Showing posts with label SeMbAnG. Show all posts
Showing posts with label SeMbAnG. Show all posts

09 March 2016

Sekolah dan Pembelajaran Kehidupan


sekarang adalah waktu ujian bulanan bagi penggal pertama di sekolah kan?
tapi sekolah Adeeb untuk tahap 1 (tahun 1, 2 & 3) tak ada test. cuma ada penilaian taksiran aje. macam cikgu panggil tunjuk beberapa soalan dan jawab depan cikgu. itu untuk pastikan murid faham apa yang diorang belajar beberapa bulan ni.

sekarang kan dah modern.
ada group telegram untuk parent, PIBG dan teacher.
pahtu untuk kelas Adeeb ada group whatsapp untuk parents2 kelas Adeeb.

banyak parent bertanya pasal jadual exam.
ada yang cakap tak dapat lagi. ada yang anak dah bawak balik bulan lepas.
sian tengok guru besar dah jadi macam kaunter pertanyaan dah.

yang kesiannya.. parent budak-budak tahap 1 ni tak puas ati pulak tahap 1 takde test. kawan-kawan mereka yang anak tahap 1 sekolah lain ade je test.
aih... tu pon isu ye?

tapi dalam telegram tu aku lebih suka jadi silent reader jela sebab banyak sangat campurtangan pon tak bagus jugak. mana yang penting kita ambil maklum. bila betul-betul tak tau baru aku type tanya soalan. tapi dalam group kelas pon rupanya ada parents yang tak puas hati kenapa takde test.
kat situ beranila aku bersuara bg pendapat. anggap macam kawan-kawan berbincang sebab anak semua 1 kelas kan...

aku cakap, bagi aku elokla takde test. anak baru 8 tahun kot.. exam 2 kali setahun dah memadai. janganla kita bebankan anak-anak dengan test dan exam sepanjang tahun. asalkan diorang pi sekolah dapat ilmu, faham dan boleh serap ilmu yang diorang belajar tu pon dah alhamdulillah. Msia aje yang heboh dengan Exam banyak. tempat lain umur 10tahun ke bawah masih ajar budak  pasal self esteem, pasal jati diri, pasal hormat, pasal tanggungjawab.  inshaAllah tu yang membentuk budak-budak tu nanti. dah besar nanti taula diorang bila exam nak buat ape, dalam kelas nak buat ape. tanggungjawab kat diri dia sendiri. so jangan tekan sangat suruh exam.. moh ajak anak-anak main galah panjang.. kikiki..
**aku type santai jela 

 then ramai juga parents yang setuju. siap ajak teng teng la.. cop tiang la.. gurau-gurau. tetiba sorang yang nak test jugak ni cakap, tak salah kot bg exam yang ringan-ringan supaya mereka tahu topik yg mereka lemah. kalau dah besar itupun kalau mereka rajin, kalau malas... huhuhu kita pulak yang susah nanti. kalau tengok SKJC tahun 2 homework banyak, masa itulah latihan untuk mereka ingat semula apa yang cikgu ajar.

krik..krikk..krik..

terkedu aku... hahahhh

yang boleh aku reply simple jelah.
Penilaian tu la ujiannya puan. direct depan cikgu. janganler cakap malas. ibu punya lintasan hati pon doa. ape lagi yang diucapkan..  InshaAllah anak kita sok besar bertanggungjawab dan rajin.

pahtu parents-parents lain sambut dengan amin.. amin... amin...
maybe tak tau nak komen ape or malas nak komen.'

pendapat orang berjaya macam tu la kot. didik anak belajar dari kecik. aku ni orang biasa-biasa aje. universiti pon tak masuk. ada universiti kehidupan aje.
dari kecil mak aku hantar pergi sekolah biar pandai membaca dan mengira. soal periksa no berapa pencapaian macam mana homework kau pulun ke tidak memang dia tak tanya. 

tapi kalau kau menipu mencuri ponteng menggatal menggedik memang mak bagi habuan setimpal pencapaian kau la..
bila aku taknak pergi sekolah mak cakap simple aje.. ok takpayah pergi mie. kejap lagi mak singgah sekolah sign surat berhenti sekolah. haaa seram dah.. ntah ape yang aku nak seram ntah. tapi aku rasa masa tu kalau orang tak sekolah maknanya takde masa depan. duduk la kau dalam hutan. maka cepat -cepat pergi sekolah.

darjah 1 sampai darjah 4 aku periksa no 33 dari 35 orang kot. bahagia aje pergi balik sekolah yang sama. darjah 5 dah ada kesedaran sikit sebab dapat cikgu best bahasa melayu jadi belajar tu seronok. sedar tak sedar aku periksa no 5. darjah 6 cikgu tu jugak yang ajar kami. dia jadi guru kelas dan ajar bahasa Melayu. cikgu jasni nama dia. eh sebab dia ajer best ke sebab dia hensem ye? ahahahaha
tapi dia banyak bagi motivasi untuk belajar. still macam ayah. tak marah tak rotan. bagi semangat dan tunjuk ajar. upsr aku dapat 3A 1B. gila tergezut. still sekolah tetap tempat seronok-seronok dengan kengkawan. bayangkan mak pon tak percaya aku dapat 3A 1B dia punya cebik tu macam bibir joyah sport. sampai aku merajuk sebab dia tak percaya result aku. hahaha nak salahkan sape dah selama ni aku bangang kan?? sampai mak tanya.. ko tiru ke time exam? bwahahahaa

hidup aku biasa-biasa aje. tak ada stuggle belajar pon. tapi tetap ada kesedaran bertanggungjawab pada siri sendiri nak hidup akan datang. aku bersyukur dilahirkan sebagai orang susah. aku belajar berdikari. yakin diri sendiri sebab mak sibuk cari duit. belajar manage duit sendiri sebab mak bagi Rm10 untuk seminggu. tu la tambang pi sekolah tu la duit makan kat kantin tu la makan tengahari. 
mak tak pernah datang sekolah. mesyuarat pibg or ambil report card. so semua hal-hal sekolah aku kena alert sendiri. baju dengan kasut sekolah of coz la semua kena basuh dan gosok sendiri. balik sekolah pon sendiri. naik bas, sampai simpang Bagan tu jalan kaki.. jauh wooo  tapi semua benda tu jadikan aku berdikari. 
cuti sekolah kan lama.. dari hujung bulan 11 sampai awal bulan 1. dari hujung tingkatan 3 aku dah jual burger sepanjang cuti sekolah sebab aim nak masuk asrama.
masuk Asrama di sekolah teknik aku rasa macam agak senang. masa tu lupa diri kejap. banyak main-main. tidur dalam kelas. ponteng sekolah. tapi tetap tak lupa... ada SPM yang aku kena hadap. cuti tingkatan 4 aku kerja cashier kat pasaraya.

SPM pon tak gempak... 1A 6B 1D 1E. kahkahkahhh

eh.. C takde ye? bwahaha

masuk Poli nak cari duit lebih aku buat kerja part time. kerja kursus banyak tapi duit tak banyak. mak bagi RM50 seminggu. cukup ke tak aku punya hal. gila sedey macam pengemis. cukup bulan nak bayar sewa rumah sorang RM0 kot masa tu takde duit. kawan-kawan tong2 bayar dulu untuk aku.. argghhhh sedey gile.. susah camtu aku tetap study pastikan aku tak repeat sem dan tak sabar nak bekerja sebab hidup kesempitan. masa sijil pointer aku 3.28 aje. masa diploma aku dapat 3.30
masa sambung diploma kat ungku omar aku dah ada motor. aku gunakan sepenuhnya sebagai transport pergi kelas dengan pergi kerja. aku kerja kat pizza hut, kat Jusco. 

situasi pembesaran aku tu agak berterabur.
tapi aku belajar menjaga diri. menjaga perut. penjaga periuk nasi. baik dalam susah tu mahupun masa depan.
aku tak dapat menjawat jawatan yang hebat or tinggi pon. memiliki Diploma membantu aku dapat menjawat jawatan aku sekarang. Alhamdulillah.. tapi inshaAllah aku boleh berdikari. boleh menjadi manusia. boleh memastikan kelansungan hidup tanpa bergantung sepenuhnya dengan orang. dan Allah duga aku masa 3 tahun jadi janda. still Alhamdulillah.. ilmu kehidupan ni banyak membantu. kekadang sedih baca ibu tunggal diguna-gunakan dibuli lepas takde laki. tak ada sapa nak protect. anak kecil lagi. harapkan ihsan orang aje. sebabnya dia tak tau nak buat apa. selama ni laki dia aje yang uruskan. semua benda tak reti nak buat.betul,  rezeki masing-masing kan? still aku bersyukur masih boleh berdikari besarkan anak sendirian.

point aku kat sini...
pencapaian dalam sekolah dalam exam takdela membantu sangat untuk aku hidup.
dengan skor yang paras-paras hidung tu aku masih boleh hidup macam orang lain. pengalaman pembesaran aku tu yang banyak membantu.. jadikan aku confident berdepan dengan orang.. jadikan aku berani.. jadikan aku berdikari. semua tu menjadikan siapa aku hari ini.

untuk anak-anak aku... aku pon tak expect nakkan result diorang excellent selalu. still aku doakan yang terbaik buat mereka. tapi inshaAllah, selagi aku ada. aku akan pastikan diorang belajar.. cara untuk jadi orang..  jangan menyusahkan orang.. dan jangan pijak orang.,

hidup biar seimbang.. Dunia dan akhirat.. itu yang terbik..
aku ni masih belajar.. 
belajar nak menambah bekalan akhirat. 
still tak cukup lagi nampaknya..


**hari ni gerhana matahari kan? lest doa yang baik-baik aja untuk kita semua. 
semoga dipermudahkan segala urusan.

Allahumma robbana atina fiddunnya hasanah
wafill akhiroti hasanah
wakiina azabannarr..


'Ya Allah berikanlah kami Kebaikan di Dunia, Kebaikan di Akhirat dan lindungilah kami dari siksa neraka"

amin..



05 December 2014

Redha


tadi baca post kak Diana kat blog dia pasal masalah.
betoi apa yang dia cakap tu.
Allah tak bagi apa yang kita nak.. Dia bagi apa yang Dia tau baik untuk kita.

pasal masalah dalam hidup. aku pernah diduga dengan rumah tangga.
perkahwinan yang dimulakan dengan cinta inshaAllah nak juga dikekalkan sampai ke mati. tapi sapalah kita yang tentukan jodoh pertemuan ajal dan maut ni.

masa dilanda masalah dulu aku memang terumbang ambing. tapi orang tengok aku tenang. boleh buat lawak. boleh pergi kerja macam biasa. 
semua cakap.... "eh kalau aku jadi ko, tak taula hidup aku macam mana.."

betul.. aku tengok orang lain yang nyawa anaknya Allah tarik... "kalau aku yang hadap.. tak taulah macam mana"..
perasaan macamtu semua da.. takut nak hadapi. kalau boleh nak bahagia selalu.. takde masalah. tapi masalah ni ujian Allah buat kita. yakinlah pada Qada dan Qadar Allah...
Dia yang menemukan kita.. yang menjodohkan kita,.. yang memisahkan juga adalah Dia.

masa masalah tu jadi, dalam otak dok fikir, kenapa rumah tangga aku? kenapa aku dan dia? kenapa aku dan anak-anak yan hadap benda ni. aku tak menyesal, tapi soalan tu berlegar... mencari punca dan menimbang susun atur hidup aku selama ni. ape yang salah, apa yang tak kena, apa dosa aku sampai Allah bagi aku hadap semua ni??

itu masa semua tu jadi.
tapi aku ni Alhamdulillah, otak positif jugak.
takpela.. dah takde jodoh.. takpela.. sok2 bahagialah aku... takpelah.. mungkin aku lagi senang kalau dia takde.. takpelah.. aku ngan anak2 boleh bahagia jugak takde dia pon.

hari berlalu bulan berganti..
gelap mendung pon berganti terang cerah.. 

kalau dulu aku persoalkan kenapa aku?
sekarang aku bersyukur Allah jadikan semua tu kat aku.
Allah jadikan hidup aku lebih baik.. lebih tenang, lebih bahagia.

kalau dulu tangisan rintihan..
sekarang doa kebahagiaan... "ya Allah, terima kasih atas hadiah yang kau berikan buat aku dan keluarga.."
dengar khabar ex aku pon dah kawen lain dan bahagia.
syukur alhamdulillah.. kami tak ditakdirkan bersama... 
kami ditakdirkan memiliki 2 orang anak bersama dan temui kebahagiaan dengan pasangan yang berlainan.

rahmat untuk Nuqmans dapat 2 orang ibu 2 orang ayah.
cuma "ibu ngan ayah" sane tu nanti dah besar biar diorang cari sendiri..
aku tak pernah sembunyikan sape ayah diorang.

bila hadapi masalah ni, memang kita gundah gulana.
tapi redha lah...
yang lebih baik menanti di hadapan. kita tak tau.
rezeki, ajal maut, jodoh, pertemuan dan perpisahan semua dengan izin Allah..
kita hanya merancang.

bila hadapi masalah.. redhalah.. hadapi dengan positif, doa dan merintih banyak2 dengan Allah.
Dia lebih tahu...

Wallahualam....




04 November 2014

Aku dengan duit HKCC??


bab duit memang sensitip kat semua orang.
tambah-tambah macam-macam kenaikan zaman sekarang ni.
aku dah rasa dulu. sekarang tempias tetap ada tapi tak sesak napas macam dulu.

tahun 2011 masa lepas cerai, gaji aku potong 60% dah..
nafkah memang tak penah nak dapat. so tak guna nak harap. pendapatan sampingan takde tapi belanja besar sangat. Anak aku 2 orang. kereta kena pakai jugak. nak bawak anak kehulu kehilir tu jela transport ada. aku bercerai dengan jumlah hutang yang boleh beli rumah semi D 2 tingkat kat selangor. cuba korang kira?? dan status aku adelah blacklist.

Gaji Vs Belanja

Aku seorang penolong pegawai tadbir gred N27. payslip aku lepas tolak semua bersih dalam 950.
 tu semua dah tolak loan, tolak kereta, rumah dah tu. Alhamdulillah..

tapi belum bayar...
taska 2 orang 600
susu pampers 500
minyak kereta 300 paling kurang
makan dan belanja aku anak beranak 300 lebih kurang

mane nak cari duit??

dapat gaji je yang wajib tentula taska dulu... orang takmo jaga anak aku kang...
susu pampers ni selalu bercatu la... aku akan berkira sebaik mungkin nak mencukupkan ke hujung bulan. time gaji beli 1 pek je mampu.. untuk tahan 2 minggu. bekalan seterusnya selalunya aku pinjam duit mak ngan adik beradik.

aku pilih taska paling murah tau. aku siap tanya kalau masukkan 2 beradik berapa RM? ade diskaun tak? kalau balik lambat berapa OT sejam kena bayar??? semua tu masuk dalam kira-kira. nak masuk sekolah best? smart reader ke hape untuk diorang? no.. aku tak mampu.
apa-apa yang melibatkan duit memang aku kira sehabisnya.

saving memang takde. zero! mana ada duit syiling sume aku korek. kalau tiba-tiba jumpa rm10 hati aku ni dah pasang bunga api keseronokan.

makan jarang. selalunya kat opis tak makan. kalau orang belanja, ada jamuan, ada majlis bacaan yassin.. memang syukur sangat-sangat sebab ada makanan. bila ade lebih aku tapau bawak balik. kalau takde petang2 lepas balik taska pi tapau nasik goreng cina sebungkus. tu je yang murah masa tu. RM3.50 share 2 orang ngan Adeeb. bagi Adeeb makan dulu, dia dah taknak baru aku makan. 

sedap?? memangla sedap. RM3.50 ade ayam sayur udang sotong bagai.. dapat pulak sup kosong. tak ke syukur? sangat okeh.. sangat syukur menu aku saban hari saban minggu berbulan lamanya. mujur la aku ni jenis tak kesah kalau ngadap menu sama stiap hari. Rezeki aku kerja dekat dengan family. Hari jumaat mak call suruh balik sepang tolong kat kedai.. nanti ahad malam mak bagi duit minyak RM50. rahmatnyaa duit mak bagi.... patutnya aku la yang bagi mak. terbalik dah. siap bagi Nuqmans sorang RM10 lagi...

Erti Duit sangat bermakna

minyak kereta memang aku isi paling banyak RM30 aje.. takut tetiba anak demam ke ape takde duit plak. tak berani pi mana-mana hatta melencong 100meter pon aku taknak. semua aku kira... setiap kilometer... otak ligat aje mencari jalan dekat. paling dekat paling singkat. taknak jauh2. malam pulak taknak keluar. taknak singgah mana-mana bila bawak anak nanti enjin kena hidupkan.  semuanya sebab nak jimat minyak. nasib baik pakai saga BLM aje. banyak jasa kereta tu kat aku. minyak pon tak membebankan... bila balik sepang tinggal tambah RM10 aje. Ahad mak bagi duit topup balik RM30. RM20 pulak rotate beli nasik goreng cina 4 hari dengan kot2 nak beli apa2 pulak.

dekat opis ada kena bayar duit kelab. duit ahli ape ntah... seminggu RM6. korang bayangkan aku tak ikhlas nak bayar?? sampaikan bertunggak dekat setahun tak bayar. dalam otak berzikir takde duit. takde duit. 

setiap kali gaji... pinjam duit mak.. pinjam duit adik beradik.
bayarnye tidak..

aku penah pinjam duit adik RM100. nak bayar ape ntah.. dia transfer masuk akaun aku. pagi tranfer.. petang balik keje nak cucuk duit dah takde. rupanya mebeng tolak katanya duit insuran. padahal dah bertahun tak de insuran ngan mebeng dah. aku call mebeng dengan maki hamun menangis2 tau..  sebab orang tu cakap akan refund balik dalam masa 14 hari. aku perlu sangat duit tu.. aku nak sekarang.. bukan lagi 2 minggu! gila berharganya RM100 tu kat aku. sambil call sambil nangis sambil mengigil2 kemarahan sume ada.

dulu ada rantai. satu2nya rantai lepas kawen. aku pi gadai dapat Rm750 kat bank rakyat sebab nak pindah masuk kuarters. sampai ke sudah tak mampu nak ambil. duit simpan bukan mahal sangat. Rm60 aje kalo tak silap. tu pon tak terbayar. lepas tu burn. pahtu bank rakyat kol aku cakap diorang jual rantai tu.. rm750 serta caj simpan diorang dah amek. so ada lebih dalam Rm230 nak pulangkan kat aku. bayangkan kemainla aku nanges terharu nak dapat duit tu sebab dalam tangan tinggal RM3 aje susu pempes suma abeh. minyak kereta nak kering dah. takde penyesalan rantai tu burn okeh. duit tu anugerah kat aku...


air mata masa tu jangan cakapla.. kemain murah... kot la ada tempat jual airmata kan?? aku la dulu pi beratur jual kot. mengadu domba ngan Allah jela. depan orang aku tak nanges. takut orang mengata aku janda gedik. hidup harap simpati orang. Nauzubillah..

Inisiatif.

macam-macam aku cuba jual.
jual baju.. jual baulu kat opis.. masuk MLM la.. jual dadih la..  makanan frozen la ape la..
semua niatnya nak tambah duit. dari muka tebal dah tak tebal dah menipis.. duit punye pasal ape pon boleh. ada peluang dapat 50 sen 1 barang pon aku try jual. barangberat2 kemain besar jual banyak2 dapat RM10 pon dah rahmat kat aku. Body je aku tak sanggup jual. takut azab Allah.. kang elok dah susah dapat AIDS pulak.

ha.. sampai ke situ aku fikir tau.... 
orang tengah susah ni... tukang pujuk utama adalah syaitan. kuat dan jelas bisikannya... suruh ikut jalan salah.

Dugaan
  
aku tengah susah tu la rumah kena pecah ngan ex laki aku. kereta pon dia pecahkan. seminggu aku pi keje dengan kereta cermin depan retak seribu side mirror kiri kanan takde. ko boleh?? 
kat opis pon mamat tu kacau. adeeb dia bawak lari. oi nasib baik ade afiq depan mata.  afiq baru nak masuk 6bulan. seb baik aku tak meroyan. kalau takde Afiq memang aku gila dah. Kalau membunuh tu halal korang akan dengar aku membunuh dah.

kena apply kuarters lain pulak dah sebab rumah tu tak selamat kat aku. mintak tolong pihak atasan. tunjuk semua report polis aku dah nak setebal buku scrap dah. pinjam duit lagi nak pindah kuarters. lepas pindah kuarters pulak carik jalan amek Adeeb balik kat kelantan.

time sesak-sesak tu la Afiq pulak kena eczema. 
berhabih duit lagi... buat loan kat koperasi.. nak loan dengan bank tak boleh sebab aku blacklist. aku overlap apa yang boleh. nak rawat anak.. nak bayar hutang.. settle kereta.. buat permulaan bisnes sikit. buat modal jugak amek maid sebab taska takmo jaga Afiq. yela camne nak jaga dia tak sehat.. nak jaga anak orang lain lagi.. mula2 anta kat family angkat kat melaka. nasib baik ada nenek ngan atuk angkat yang sayang anak aku macam cucu sendiri. tapi kemain lak jauhnya aku nak berulang. ya Allah... tak tahan malam-malam tido sorang anak jauh..  tu yang amek maid tu.

masa ada duit loan sikit ni la aku buat modal jual baju kat fb ngan offline. pahtu alang-alang ada bibik kat rumah.. sabtu aje aku pi bukak booth kat mana2 meniaga. penat jangan cakap la... tak cukup rehat dah. kenal pulak ngan makbed. sign up insuran untuk nuqmans. aku rasa tak selamat aje idup aku ni.

planning.

aku tak berenti kerja sebab aku nak Nuqmans dapat duit pencen bila aku takde. aku sign up insurans untuk diorang sebab apa2 jadi pada aku insurans diorang hidup sampai umo diorang 18. Insurans aku jugak aku amek sebab kalo aku mati aku pesan kat mak ngan adik, duit pampasan belikan rumah sebijik untuk 2 beradik tu. rumah kos rendah 2 bilik pon jadikla... insuran ade dah sampai umo 18. belanja bulan-bulan pencen ade dah. mintak family aku tengok-tengokkan ajela.

boleh aku plan macam tu??
hahahahah subur lagi niat aku sampai sekarang tau.. bezanya skang aku bagitau kat Ajim la... dia ngan Nuqmans pon alhamdulillah serasi. 
Allah bagi aku jumpa jodoh yang salah dulu untuk pengajaran dan pembelajaran.
nyesal tu tak la... kalo tak kawen dulu manela nak dapat Nuqmans yang ensem tu wei...

Berubah..

setahun lebih jugak aku susah... macam-macam aku buat... segala yang terdaya.
Allah aturkan memang cantik untuk aku..

aku ni nak ubat hati lara selalu kat opis bila free baca blog orang. 
aku kenal Makbed dari blog. dia jual insuran. tak kenal batang hidung tak kenal hati budi tetiba boleh sign up insuran ngan dia padahal dia dok Lumut masa tu. punyela jauh ejen aku. dari makbed punye penceritaan kat blog jugak aku tau pasal kopi nama HKCC ni.. pasal kopi tu kaler pepel aku minat. padahal aku tak minum kopi. ni sume makbed punye pasal. korang jangan kawan ngan die.. suka-suka aje mempengaruhi aku. hahahaha

Julai 2012 aku test kopi tu.. best la pulak... makbed kata try la jual. sebab dia tau aku suka meniaga dan tambah pendapatan. lagipon kalo jadi ejen bleh dapat murah. blehla aku minum free hari-hari. hahahah september 2012 aku sign up ejen putrajaya.

maka start tu aku sign up ejen... aku tak toleh lagi dah... mula-mula amek 10 box dalam 2 minggu dah abeh. amek sekaten sebulan abeh. dah sebulan jual baru aku kenal Haida ni. dia la yang bawak branding HKCC ni. masa tu pulak ada offer jadi stokis. aku nekad nak sign up. bergolok bergadai nak keluarkan masa tu modal 3k aje. nak grab stokis Putrajaya. duit buat loan aritu ada lagi.. aku gunakan jugak. barang dapat sekali 6 katen duit dah abeh sume ambik barang. tak ke panas bontot aku duduk lama-lama nak carik duit balik??
 
ha memang tiap2 minggu tak lekat rumah dah.. bukak booth. pantang ada peluang aku usung meja lipat ngan barang-barang sekali baju sume dalam bonet. masa tu aku still jual baju lagi. pantang ada peluang aje aku bukak booth. packing kopi trial pek jual kecik-kecik. nak jual kopi yang orang tak pernah dengar tak pernah kenal tak pernah jumpa dengan harga rm40 memang orang tak beli. aku jual la 4 peket rm10.  ada jugak aku lipat dalam flyers, 2 peket RM5. situ letak flyers ngan no fon aku...

alhamdulillah.. usaha menjadi.. dengan peket Rm5 ngan rm10 tu repeat customer sangat ramai.. thanks kat regular customer aku yang masih ada dari 2012 tu sampai sekarang ngan aku.. sayang korang...
aku kua modal jugak buat iklan kat bloger. bagi diorang sample. rasa sendiri then soh diorang cerita kat blog sambil bagi contact info aku.  bloger ni pengaruh kuat tau... dari bloger la aku kenal HKCC dan melalui bloger jugakla aku sebarkan HKCC.

alhamdulillah... 5 katen aku abeh dalam sebulan lebih.
gile tak percaya... tapi usaha.. itulah hasilnya. modal dapat balik kejap aje.

Bibik Lari

nak jadi cerita lepas 8 bulan bibik keje ngan aku dia lari. sebabnya, dia nak balik raya tak boleh,. aku manela tau.. bila tanya ejen dia kata jangan bagi balik takut tak datang-datang dah. maka aku cakap ngan bibik, takleh nak balik la sebab bibik xsmpai setahun pon lagi. dah merajuk orang tua tu lari tinggal Nuqmans berdua dalam rumah. bayangkan dia amek Adeeb balik sekolah pukul 12 terus kuncikan pintu semua bagi kunci kat Adeeb suruh duduk dalam rumah kejap bibik nak pergi belikan gula-gula. aku pulak balik pukul 6petang. 

rumah berterabur macam tongkang pecah afiq mengongoi lapar. Adeeb pulak baru 4 tahun lebih apa yang dia tau?  tapi aku syukurla dia tidokan Afiq dulu then pi amek Adeeb kat sekolah dulu baru lari. selalu pukul 12 tu memang time tidur Afiq. dalm pukul 1 lebih dekat2 pukul 2 baru Afiq bangun. nasib baik Adeeb pandai amek air kat dalam peti ais. pandai bukak balang biskut kat atas meja. ya Allah... dugaan betul.

terus aku cuti tanpa gaji 3 bulan sebab takde orang nak jaga Afiq sambil guna alasan nak berubat Afiq jugak.  

Income

aku ni taste tinggi. boros pon ade. dengan anak pulak nak beso.. anak orang ade tu.. aku nak anak aku pon rasa.. anak orang buat tu.. aku pon nak diorang buat jugak. dah macam tu kenala rajin cari duit.

alhamdulillah sangat-sangat.
sekarang boleh hulur duit kat mak.
boleh belikan anak macam-macam,
boleh bersedekah.

meniaga ni bagusnya.. tak payah tunggu gaji dah..
tak payah beratur pagi-pagi hari gaji pi cucuk duit.

cash sentiasa ada dalam tangan. ade aje orang beli kopi. kurang-kurang pon sekotak.. dapat RM40. selang sehari dua ada lagi orang beli. tak payah ikat perot sangat dah... aku bleh makan banyak..  sebab tu aku gemok skarang.. terlebih makan. hahahah

cuti 3 bulan adalah tanpa gaji. HKCC sepenuhnya sapot aku sepanjang 3 bulan tu.
sambil bisnes sambil jaga anak. tapi dah takleh bukak booth dah sebab takde orang jaga Nuqmans.

Jodoh

aku kenal Ajim masa mula-mula sign up stokis. lama dah fren kat fb tapi tak tegur sapa. kitorang 1 sekolah dulu. dia tegur aku pon sebab aku jual minyak itam kereta. ha jangan memain.. minyak itam pon aku jual tau. hahahahah  jadi kamceng ngan dia. dia sokong aku sebab tengok aku rajin meniaga. macam-macam aku jual.

Ajim tolong aku promot HKCC kat adik bradik dia. sebab dia dah test HKCC sedap. habis berjangkit kak ipar dia tolong jual kat sekolah. mak dia bawak pi ngaji promot kat kawan-kawan ngaji. hahahahahah.... luas market aku putrajaya sepang nilai. 

thanks kat Ajim banyak tolong aku.. skang dah jadi laki aku still sapot aku pasarkan HKCC.
aku handle order. dia tolong pos.

Haida Kamaruzaman

kopi banyak permintaan.. tapi aku banyak tanggungan. tak boleh nak relod banyak-banyak.
Haida pulak kenal aku dari makbed. tapi bleh percaya kat aku letak stok banyak-banyak kat rumah aku. dulu aku panggil dia kakak. umo dia setahun tua dari aku. dia ni banyak duit. tapi terlebih murah hati. pahtu blur. hahahah 

dah dia letak stok banyak.. aku pulak rimas tengok kopi tak surut-surut.. maka berganda lah usaha aku nak jual kopi. carik ejen. carik stokis.. kembangkan lagi market.

tak sangka 2 tahun dengan HKCC dah. Haida kata aku adelah Apprentice dia.
banyakla apprentice.. aku tau buat sales aje. lain tak tau sangat. dia slalu kena marah ngan aku pasal sales. hahahahah sape bos skang ntah??.. dari kakak.. saye.. akak.. saye.. skang aku..ko aje ngan dia.  pasal sales aku kira betul-betul. disiplin kena ade. Haida pulak hati jambu. kesian kat orang.. sedekah jela.. bagi ajela. oi ko nak meniaga ke nak main-main ni?? manjang aku sergah jela.
 
sebab darah aku ni darah bisnes kot. keturunan meniaga. Haida tengok aku bersungguh luaskan pasaran HKCC. dia tak promot pon aku tau.... aku la yang bukak booth.. aku la upah bloger... sambil-sambil tulih blog syok sendiri.  Haida nak pomot pon masa tu HKCC tak pemes lagi.. dia ramai kawan.. so target dia dengan kawan-kawan dulu. aku pulak orang susah, kawan ramai lari. takut aku nak pinjam duit kot. hahaha. kena la sales kat orang luar. marketing strategy tu penting.

Haida percaya dah kat aku bagi pegang stok. macam-macam dia tolong aku. banyak jasa dia kat aku ngan anak-anak. 

HKCC Team

kitorang ada HKCC team. diorang ni memang aku tak kenal.. sorang pon tak kenal. tapi borak macam dah tido sebantal. padahal dalam wassap aje. HKCC team ni.. tak jumpe dah kat mane pon.. ukhuwah subhanallah.....

Allah bagi aku rezeki jumpa kawan baik2 camni. sambil meniaga sambil ingatkan.. woi.. sedekah jgn lupe.. solat wei... pi layan laki dulu wei.. syurga tu... aku nak bersedekah kat sini.. jom la kita beramai-ramai.... ada budak susah.. jom kita doakan bersama... besok sapa puasa? jom puasa ramai2..  besok nak meniaga kat mane? aku doakan murah rezeki sok.. mintak2la ramai kastemer ko besok..
ha camtula kami.. banyak mengajak ke arah kebaikan... sentiasa doakan yang baik2 jugak biarpon masing-masing sengal ubi. *eh?

aku nak kawen pon diorang banyak tolong...
 syurga hendaknya tempat sahabat2 aku ni.. InshaAllah..

Sekarang

Alhamdulillah.. aku dah bukak company. bulan ni genap setahun la aku kawen ngan Ajim.. genap setahun sign up Nuqmans Biz.  sales semakin bertapak kukuh. ukhuwah jugak alhamdulillah.. ramai kawan2 serata Malaysia.

kalau dulu aku sukat duit gaji then meminjam pulak...

sekarang Allah bagi aku rezeki melalui HKCCproduct..

boleh masukkan Nuqmans kat tahfiz. tak payah nak berkira sangat skolah mahal ke murah lagi dah.
boleh tambah kereta lagi sebijik.
boleh lunaskan hutang bulanan.
boleh masuk duit dalam saving jugak.
boleh buat sedekah bulanan ikut amaun Allah aje yang tau.
sebab aku yakin,. dalam rezeki aku ada rezeki orang lain jugak.

aku dah lama tak rujuk kalendar gaji gomen.
tak tau masa bila gaji. raya dah boleh bagi mak duit raya baju raya..
tiap-tiap bulan boleh beli baju Nuqmans.
teringin nak makan apa-apa boleh pi carik. isi minyak pon skang full tank.

syukur Alhamdulillah...
pelangi indah itu hadir juga dalam hidup aku.
aku percaya pada Qada dan Qadar Allah.

income HKCC 5 kali gaji basic aku kat goverment.
 kadang-kadang lebih..

aku cerita bukan sebab nak berlagak. ianya aku cerita untuk orang yang pernah susah dan pernah jatuh macam aku. 
betul... duit boleh menjadi segalanya.. tapi percayalah... takkan berubah nasib kita kalau kita sendiri tak usaha. 

aku sekarang belum cukup senang.. ada hutang yang masih aku settlekan. ada kira-kira yang belom complete. tapi Alhamdulillah, ia merubah hidup aku 100%.

dari segi ekonomi
dari segi hubungan dengan Allah, kekeluargaan dan masyarakat.

yang penting usaha dan Redha. lupakan takuk lama yang buat korang terjatuh tu... bangkit dan usaha lagi. tak perlu berlari laju, jalan slow2 bahkan mengengsot pon takpe. jangan putus asa. asalkan ada perubahan yang lebih baik.

dugaan akan sentiasa ada. time tu la kena bayar tu.. kena bayar ni.. perlu repair itu.. repair ini..  janganlah mengeluh.

Allah kan ada.. jangan lupa!


apa tu HKCC??
ni lah dia.

***HKCC the Crazy Coffee****

yang nak iktiar Hamil dengan cara semulajadi boleh try set KOPISUSU ya,
inshaAllah, rezeki Allah siapa tahu..

RM150 trial set untuk 10 hari. harga dah termasuk pos.



salah satu contoh kehamilan yang Allah izinkan..



boleh whatsapp / telegram ya!





peluang bisnes...

sape nak belajar bisnes kecil-kecilan boleh pm aku jugak.. inshaAllah aku sharekan apa yang aku mampu.

*peace*






06 October 2014

New Poll

I ada buat survey.
saje nak berkenalan ngan reader Nuqmans.
dekat kiri sidebar blog ni.. bawah iklan Nuffnang tu.
uolls just click the answer ye.
selamat berkenalan
=)
**kalau sayang Nuqmans silalah klik iklan sekali.. 

03 July 2014

Merapu


semalam standby kt opis sampai 9.30. balik rumah dah pukul 10. Nuqmans pon dah tido. Adeeb tengah mamai2 lagi sempat la borak2 kejap den peluk cium selamat malam. Afiq memang pukul 9 dah hanyut. cium pipi jelah.
balik siap2 tukar baju keluar pulak pi tesco puchong.
nasib baik tesco tutup pukul 1 so dapat ler aku beli lauk untuk sahur. sian kat ajim nak buka lauk takde kat rumah. gigih dia ngan anak2 pi pasar ramadhan beli juadah. aku buka puasa kat opis je.

barang2 dapur sume aku shoping dah kat tesco onlice.
tapi tulah kan.. kalo dah menyoping sambil kerja memang kelaut la.. mana yang terlintas aje aku order. pahtu kompiden pilih slot pukul 4 petang. sebelum pi keje semalam tinggal kad bank kat ajim sebab tesco tak amek cash. pesan kat dia ayam ngan ikan tu sampai tolong siang tau.. yang sejuk2 tu tolong masuk peti terus. nanti rosak.

pukul 5pm ajim wasap kata tesco tak sampai lagi. ooo takpela gitu. bulan puasa ni banyak order kot. tak sempat datang. Ajim tunggu sampai pukul 6 terus takde jugak. sebab tu la gigih dia keluar pi carik makanan pukul 6 tu. aku cakap kat ajim. biola tesco tu, malam kang saya balik kita pi puchong.

masa ontheway pi puchong tu ajim tanya.. awak order banyak ke kat tesco tu? apesal tak datang? kang malam ni kita beli2 sekali besok dia datang macam mane??
erkk....
gigih aku bukak emel check balik order tesco. Bhawaahahahaha dasar pompuan lapar.. pi buking slot ari kameh pukul 4-6pm. pahtu ade hati nak tunggu ari rabu. tang mane orang tu nak datang???
huuuuuuuuu maknenye petang ni la sampainye.

tapi dah alang2 sampai tesco beli jela juadah sahur pagi kang.
disebabkan aku dah keletihan. so pagi ni aku buat sup ayam letak kobis. 2 in 1 terus. pahtu aku gorengkan telo dadar. siapppp

Ajim suke je.. sebab dia kena makan makanan yang berkuah. lauk apa2 pon takpe. tapi 1 lauk kena ada kuah. first time aku tengok orang yang makan kalo kering2 ni otomatik dia sedu2. kih3.. laki sapa la neh??
lagi senang sup tu aku masak banyak2 untuk nuqmans makan tengahari nanti. diorang pon suka makan sup. letak je kicap banyak2 dengan nasi tu banjir dengan sup.. berebut masing2.

aku ni dah tintong kot.. tak cukup tido.
tido malam pukul 12tu paling awal. pukul 4.30 dah dok masak.
dulu aku sahur bangun 5.20am. ngam2 minum susu ngan kurma ngan air masak 2 gelas. 
skang dah berlaki kena la masak. Ajim nak sahur nasik jugak. dia kata tak kesah aku takmo makan. tapi die kena nasik. dah tu aku da penat2 masak takkan sengih je tengok die makan. aku kan masak memang sedapppp.. *panggg* tu pun dah mudah dah.. sebab ajim tengok bola so sebelum tido dia masak nasi siap2. aku tinggal bangun sediakan lauk dan senduk nasi je.
tapi memang seksa la.. aku bila sahur makn berat aje, pukul 10am perut aku dah nasyid dah.. pukul 12 dah heavy metal dah.
wuuuuuu... mintak2 cepatla perut aku serasi.
T___________T

sian korang baca ayat merapu aku.. ni masuk keje tengah ngantuk. nak tido tak buleh. sambil2 dok tunggu meeting nak start, korang jela tempat aku meluah perasaan.
mintak2 arini boleh balik awal. mintak2 balik sebelum buka puasa supaya sempat balik masak n makan kat rumah. kalo buleh malam ni nak tido sebelum pukul 10.. nak qada tidoo..

eh....






 malam jumaat la!!!!!!!!!!!!!!



opsss






21 March 2014

Turqoise


huuuuu
arini selfie dengan wish salam jumaat.
hehehehehehe

gaya mutu keunggulan lah kononnye..
self kompiden baru je apgred.

sebab ape???
semalam berjaya rembat sandal baru kat Primavera.
hahahaha 

tros posing Sandal naik atas meja.
ko hadoo???

Price die Rm159.
dapat 50% okeh... tros Rm79 aje.
ok lulus!

sebab dok usha sandal Hush Puppish  tu Rm289. dapat less 10% aje.
dan Allah tu maha mendengar bila hambanya nak berjimat.
time2 tu la saiz 7 takde.
order dari sebulan lepas pon tak dapat jugak. so babailah sandal.
belu yang murah2 sikit supaya ada laasan nak rembat sandal baru raya nanti.
mihmihmihhhh

disebabkan selama ni dok usung kehulu hilir sling bag Kipling merah tu.
rasa tak bersalah sangat sebab sandal I merah jugak,
tapi kali ni ada kaler Turqoise dengan Pink aje. Mule la gatal hati tu nak beli beg setandan pulakk..
sedondon tak suai dah sebab I aci tibai aje. hahaha

arini pakai baju sedondon dengan kasut. tu yang selfie ceria pepagi buta tapi sandal tak nampak. hahaha  penyakit apekah ini? *soalan dari Ajim.
aih.. biolewwww kite suke selfieeee

arini tertengok kat Lazada few bag tekois 
tapi semua tak minattttt. eh.. kaler lawa tapi I tau jangkahayat beg2 macam ni tak tahan lama dengan I.

yang ni lagi la tak masuk list. dulu kini selamanya pakai purse coklat aje.
hihihihhh

ehhh ni sling bag... lawonyeeeee
tapi I tak minat beg keras2 ni.. so tak payahla buang duit tu. hihih



last2 whatsapp Lisa mintak die Kipling die yang I belikan masa pi Vietnam dulu.
hahahahahahhaha
Kipling jugakkk

soh die snap gambar..
die snap atas tilam kepam die.
eiii busukk

pahtu hp die ni ada rabun kaler. sebab tu kejap kaler camni

kejap lagi kaler camni pulak
hahahaha


sebagai tukarannya I bagi die Sling Bag sembonia.

aci tak??
cissss


14 March 2014

Bilik Anak

Salam Jumaat Uolls..
jom sedekahkan Al-fatihah kepada Muslimin dan Muslimat yang hidup mahupun dan meninggal dunia.
Jangan lupa jugak #pray4MH370 ye..
semoga Allah permudahkan kita temui mereka.. InshaAllah..

--------------------------------------------------------------------------------------------

baru2 ni belek2 Fb jumpe pulak gambar design2 katil anak ni.
untuk Nuqmans ni sesuai sangat laaa

adoila smartnyeeeeeee
sok2 kalau ada rezeki rumah sendiri nak buat  bilik bujang macam ni kat nuqmans.

ni pon smart untuk jimat ruang.
tapi suke lagi yang first tu..
design simple n smart.

hahaha pagi2 jumaat dah berangan.
matiklaaaa

takpe.. berangan itu free...
jadikan motivasi untuk usaha lebih baik..

uolls nak cari idea design bilik anak2 boleh visit website SINI.

geram tauuu

hahh ni kompem Nuqmans takmo keluar bilik neh..

smartnyeeeee luas aje

dah macam stital la pulak.. tapi smart concept. hahaha
sekarang duduk kuarters tak boleh buat macam tu sebab kipas besar kat atas kepala. tak sesuai untuk katil 2 tingkat.
takut la diorang berdiri ke hape kang kepala kena kipas pulak.
jangan cari nahas okeh..

eh dulu masa kat Asrama ada sorang student susun2 katil kat dorm. 
tak ingat pulak ape ama die. sebab bukan 1 dorm. tapi kes tu I ingat sampai sekarang dan memang beware aje nak berdiri atas katil.
sekolah teknik Port Dickson tu panas membahang tau. kipas tak pernahnye slow.. nasib baik sampai no 5. kalau ada no 10 bukak Maximum punye.

katil asrama semua 2 tingkat. kalau tidur katil bawah memang tak merasa kipasnye.
then masa tu diorang  semua susun katil nak dekat aje dengan kipas.
budak tingkatan 4 pon dah besar panjang. berdiri kat katil atas tu elok aje telinga dia kena sambar dengan kipas. terus pergi emergency tak pasal2 berjahit.
hoihhh seriauu. nasib baik kat telinga. kot tinggi sikit tersambar pulak kat leher??
nauzubillah...

bila kami jadi senior pulak I dapat dorm kecik. nak adil semua katil bukak jadikan katil bawah.
hahaha dah jadi katil dwarft la pulak.. tapi best.. susun rapat2 semua katil dapat rasa kipas.
yang penting selamat =)

tetiba boleh pulak melalut bab Asrama ni. nyanyuk sungguh..

tapi memang angan2 I nak ada rumah kecil tapi guna smart concept macam design first tu.
ruang kecik tapi All in One.
kalau pandai atur mesti cantik.


sian uolls melayan I berangan.
hahahaha


---------------------------------------------------------------------------------------
**paras IPU kat Klang dengan Banting dah lebih bacaan 300.
masuk paras bahaya tu.
Putrajaya dah 175.
beware uolls!
jaga kesihatan yep

13 March 2014

KPI

Setting Beberapa KPI dalam hidup adelah susah kalau tak biasa buat kan???

Bekal

Tiap2 hari Adeeb nak minta bawak bekal pergi sekolah.
dalam seminggu 2 ni Alhamdulillah dapat tunaikan. tapi ada sehari 2 yang ter miss jugak.
thanks to Air Fryer yang banyak jasa. hehehe

bekal die taknak nasi sebab kat Tabika tu memang ada makan,
then balik pukul 12 dekat transit memang makan.
bekal die nak goreng2 like nugget, fillet, sosej.
bukan banyak pon.. 4-5 ketul aje.
die nak makan ramai2 macam camping kat transit die tu.

I tak berapa suke sebenarnye.
tapi kesian die asek jeles dengan kawan2 lain bawa bekal masing2.
setakat ni dapat resepi buat nugget ngan begedil aje.
sosej tak reti lagi. 
fillet?? tak penah buat. huuuu

sape ada resepi mehla share ngan I. =)


Bisnes

Disebabkan dah register company.
dah bukak akaun bank untuk Nuqmans Biz.
maka sekarang perlu gigih lagi.
tetapkan at least setiap hari mesti ada 1 transaction duit masuk.

sales..sales..sales...

Blog

Hajat di hati nak set KPI 1 hari 1 post kat blog.
rentikanlaaaaa

bile cuti aje terus xtulih
bizi aje terus tak tulih.

arini plak takde Idea tapi nak tulih jugak. ni la postnye. merapu lebih.
hahahaha

============================================

KPI-KPI di atas adelah pendorong untuk I bersara awal aje kan??
hahahhaa target umur 40 nak bersara pilihan.

marilah kita berusaha dengan lebih baik lagi.
InshaAllah.. jika diperkenankan.. umur 40 dah boleh duduk rumah jaga anak dan laki sendiri.
amin.. 

09 September 2013

KURUSSuussss

 
Minggu lepas I ade kursus kat Sg Besi.
2 hari.
blaja guna software photoshop.
 
wallawehh sangat best.
apesal la I tak blaja dari dulu lagii??
hahaha
 
abesla lepas ni sume gambar nak edit.
 
hahah
balik terus prektis.
huwaaahahahaha suke3.
esaited terlebih
 


 
hahahha
tapi macam la ade masa nak buat sume benda kan???
 
skang dah start bizi balik.
sabtu ni ade kursus dari pagi sampai petang gak.
nasib baik kat putrajaya aje.
then
 
ahad ni ade majlis sket kat sepang.
 
 
majlis ape??
nanti I apdet yee...
 
layan dulu hasil orang blaja photoshop hari pertama.
hahahahahah
 
like juta2 =)
 
 

06 September 2013

Indeed!

Must read and try to understand the deep meaning of it.

1. Prayer is not a "spare wheel" that you pull out when in trouble, but it
  is a "steering wheel" that directs the right path throughout.

2. So why is a car's windshield so large and the rear view mirror so small?
  Because our past is not as important as our future.
  So, look ahead and move on.

3. Friendship is like a book. It takes few seconds to burn, but it takes
  years to write.
 
4. All things in life are temporary. If it's going well, enjoy it, that
  won't last long. If it's going badly, don't worry, that won't last long
  either.

5. Old friends are gold. New friends are diamonds. If you get a diamond,
  don't forget the gold because to hold a diamond, you always need a base of
  gold.

6. Often when we lose hope and think this is the end, it is just a bend, not the end!
 
7. When ALLAH SWT solves your problems, you have faith in His abilities; when ALLAH SWT
  doesn't solve your problems, He has faith in your abilities.

8. A blind person asked a wise man: "Can there be anything worse than
  losing eye sight?" He replied, "Yes, losing your vision!"
 
9. When you pray for others, ALLAH SWT listens to you and blesses them; sometimes,
  when you are safe and happy, remember that someone has prayed for you.

10. Worrying does not take away tomorrow's troubles, it takes away today's
  peace.
 

If you really enjoy this, please pass to others. It may brighten someone's
day.

*kopipes dari whatsapp*

23 August 2013

Watermark


I tetibe blur nak citer pasal ni tak tau nak sebut.
perah2 otak pon blur sangat2..
gara2 makan kek mango tadi la ni..
padahal memang lembsss

tros masuk wassap group hkcc tanye diorang.
"weh korang.. aku Blur nehh.. yang letak mark nama kite atas gamba tu panggil hape ha??"
pahtu diorang balas.
"watermark".

tros tepuk dahi... apesal masuk 3 siries nie tetibe bebal semacam??
da tua ek?
HahAHahahHAHA
 
da lame pic I xde watermark kan??
pc kat cni tak best la..
nak apdet blog pon xbest.

skang banyak update blog through note aje. pixas selambak. pahtu kena select satu2.
tros malas letak watermark. maka togel manjang la pic dalam blog neh.

 ikutkan banyak post lagi I berhutang dengan Uolls.
sumenye tergendala.

entry Langkawi final Day tak apdet lagi.
entry Vietnam lagi la tak terusik.
pahtu ade Entry ke Muzium Finas
Pahtu ade Entry ke KL Tower

Foods entry pon dah jarang apdet dah.
pic buka puasa kat Mr Foods aritu pon just share gitu2 aje.. langsung tak bercerita.
adessss

ni mendapat pulak Part Time job dari Virtual Malaysia.
argghhhhh

mane saka rajin I lari nehh??

seteressss!!!



05 August 2013

Misi Mencari dan Menemas

Aritu kan.. I punye la puji Part time maid yang datang kemas umah tu ye tak?
hahahahah... 
eh.. puji bio ikhlas okeh!

jumaat malam tu tergerak nak basuh baju raye Nuqmans.
baju tu mula2 I lipat dan simpan dalam Almari.
tapi Adeeb dah pandai amek dan pilih baju sendiri.
keje die nak 'menerai' baju raye ngan kopiah je. pahtu bile Afiq nampak die pon nak jugak..
so I lipat letak dalam plastik ikat ketat2 letak sebelah meja solek.

boleh time nak basuh tu, I carik2 da tak jumpe plak.
sudahhhh...

carik dalam Almari takde.. carik dalam bilik takde..
bukan sekali.. 3-4 round I carik..
still tak jumpe.

i cuak dah..
badan plak letih dan kepala pon pening.. sebab kebetulan on that day keje melambak2 kat opis.
so malas layan serabut sangat.
tapi setiap kali teringat macam2 doa I baca.. istigfar banyak2..
dalam kepala dah syak.. rasenye Maid tu dah terbuang kot.. die ingat sampah agaknye.
huaaa.. tros sedeyy..

malam tu da banyak kali carik tido dalam pening dan sedey.
tido malam tak lena. kejap2 teraga tros doa2 dan istigfar.
mitak2 ade rezki Nuqmans pakai baju tu lagi.
sedihnye Allah aje yang tau..

sampai ke waktu sahur makan dalam sedih..
sambil sahur sambil doa mintak kat Allah semoga I jumpe balik baju tu.
lepas sahur carik lagi. pon tak jumpe.
sedih sangat. pasrah jela.. xde rezki Nuqmans kali ni.

pahtu dah alang2 takbleh tido I mengemas rumah..
kemas bilik sambil carik.. takde jugak,
masuk bilik mainan Nuqmans.. settle 1 bilik.
then ade masa lagi.. kemas bilik operasi HKCC plak.
angkat kotak. buang sampah bagai.
skali tergerak tengok sume kotak tu dulu.
so punggah satu2..

skali jumpe Plastik tu dalam kotak sampah HKCC.
punyela I terkejut n terharu. nanges tross...
wuuuuu... Allah kesiankan I kot.. tak lena tido.. sahur pon separuh hati.
harap sangat Nuqmans pakai baju tu. hehehehehe

tros tinggal bilik tu camtu aje.. sebab baju dah dapat. kih3..
lupe misi mengemas.
solat subuh penuh syukur dan terima kasih.

tapi memang kompius la..
camne plastik tu bleh ade kat dalam bilik tu?
dalam kotak sampah plak??

mosykel.

T_____T

kelakar aje kan??? baju raya punye pasal.




02 August 2013

Kemas

da sebulan I start koje kan??
penat dah datang balik..
bizi dah geng balik..
nak2 pulak bulan pose ni..

bangun pukul 5 pagi..
sahur minum hkcc ngan biskut aje.
slalunye lepas sahur nak tido balik pahtu bangun 6.30 mangdi solat dan siap g koje.
tapi sebab minum hkcc, nan hado la nak tido nye...
mata segar sampai ke petang.. Alhamdulillah sangat membantu..
I bizi2 kejar ke sane ke mari pon tak penat sangat,
tapi situasi rushing2 tu I tak berape gemar. sebab I sangat careless okeh.

bila buka puase I tak berani nak sedut HKCC dah.. 
pukul 10 mata dah layu..
tapi buat macam2 perkara.. pukul 12 gak lelapnye..
paling awal pon pukul 11. huuuuuuu

hoiiii panjangnye mukadimah??

ahahahaha
ayat mintak kesian mestila adoooo.. tak gitu??
sepanjang sebulan koje ni I menyapu hari2... tapi mop lantai 2 kali aje.


bayangkan rumah sebulan 2 kali je mop??
giler melekit segala..
I jalan dalam rumah sendiri pon rase nak pitam.. dan2 tu rase nak pakai selipar dalam rumah. 
blehh???

rumah bersepah I takpe lagi..
tunggang langgang pon I rilek lagi.. 
lantai melekit. adooiiiiii....

semalam da tak tahan sangat I mintak tolong acik cleaner kat opis I carik orang kemas rumah.
die kata die pon ade buat.. dan kalo nak cepat die bleh ajak kawan die.
sure la I nak.. 

so petang semalam bawak diorang berdua balik rumah.
belikan nasik kerabu sorang sebungkus untuk buka puasa..
I macam biase. makan nasik biru aje dengan Adeeb. hhahahahah

so semalam sangat puas hati..
diorang buat keje dari pukul 6.30 sampai 9.30 aje..
tapi... 1 rumah diorang service.. siap basuh lantai dapur ngan Ampaian.
bilik air pon berkilat.

rumah ade 2 mop..
diorang siap mop tu amek kain plak... keringkan pakai kain tu... lap lantai.
terbongkok2. then letak macam cecair sket kat kain tu.
I tanya untuk ape? die kata ubat lantai.
nanti lantai berkilat then susah sket nak kotor.. elak bakteria jugak...

wahhh.. tak tau ponn... slame ni orang sapu n mop aje. then bukak kipas laju2.
tapi ni first time dapat cleaner yang siap letakkan ubat.
syukur Alhamdulillah... nampak ikhlas betul buat keje.. kipas pon tros macam baru.
nampak plak slame ni I tak ikhlas kemas ye tak??
=p

tapi semalam diorang tak sempat susun perabeh.. yang I tekankan pasal lantai.. dapur kipas n bilik air je..
kemas rumah tu sume I bleh buat.cian diorang.. balik keje tak rehat lagi.
so lepas settle perkara wajib tu I anta diorang balik. segala kasut2 yang I tak pakai tu I sedekah kat diorang.. kasut baru2 lagi tauu... tapi pakai x sedap kat kaki I. hahaha
ok la tu.. tak payah diorang beli kasut raya dah. pehtu ade wallet bli kat vetnam aritu belen 2 bijik. sedekah aje kat diorang.

selalunye upah untukpart time maid cmtu I bagi  5 jam RM50.  tapi sebab 2 orang 3 jam I bagi Rm60 la..
harap diorang puas hati.
I takde snap gambar pon.. sebab barang2 tak bersusun lagi.
tapi harini bangun segar aje.. sebab rumah dah bersih.

wiken ni boleh kemas rumah.
rasenye nak beli alas meja ngan langsir la.  dah 3 tahun tak tukar. ke tak payah jugak?
eh, bajet macam orang nak datang raye plak kan??? 
hahahaha  

dinding rumah I kaler hijau petronas tu la.. payah betoi nak match kaler.
kang letak merah pekat mau terbuntang mata masuk umah..
lepas setengah jam pening dalam rumah sendiri.
hihihihhh

 nak kaler terang2.. xmo gelap. I is rimassss
hurmmmm nanti la fikir

Da!!

26 July 2013

tajuk ape ek?


pagi ni mata sembap..
apesal ntah... padahal malam tadi tido pukul 10.


ke sebab kaler tudung buat muke I pucat?
hehehe
eiihhhhh muke suci kan niiiii. hahahah

sejak akhir2 ni memang I tido tak lena.
tiap2 malam bangun sampai 2-3 kali.
then pukul 5 dah bangun nak sahur.
nasib baik sorang..
minum hkcc secawan.. cicah biskut 2-3 keping..
then minum air masak 3 gelas..
pehtu tunggu subuh..
solat n tidoooo

tu la aktiviti I tiap2 hari.
tiap kali tengok Nuqmans tido memang jeles manjang.

hoooiiiii tido tak hengat ibu!!

bahagia aje tengok Nuqmans tido kan??
diorang ni.. katil luas macam mane pon..
letak sempadan tinggi mane pon.. end up dengan posing melekat camni jugakkkk
ade jugak kadang2 sampai Adeeb melekap kat dinding tu.
Afiq pusing2 gak himpit kat die. then die just bangun tido sebelah sini pulak.
tapi tak lama pahtu tengok2 die yang sondol afiq sampai tepi dinding.
hahhh.. same la korang...
tido nak berkepit manjang.
bantal peluk yang I letak tengah2 tu da kena terajang jatuh katil.
hahahaha
takpela.. jangan Nuqmans yang jatuh sudahhh....

ari rabu aritu tukar duit raya kat Mebeng.
duit I rm100 aje..
tapi bawak duit opismate skali..
ni baru 5 orang tukar... dan RM4000.
pergghhh...
macam penyamun keluar bank... nak singgah stesen minyak pon tak brani.
laju2 balik opis bagi duit kat tuannye.
baru lega. hahahha

Upah I 2 peket sampul raya Mebeng aje.
cettt tedekut itu abang... die bagi I 1 peket aje.
mintak lebey die bagi lagi 1.
sedangkan akak sebelum I tu bawak kua 4 peket.
cemno tu???

takpe la... 
sampul die tak ensem sangat.
lagipon I da ade sampul HKCC yang gojes tuuuu. =)

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™