Showing posts with label insiden/eksiden. Show all posts
Showing posts with label insiden/eksiden. Show all posts

31 December 2014

Paedophilia - Semua ibu bapa patut TAHU!


*kopipes*

AEDOPHILIA.
What is paedophilia?


Paedophilia atau paedophile,
adalah satu spesis manusia yang rare.
Diorang ni kalau tengok budak-budak,
akan timbul rasa SEXUALLY attracted.
Rasa STIM.

Scary kan?
Scary gila.

Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini.
Memang ada dan memang wujud.

Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis.
Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"

80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa.
-______-

Most of us tak aware pasal ni.
Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak,
kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik,
kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard,
kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal,
kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM.
Tak faham how can all this happen.
Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.

Itulah dia--
PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids.
Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids,
tak macam orang-orang normal yang lain.
Tengok gambar-gambar contoh di bawah.

Photo credits: Google images

Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu.
That's it.

So apa yang kita boleh buat?
Itu persoalannya sekarang.

Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING.
Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile.
Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile.
-______-

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..-
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya.
Tapi apa yang kita boleh buat ialah,
MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita.
Contoh paling mudah,
SOCIAL MEDIA.

FIKIRRR sebelum publish apa-apa gambar anak di social media.
Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel.
Semua anak pun comel.
Kan?

Tapi jaga privasi mereka.
Anak lelaki mahupun anak perempuan.
Jaga.

Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak,
those photos are high-risk photos.
Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu.
Lagi comel lagi geram.
You know what i mean.

"Ahhh lantak ahhh.
Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!!
Comel kott gambar anak aku tengah mandi.
Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."

Bare in mind,
pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR,
boleh jadi SESIAPA SAJE
termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell.
But to pedophiles.
They get SEXUALLY AROUSED.
Beza kan, comel dengan sexually attractive?
Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan,
ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu,
and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.

Sounds insane kan?
Tapi possible. Sumpah possible.

Dan ingat,
walau se-private mana pun social media kita,
it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE.

"Ahhh merepek!
Selama ni aku publish gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"

So kau nak tunggu anak kau hilang dulu,
kena culik dulu,
kena bunuh dulu,
 baru nak stop publish la?
Hmm?

Act now.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Kan?


These are 12 safety rules
yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc.
Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam,
"Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."

 NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje.
Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua.
But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki.
Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID.
Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. 
Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan.
There must be something yang ganggu fikiran dia.

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa).
Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum.
Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!

11) Respect your kids privacy. 
Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile,
atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile,
 terus call ChildLine 15999.
Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.

Please parents.

We are currently living in an era yang langsung takde barrier.
Langsung takde sekatan.
Bila takde barrier takde sekatan,
hence takde keselamatan.
Pandai-pandai jaga diri.
Pandai-pandai jaga anak sendiri.

Pedophiles are everywhere.
Pedophiles can be anyone.

U don't say these people dont exist. They do.
Dan RAMAI sebenarnya.
Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka.
Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles.
Kan?

Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia.
Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang.
And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat.
Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan.
Dua, free.

Na'uzubillahi min zalik.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu.
Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk,
DELETE je.

Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi.
Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi,
ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.

Esok-esok kita kena soal,
tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.

Mintak jauh.
Sumber: Adlil Rajiah 
p/s: Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak. Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya.

seriously aku takut. tentula sebagai ibu aku pandang Nuqmans sangat ensem dan comel. ya Allah.. mintak dijauhkan dari Nuqmans. semoga Allah lindungi mereka dari gangguan2 hitam macam ni.
nauzubillahiminzalik..

05 December 2014

Redha


tadi baca post kak Diana kat blog dia pasal masalah.
betoi apa yang dia cakap tu.
Allah tak bagi apa yang kita nak.. Dia bagi apa yang Dia tau baik untuk kita.

pasal masalah dalam hidup. aku pernah diduga dengan rumah tangga.
perkahwinan yang dimulakan dengan cinta inshaAllah nak juga dikekalkan sampai ke mati. tapi sapalah kita yang tentukan jodoh pertemuan ajal dan maut ni.

masa dilanda masalah dulu aku memang terumbang ambing. tapi orang tengok aku tenang. boleh buat lawak. boleh pergi kerja macam biasa. 
semua cakap.... "eh kalau aku jadi ko, tak taula hidup aku macam mana.."

betul.. aku tengok orang lain yang nyawa anaknya Allah tarik... "kalau aku yang hadap.. tak taulah macam mana"..
perasaan macamtu semua da.. takut nak hadapi. kalau boleh nak bahagia selalu.. takde masalah. tapi masalah ni ujian Allah buat kita. yakinlah pada Qada dan Qadar Allah...
Dia yang menemukan kita.. yang menjodohkan kita,.. yang memisahkan juga adalah Dia.

masa masalah tu jadi, dalam otak dok fikir, kenapa rumah tangga aku? kenapa aku dan dia? kenapa aku dan anak-anak yan hadap benda ni. aku tak menyesal, tapi soalan tu berlegar... mencari punca dan menimbang susun atur hidup aku selama ni. ape yang salah, apa yang tak kena, apa dosa aku sampai Allah bagi aku hadap semua ni??

itu masa semua tu jadi.
tapi aku ni Alhamdulillah, otak positif jugak.
takpela.. dah takde jodoh.. takpela.. sok2 bahagialah aku... takpelah.. mungkin aku lagi senang kalau dia takde.. takpelah.. aku ngan anak2 boleh bahagia jugak takde dia pon.

hari berlalu bulan berganti..
gelap mendung pon berganti terang cerah.. 

kalau dulu aku persoalkan kenapa aku?
sekarang aku bersyukur Allah jadikan semua tu kat aku.
Allah jadikan hidup aku lebih baik.. lebih tenang, lebih bahagia.

kalau dulu tangisan rintihan..
sekarang doa kebahagiaan... "ya Allah, terima kasih atas hadiah yang kau berikan buat aku dan keluarga.."
dengar khabar ex aku pon dah kawen lain dan bahagia.
syukur alhamdulillah.. kami tak ditakdirkan bersama... 
kami ditakdirkan memiliki 2 orang anak bersama dan temui kebahagiaan dengan pasangan yang berlainan.

rahmat untuk Nuqmans dapat 2 orang ibu 2 orang ayah.
cuma "ibu ngan ayah" sane tu nanti dah besar biar diorang cari sendiri..
aku tak pernah sembunyikan sape ayah diorang.

bila hadapi masalah ni, memang kita gundah gulana.
tapi redha lah...
yang lebih baik menanti di hadapan. kita tak tau.
rezeki, ajal maut, jodoh, pertemuan dan perpisahan semua dengan izin Allah..
kita hanya merancang.

bila hadapi masalah.. redhalah.. hadapi dengan positif, doa dan merintih banyak2 dengan Allah.
Dia lebih tahu...

Wallahualam....




24 October 2014

Omak Den


salam jumaat Alls...

eh da nak balik koje dah pon. hahahahha 
Alhamdulillah mak dah keluar hospital sabtu lepas.
tapi mak memang lemah aje. banyak duduk tido baring..
bangun makan2 borak2 tengok orang jap pahtu pi baring then lelap.

tak aktif macam dulu,
alahaiii

doktor cina spital tu cakap..

"makcik.. ini warning sign dari your body ya... bacaan buah pinggang sudah 200.
selalu yang kena dialisis tu bacaan dalam 400.
u sudah half danger ma... "

mase tu barula nampak mak dah cuak.
pahtu aku tambah2 lagi takutkan mak..

"mak,, ajim cite kan.. ayah dia dulu (arwah ayah ajim dulu sakit buah pinggang kena dialisis)
seminggu 3 kali dialisis. 1st day aje sehatnye pahtu day 2 -3 makin lemah sebab toksin sume kumpul dalam badan. tunggu pi dialisis barulaaa sehat balik. sekali cuci darah kena 4-6jam. tangan sume bekas tebuk2 jarum bengkak2. yela sekali buat kena cucuk 2 jarum sekali. pahtu seminggu 3 kali, parut lama tak baik lagi tambah pulak yang baru.
ada sekali tu masa cuci jarum tercabut abeh melimpah darah. ayah dia kena masuk sepital pulak, dah lembik darah tak cukup. kena amek darah orang. tah sape2 punye darah masuk tu.."

senyap aje mak aku dengar.
aku tak tipu la.. tu pengalaman betul ajim cerita. dulu ajim jaga ayah dia 3 tahun sampai benti koje.

aku takutkan mak aku tu sebab aku tau die punya insap tu kejap aje. sok2 badan rasa sehat sikit sume ditibainye... macam aku la tu..

"mak jangan makan ubat tablet2 lagi ye.. esp panadol. sila tinggalkan... tu la buat buah pinggang mak rosak.. pahtu makan jaga la mak jangan main hentam aje. nanti mak jugak yang sakit. kitorang boleh tolak anta pi spital aje. mak yang kena tanggung sakit. badan mak tak kuat.."

 mak angguk2 aje..

ala sian la pulakkk
mak aku ni kan, pantang rasa pening, pantang seram sejuk rasa nak demam pantang rasa tak larat dibantainya panadol actifast tu. seminggu sebelum masuk wad dia dah demam. so makan aktifast tu 4 jam sekali. huuyaiii ko bayangkan seminggu tu habis sekotak Actifast tu.. bukan sepapan. tergezut haku. orang tua kan.. dengar sakit sikit panadol ape2 panadol. alahaiiii
last kena masuk wad tu sebab muka kaki tangan sume dah sembap, dah bengkak. buah pinggang mak bengkak. maunye tak?? sekotak panadol nak hadam???


sebab tu la aku takut-takutkan dia.. biar dia takut kena dialisis. jaga sikit makan dan elakkan ubat2 tablet tu.

mak.. umi doakan mak sehat ya...
umi sayang mak tau!!



amin...

16 October 2014

Mak masuk Hospital


salam semua...

minggu ni mencungap sikit...
sabtu pukul 3am adik aku call kata mak kena masuk wad. muka mak dah bengkak2 bacaan kencing manis cecah 22. hoih tinggi nye.. mengucap panjang aku.
kaka aku tgh uruskan registration. tak boleh pakai nama adik sebab HRMIS tak update lagi.
aku punye update tak??

Alhamdulillah nasib baikla update. tinggal bagi no IC aje.
kalo tak update leceh la sikit kena amek GL bagai.
so pakai nama aku tros.

kakak aku cakap mak aku menggigil2  demam. sampai meracau bagai. risaula kitorang. tetiba aje.
lepas bagi ubatsume Alhamdulillah semakin ok.

Ahad sampai sampai la arini kitorang ikut shift tukar2 giliran teman mak.
sebab tu wad pompuan.. maka kitorang 5 beradik pompuan jela teman.
tu pon adik kena skip sebab anak die baru nak masuk 4 bulan. nyusu badan & tak penah tinggal lagi.
ok jadi 4 orang aje. tu pon Lisa belajar. time cuti jela tak balik asrama baru teman.

aku amek sebelah petang. pukul 7.30pm smpai pkl 12 tgh malam. tunggu kak cik pulak tido ngan mak. sebab rumah dia dekat. dia dtg tengah2 malam tu then esoknya tunggu along sampai ganti. waktu melawak 4.30-7.30 tu baru adik bleh masuk sebab waktu melawat je bleh bawak bby. lepas waktu melawat aku plak sambung sebab aku la plg jauh dari putrajaya nak ke sana. selalu lepas adeeb abeh ngaji tros gerak.

memang letih la jugak.. tapi tula sorang mak aku... so kuatkan semangat la.

gambar berterabur dalam ni.. tapi xde apa yang menarik pon... korang tengok jela kan?? hahahaa

Alhamdulillah mak da makin pulih. tapi doc tak bagi balik sebab nak uji lagi. buah pinggang mak masih bengkak tapi tak tau punca. skang tengah bagi antibiotik dan pantau dia tengok ada perubahan ke tak.

ni aku la ni semalam teman mak.. mak dok borak ngan uwan kat katil sebelah tu.. cerita pasal sakitorang tua ni la.. uwan tu gula rendah. sampai pitam2.. orang normal 5 - 10. uwan tu 3-3 aje. macammane la tak pening. mak pulak gula 10 - 15. haih...
meha wan amek gula mak sikit. kasi seimbang. hahahaha

mak borak2 aku lak baring atas katil. lantakkan... aku da sakit pinggang ngan ngantok..

ni malam bile ntah.. mak tak larat so takmo borak sgt ngan aku. dia tido aje. aku pon takmo kaco.
dah ku keboringan masuk grup geng kopi karok main sambung lirik lagu sampai tengah malam. hahahha pasrah aje budak2 ni melayan aku yang mereng

tuan belog kenala selpie biarpon dah mengantok dan sangap keboringan. 

masa ni best... mak jadi cargasss... ada kawan dia tetiba datang melawat. huyaiii teros duduk borak2 takmo baring dah. mekaceh makcik buat mak hepi..


ni petang semalam adik datang bawak anak dia. mak dok borak.. si kenit ni la amek alih katil. kemain lagi ko ye?? cubit kanggggg



ni bile ha???
mak ok sikit dah dan kitorang beramai2 di sini..
baju belang2 tu aling.. tudung oren tu lisa. hat lelaki tu abah..
belakang Nuqmans tu perempuan cantikkkk


tu aje kali ni..
tengah tunggu balik koje ni nak shoot pi spital lagi. arini shift malam lagi. hehehee

aku nak tuka mak pi putrajaya tapi diorang tak bagi nanti susah nak bergilir2 adik bradik.
okla takpe.. aku korban.. aku sorang je ulang alik.

tapi.. sampai mak kene opret.. aku trs tuka sini.
sane tak sesuai kot.. tak selesa.

1 partition tu patutnya ada 4 katil aje. tapi sebab terlalu ramai diorang letak 6 katil dah skang. jarak antara katil hanya 1biji kerusi plastik kat tengah2.. then aku mintak tukar kelas 1 tapi xde atil kosong la pulak.. ramai lagi yang dok que. hurmm takpola gitu. bertabah jela.. tapi aku rimasss... dari tak demam pon bleh demam.. orang bersin sebelah bahu aje. huwaaaaaa

sebab tu.. kena opret aku pindahkan. jangak dok situ.. makin melarat pulak kang...


02 October 2014

Innalillah...

malam tadi ada peristiwa ngeri berlaku kat Apartment aku ni.
bukan blok aku.. blok sebelah.
berita boleh tengok kat sini..

http://www.hmetro.com.my/articles/Budakmautjatuhbalkoni//Article

sedih...
anak tunggal. 
ibunya OKU.

ikut cerita.. mereka baru balik makan malam, then arwah dah tido dalam kereta bila sampai rumah. so ayah arwah ni angkat dia naik dulu letak dalam bilik. then ayah dia turun balik untuk uruskan pulak mak dia nak bawa naik.

nak jadi cerita ayahnya dengar orang kecoh ada budak jatuh. tapi tak sangka la anak sendiri sebab beliau yakin arwah tengah tido. sedihnye lahaiii...

rasanya arwah terjaga masa ayahnya turun tu. mungkin arwah terkejut tetiba mak ayahnye takda depan mata sebab masa tido kan dia dengan parents dia kat dalam kereta. jiran dengar suara dia meraung maybe tengah cari parents dia. then dengar suara meraung dia tu dari atas ke bawah. aku rasa tengah2 mamai tu dia cari parents takde.. dia meraung2 sambil bukak tingkap tu dan terjatuh ke bawah. 

bila jatuh tu arwah sedar lagi then meronta nak bangun pi kat mak dia. tapi dia takleh nak bangun. dia dengar je mak dia panggil2 dia. Allah sedihnya...

sebenarnya rumah tu takdela balkoni sangat pon... tingkap tu ada gril. then ada selak kecil. budak pon boleh bukak selak tu. lepas bukak grill ada tingkap yang sangat luas.. orang gemok pon kompem boleh lepas. then ada ruang kecik selalu orang pasang aircond letak compressor kat situ. ruang kecik camtu kalau salah langkah memang ke bawah la...

tujuan grill tu boleh bukak pon sebab tu la... nak pasang aircond ke astro ke senang.. tapi memang takkan ada orang keluar berdiri kat situ. 

dari cerita pengasuh yang jaga arwah ni, (transit sekali ngan Adeeb dulu). Arwah ni bukanla jenis yang lasak atau yang suka memanjat2 tak tentu hala. dan memang dia yakin, kalau tengah waras Arwah takkan panjat tingkap tu ape lagi nak terjun.

yela... benda kalau nak jadi kan??
semua tu asbabnya aje.. Allah dah tentukan pinjamannya hingga waktu tu aje.

aku ni la dok trauma terbayang2 kalau jadi kat anak aku camne la agaknye. budak tu sebaya Adeeb. 1 tabika kemas. cuma tahun ni dia dah masuk pra sekolah kat sekolah presint 5. Adeeb je aku teruskan kat tabika kemas lagi.

beringatla kita yang masih ada ni.. sedaya upaya elakkan kecuaian.. kalau dah ajal memang tak boleh elak. tapi aku takut kalau cara pergi tu hasil dari aku yang tak peka. keadaan macam ni bukan kita menyampai gosip.. tapi ambilla pengajaran dan iktibar dari kejadian.
amboi kemain masuk forum bagai cerita keluar merapu.. yang tak tahan siap soh check ntah2 budak tu masa dera tak?? bapak die campak dari tkt atas tu tak??

Allahuakhbar...
manela ko nak carik diorang kat akhirat sok mintak ampun???
mulut jangan negetip sangat ye..
dapatkan cerita dari sumber sahih dulu. jangan buat cerita melulu..

tingkap aku tu pon sama.. senang sangat nak bukak selaknye..
maka aku suruh Ajim ikat pakai cable tie.. ikat atas dan bawah.
rumah aku ni tingkat 2 aje.. kalau bukak tu terus jumpe bumbung.. yang aku pulak takut nuqmans tetiba panjang akal pi main lari2 atas bumbung tu. bawah tu jalan raya. buat tergolek kena ngadap kereta pulak. ya Allah Nauzubillahiminzalik...

bilik budak pastikan selamat ye korang..
Nuqmans pon setakat ni Alhamdulillah bukan hat jenis panjat memanjat..
tapi aku tak tau akan datang..

semoga Allah permudahkan penerimaan parents beliau.
berbanggalah kalian, sudah tentu syurga tempat anak kecil yang belum baligh..
Ahli syurga dah menunggu di sana.. inshaAllah..

11 June 2014

Florentina Almond Crunchy


aku suke makan kacang2 neh... camnela tak buncit.
kalau dapat kacang dengan eskrem memang berhantu. pahtu tang mane nak slim perut pon tak tau.

kuih ni aku beli ngan kak cik RM25 sebalang. kecik je pulak tuuu.. sebab memang biskut ni mahal pon.
nak makan punye pasal. 2 kali beli abes dalam berapa jam aje.
pahtu aku nak cepat aje. maka die memekak suruh aku buat sendiri..

senang aje nak buat. ko gaul2 ko bakar. budak sekolah pon boleh buat tauuu...

yelaaa..yelaaaa...
bagi bahan2nye den buat,
sobsss

menyahut cabaran kononnnnn... pahtu terkebil2 tak tau bilanak buat. hahahahaha
dah semalam cuti lagi jomla kite buat projek ni.

eh tapi betol r.. senang aje. meh aku ajo korang plak.
cheeeaaaaaaa.... mastercip nihhh

ni bahan2nye..
kacang2 yang krang suka.. kuaci.. almond.. bijan hitam n putih
nak murah letak kacang tanah. tapi aku kurengg kacang tanah. maka kuaci lagi sodappp

beli non stick mat ni jugak. senang nak bakar tak melekat kat dulang.
segulung ni dalam RM8.50 aje

bahan pentingnya jangan lupa.. tepung gula or Golden Florentina.
pergi je kedai jual barang kek mesti ada jual.
tengok.. siap resepi kat situ.. ikut ajelahh


mula2 kita sangai (goreng tanpa minyak) kacang2 n kuaci yang ada.
bijan je tak payah sangai.
korang takmo sangai pon takpe.. aku suke sebab kerangupan kacang tu akan long lasting.

almond nak hangit sambil masak sambil sangai sambil layan Nuqmans.

dah siap sangai tu aku masukkan dalam tupperware biar kat masuk angin.
kenapa ada timbang??
ye semuanya aku bahagi 2. kacang kuaci bijan tepung..
nak makan sendiri tak payah la nak buat banyak2.
da abes nanti buat baru pulak

lebihan separuh lagi simpan 1 tapawe.

dah siap sangai suma kena bagi Nuqmans makan nasik dulu..
dah kenyang.. dah mandi.. ok Lets take a Nap.

tido kena asing. keje diorang bergurau tak berhenti. tensen guweeee..
kang aku pulak yang lelap kang.
ngado kan?? dah tido tengahari suruh bukak ekon pahtu nak pakai selimut.
eiiiyaiiiiiiii

ok Nuqmans dah tido jom kita mulakan operasi.

***********

kacang2 ngan kuaci ngan bijan tadi sume campur.. gaul 1 bekas.
opsss..
sekali dengan tepung tauuuuu

pandai2 la korang agak2 kacang tu banyak ke sikit ke..
pastikan tepung tu salut semua kacang2 tu  biar bila bakar nanti melekat.

macam aku ni rasanya kacang berlebihan nehhh

potong Nonstick Mat tadi cantik2.
aku potong tu dapat separuh. pahtu separuh tu bahagi 2 dulang comel aku ni.
pahtu ratakan kacang2 tu tadi atas alas tu.
nak pakai sudu buleh... pakai tangan pon lagiii senang.
tu la gunanya pastic glove tu. 100kpg baru rm1.20

taraaaaa......

ko tengok kemain comel oven aku.
ni Pensonic 9L beli kat  Lazada RM72 aje.
pastikan boleh adjust timer ngan suhu.
dulu aku beli xleh adjust suhu. nanges je main agak2. kali ni senang.
tapi pitam menunggu la sebab saiz kecik. orang lain bakar 1 trip aku dekat 10 trip kot abeh.

set timer sampai 10menet sebab aku masuk 2 dulang. haa tamak. tak masak2. 
tambah lagi 6 menet. 

kat lapisan yang atas tu dekat sangat ngan api dia. elok berbelang kuih aku.
cittt.. kena 1dulang2 la jugak. takleh masuk serentak.
letak tengah2 baru cantik semua sekata.

nak potong dalan dulang kemain payah.
aku tarik je alas tu letak atas landas.
pisau kena tajam dan kuat. aku pakai parang ayam aje.
hahahahahaha

sila potong time panas2 ye. kalau dah sejuk nanti dia pecah.
tadaaaaaaaa...
ensem tak kuih aku?? 

dah tinggal lagi 2-3 trip tu tuan putera dah bangun.
terus kelam kabut aku. die nak air nak makan tu nak makan ni. semua dia tunjuk.
last2 letak dalam dapur tengok ibu buat kerja.

sekali 1 papan tu aku lupe potong. da nak sejuk dah. bila potong die dah keras. berderai sume.
huhuhuhhh
 

Alhamdulillah siap sudah..
hoiihhh banyak gak dapat neh.
3 balang besar 1 balang kecik.
ni baru sekali adun. separuh lagi tu boleh simpan stok kuih raya la gamaknye. hahahahahhaha

dalam mangkuk purple tu kacang2 yang berderai.
patutnye kurangkan sikit kacang bagi semua melekat cantik kot.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaaaaaa 
cett.. tak seperaiss ponnn


inilah kudapan aku kat opis arini.
sekali kakak depan ni order 5 balang.
eh kakkkkkkk.. saye tak jual. huuuuu

alaaa buatla.. akak nak tau. jangan lupe!!

T___T



09 June 2014

Wiken

sabtu lepas rupenye cuti Agong aku tak tau. kompem je ingat ajim kerja.
bila nora nak datang rumah aku cakap laki aku takde. tetibe Ajim lak bukak pintu kannn. 
hahahhaa

pompuan tu sampai umah aku setahun sekali aje.
eh... berape tahun aku dok sini die baru sampai 2 kali aje. walaupun die selalu balik nilai n lalu kat Putrajaya ni. nak menyinggah nan hado. bizi ngalahkan bini PM. padahal bini Ben aje.
wakakakakaaaa aku kutuk beliau sebab beliau pasti baca. nanti die cakap kat aku.. amboi3...
makcik2 dah pompuan tu.. aku je muda. =p

sebab nora datang aku buatkan mee bandung special jela.

apesal special??
sebab aku masak la. ingat senang ke aku nak masak???
air pon water filter masak tau! kahkahkah..
pakai perencah segera aje.
perencah Mee Bandung mak pon dari Muar.
sodappp.. rase macam expert masak. hahaha

lepas tu bagusnye kitorang ni borak2 belek2 anak gambar tak snap.
penat je aku mekap kemain jelita masa tu. 

lepas Nora balik ajak Afiq mandi.
die suka dok dalam bilik air tu seharian pon.
jom kite gondolkan diaaa.....

rambut Afiq lambat sikit tumbuh.
so kite potong awal untuk rambut raya.
rambut Adeeb sangat cepat tau. afiq dah potong awal sebulan baru dia potong. tapi panjang dah sama ngan rambut Afiq. tapi minggu depan nak bukak sekolah nak botakkan Adeeb pulak.
taraaa...


Afiq ni penakut mesin tapi aku dudukkan atas toilet bowl tu biar die takbleh lari.
ayah mesin kepala dia. ibu siram badan die n sabunkan. die geli rambut tu kat badan dia. nangis2 macam ulat melekat kat badan. kaku tak bergerak. hahahaha

nasib baikla ade mesin sendiri. buat dalam rumah aje.
serik aku bawak pi kedai nak botakkan dia. nak roboh kedai tu bunyi suara dia sorang aje.
dengan aku2 skali penuh rambut kat baju nak pegang die.
den ensem takkk???

pagi semalam lepak kat rumah mak. kaki aku tereksiden ngan Anak buah Ajim si Khaleeda. dia dok pusing2 berangan jadi Elsa frozen tu terus terduduk. dia tu kecik je. himpap aku memang kompem tak sakit. tapi masa tu kaki aku terangkat. sedang elok dia jatuh tu langgar ibu jari aku.
siap bunyik lagi 'prakkk' melompat den. huwaaaaa jari terpatah ke belakang.

cepat2 letak gamat pahtu ajim urut. mula2 ok lagi.
sampai ke petang tu bawak berjalan pi rumah adik sume makin biru n bengkak. terus jalan senget n pakai tumit. dah tumit pulak sakit. hahahhh manje.
malam tadi pi klinik dapat MC 2 hari dengan spray kasi freeze die sikit. 

lalaalalala
sebenonye nak bagitau korang.. aku cuti 2 hari. =P
teror gimik aku kan???

malam tadi jumpe gambar ni kat fesbuk.
mulela gatal aku nak mendeco bilik pulak ni...


tapi tak mungkin la bilik Nuqmans macam ni.
kompemla yang kecik2 tu diorang campak sesuka hati aje kanggggg



10 March 2014

Live Streaming MH370


dari tadi kerja tak fokus sangat sebab tangan menaip tapi telinga dok dengar streaming.
masih berharap MH370 ditemui segera.

sape2 nak dengar berita eksklusif Live berita Astro Awani boleh tengok kat link

Astro Awani Live Streaming

jangan lupa doa banyak2 tau!




#harike3
#pray4MH370

06 January 2014

Beguk tahun baru


Salam Alls..
I baru naik koje.
cuti seminggu last week.
tak plan pon nak cuti.. tapi ahad tu leher dah bengkak. rupenye kena Beguk.
ari Isnin dah bengkak tak bleh telan ailio.

tapi selambe gaban lagi lepas dapat MC kat klinik I singgah makan kat umai.
rupenye tu makan terakhir untuk Isnin.
start petang tu dah makin teruk bengkak air liur pon telan macam telan kaca.
arggghhhhh

gile sakit sampai demam2.
teros tak layan Nuqmans.

seb baik Ajim ada kerja kat nilai aje. so die balik awal. lepas maghrib dah balik umah.
tu pon die balik I dah tengah nanges.
kena lempang dengan Afiq. huwaaaaaa

padahal die tak sengaja. dan kena pon memang sipi2 tangan kecik dia..
tapi sipi2 dia tu ngam2 atas bengkak beguk I tu.
hahhh ape lagi. melalak la I......

tengah2 melalak tu Ajim balik. hahahaha
huduh muke tengah nangis tapi takmo bercakap.
guna bahasa isyarat aje.
sepanjang malam tu Ajim yang jaga Nuqmans.
kejap2 datang sapu nila+cuka kat leher.
punye la sakit die bengkak sampai belakang telinga.
tak pasal2 telinga kanan pon jadi pekak tak dengar ape.
haihhhh serammm

ngan Nuqmans tak boleh cium2 bagai sebab baca info kata beguk ni berjangkit.
huhhh I pon kena punya seksa tak pasti kalau Nuqmans kena.
mintak jauh sangat2.
tapi Afiq pedilik hapee seboleh2nye nak panjat katil tido dengan I.
tros I kena kuarantin duduk dalam bilik tutup pintu.

ubat gomen bagi memang tak kuat. takdo effect ape pon
nasib baik baru ni ade ubat antibiotik Ajim masa die sakit kaki aritu. ade sekali ubat bengkak.
terus taram aje makan ubat die.
ubat tu memang ngantuk sikit. so boleh la lelap dalam 2-3jam.
tapi tiap kali telan ailio nangis. huuuuuuu

selasa tu bengkak lagi tapi dah tak demam. tiap kali berdiri akan sakit kepala dan terhuyung hayang.
Ajim anta Nuqmans siap2 pegi taska. I duduk umah tido sepanjang hari.

petang tu bangun dah rasa ok sikit. baru rasa badan balance sikit. hahahaha
paksa jugak bangun nak jemput Nuqmans kat taska.
seriously ubat tu agak membantu jugak... dab boleh telan ailio sikit2.

Malam tahun baru diraikan dengan I tido awal lalok makan ubat. dengar tak dengar macam Adeeb jerit2 kata ada bunga api tengok dari tingkap rumah aje. hahahaha

1hb tu nasib baik la cuti maka Ajim ade kat umah teman Nuqmans.
tapi I dah tak demam dan sakit leher dah kurang sikit. telinga pon dah tak pekak. hahaha
maka bangun jugak dok layan Nuqmans.

tengahari balik sepang sebab dari Ahad tu mak dah call tanya tak balik ke.
so balik kejap tunjuk muka comel kat mak. *=p

rupa2nya ada berita gembira di tahun baru.
lalalalalaa
dan I baru dapat jamah nasik sikit since I last isi perut isnin pagi. huwaaaa
3 hari dok telan air sebanyak mungkin.
sepanjang 3 hari ni aktif berwassap aje. call tak dilayan sebab takleh nak bukak mulut. kih3.

petang balik rumah siapkan barang2 sekolah Adeeb.
die takdenye esaited memandangkan dah 3 tahun duduk sekolah yang sama. tahun ni Adeeb senior. dah 6 tahun dah. alamakkk... cuak dengar cerita2 parents yang anta anak diorang kat Standard 1 sekolah Presint 5 ni. dengan makcik kantinnye caj bukan main mahal. 
dengan anak masing2 tak tau kire duit.

terus berazam sepanjang tahun ni ajar Adeeb guna duit.
hahahahah




20 July 2013

Cinta

I pantang betul kalo dgn lelaki yg mudah sgt ckp syg2 ni...

Tgk situasi gak la.. gurau ke x gurau.

Tapi ni lebih kpd menggorat. Sedangkn kt cni dah bersayang2 bagai. Tibe kat yg sana. Sayang die ade jugak rupenyeeee

Tak tinggal.. rindu lg ade...

Eihhhhh cinta murahan!!

Jangan biasa mainkan prasaan orang. Sok2 diri awak jugak yang binasa....

18 March 2013

Ditinggal lari

Khamis Lepas I balik keja 5.30 sampai rumah dalam dekat2 pukul 6.
 sebenarnye ade kena pegi Deliver kopi.
tapi rase macam nak balik umah dulu tuka2 baju ke hape dulu la
 
bukak pintu rumah tengok lantai bersepah dengan mainan.
Afiq tengah merengek.
Adeeb tros berlari dtg kat I bagitau Afiq nanges.
I tanye.. Bibik mane?
Bibik keluar pegi beli gula2.. tapi lame..
Hohh?? nape pulak?? ni kunci rumah ade ni?? (kunci tergantung blakang pintu)
Yela.. Bibik kunci pintu lepas tu bagi kunci dekat Adeeb suruh Simpan..
 
Pujuk2 Afiq kejap.. tengok die ok aje. 
 
I pon cepat2 masuk bilik bibik. tengok die da siap kemas bersih barang2 die.
tanye kat Adeeb.
Adeeeb, Bibik bawak beg ye?
aah. die kata nak balik rumah ibu pojiah (ejen die)...
ye ke? lagi die cakap ape?
Die cakap nak balik lame...
 
huuu nauzubillah..
Org tua kutuk yang sengal.
I check kat dapur sume benda tak terusik. means die tak masak.
botol susu cantik tersusun means die tak wat susu kat Afiq.
barang lain pon die tak amek. just kain baju die aje.
 
I buat susu+nestum utk Afiq. xdan semenet licin sebotol.
 I tanye Adeeb ade bagi Afiq makan tak?
die kata die bagi biskut kat Afiq. pahtu die bukak peti ais ade Air teh O bibik buat. die mnum n bagi Afiq sikit.
Alhamdulillah tak la lapar sgt die..
I tak tau dari pukul berape pompuan tu lari..
tapi dari cite Adeeb mase die kua.. Afiq tengah tido.
die nak bagi Afiq tdo lame siap pasang ekon lagik.
 
Tapi, mekaceh banyak2 gak kat die..
sebab..
Die tunggu Adeeb balik sekolah dulu untuk teman dan jagakan Afiq
sebab die ambil Adeeb balik sekolah.. soh masuk umah dan tolong kunci pintu bagi tak merayau
sebab die tak curik ape2 barang I
sebab die dah tak balik2 lagi sebab kalo balik sure makan kaki aje..
susah sebenarnye bile takde bibik nih..
prob utamanya mestila pengasuh.
kesian Afiq. 
 
Jumaat tu I mintak tolong Kak Mas blok 1 tu tolong Jaga.
Afiq cam terkejut. nanges aje tunjuk pintu.
yela.. die tak biase dan tak knal pon ngan kak Mas. tetibe kena anta g sane.
Adeeb pon sedey.. balik skolah takbleh balik rumah dah..
tapi.. I redha die larik
dari pukul anak I lagik.
dari bagi makan yang bukan2 
or dari menjahanamkan harta benda I.
 
 i sendiri tak berapa nak sehat lagik.
bertabah jela demi anak2..
kak Mas plak sanggup jaga sampai hujung bulan aje.
pahtu sape nak jaga Nuqmans?
I macam nak amek cuti tanpa gaji.
tapi tak tau ler cemno lagik.
 
I tak amek tau die lari pi mane..
ade hati nk balik umah ejen..
orang tu cuti bersalin kt kelantan nuu..
 
I plak malas nak fikir negetif sangat.
buat serabot otak aje.
pikir kat Nuqmans dah la..
 
 
ade sape2 nk keje jaga ank I tak??
sobsssssss
 
Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™