Showing posts with label KeRja. Show all posts
Showing posts with label KeRja. Show all posts

29 February 2016

Aura dari bos


Assalamualaikum...

rindunyeee nak berceloteh kat sini.
rindu free time berblogging.

**balik2 itu aje ayat aku kan??

tapi tu lah hakikatnya..
memang aku rindu free time nak berblogging.
ni buka PC sebab arini sampai opis pukul 8.15.
hahahah sampai staf aku tanya.. apesal puan datang awal ni?

kahkahkah.. sipott..

tapi aku happy kebizian hidup aku yang tunggang langgang ni.
Allah memberikan aku lebih rezeki bila aku sibuk.
bila seronok banyak-banyakkan sebut Alhamdulillah..
time bawa kereta nyanyi2 zikir ustaz apo namo tu kat Astro oasis.

La ila hailla anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin..

balik-balik aku nyanyi sambil lenggok-lenggok badan lagi.
Adeeb pon tau itu "lagu" favourite ibu.


bila dah dapat time mcm ni aku jadi blur pulak nak tulih apa.
aku ni dah kenapa?? hahahaha

minggu lepas aku kursus 3 hari kat ILKAP Bangi.
punye la rajin berkursus.. baru habis bulan 2 aku dah cukup KPI 7 hari berkursus. Yeay!!
tahun ni aku nak excellent... nak aktif kununnye,,
family day MOF pon aku volunteer jadi urusetia.

nak aktif balik..
miss my busylife.

rasanya hasil pengaruh bos baru aku jugak kot.
Dato' Badri nama dia.

dalam opis dia ada barang-barang seni dan alat muzik tau.
then dia suka tea time dengan staff bawahan.
kalau ada makan-makan dia suka join. siap bagitau lagi.. kalau makan-makan jangan lupa jemput saya. saya suka makan. hahahaha
tapi sebenarnya dia bukanlah kuat makan. aku tengok biasa aje. tapi dia suka bersosial.
siap nasihat lagi.. uolls silalah bergaul dengan semua orang. campur aja apa-apa jenis orang. nanti kat situ kamu akan dapat kembangkan networking kamu. di mana-mana sentiasa up to date dengan info sambil belajar dalam hidup juga.
eh bagus bos neh... ko jangan pelik tiba-tiba dia muncul depan meja kau setakat nak tanya 1 fail. dia suka nak kenal muka staff, bos dulu duduk dalam bilik aje. setahun duduk department ni boleh kira berapa kali aja terserempak. 
Dato; Bad ni siap tanya.. bila family day kita? saya nak tanya info pasal department ni. nak buat kuiz... haa.. pitammm 
aku dah 3 tahun kat sini pon ramai pegawai aku tak kenal lagi. hahahahah
Dato siap suruh cari lagu apa yang bunyi kat mesin punch card tu... nanti dia nak tanya... jangan sibuk kejar punch card nak balik aje.

hahahahahahhaa


tapi aku suka.. dia sempoi..
kerja mesti no 1.
sosial life mesti ada.
jangan amalkan fahaman assabiah tu.. suka nau berpuak-puak...
bergaul lah.. bermasyarakat lah...
sama-sama kita membangun.

sapa nak kursus kat luar apply aja. saya tak ada halangan. kalau yang meningkatkan mutu kerjaya lagi saya sokong. 

haaaaa bos memang ohsem!!


14 December 2015

Fenatt


weekdays aku kat Putrajaya kerja.
tengahari Ajim meniaga kat kementerian berhampiran. so lunch hour aku akan keluar tolong jaga Fatih so Ajim boleh jaga booth dia dengan tenang.

sabtu dengan ahad pulak Ajim meniaga sotong kat Nilai 3
so 2 hari tu tido nilai aje.
isnin pagi-pagi aku akan balik sini semula pi kerja.

sebelum ni ada masa petang waktu lepas kerja sampai ke subuh aku nak belek apa-apa kerja dalam rumah tu.
macam tu pon rumah aku tetap dah macam tongkang pecah. hahahahhh

ni pulak hampir 2 minggu aku berulang alik dari nilai ke putrajaya.
sebab cuti sekolah ni kak long ajim balik. 
so adeeb dengan Afiq seronok nak duduk rumah nenek.
ada sepupu sepapat nak bergurau senda nak mandi kolam nak lepak taman petang-petang

maka.. diorang taknak balik
aku pulak masih nak pantau diorang terutamanya Afiq tak reti lagi tidur sendiri.
sudahnya aku berulang aje la dari nilai.
tido sana semuanya.

last-last rumah aku dah tak macam tongkang pecah dah..
lebih kepada dilanggar garuda or ribut taufan.

kahkahkahhhh


pitammm

so minggu ni aku ajak Ajim balik. 
untuk jimat minyak ulang alik.
untuk hadap masa bersama keluarga balik.
untuk hadap situasi dalam rumah balik

time ni la rindu suasana home sweet home tu...

tapi ajim ada kerja lagi. dia nak repair kereta angah dia.
budak-budak ni pon seronok lagi nak duduk sana sebab anak-anak kaklong ada dalam 2 minggu lagi kat sana.

nampaknya macam kena extend waktu bermalam kat sana la jawabnya.
takpe..

ajim senang buat kerja
Fatih seronok ada makcik pakcik dan nenek tolong tengokkan
Adeeb dan Afiq seronok main dengan sepupu sepapat
aku pon senang hati anak-anak tak banyak kerenah kat sana

so berulang la lagi..
asalkan semua baik-baik aje






19 October 2015

1st daysi kecik



selepas 9 bulan akhirnya arini kena jugak lapor diri. 
hahahahadoiiiii

baru semalam Fatih pandai babai orang...
sambil babai tu dia senyum2 gedik.
adehlaaa 
lagila sayang aku nak tinggal.

tapi sampai bila kan???
pergi ajelah kerja. inshaAllah everything will be fine

sebelah pagi dilaksanakan dengan jayanya.
petang tak tau ape cerita. harap baik-baik aje.
semalam birthday Afiq yang ke 5tahun tapi tak berkesempatan celebrate. petang semalam bawak pi berenang kat swimming pool aje kat pullman tu.
muka bangun tido memasing

si kecik ni tak tau sejuk nak duduk lama-lama dalam air
masing-masing tak duduk diam ibu nak snap picture

maka arini lunch hour tadi bawak diorang pimakan kek ajela memandangkan sekolah cuti sempena jerebu. tapi gambar takde. kemain lincah si Afiq sekarang. umur 5 tahun ni dia baru pajang akal nak main sepak-sepak.. nak bergurau.. nak kedekut, nak rebut-rebut mainan.
aku layankan aje... sel-sel otak dia baru nak berhubung. hahahahah

alhamdulillah semoga makin success la perkembangan ko nak..

okeh tak buleh bebel lama-lama...
banyak perkara kena uruskan.

babai


15 August 2014

Muhammad Afiq Nuqman



Lately bdak sorang ni memang terover manje ngan aku tau..
bangun tengah2 malam mencarik aku.
kadang2 datang dengki ajim letak die tepi.. ajim tido tengah.
die sanggup turun katil lalu kat kaki naik balik pi sebelah aku.
pahtu ajim tarik tangan die menangis2 takmo padahal bukan aku pi tempat lain pon.

kat rumah kemain bahagia main ngan Adeeb. tetiba aku balik tros start enjin dia tu..
ehekk ehekkk ehekkk
pahtu sembam muka kat peha aku.
ngado nehhh...

tiap2 hari bali kerja kena terus buatkan susu untuk dia pahtu sama2 baring atas katil dalam setengah jam camtu khas untuk peluk2 dengan dia aje..
sambil peluk2 tu dengar cerita Adeeb bkat sekolah tadi or cerita kat transit.
lepas dia dah boring baring2 tu dia dah bangun nak pi main baru aku bleh tukar baju ke mandi ke hape..
kalau tetiba aku rushing tros buat kerja lain ko tengok dia punya tantrum macam aku dah buang dia kat tepi jalan.

tak kira la aku dah mandi ke belum. ketiak ni jugakkkk la yang wangi nya.
hahahaha bab tu aku bangga. 'bajet tak mandi pon aku wangi jugak'. hahahah

malam tadi Afiq tido awal pukul 8.30.
pahtu ajim balik pukul 12 pindahkan dia tido sebelah Adeeb.
then dia boleh bangun mencarik aku.
aku bangun pi toilet dia mamai2 tu sanggup duduk tunggu aku jugak.

pagi tadi ntah hape anginnya aku nak pi keje dia nak ikut. dah siap pakai selipar. aku cakap Afiq pi ngan ayah. selalu dia ok aje. arini sampai guling2 atas lantai. alahai sian pulak.
ok la jom turun ngan ibu.. kita tunggu ayah kat bawah.

pahtu kat depan rumah, eh beg mane? pi amek beg Afiq. kemain berat kaki melangkah nak pi amek beg takut aku tinggal dia. pegilaaa ibu tunggu ni.. ok baru pi amek. tu pon kejap2 pandang belakang takut aku lari. 

sampai kat bawah tunggu kat kereta Ayah.
then ayah datang, ok jom naikkkk.
selalu bila pi jalan sama2 ajim tolong die naik. aku pulak naik kat sebelah depan. padahal kalo kerja kami naik kereta asing. so aku rasa dia assume nak pi jalan jugak arini. 

die pon gigih naik kereta.
aku naik kereta aku... then aku jalan.
slowkan kereta kat sebelah kereta Ajim. babai.. ibu pi keje ya..
selalu dia ok aje asalkan dah masuk kereta ayah kemain melambai aku.
arini tengok rupenye ibu naik kereta lain teros melalak die sekuat hati... uwaaaaa

alahai ciannyeeee
otw pi opis tu kami sehala dalam 5 minit pertama.
bila sampai simpang ajim potong aku then aku lambai la Afiq.
die tengok aku, takmo lambai dah.. majok la tu..
muka cebik2 nak nanges dah..
die tenung je sampai la kat simpang tu aku masuk kiri ajim terus..

kat situ aku lak nangis.
sian Afiq..
petang kang kita jumpa ye nak..
sobss...

time2 macam ni la yang aku rasa nak cuti tanpa gaji.
time2 ni la aku rasa nak berenti teros. tak payah koje.

alahaiii anak..


14 August 2014

Jamuan Raya

Semalam kat Unit aku ada jamuan Raya.
unit ni ada 5 sektor berlainan dan beberapa bahagian.
setiap unit dan bahagian akan sponsor sejenis hidangan.

then unit ni memang ada collect yuran bulanan sorang RM6 sebulan.
so menu utama memang peruntukan dari duit kelab sahaja.

Kelab sponsor Nasi Arab, Kambing golek dan Sate sebagai menu utama.
then setiap sektor dan bahagian akan sponsor 1 jenis menu yang tak sama.

so jadilah lambakan menu yang aku sendiri tengok pon nak muntah kekenyangan.

selain jamuan raya.. disekalikan dengan sambutan harijadi staff setiap bulan.
yang ni memang acara bulanan.
so bulan ni alang2 dah ada majlis kita sekalikan aje.
dah berlambak makanan tambah pulak kek 3 bijik.
kepitaman disitu..





salah satu sponsor adela ROjak
aku amek timun ngan sengkuang aje. banyak2 letak dalam pinggan, letak kuah.
sekali kepedasan.
bawak kat meja makan slow2.. dekat 3 jam baru abes. *nangis* 
  
aku duduk tingkat 6. kat floor aku ni boleh lepak2 kat luar. so kite bagi special sikit bakar sate ngan kambing golek kat luar ni. barula fresh. 

sebelah kambing.. sebelah sate.



kambing siap ade wedges ngan roti bakar bagai. coleslaw pon ado.
sayangnye sos die kurang kick laaa
diorang asak pon nak cepat. potong besar2..
tak garing ler.

ni sektor aku sponsor. Sektor D.
Yong Tau Fu 

roti jala kuah kari dengan pulut ngan serawa Durian.
ni menu pertama aku usik.. pulut sikit je.. kuah durian 3 senduk. hahaha


ni apee ha?? nasik dagang ke kerabu?
aku tak makan. tapi sume kata sedap

laksa johor

disebabkan besday pompuan cantik jatuh bulan ogos dapatla celebrate sekali.
diorang panggil nama.. dapat kad besday. skali yang sampaikan KSP kauuu... kih2..
pahtu ada sessi potong2 kek, tapi aku tak join..

kambing golek special request mintak nipis2 & garing2.
sos tak sedap takpe.. kite amek kosong. 
sodappp


hoih eskrem pon adoo..
mula2 amek ni aje.

pahtu tak cukup amek pakai mangkuk.
1 umi punye.. 1 aku punye..
eh sama tuan ek?
hahahahaha

kuih ijau tu tapau untuk nuqmans.
peberet diorang tu 

lepas tu kekenyangan.
kite tido bawah meja..

ZZZzzzzzzz







03 July 2014

Merapu


semalam standby kt opis sampai 9.30. balik rumah dah pukul 10. Nuqmans pon dah tido. Adeeb tengah mamai2 lagi sempat la borak2 kejap den peluk cium selamat malam. Afiq memang pukul 9 dah hanyut. cium pipi jelah.
balik siap2 tukar baju keluar pulak pi tesco puchong.
nasib baik tesco tutup pukul 1 so dapat ler aku beli lauk untuk sahur. sian kat ajim nak buka lauk takde kat rumah. gigih dia ngan anak2 pi pasar ramadhan beli juadah. aku buka puasa kat opis je.

barang2 dapur sume aku shoping dah kat tesco onlice.
tapi tulah kan.. kalo dah menyoping sambil kerja memang kelaut la.. mana yang terlintas aje aku order. pahtu kompiden pilih slot pukul 4 petang. sebelum pi keje semalam tinggal kad bank kat ajim sebab tesco tak amek cash. pesan kat dia ayam ngan ikan tu sampai tolong siang tau.. yang sejuk2 tu tolong masuk peti terus. nanti rosak.

pukul 5pm ajim wasap kata tesco tak sampai lagi. ooo takpela gitu. bulan puasa ni banyak order kot. tak sempat datang. Ajim tunggu sampai pukul 6 terus takde jugak. sebab tu la gigih dia keluar pi carik makanan pukul 6 tu. aku cakap kat ajim. biola tesco tu, malam kang saya balik kita pi puchong.

masa ontheway pi puchong tu ajim tanya.. awak order banyak ke kat tesco tu? apesal tak datang? kang malam ni kita beli2 sekali besok dia datang macam mane??
erkk....
gigih aku bukak emel check balik order tesco. Bhawaahahahaha dasar pompuan lapar.. pi buking slot ari kameh pukul 4-6pm. pahtu ade hati nak tunggu ari rabu. tang mane orang tu nak datang???
huuuuuuuuu maknenye petang ni la sampainye.

tapi dah alang2 sampai tesco beli jela juadah sahur pagi kang.
disebabkan aku dah keletihan. so pagi ni aku buat sup ayam letak kobis. 2 in 1 terus. pahtu aku gorengkan telo dadar. siapppp

Ajim suke je.. sebab dia kena makan makanan yang berkuah. lauk apa2 pon takpe. tapi 1 lauk kena ada kuah. first time aku tengok orang yang makan kalo kering2 ni otomatik dia sedu2. kih3.. laki sapa la neh??
lagi senang sup tu aku masak banyak2 untuk nuqmans makan tengahari nanti. diorang pon suka makan sup. letak je kicap banyak2 dengan nasi tu banjir dengan sup.. berebut masing2.

aku ni dah tintong kot.. tak cukup tido.
tido malam pukul 12tu paling awal. pukul 4.30 dah dok masak.
dulu aku sahur bangun 5.20am. ngam2 minum susu ngan kurma ngan air masak 2 gelas. 
skang dah berlaki kena la masak. Ajim nak sahur nasik jugak. dia kata tak kesah aku takmo makan. tapi die kena nasik. dah tu aku da penat2 masak takkan sengih je tengok die makan. aku kan masak memang sedapppp.. *panggg* tu pun dah mudah dah.. sebab ajim tengok bola so sebelum tido dia masak nasi siap2. aku tinggal bangun sediakan lauk dan senduk nasi je.
tapi memang seksa la.. aku bila sahur makn berat aje, pukul 10am perut aku dah nasyid dah.. pukul 12 dah heavy metal dah.
wuuuuuu... mintak2 cepatla perut aku serasi.
T___________T

sian korang baca ayat merapu aku.. ni masuk keje tengah ngantuk. nak tido tak buleh. sambil2 dok tunggu meeting nak start, korang jela tempat aku meluah perasaan.
mintak2 arini boleh balik awal. mintak2 balik sebelum buka puasa supaya sempat balik masak n makan kat rumah. kalo buleh malam ni nak tido sebelum pukul 10.. nak qada tidoo..

eh....






 malam jumaat la!!!!!!!!!!!!!!



opsss






24 June 2014

Kasut


Semalam ada job kat Parlimen kena pakai kasut bertutup. 

aku dah sampai opis kol Ajim mintak tolong carikan kasut dekat rak tu tolong anta sekali stokin kat opis.

membebel la incik tu tengok kasut dah berhabuk dah bersawang nak pakai tak basuh.
ala..saye lupa... sebab tu mintak skali stokin biar tak gatal2.


kasut ni aku beli 2 tahun lepas.
lama dah.
sekali pakai arini rasa dah ngam2. alamak camne ni. bila pakai stokin je ketat padat.
nampak beno aku dah gemok.
T__T


semalam kerja kemain la bizi berjalan ke sana sini. dah nama pon duty officer mane ade dok sengih aje.
masuk pukul 3 tu aku da sakit sangat menahan aje. rasa geram nak bukak stokin.
tapi tahankan jugak sampai la ke balik.

sampai kat opis aku dah terencot-encot dah. cepat2 tukar kasut,.
huwaaaaaa

balik rumah terus flat nak nangis kaki kesakitan.
kebetulan ajim balik awal. so dia tolong urutkan kaki.
thanks lalink.

arini ada sehari lagi kena duty.
nekad takmo pakai stokin.
harap2 dapat bertahan.

macam kena beli kasut lain dah aku ni. next time duty tak merana lagi.
tu la... bangsa tak reti pakai kasut. sekali kena pakai memang nanges la.... last pakai kasut betol2 time sekolah aje. lepas tu aku bantai selipar dengan sandal.

duduk Department baru ni memerlukan aku berurusan dengan orang2 luar dan orang atasan. maka memang kena training pakai kasut balik la.

iskk... tak suke 



23 June 2014

Selamat Bertunang!


Sabtu lepas aku pi Melaka.
pergi hari sabtu.. tido homestay.

sebab ahad tu ada Majlis..

Adik angkat aku tunang.

Tahniah Iqa & Eyjat.

semoga jodoh berpanjangan sampai ke jinjang pelamin.
amin.

arini aku ade job kat Dewan Negara.
maka... wish me luck ye..

sok la aku apdet cerita kat Melaka.
nampak gayanya macam balik lewat arini.

semoga dipermudahkan =)


20 June 2014

Hari-hari Makan

ni makan tengahari semalam



ni makan malam tadi.
rendang mabeles ngan roti


berkat hari Jumaat
pagi2 dah dapat nasi lemak gengan kek 


then turun ceramah kar dewan dapat kuih seri muka 1 bekas

tak dan tengahari dapat pulak mee goreng sepinggan

Alhamdulillah...

syukur Allah jadikan aku orang Malaysia.
syurga makanan dan Negara Islam juga

terima kasi Allah =)

03 June 2014

Pindah

ko rang rindu kat aku ke???
*soalan mintak lempang*

tak kire la korang rindu ke tak...
aku nak bagi gambar tembam aku ni haaaa


hahahahah tak sia2 makan self baking powder..
cam donat dah muke haku

2 hari ni aku senyap sebab bizi mengabehkan cerita korea.
hahahahahahahahhahaa

pagi2 tadi sampai je opis carik troli pindah barang dari opis tingkat 5 naik ke tingkat 6.
aku tak dapat meja lagi. duduk mane pon aku tak tau.
tapi barang2 ni dah lama kat bawah tu.. lets angkut duduk sekali kat meja transit.

syukur diorang bagi aku meja ngan pc.
at least boleh aku baca paper.
sekanrang ramai takde kat opis sebab ramai yang terlibat dengan sukan perbendaharaan tu.

nanti sume dah reda baru aku dapat kenal bos baru kot.
tengah2 banyak kerja tiba2 jadi takde kerja dah macam henpon abes bateri aku rase.
annoyed gilerrr

warning je lebih.. tapi hape pon takleh pakai...
sobssss

*aku lapa durian. korang blanje aku durian bleh???


15 May 2014

Naness



huduh beno nanges rupe itu..
I nanges comel sikit kottt...

hahahaha

tangisan kepenatan dari minggu lepas ade kursus 3 hari. wiken macam biasa balik umah in law. pahtu beberapa perkara perlu disetlekan. cuti ari selasa baru ni kemas2 rumah family angkat kat melaka datang makan mee bandung.
I masak okeh!
auwwww...

sebab sibuk sangat gambar nan hado sekeping pon.
crying icon tu pon curik kat incik gugel.
hahahahaha

minggu no kena habiskan workload sebab inshaAllah minggu depan dah tukar bahagian.
sangattlahh clumsy buat kerja jadi serba tak kena.
debar2 nak dapat kawan baru dan bos baru jugak...

jauh??
tak pon...
naik 1 tingkat aje.
huahuahuahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

yang penting??
tuka bos!!
lalalalala

okehla.. 
apdet ni nak kasi uolls ilang rindu aje. *pasan*

nanti I apdet gambar makan2 kat cameron yep..

daaa!!


**ade orang soh tukar ganti nama dalam blog. dari 'I' ke 'Aku' as usual I kat luar.  mula2 rase cam tak sopan. tapi dia kata lebih relax n open. okeeeee next post I toraiiiiii** =P


24 April 2014

MAGIC Cyberjaya

arini terbizi plak.
Uolls ghindu kat I tak???
*pang!

semalam dah cuti.
arini bos syg kt I kot..
kejap2 panggil. hahahhaahahahahaha
pasan!

sok I jadi urusetia kat Magic Cyberjaya.
mehla turun.. macam2 program ade tau.
then ade banyak booth jugak.
katanya malam ada concert.

I bertugas Jumaat sampai ahad.
pagi sampai petang jela.
nak info program boleh tengok kat sini

http://www.mymagic.com.my/

agenda
ahad tu Perdana Menteri kita nak berbasikal.
I sengih dari tepi jalan udah lewww..
lemak banyak sangat.
tak mungkin nak mengayuh 12km tu.
hewhewhew

sape nak detim ngan I??
jom kite wassap.

daaaa

28 March 2014

penstrukturan semula


hehe semalam ngna hari ni ade je kat opis tapi tak focus sangat.

1st Adeeb ada ikut I 2 hari ni sebab kak Ida cuti balik kampung. maka jomlah jadi asistant ibu kat opis. i tak boleh nak cuti dah... ni baru nak abeh bulan 2 cuti dah 10hari. 
huawrrrgghhh
2nd. semalam semua pegawai2 dah dapat surat penempatan. Like I said kat sini tengah re-ox.
sape yang tanya re-ox tu ape.. die macam penstrukturan semula la...
buat seksyen baru.. rombak semula carta organisasi tu.
ecehh ayat bahasa melayu kelas tinggi tau. hahaha

disebabkan I dah isi form nak tukar department so I tak tekmasuk dalam re ox tu.
nama I dah takde dalam BPK ni. 
bleh terjun lombong check kat PSM I patutnye kat mane.
tapi check petang semalam tengok2 nama i da dihantar ke JPA.
aiyokkkk

rezeki la tu kan??
Ingt senang ke nak keluar kementerian??

tapi still misteri lagi la sebab tak tau dok mane.
makanya I perlu usaha call JPA pulak untuk status penempatan.
huuuuu doakan I dapat working environment yang best lepas ni yep. =)

tadi bawak Adeeb makan kat SR precint 4.
nak makan peberet die "ikan goreng". hahahah

bulehhhh
camne pon kena makan nasik jugakkk
so die hadap ikan, I suap nasi dari tepi. 
tak sedo die habeh sepinggan fish n chip tu plus nasik sepinggan. 
hehehehehe

 
Alhamdulillah HKCC dah semakin berkembang skang.
terbaru, isteri Najman 'sinar fm' Puan Hawa jatuh cinta kat HKCC.
skali die belikan incik Najman CCFM plak buat bekal pergi kerja.
skang laki bini dah ketagih minum HKCC & CCFM.

puan Hawa tros sign up jadi ejen HKCC pasir gudang.
pahtu harusla incik Najman support beliau dengan promot CCFM kat kengkawannye.

tahniah puan Hawa..
dan tahniah HKCC + CCFM!!

uolls yang tak tau lagi kelebihan HKCC dan CCFM boleh cepat2 try.
kopi ni best sebab die tah rasa ubat dan herba langsung.

rasa sedap tapi khasiat tinggi.
harga mampu milik plak tu.
Alhamdulillah..

5 tahun dalam pasaran dan 3 tahun pasaran bawah HKCC tema dah tersebar ke serata Malaysia.
thanks pada Allah =)

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™