Showing posts with label biz review. Show all posts
Showing posts with label biz review. Show all posts

01 March 2016

Minyak Angin

sape pernah pakai minyak ni??
staff opis aku introduce semalam.
hahahaha aku tak pernah nampak.

diorang ata pakai sedap. bau pon sedap. pahtu roll on aje.
so aku beli 1 test.
ok betoiiii memang besttt

diorang kata ada macam-macam bau. tapi staff aku belikan 1 aje. bau Citrus.


mula-mula bau aku terus terbayang eskrem Split Solero tu..
adehh terus rasa nak jilat. kahkahkah..

sapu sikit kat pangkal leher. pahtu kena gelak.. tu minyak angin. bukan perfume.
aah lewww aku lupa.
pahtu aku cakap eh takpela takde rasa apa pon..


lepas 5 menet terus rasa berangin kat leher..
ah sudahhhh


tapi sedap lerrrr..
sukaaaaaa


kat opis ni rajin gak orang bentang meja jual macam-macam jamu tu jual. tapi aku tak pernah jenguk. budak-budak opis ni kata dia jual Rm15.
so diorang ni pakat-pakat beli kirim kat sorang. dapat la 1 botol Rm10.
terus aku ambil 2 sebab best.

nak letak dalam kereta.

eh aku tak jual.
sape nak pi cari sendiri 

Brand Fresh Care.

eh belek-belek kotak dia baru perasan. Model luar tu agnes monica. tu pon bawah gambar dia ada tulis. kalau tak memang aku tak kenal sape tu. hahaha

minyak ni ada kelulusan Majlis Ulama Indonesia.
keluaran PT. Ultra Sakti Indonesia

ha pi cari pii..

diorang kata kalau beli dozen boleh dapat RM7 sebotol.
entah-entah lagi murahhh



09 April 2014

Collagen Cappuccino - HKCC Nuqmans???

ape tu HKCC??


HKCC adalah nama team yang mengedarkan produk terbaik Collagen Cappuccino dengan prinsip Spread Love Together. Berniaga bukanlah semata-mata untuk untung tetapi penyebaran khasiatnya lebih penting. Sebab tu Syarat WAJIB menjadi pengedar produk HKCC Team adalah.. mereka yang terdiri daripada PENGGUNA dan PENGAMAL produk sahaja.

Collagen Cappuccino ini dalam bentuk packet minuman 3 in 1 terdiri daripada herba + collagen + Vitamin C yang mengandungi Less Caffein.  Terdapat dalam HANYA perasa CAPPUCCINO.

 
Product Killer HKCC adalah Set Combo untuk Lelaki (CCFM) dan Perempuan (HKCC).
yang dengan Izin Allah terbukti membantu sebanyak 181 kehamilan setakat April 2014.
rujuk testimoni di >>>> SINI

jangan tak percaya..
minum HKCC product boleh mengubah hidup anda juga.
ada yang jadi kurus.. ada yang jadi cerah.. ada yang Period teratur.. ada yang ketuat hilang.. ada yang parut hilang..  kalau tak percaya boleh tengok >>>> SINI

yang bagusnye, produk ni juga selamat malah baik untuk ibu2 berpantang dan menyusukan anak.
rujuk >>> SINI

kenapa hasilnya bermacam2 rupa???
sebab produk ni membantu menambahbaik dan seimbangkan hormon induvidu yang amalkan produk ni secara konsisten dan istiqamah. produk HKCC bertindakbalas dengan hormon individu.
sebab tu setiap orang hasilnya berlainan.

Malah, mereka minum bukan setakat untuk kurus.. bukan untuk pegnant. bukan untuk sihat semata.. 
HKCC juga memenuhi selera sebab ia hadir dengan pakej sedap tanpa rasa PAHIT atau rasa UBAT. yang penting sekali  TIADA PANTANG LARANG bila amalkan produk HKCC.

apa kata mereka tentang HKCC?
boleh klik  >>> SINI

BOLEH di minum dengan Suplement lain
BOLEH diminum bila2 masa (tanpa jadual)
BOLEH diminum tanpa puasa makanan tertentu
BOLEH diminum ketika haid
BOLEH minum panas2
BOLEH buat ice blended yang ohsem!
BOLEH buat cappuccino ice
or
Cappuccino Muffin.... sodappp!! 

penerimaan Alhamdulillah sangat baik malahan sangat membantu untuk mereka yang tak minum kopi.

Harga??

sekotak 20sachet untuk 10 hari pengambilan. (disyorkan 2 kali sehari)
Sekotak HKCC  RM39.90
Sekotak CCFM RM49.90
1 Set Combo Zuriat (HKCC+CCFM) RM89.90

*setiap pembelian RM10 postage dikenakan.
*sabah&sarawak postage RM15

Untuk Sebulan?
3 kotak HKCC RM119.00  / RM139ss
3 kotak CCFM RM149  / RM174ss
3 set Combo Zuriat (3 HKCC + 3 CCFM) RM268 / RM305ss

*pembelian stok sebulan free postage 

pengguna HKCC yang berminat nak jadi pengedar juga boleh lihat di >>> SINI
tapi mestilah dah jadi pengguna HKCC terlebih dahulu ye!

Nuqmans Putrajaya Stokis.

di Putrajaya Nuqmans adalah Stokis HKCC yang sah.
selain dari mengedarkan HKCC di Putrajaya. Nuqmans juga menguruskan Parcel HKCC untuk seluruh Malaysia yang membeli dari Page >>>> HKCC.

orang2 di sekitar Putrajaya dan yang berhampiran boleh self Pick Up dari Nuqmans sendiri.
InshaAllah ada mystery Gift untuk Uolls. *selagi stok masih ada

nak pembelian secara online boleh LIKE  >>>> FACEBOOK NUQMANS
atau layari  >>> WEBSITE NUQMANS
atau  >>>BLOG NUQMANS

boleh juga SMS/WHatsapp nuqmans di 016-6603741 untuk sebarang pertanyaan.

Tawaran Istimewa??
setiap pembelian 3 kotak ke atas FREE POSTAGE 
*terhad sehingga diumumkan di website

so cepat2 grab ye!

07 March 2014

Telor Masin Kak Boss

uolls suke makan telo masin tak?
I tak suke makan telo masin.
kalau makan telo masin I makan yang kuning aje. putih die tak makan.
sebab I tak tahan masin.
tapi baru2 ni bos HKCC bagi sample 4 bijik kat I.
pos okeh!
uolls pnah makan telo masin yang di pos???
macam tak tercapai dek akal aje.. takut la pecah ke hape kan..
see...smart aje die packing.
Alhamdulillah.. ade rezeki nak makan Telo Masin Kak Bos.
kali ni I boleh makan lak telo masin ni. huihh apesal die tak masin sangat ye?? 
bila tanya2.. rupa2 nya die fresh lagi.. salut hitam tu adalah sekam padi bergaram yang memasinkan telur tersebut.
makin diperam makin masin.
ooo patutla I makan telo masin ade yang tak berapa masin ade yang masin hazabedah..
maknenye.. yang masin hazabedah tu adalah yang dah lama terperam la.. dah lebih dari sebulan kot...
Asalnya telur masin ni keluaran Mertua Enterprise. Syarikat milik bumiputera. kilangnya di Malim Nawar, Perak.
tapi Bos HKCC si Haida Kamaruzaman ni dapat offer nak re-branding ke HKCC product.
tapi die takmo. Beliau nak komersilkan jugak sebab meyakini produk ini adalah produk halal dan bersih skang dalam proses untuk dapatkan Halal Jakim.
untuk pasarkan produk.. biarpun tak re-branding biasanya kami akan bagi nama glemer kat produk tu.
contohnye HKCC tu asalnya Collagen Cappuccino. tapi jadi Haida Kamaruzaman Collagen Cappuccino (HKCC).
telo masin ni pulak stokis2 kopi la letak nama Telur Masin Kak Bos.
terus lak lekat nama TMkb tu..
so... pahni nak makan telo masin ingat TMkb ye...
beli telur masin secara online memang agak mahal.
1 tray tu 4 biji aje.
kos dalam RM4 kot.
tapi kos pos RM6.
total dah jadi RM10.
nak makan telo masin sampai RM10??? maheinyeeeeeee
tapi... dengan kos RM10 tu InshaAllah.. yang masuk perut uolls tu dijamin bersih dan halal. 
 Packaging telor masin ada 2. untuk yang pos memang kena dalam tray macam kat atas tu supaya telo selamat sampai dalam keadaan cantik. 1 tray ada 4 biji.

untuk yang area berdekatan dengan pengedar boleh minta Loose pack punye.

macam kat Putrajaya ni 1 kotak ni ada 50 biji RM40 sahaja.
untuk kat kedai2 makan ngan cafetaria sangat sesuai beli stok banyak2. sebab TMkb dihantar fresh kat stokis dan mesti dijual dan edarkan dalam masa sebulan supaya telur tu tak jadi terlalu masin.
lagi lama peram lagi masin lagi tak sodappppp
untuk elakkan tak sodap tu weolls pastikan customer dapat yang fresh stock punye.

 untuk loose pack di Putrajaya 5 biji RM4.50
12 biji RM10.00
packing dalam plastik buble aje.


 


sape2 nak boleh call 016-6603741 untuk order dan self pickup di Presint 5. (Area PICC)
yang nak order 1 katen/50 biji COD area Putrajaya 
untuk area2 berdekatan kalau nak suruh anta ada caj duit minyak Rm10.

kalau nak free delivery amek 3 katen ke atas.


Apa kata mereka??

 

Orang Putrajaya boleh like page Telur Masin Putrajaya - TMkb 
yang luar putrajaya kalau nak tau stokis berhampiran pon boleh PM admin tanya.
yang bukak kedai.. cafe.. restoran boleh mintak quote untuk dapatkan pengedar tetap..
ikat kontrak bulanan boleh dapat price murah lagi.
untuk info...

apa yang ditekankan Halal untuk pembuatan Telur Masin?

Itik dan telur
Sumber makanan Itik. 
Kawasan reban itik. persekitaran bebas dari najis dan benda kotor.
Syarikat sedang ke arah Persijilan SALT untuk pengurusan Ladang Baik

**beberapa ladang itik didapati pengusaha membela anjing untuk jaga ternakan. Itik pula makan menyudu.. dan makannanya juga bercampur aduk. Apa yang itik makan juga diambil kira untuk hasilkan telur yang bersih dan bermutu.
Bahan2 menghasilkan telur masin
* Sekam Padi yang dibakar
* Tanah Merah yang Bersih dari anasir-anasir tak elok
* Garam
- Telur Masin diperam mengikut kandungan garam. kebiasaannya 2 minggu.
Telur Masin kini ke arah persijilan Halal Jakim

**salutan telur menggunakan tanah merah yang WAJIB dipastikan diambil dari tempat yang bersih yang terhindar dari najis binatang.


~kesemua di atas dipastikan Halal dan bersih untuk menepati piawaian HALAL JAKIM~


#Mertua Enterprise telah mendapat beberapa pengiktirafan daripada organisasi seperti KKLW, MOA, FAMA dan Veterinar. 

#Pengeluaran telur Masin perusahaan ini sebulan lebih kurang 100ribu biji dihasilkan.
wajib kita mengambil tahu info tersebut sebab Telur Masin tu terus masuk dalam perut kite.
hihihihh
Iklan
sapa2 berminat nak jadi stokis Telur Masin di kawasan masing-masing boleh sms / whatsapp Haida di 019-576 1194
atau pm HQ page di  Telur Masin Kak Bosss
kita jihad sama2 mengedarkan makanan Halal dan bersih untuk masyarakat.
InshaAllah..

05 March 2014

Air Fryer

Disember lepas I ada beli Air Fryer dari UK.
huuuu shopping sampai ke UK kauuu
hahaha
on9 aje.. skang sume di hujung jari. kat Malaysia ade.. tapi price die boleh tambah beli sepasang kasut lagi.
I pilih Philips sebab die ada 2 years International waranty.
maka kalau ada kerosakan tak payahla menganto balik ke UK.
anta kat Philips Malaysia aje sudahh
beli dari page Shopping di UK
masa tu price die RM670.
price Malaysia... aritu offer paling murah RM950.
kalau tak Offer Rm1200.
kat UK tentulah separuh harga. cuma lambat la sikit dapat.
kena bayar deposit sikit lepas tu bayar beberapa kali asalkan bila barang sampai mesti dah habis bayar.
so tak terasa sangat la keluar duit sampai dekat 700 kan. barang sampai kat Bangi boleh self pickup aje. sape2 yang jauh boleh suruh pos. 
I order hujung bulan 9 camtu. bulan 12 dah dapat huuuu esaited
kat situ tengok ade resit die dalam Pound. convert duit kite dalam RM5++ aje. gile la murahhh
tapi I beli ni kire puas hati gak.. sebab segala urusan shipping ngan kastam sume die settlekan. barang terima dalam keadaan elok. bayar pulak sampai 3-4 kali.
die caj dalam RM150 aje pon nak bising ke?
dapat buku resepi 
taraaa ensem takkk??
setelah sekian lama baru la gedik nak share info pasal menatang neh.
Air fryer ni konsep die goreng tanpa minyak. 
pakai udara panas yang die rolling dalam bekas tu aje.
tapi ajaibnye makanan masak sekata sampai ke dalam. dah tak payah deep fryer dah. jimat minyak..
yang penting makanan tak berminyak dah.
dah macam ayat orang minyak dahh
benda ni memang sangat2 membantu I kat dapur. sebab macam2 I boleh masak.
macam konsep Oven pon iye gak.
bukan setakat boleh goreng fast food aje tau. nak bakar macam2 pon boleh. Aritu I dalam pantang I bakar ayam dalam ni aje. bestttttt
boleh jugak nak bakar kek n apa2 yang melibatkan bakar2 n goreng ni memang superb la.
aritu nak goreng ayam malas. lumur kunyit ngan garam macam biasa.
terus sumbat dalam air fryer.
masak sesedap rasa aje tetiba rasa macam ayam bakar. 
sejak tu ikan bakar daging bakar. sume tala. hahaha
ni 2 hari lepas malam2 tetiba lapar. nak makan nasik jam dah pukul 10.
ok mengunyah ringan2 sudah..
erkkk ringan ke ni?
disebabkan die panas.. maka makanan tengah beku2 tu selamba aje I masukkan.
kalau nak goreng kena tunggu lembut dulu. yang ni tak payah.. wap panas die tu akan lembutkan frozen food tu dulu kemudian masak. jimat masa nak tunggu lembut
kita boleh adjust suhu sehingga 200C. tapi I slalu guna 160C aje. tak panas sangat tak slow sangat.
timer ikut sesuka hati. tapi ada panduan situ ayam brp menet nugget brp menet.
frozen food brp menet.
stended masak dalam 15-25 menet aje.
agak2 kurang masak or garing putar lagi timer tu.

lepas sumbat sume I bleh tinggal jap pi naik tingkat 6 amek Adeeb balik tuisyen.
sonang kojo den
ok kaler dah gold.
sape suka rentung2 sikit tambah masa lagi

yang kecik2 ketul tu Crab Nugget. I jumpe kat Tesco. selama ni tak tau ada crab Nugget. sian tak I? hahaha
eh sodap la.. dalam lembut.. luar rangup2.
Nugget tu lama I tak beli. dekat setahun. sebabnya tiap kali goreng melekat.
sapa penah beli Nugget Ramly memang tau la die punya tahap melekat tu. kadang2 tak melekat tapi serdak2 die tu punye la banyak. buat kotor minyak aje. sekian lama I tak beli nugget ni tau. sakit jiwa time menggoreng.
arini beli balik test.. suke3... tak melekat. masak sedap je sampai dalam. 

ni la crab nugget tu.
lepas ni boleh beli lagi.

nak share ngan uolls jugak ada kordial kurma keluaran Power Root.
ke uolls dah tau? I kan selu ketinggalan ketapi. hahaha

ni pon tau sebab Ajim selalu minum kat rumah die. bila dah kawen die soh I cari nak bancuh kat rumah.
die tau minum aje.. tanya mak die cakap beli kat Giant.
rm10.90 sebotol. tak payah letak gula.. terus letak air sejuk n bancuh.
setakat ni jenguk2 kat Tesco ngan Mydin takde jual pulak.
pergi kat Aeon Big alamanda pon tak jumpe.
payah jugak nak cari neh..
kat Giant pulak selalu cepat habis.


sape2 tak suka kurma boleh amalkan minum air kurma ye.
kalo pregy lagi nak jadikan amalan harian neh...

wehh skang ada promosi laaaa...

mak ajim dah order 1. hehehe
i tunggu ada budjet sikit nanti nak beli untuk Mak I pulak.

uolls beli la... 
jimat minyak.. makan makanan tanpa minyak senang kerja kat dapur tu.
like page Shopping di UK (klik)
then PM die nak order. bayar deposit kat die skali bagi detail yang die nak.
then bayar balance sebelum barang uolls landed kat Malaysia.

eh.. gaya promot macam ada share aje kan?

takla.. suke.. die antara page barang UK yang jual murah gak.
banyak barang pelik2 yang ada
pilih aje..



21 February 2014

Hijrah Water


lame dah I bising pasal air paip kat rumah berkarat.
tiap kali masak air nampak putih2 terapung mcm lapisan lilin. maka buang begitu sahaja aje air tu padahal dah siap masak. katanye sebab banyak klorin.

then bile yang tak banyak klorin plak rasa macam dah bersih. so simpan jadikan air masak. tapi tak sampai seminggu keladak kuning mendap kat bawah bekas.
means air tu sebenarnya berkarat. huwaaaaaa

minum air masak pon dah macam nak bunuh diri aje sekarang. 
last2 kami beli air mineral kat kedai rakyat kat bawah. 1 katen Rm7 ade 12 botol besar. tahan 4 hari aje lepas tu kena beli lagi. alamakkk air pon dah mahal sekarang.

dok survey2 penapis air dapat info antara yang terbaik adalah Coway dan Elken.
Elken tu sah la MLM dan price memang tak reasonable langsung. bagi kaya orang atasan ajelaaaaa.

Coway pulak memang I tak nafikan bagus. Service pon efisien jugak.
tapiiiii uwangnya jugekkkkk

untuk pakej sedar diri I cari yang berkemampuan tapi nak best macam Coway ade air panas ngan sejuk. hahahahaha demand nak best tapi nak murah.
bulan lepas jalan2 kat senawang kebetulan diorang ni ade bukak booth. so lets singgah dan tengok. tertarik gak sebab ada ciri2 yang I nak. pahtu ade PH test hasilnya hampir sama dengan PH air Zam-zam. hampir sama aje tau.. bukan air zam-zam.

then I tertarik dengan offer budak tu.. ade Instalment tanpa riba..
maknenye.. beli cash Rm1400 Installment pon 1400. price depends kat mesin yang kite nak.

tapi ada certain2 mesin yang boleh instalment certain lagi kena cash.
survey maintenace pulak.. die ada 4 penapis which kite tak perlu tukar serentak. Filter paling murah RM68 tukar 6 bulan sekali. paling mahal pula dalam seratus lebih jugak. tiap2 filter tukar tak serentak. ade yang 6 bulan.. ade yang setahun lebih baru kena tukar. apepun bergantung pada kita jugak. dah tau air karat jangan tunggu sangat ikut tempoh tu.. tukar la kerap sikit. jadual diorang bagi tu atas cadangan aje.
service tukar filter adalah percuma. yang kita bayar cuma duit filter aje.

yang I minat ni takde pakej Instalment... tapi Cash.
so I mintak 2/3 kali bayar..
then budak tu bagi 3 kali bayar.
deposit untuk register cuma Rm50 aje. lepas pasang mesin semua bayar balance.

kelebihan lain.... Hijrah dah lulus sirim dan dapat pengesahan HALAL dari JAKIM.
diusahakan syarikat bumiputera.

ni la mesin ensem Hijrah tu...
I amek yang tabletop aje. sebab dapur kecik xde ruang nak stand.
ada Eco sensor. 
tolong2 jimat letrik sikit.

ada air panas dengan air sejuk.



kebetulan dekat booth tu ade offer. beli mesin free tapping.
tengok price die Rm150 jugak neh..

benda ni disambung dari dispenser kite tu jugak.
so air memang dah bertapis dan bersih.
bila nak basuh sayur ke.. beras ke.. buah2 ke boleh bukak pili tapping ni.

basuh pinggan ke ape2 sume pakai air paip.
sinki comot harap maklong
Price Eco Sensor ni I dapat Rm1800.
bayar 3 x Rm600.
free Tapping

harga mesin ikut capacity jugak..
I amek ni sebab ade jimat letrik. tank pon 11 liter.

ade yang boleh adjust suhu tu Rm1700 tapi tank 7 liter.

mahal?? penapis air ade lagi yang murah. tengok ape yang kite nak.. Hijrah ni ade jugak yang murah. yang takde panas dan sejuk tu. room temperature aje.tapi alang2 membeli biar terus yang memudahkan. I kan pemalas masak air. hahaha
yang penting tak payah simpan air sejuk dalam peti dah. jimat ruang.
bayar 3 kali  ok la tu.. lepas 3 bulan takde komitment dah..

lepas 3 bulan ni nak pasang kat umah mak la pulak..
amek installment tu.
so balik sepang tak payah pening2 dengan air bersih dahhh..

ni FB Hijrah
ni no fon die.. 019-797 6444

boleh pm diorang tanya.

ni contoh yang boleh ansuran tu. untuk ade air panas ngan sejuk RM1400.
bulan2 Rm100
InshaAllah nak pasang kat umah mak =)



20 February 2014

sales 2014

My dear ade sales lagi la..
weeeeeeeee
aritu berangan nak bawak perut pi shoping barang baby
tapi Allah bagi simpan dulu.
makanye takde rasa sangat nak sopping dah.
tapi macam meneruskan jugak angan2 nak beli kereta untuk nuqmans.
tunggu la hujung tahun sok2 kot Abg Jib nak bagi bonus.
kahkahkahhh
puiiiiii
so sape2 nak shopping barang anak bolehlah menyinggah kat sini ye..
dinasihatkan pergi awal2 sebab barang murah2..
bile dah lambat tu tak banyak barang offer yang tinggal.

nak tau kat mane bleh jengah website My Dear

15 January 2014

Portable Steamboat & Grill


Sape yang kenal I memang tau i antu stimbot.
dalam sebulan sekurang2nye sekali nak layan stimboat.
sebut je makan stimbot sebenarnye I just celur2 sayur dan makan dengan sos die.

selebihnye memang banyak hadap Grill la...
amek ketam amek daging amek ikan ayam sume..
bakar..

hadap dekat 2jam lebih dengan Adik ngan Mie..
skang ajak Ajim jugakk

selalunye makan kat All U can Eat sebab buleh makan dengan 1 price sampai perut senak dan pengsan.
set buffet selalunye dah siap air.. siap snek dan Aiskrim.

so suke jugak nuqmans datang sebab kompem ibu bagi makan aiskrim sebanyak mane yang diorang nak.
hihihhhh

tapi kalau tiap2 bulan menghadap pon mahal jugakkk
sorang RM35.. kali 4 orang dengan skang Adeeb pon dah kena bayar Rm25.
baru2 ni makan kena pulak tax 10% ngan service charge 6%.
cissskekk

aihhh takbleh jadik.. stimbot aje Rm200 belum duit minyak lagi tuuu
ok terus carik set stimbot sendiri.

survey2 dapat set ni..



okeh.. dapat teros ajak adik beradik order.
tengok macam kecik..
sekali pergi collect.. beso gedabak.
baru 3 set dah tak muat bonet. hahaha



ape ada dalam kotak???
set pemanggang dan dapat periuk jugakk
tinggal beli senduk2 aje..


lepas ni beli barang2 stimbot ajela.. masak sendiri..
nak buat sos boleh gugel aje...

janji perot kenyang duit jimat..
kann??

sape nak kirim??
1 set RM160 aje.
barang tak masuk pos.

nak pos kena tanya pos malaysia dulu.
sebab agak berat neh..

sape suke layan steamboat amat digalakkan grab 1 set jugakk

sape nak wassap I ye.. 016-6603741
=)

13 November 2013

Baju Kurung dan Dress


tadi baca isu ni kat 1 blog.

http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/11/pakaian-penjawat-awam-mencolok-mata.html

Alhamdulillah kat Department I ni belom ada lagi yang kategori tak siuman macam tu.
padahal kami tau ramai je yang pakai tudung time kerja aje.
kat luar tudung ilang.

takpela.
at least die tau jaga diri bila bekerja.
kita doakan mereka terbuka hati 'jaga penampilan' di luar pulak.

tap I pulak yang kena tegor..
bila keluar kemain je nak melawa.
bila pegi kerja macam nak pergi pasar beli Ikan.

pakai tudung sarung dengan baju kurung tak sampai 20 pasang tu rotate saban minggu.
hahahahahaha

mahap la ye..
I memang tak banyak koleksi baju kurung..
dan I tak kesah pon minggu lepas dah pakai minggu ni pakai balik.
tudung lagi la rotate tak hengat.

baju kurung biru ada 2 helai. tudung ada 1 aje. so lets pakai aje.
orang akan tengok I pakai isnin tudung tu. jumaat tudung tu lagi.
hahahaha

nak keluar detim or jalan2 baru rajin gosok shawl or tukar fesyen sket.
haaaaaa

pegi keje up to date sangat pon buat ape?
kerja dok terperap dalam bilik ni menghadap paper dari pagi sampai petang.
peluh setitik pon tak keluar.

boleh kira berapa kali I berurusan dengan orang dalam sehari.
selebihnya komputer je yang I hadap.

tak payah la nak peningkan kepala baju ape nak pakai.. cantik ke tidak? seksi ke tidak??
bile last aku pakai baju ni?? aritu sape yang dah nampak aku pakai baju ni?
ohhhh sakit kepala I.

tapi skang tengah nak tambah koleksi dress or jubah.
da kawen ni banyak pulak kenduri kena Attend
mestila nak cari yang simple tapi kemas dan kena dengan majlis.
jaga air muka incik Ajim la jugakk

eh uolls nak cari baju kurung moden cantik2 tak??
tengok kat FB. search nama Putera Paan.
dia ade jual dress cantik2 tau...

harga ok dan barang pon berkualiti.
sesuai pakai pergi dinner or kenduri.
yang penting tak mencolok mata yepppp =)

12 November 2013

Wedding photographer

alamak.. ramai yang emel tanye gambar kawen la.
I tak banyak gambar. sebab tak pegang henpon.
bagi adik I camera gak. tapi die tak dan snap. iyelaaa bizi nak snap sambil jaga Nuqmans. huuuu memang la kelam kabut.
nasib baik ade amek pakej fotographer.
tapi gambar tak siap lagi.
mehla I share hasil tag di Facebook kawan-kawan dulu.


 



gambar kawen baru dapat beberapa keping aje.
tabah menunggu.
hasil keje memang I sangat puas hati.

majlis cuma 1 hari aje so I dapat jimat sket.
pagi nikah. tengahari majlis. petang outdoor.

so dapat amek pakej yang 1 full day reception. sangat murah tak sampai pon 1k.
alhamdulillah... semoga Allah murahkan rezeki anak2 muda ni ye.














cantik kan diorang buat??
harga pon sangat berpatutan.

sape nak amek pakej ngan diorang boleh folo fb diorang >>>  khatarastudio


Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™