Showing posts with label Nur Fatiha Nuqman. Show all posts
Showing posts with label Nur Fatiha Nuqman. Show all posts

17 April 2018

Terkini.. hahaha

Assalamualaikum uollss..

huarghh lama giler tak masuk sini...
mahapla semua. macam dah lupa kat bidang penulisan dah.
hahahhaa

Alhamdulillah Allah bagi pinjam nyawa lagi, masih dapat jumpa korang.
aku doakan korang sihat2 aje ye...

walaupon dah setahun berlalu.. aku tetap tak tau nak cerita ape. kahkahkahh
nak gambar terbaru aku??
 ni la dia.. makim gomok dan tembam kan? hahah 
alhamdulillah senang hati la katakan..

nak gambar ajim ngn nuqmans?



over tak minah sorang tu??




kiut tak kamii? haha
puncanya Note 2 aku jem terus tak boleh hidup tu yang dah tak update blog dah.
then Digi bagi pakai Samsung A5. masa tu memang rezeki awal tahun la jugak... A5 baru keluar awal 2017. dia waterproof dan antidust. 
betapa la nikmatnya pakai A5 ni.. bateri tahan giler. then nak edit2 gambar tak payah download application dah... dia terus siap2.. betapa la menjakunnye kami dapat application ni dah siap attached kat camera fon aku. dah 1 keje pulak tiap2 hari aku nak padam gambar nuqmans. 
sehari lebih 30keping gambar diorang macam2 gaya tau. hahah

sekarang aku masih kerja kat Bajet.
sebulan dua ni dalam perancangan nak tambah umat.
doakan tauuu ðŸ’•

then.. aku tengah aktif buat Forever Living dengan Amway.
Forever Living tu aku pakai dah nk masuk setahun setengah.. alhamdulillah sangat2 positif. Suplement yang bagus sebab dia organik dan paling penting selamat serta Halal.
selain dari berniaga aku memang amalkan produk Forever Living ni.
sangat2 bagus. Produk penjagaan tubuh luaran dan dalaman. dari hujung rambut sampai hujung kaki.
aku start aktif januari 2017 alhamdulillah buat penambah Income bulanan.

ajim pon sokong.. alhamdulillah..




korang kalau nak tambah income tanpa kerugian bolehla try buat Forever Living ni..
kalau nak lagi tau meh kontek aku.. aku ajar niaga tanpa modal.

then aku buat Amway khas untuk barang elektrik dia aje
korang rasa nak dapatkan produk elektrik ni?
kami buat sistem installment.
bayar deposit. kami order barang. lepas barang dapat kami terus serah...
so, 1st installment memang dah dapat barang. takdela korang risau macam main kutu takut barang tak dapat tu kan??? kalau main kutu pon barang korang dapat melalui pos lepastu simpan dalam kotak tak reti guna. yang ni jangan risau.. team akan datang hantar sampai rumah dan ajar korang cara untuk guna dan untuk jaga barang supaya berbaloi korang membelinya.

ha ape lagi.. kontek aku kalau nak barang2 ni... aku ajar jugak cara nak jana pendapatan dengan Amway ni jugakk. 

kenapa aku nak buat 2 ni??
sebab 2-2 ni aku jamin takde rugi..
tak perlu keluar modal banyak.
tak perlu simpan stok kat tangan
tak perlu susah payah handle stok.
inshaAllah kita ambil order aje.. upline tolong handle semua.

cukup masa duit komisen direct masuk dalam akaun bank kita.
ade la gaji tambahan kann...

entah bila pulak aku nak buat post kat blog ni lagi.
aku bukak pkl 8am tadi.. sebelum masuk waktu kerja.
ni sekarang dah pukul 5pm baru nak habis.
kih3

ni link Forever aku kalau korang nak menyinggah..
sama jugak.. bersawang menunggu tuan. hahahahaha

https://foreverputrajaya.blogspot.my/






04 May 2016

Nur Fatiha Nuqman


Alamak dah macam gua dah blog aku ni..
banyak betul sawangnye.

hahahaa

bertabahlah korang menahan rindu pada aku ye.
kakakaka

arini pon kebetulan tunggu bos aku meeting. 
aku selitkan sebuah kesahh

khamis malam minggu lepas Fatih demam. sampai la semalam baru beransur sihat.
terus kurus budak tecit tu.
manja bukan main.
demam gigi taring dia keluar kiri kanan. haa amekk lepas ni abang-abang kena gigit kompem menjerit.
aku cuti jumaat lepas dengan semalam.
bukan main cuti dari jumaat sampai selasa tapi tak pi mana pon.
sadisss


pagi tadi ajim whatsapp gambar ni..
kelmarin
gambar ni ajim snap hari Isnin masa dia tak larat kat Bagan. 

sekali amekaw...

pagi ni

hahahahah pagi ni tetiba lurus kaki dia buat flying kick.

iskkk
anak sapeee lah niii

asalkan ko sihat Fatih... ibu pon senang hati pi kerja..
ko nak melasak tu takpela..
ayah yang hadap.

eh??

miahahahaa

bulan depan aku share cerita lagi ye...
tu pon kalau jumpa jalan pulang.
hahahaha



01 April 2016

Vitagen Factory Visit


Ni pon aktiviti masa cuti sekolah aritu.
aku kan ejen Vitagen Home Delivery so diorang bukak factory Visit ni kat semua ejen-ejen supaya lebih tahu tentang Vitagen.disebabkan kami ni ejen Vitagen, mestilah sepatutnya kami lebih kenal produk kami.

then sebab cuti sekolah budak-budak ni tak ada pi mana. aku tanya boleh ke bawak Family. so penyelia aku, Kak Nor kata boleh. 
wahhh mesti seronok nih..

terus set tarikh yang dijadualkan.
gambar tak banyak.. selfie banyak ler... so mari penuhkan wall buat macam cerita aku panjang nau ye. hahahaha

mula-mula sampai majlis belum start. so kita selfie la dulu.
hamek semua masing-masing muka lebar-lebar.
ni sume salah henpon la nih..

eh?


ni sementara tunggu ayah dengan Fatih pergi parking kereta.







then Fatih sampai.. meh join mehh..


hamboiiii kemain sukee diaaa
 



 ramai jugak ejen yang bawak family.
semua tak lepaskan peluang bawak anak jalan-jalan sebab cuti sekolah kan?
vitagen ni kan favourite anak-anak... so kita bagi mereka belajar sekali. barula diorang bangga ibu diorang ejen vitagan. 
hahahahah



masa ni bos bagi talk apa kelebihan vitagen.
bagaimana cara penyimpanan yang sesuai.

then baru aku tau.. untuk dewasa.. kalau cirit birit bagi minum vitagen 4 botol sekaligus.
memang akan lawass.. tapi dia buang semua asid dang bakteria dalam usus. senang cerita dia kasi cuci. kalau budak-budak-budak 2 botol pon dah cukup.

tapi baby tak boleh ye..
bawah 2 tahun sila dapatkan nasihat doktor.
jangan memandai-mandai bagi minum.



lepas bagi talk ada sessi melawat dalam kilang.
baby tak boleh masuk sebab bunyi mesin terlalu kuat. so Fatih tinggal kejap dengan Kak Nor.
tak lama pon dalam kilang tu.. ade la 25 minit.

esaited Nuqmans tengok botol vitagen banyak-banyak bergerak laju.
aku suruh afiq pi ambil dia takut. hahahha

Afiq ni kalau tempat tak biasa dia takkan buat benda-benda pelik. pi jenguk dekat-dekat pun dia taknak. seram bunyi mesin tu kot. aku berani kalau bawak dia untuk permulaan. tapi tak boleh lama-lama nanti dia dah tak takut haaa itu yang syeramm. hahaha

opss dalam kilang tak boleh ambil gambar.


habis lawatan kilang masuk 1 bilik kecik untuk jamuan ringan.
kat sini diorang bagi rasa semua produk Vitagen & Marigold yang kilang produce.
tapi kami boleh jual Vitagen aje. Marigold tak boleh jual.

yang tutup merah ada Love-love tu vitagen Colagen tau. ramai yang tak tau. sangat bagus. perisa LB tapi sedap. harga kat pasaraya standard dia RM6.80 untuk 1 pack of 5.

orang putrajaya nak dapatkan bekalan colagen ni boleh pm aku direct.
harga special punyaa.

baris depan tutup merah tu (baris ke 3 & 4)  Vitagen Less Sugar.
ramai yang dewasa minta less sugar ni. dia kurang 15% dari total vitagen Regular.

baris ke 5 dan seterusnya semua tu vitagen Regular.
ni aku jual 3 pack Rm12.
orang putrajaya nak minta COD 5 pack minima aku hantar dah.
boleh share dengan kawan opis ramai-ramai order.

vitagen ni ada bakteria Baik. seeloknya minum setiap hari.
sehari maksima 2 botol aje. jangan lebih. nanti anak-anak terlebih gula.

semua sedap-sedap

di kilang takde buat sales, sapa yang nak beli kena beli dekat kedai, pasaraya or ejen sahaja.
inilah Kak Nor. Penyelia ejen Home Delivery area Putrajaya.


habis jamuan ringan ada sessi soal jawab dan penyampaian doorgift.

haaa meh bersoal jawab. sapa betul dapat paperbag special ni...
ada 5 soalan aje.

aku duduk depan so dapat jawab 1 soalan...

colagen Vitagen dari ekstrak apa?

Colagen Vitagen dari ekstrak Ikan. Marine collagen.

yeayyy dapat 1 paper bag.

bila balik dapat sorang satu lagi doorgift.
tengok tu sorang angkut 2 beg.... bukan 1 family satu.. tapi setiap orang dapat 1.
dalam tu ada 1 pack vitagen dengan  cenderamata vitagen.

so.. arini dapat total 5 pek vitagen free. huhuhu



last but not least..
marilah menatap wajah memasing yang mengembang dalam hp nih. kahkahkahhh


sape nak dapatkan bekalan vitagen dalam kuantiti yang banyak tapi murah meh pm aku meh.

016-6603741

area putrajaya.

weekend pulak aku kat sepang dengan Nilai.
so sape nak order awal-awal ye.





12 February 2016

Picnic Boat

Baru ni cuti Hari Wilayah.
1 Feb 2016

memandangkan seharian duduk rumah aku nak la bawak Nuqmans jalan-jalan.
dan aku tau selalunya Putrajaya Cruise akan buat promo sempena hari wilayah.


so aku tengok Lepa-Lepa Boat dengan Perahu dondang sayang ada offer
dewasa Rm10
kanak-kanak Rm6.

Nuqmans suka naik dondang sayang tu sebab bot tu kecil dan laju. dekat pulak dengan air. so diorang suka la..

tapi petang tu aku sampai sana dalam dekat-dekat pukul 5 petang. nak naik bot offer dia kata Fatih tak boleh naik sebab kecik sangat. kena ada life jacket baru naik.
aku cakap ada saiz baby kan? dia kata ada. tapi anak akak kecik sangat.

ok test dulu boleh muat ke tak.. kalau boleh baru beli tiket.
so ada sorang staff perempuan ni bawa Fatih pi test life jacket.
then dia datang cakap.. ok boleh ada saiz.
tapi perahu takleh nak naik sebab awan sebelah masjid tu dah gelap takut hujan nanti basah.

alahai belum pun hujan lagi kak. baru nak gelap aje.
yela boat attendance kata tak boleh, kami tak boleh buat apa.
then sorang lagi staff indian kata akak try tanya kaunter ya.

aku dah senyap. Ajim pon dah pandang Afiq.
Afiq dah excited nak naik bot. dah tak sabar turun kat jeti.
 Afiq ngan Adeeb dah duduk tepi dataran tu mata tak lepas tengok tasik. aku panggil pon taknak datang dah.
Adeeb takpe lagi boleh slow talk.
Afiq takde kompromi

okla.. bot apa yang boleh naik ye?
picnic boat boleh la kak. sebab dia kat depan ni aje. tak pergi kat belakang.
berapa?
Rm50 1 bot untuk setengah jam.
ha boleh la.. kang anak saya ngamok nak naik bot jugak.

so aku pon pergila kaunter bayar jelah 

masing-masing excited nak naik bot.
ni la picnic boat.
boleh naik maksima 8 orang 1 bot. boleh lepak dan makan-makan atas bot.

tengok awan belakang masjid tu..
yang diorang cakap gelap nak hujan.
tang mana gelap dia tah..
tengok balik gambar ni aku rasa nak marah.








life jacket ni ngam-ngam sendat kat Fatih. dia pakai basah berpeluh-peluh




ni je gambar dapat ambil pada 10 minit pertama. 
lepas tu tak tenteram dah.

sebelum naik bot diorang brief jangan pi jauh-jauh. jangan buka life jacket anak takut emergency ke hape. sebab picnic boat ni pintu dia takde pagar kena jaga sikit takut anak lari pi situ ke ape kan.

mula-mula je masing masing excited dapat naik bot.
lepas tu tak sampai 10minit masing-masing tak tahan dah.

pakai life jacket kan panas.
masing-masing dah basah peluh.
bot tu pulak lumba dengan Fatih merangkak laju lagi Fatih.
sebabkan bot lembap nak mamppp so takdela rasa angin petang ke hape. masing-masing muka dah boring. fatih dah nangis-nangis so aku buka jugak life jacket dia. basah jerut badan.

then Afiq pulak start tantrum dia. dia kepanasan dan boring.
nak lasak-lasak aku tak bagi, sebab takut jatuh dalam air.
nak tengok pemandangan bukan dia reti sangat tengok sebab bot pon tak bergerak sangat so itulah view dia dari tadi dok depan masjid aje.

sudahnya patah balik jelah tak sempat 20 menet pon kitorang dalam bot tu.

then tiba-tiba nampak diorang jalan juga perahu dondang sayang tu dengan penumpang agak penuh jugak. bukan 1 tau.. tapi 2 perahu.
siap ada baby jugak.


eh jilake betul...
sakit pulak ati aku.


aku nak beli tiket dia kata nak hujan la... baby tak de saiz life jacket lah...
bila orang ramai datang tetiba boleh pulak ko jalan.

sampai jeti aku terus tanya. apesal aku nak naik korang cakap nak hujan la.. dah mendung la.. ape la.. cakap jela kena tunggu orang ramai naik sekali penuh bukan aku takleh tunggu pon. tak pasal-pasal aku beli tiket picnic bot yang tak best tu.

dia cakap bukan kak.. akak ada baby takleh naik perahu.
otak ko... mula-mula cakap asalkan muat life jacket. bila anak aku muat ko cakap baby takleh naik perahu. ko ingat aku tak nampak ke bot tadi ada baby jugak?

pahtu budak tu terdiam.
aku tanya sape incharge ni? korang ni penipu la.. taknak buat offer cakap. aku boleh bayar penuh, tapi jangan menipu. anak aku nak naik bot laju pon takleh.

dia kata no fon person in charge ada kat kaunter.

masa nak pi kaunter tengah-tengah marah tu Ajim cakap... dahla yang.. kalau diorang bagi naik perahu pon tak payah. kita balik aje.
dia dah geram kot sambil dukung Fatih dengan pegang tangan Afiq nak naik atas. dia kalau marah camtu la.. diam aje taknak komen.

dah nak sampai kaunter tu aku jumpa lagi staff perempuan dengan lelaki india tu.
aku cakap.. tak patutla camni kak. kitorang naik naik perahu cakap nak hujan la ape la.. tapi tak hujan pon. siap bagi orang lain naik lagi. bukan 1 tapi 2 bot skali jalan.

dia kata kami mintak maaf banyak-banyak.. kami assist aje. kami kena ikut cakap boat attendance. maaf ye puan.

lain kali kalau taknak buat promo cakap. bukan saya tak boleh bayar. harga tiket penuh naik perahu pon baru RM52 untuk 4 orang.
saya bayar Rm50 duduk berpanas dalam bot tu tak sampai pon 20 menet anak dah menangis2.

ya puan, maaf ya. kami tak boleh buat apa. org bot yang cakap tak boleh naik perahu tadi.

eh.. memang jilake punye orang.
banyak kali bawak Nuqmans naik bot.
ni bad experience dengan diorang.

putrajaya cruise nak hire staff jangan yang pemalas.
pandai menipu dan menyusahkan orang.
sian anak aku

mencii..

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™