naik bot.
ni la picnic boat.
boleh naik maksima 8 orang 1 bot. boleh lepak dan makan-makan atas bot.

tengok awan belakang masjid tu..
yang diorang cakap gelap nak hujan.
tang mana gelap dia tah..
tengok balik gambar ni aku rasa nak marah.








life jacket ni ngam-ngam sendat kat Fatih. dia pakai basah berpeluh-peluh




ni je gambar dapat ambil pada 10 minit pertama. 
lepas tu tak tenteram dah.

sebelum naik bot diorang brief jangan pi jauh-jauh. jangan buka life jacket anak takut emergency ke hape. sebab picnic boat ni pintu dia takde pagar kena jaga sikit takut anak lari pi situ ke ape kan.

mula-mula je masing masing excited dapat naik bot.
lepas tu tak sampai 10minit masing-masing tak tahan dah.

pakai life jacket kan panas.
masing-masing dah basah peluh.
bot tu pulak lumba dengan Fatih merangkak laju lagi Fatih.
sebabkan bot lembap nak mamppp so takdela rasa angin petang ke hape. masing-masing muka dah boring. fatih dah nangis-nangis so aku buka jugak life jacket dia. basah jerut badan.

then Afiq pulak start tantrum dia. dia kepanasan dan boring.
nak lasak-lasak aku tak bagi, sebab takut jatuh dalam air.
nak tengok pemandangan bukan dia reti sangat tengok sebab bot pon tak bergerak sangat so itulah view dia dari tadi dok depan masjid aje.

sudahnya patah balik jelah tak sempat 20 menet pon kitorang dalam bot tu.

then tiba-tiba nampak diorang jalan juga perahu dondang sayang tu dengan penumpang agak penuh jugak. bukan 1 tau.. tapi 2 perahu.
siap ada baby jugak.


eh jilake betul...
sakit pulak ati aku.


aku nak beli tiket dia kata nak hujan la... baby tak de saiz life jacket lah...
bila orang ramai datang tetiba boleh pulak ko jalan.

sampai jeti aku terus tanya. apesal aku nak naik korang cakap nak hujan la.. dah mendung la.. ape la.. cakap jela kena tunggu orang ramai naik sekali penuh bukan aku takleh tunggu pon. tak pasal-pasal aku beli tiket picnic bot yang tak best tu.

dia cakap bukan kak.. akak ada baby takleh naik perahu.
otak ko... mula-mula cakap asalkan muat life jacket. bila anak aku muat ko cakap baby takleh naik perahu. ko ingat aku tak nampak ke bot tadi ada baby jugak?

pahtu budak tu terdiam.
aku tanya sape incharge ni? korang ni penipu la.. taknak buat offer cakap. aku boleh bayar penuh, tapi jangan menipu. anak aku nak naik bot laju pon takleh.

dia kata no fon person in charge ada kat kaunter.

masa nak pi kaunter tengah-tengah marah tu Ajim cakap... dahla yang.. kalau diorang bagi naik perahu pon tak payah. kita balik aje.
dia dah geram kot sambil dukung Fatih dengan pegang tangan Afiq nak naik atas. dia kalau marah camtu la.. diam aje taknak komen.

dah nak sampai kaunter tu aku jumpa lagi staff perempuan dengan lelaki india tu.
aku cakap.. tak patutla camni kak. kitorang naik naik perahu cakap nak hujan la ape la.. tapi tak hujan pon. siap bagi orang lain naik lagi. bukan 1 tapi 2 bot skali jalan.

dia kata kami mintak maaf banyak-banyak.. kami assist aje. kami kena ikut cakap boat attendance. maaf ye puan.

lain kali kalau taknak buat promo cakap. bukan saya tak boleh bayar. harga tiket penuh naik perahu pon baru RM52 untuk 4 orang.
saya bayar Rm50 duduk berpanas dalam bot tu tak sampai pon 20 menet anak dah menangis2.

ya puan, maaf ya. kami tak boleh buat apa. org bot yang cakap tak boleh naik perahu tadi.

eh.. memang jilake punye orang.
banyak kali bawak Nuqmans naik bot.
ni bad experience dengan diorang.

putrajaya cruise nak hire staff jangan yang pemalas.
pandai menipu dan menyusahkan orang.
sian anak aku

mencii..

28 November 2014

Parents & Baby Expo @ PICC

minggu ni ade expo barang ibu dan anak pulak dahhh...
saje gatal pegi tadi.

abeh duit aku. hahahaha


eh jumpe beg skolah Adeeb. siap beroda dan beso plak tu.. RM29 aje.
murahhh
tapi gambar ninja turtle pulak.. ah tibai jela...
adeeb tak pakai pon bleh buat beg ngaji Afiq.

baju tido budak2 banyaaakkkkk sangat...
sampai ada tempat tu semua baju RM10.
hoiiiiii
gile nehhh


ada alas tempat tido tu.. sekeping rm22. beli 2 jadi 40.
memang aku bli khas untuk Afiq.
tido manjang bocor aje.
berape kali ntah aku bangun tengah malam tukar cadar.
ha skang tuka alas aje. pahtu yang tu bleh sidai. sekejap je bleh kering.
bagus benda tu.. atas kain cotton. bawah plastik nipis. tak panas langsung.

nak toilet train anak???
ha ade yang letak atas jamban tu. muat2 bontot baby. RM20 aje.  ada holder kiri kanan. biar anak tu kompiden time berak tak jatuh. hahahaaa

ape lagi aku bli tadi ha??

malam kang nak repeat lagi la...
tadi sebab dah abeh rehat.
pahtu jalan ngan Adeeb lak tu.. takleh merayau sangat mane nak membelek nak tengok Adeeb lagi.  risau la kang tetiba kena buat announcement ade orang ilang Anak.

malam kang nak soh Ajim balik Awal la.. biar aku pi sorang2.
hahahahaahaahahaha
kua tanduk aku..

aihh ni la susahnye rumah depan PICC neh..




25 November 2014

Fish & Co @ IOI City Mall


ahad lepas pepagi pukul 9 dah pegi PICC.
biarpon depan rumah kena pi awal sebab kompem jem.
huihh dahla pukul 9 start... pukul 9 tu dah jem. gileee

penangan upin ipin punye pasal la ni...
tapi aku pegi sebab adik cakap dalam dewan tu ada booth baju sekolah canggih.
alahai.. apesal ari jumaat aritu aku tak masuk?
isk..

sekali pagi tu amek kau.. kepmain la padat manusia dalam dewan tu. pahtu masing-masing takmo bergerak. so memang takde peluang aku nak jengah booth canggih tu.
takpela.. marila kita keluar sebelum aku sesak napas.

kat luar dewan ada lagi motor kecik ni.. aritu Afiq takde.. mehla amek gamba afiq jap.
adehla orang ramai kat keliling.. teros lembik die..
eiii gorammm


ni la satu2nya gambar yang pandang camera.

Adeeb pulak buat muka toya sebab kat belakang tu ada mainan lampu2. dia nak.. aku tak bagi.
tu tengah cembeng tahan nangis la tu..
geramnyee... 

dah jom balik...
aku blanje popcorn sorang satu aje.
hoi itu pon rm5 secawan.
popcorn letak dadah ke ape??

Ajim boring baru keluar rumah dah nak balik. 
ok la jom pi IOI city mall sebab dia baru bukak. kita tengok ape ada.
ha kat IOI tu ada tempat main Ice Skating.
sape nak bleh la pegi.  aku lupe nak snap gambar sebabnye aku dah kebulur.

ajim ngan budak2 sebok tengok orang ber ice skating. aku carik tempat makan.
food junction tak bukak lagi. alahaiii

pi tingkat 1 jumpa Fish & Co.
tengok2 menu dia lebih kurang ngan Manhattan Fish Market.
ha masuk jela... aku dah menggigil.



budak-budak dapat set fail ni.
dalam ada crown ikan ngan activity sheet.
so budak2 dok diam la...
tapi tak bagi pensel. appara...

ko tengok dia hidang cutleries??
kalo tetiba ade penjahat senang nak tikam sambil lalu.

crown fish si kecik ni awal2 dah koyak






nasib baik ibu ade bawak pen.
khusyuk dia buat sambung2 nombor dengan cari beza gambar.

kedai ni kecik aje.
agak sempit.
stroller pon kena letak luar



ini kids meal.
bleh pulak nugget over garing. ades sedap lagi cekodok aku buat.
ilang rasa nugget dah.


okeh...  set ni sume ado.. yang tak sedapnye adalah ikan dia nipis kecik dan tawar.
nasik pon kureng.. sebab macam ala-ala pulut dah aku rasa.
ke dia nak buat nasi minyak tak jadi?


tapi tengah lapar sume bedal. nasi kena tambah sebab tak cukup.
lauk memang melambak la..

melambak-lambak pon aku ode gak sotong goreng tepung die.
ok yang ni sodap...
banyakk. so asingkan sikit sekali fries ngan nugget nak tapau.

budak banyak songeh ni bagi pegang pen ngan kertas dia diamla kejap.
suap nasik banyak2 pon dia tak sedar. hahaha


sedap tak makan kat sini??
selera aku sedap lagi manhattan kot...
harga pon mahal manhattan dalam 4-5 hengget aje.

tak lama pahtu adik aku datang join kitorang merayau.
sekejap je kat IOI ni..
 takde ape nak beli.

tapi ajim ngan Mie (laki adik) share beli selipar dr Cardin sebab buy 1 free 1.
seb baik selipa pompuan takde offer..

tu jela.. 
sok aku kursus lagi 2 hari.
yihaaaa boleh balik awal.
lalalalaaaa...



21 November 2014

Upin Ipin & Fia Formula E.

patutnye besok Adeeb sunat. aku nak masukkan dalam Khatan perdana kat Masjid Besi.
tapi bila nak pi register n bayar yuran org masjid kata dah penoh.
padahal aku kol sebelom tu ade kosong..

takpela.. xde rezki. iskkk

ni tengahari tadi...
sape2 yang tak tau.. 21 - 23hb ni ada karnival Upin Ipin kat PICC.
kemain sume mak bapak nak bawak anak datang sini. tak menahan..
dah nama pon depan rumah.. hari2 lalu.. mestila si bujang ni tau jugak..

tadi Lunch kat PICC. singgah jap snap gambar aje. dewan aku tak masok pon.

syarat wajib.. makan dulu..
amboii terus makan bertambah.

ok jom amek gambar.













lepas snap pic kita balik.
Adeeb pow eskrem koneto upin ipin Rm2.
huhuhuuuu
sape nak pegi silalah pegi.. pembukaan cuti sekolah ni...


ni pon aktiviti besok ada Fia Formula E kat Presint 2.
tiket paling murah RM50.
tapi hat ni takde seat rasenye.. jalan2 dalam tu jela.

aku dapat free. hehehe
alhamdulillah...

tapi aku tak pi kot...
bagi Ajim aje.. peberet dia neh.

agak2 boring minggu ni kita pi ronda jap dalam PICC.
takde barang upin ipin yee.... eskrem aje buleh!!

Haippp!!!!

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™