Nak muntah.
opssss..
Assalamualaikum.....
hahahahahahahahahahaa
perot masuk angin sebab tak makan.
isnin keje tapi bizi.
selasa ngan Rabu cuti jaga Adeeb demam dari ari kameh tak baik2.
I punye la takut sebab Nuqmans kalo demam suhu memang takde kesian.
jarang diorang masuk kategori demam padahal suhu dah 38 lebih.
still boleh berpencak silat.
diorang akan detect panas bila masuk suhu 39-40
haaa mase tu tak duduk diam lagi jugak.
tapi body dah membahang la.
selalunya solution I adelah suruh bogel. duduk bersila bawah shower.
bagi diorang pegang apa2 mainan boleh main bawah shower tu lama2.
lepas mandi bagi makan ape2 buat alas perut. selalunya biskut or susu then bagi makan ubat.
kepala biar basah baju tak payah pakai.
dilarang pakai selimut.
kesiannnnn
tengok pon sejuk.
tapi. takpela. nak baik..
malam tu pi swasta aje amek ubat sume.
Adeeb antibodi dia kuat sikit macam I, susah nak demam. tapi kalau demam or sakit memang haruuuu
dah setahun dia tak demam. sekali demam terus kurus kering. dahla dia memang kurus.
adessss tinggal rangka aje.
tapi berat dia naik. awal tahun aritu 13kg. ni kat klinik do suruh naik timbang tengok dah 16kg.
eh?? kat mane besonye?? tapi dia makin tinggi. baju umur 2tahun dia boleh masuk lagi. bezanya dah senteng jela.
ni ahad aritu. demam dah 4 hari kena pi sepital amek darah sebab klinik tak bukak.
kesedihan la pulakkkk demi takmo kena cucuk.
I pon sedih tengok dia nangis tu. I tau perasaan dia. sebab I pon penakut jarum. hahahaha
perangai Adeeb ni potostet I rasanya.
ape I takut, apa I suka, apa I tak suka, kebanyakannya sama
daripada sedih2 tu.. jadi boring la pulak terus tak sabar nak masuk sebab datang pukul 11.30
pukul 1.30 terlepet lagi kat situ.
punya la ramai orang.
masa ni suhu Adeeb 40.3
gile tak??
boleh posing2 lagi. hahaha
haihh geram..
tunggu 2 jam lebih sia2 aje.
masa nak amek darah tu Adeeb meronta2 menangis2 takmo kena cucuk.
doktor tu pulak muda. cuak die nak cucuk.
teros tak jadi amek darah.
haihh stress makkk
Nurse plak cam haremm tengok susu Adeeb tinggi boleh tanya.. puan tak bagi makan ubat ke??
ko jangan bijak sangat bleh tak???
'saya dduk cni dari pukul 11.30 skang dah 1.30 tau.. orang sakit buleh nazak dek menunggu punye pasal'
heiiiiiiii gorammm
tentula dah bagi ubat kan?? budak tu demam 4 ari dah kot...
last2 Doc bagi antibiotik je sebab tengok tonsil adeeb bengkak. harap2 lepas amek antibiotik terus baik. kalau tak baik jugak kena datang lagi amek darah.
Isnin I bawa Adeeb datang opis. tido bawah meja.
selasa tu tengok tak reda2 jugak. Antibiotik dah amek 3 hari. ok jom pi klinik. kali ni ibu teman amek darah.
Alhamdulillah kat klinik senang sikit sebab I boleh pangku Adeeb n pegang tangan dia.
check darah tengok ada jangkitan kuman sikit. doc suruh perabeh antibiotik pahtu tambah lagi ubat demam sebab dah habis. dapat multivitamin jugak sebab doc tengok adeeb da kurus.
masa ni suhu dia dah 39Deg tau. tapi boleh senyum tunggu nombor
petang tu badan Adeeb panas membahang lagi. suhu 39.5. takbleh jadi niiii
start kereta pi try klinik lain pulak
cakap kat Doc Adeeb demam dah banyak hari dah. takut tak serasi ngan ubat. minta yang kuat sikit.
okeh.. ubat 3 botol RM59 bill. hahahaha
nasib baik datang tunjuk kad aje.
ubat tu memang ngantuk la. tido aja kerja Adeeb.
tapi Alhamdulillah... hari rabu petang tu badan tak panas dah. tapi I still continue ubat demam takut demam lagi malam kang.
khamis pagi bangun nampaknya dah boleh makan minum gurau2 membebel2 kacau afiq menjawab2 rebut remote tv, interview ibu soalan2 merapu, masuk dapur sendiri selongkar apa dia nak.
okeh tu maknanya dah sihat. Alhamdulillah.
tapi sampai arini antibiotik I bagi lagi sebab Doc suruh habiskan antibiotik tu.
khamis cuti Labour Day kita bawak diorang melawat abam spiderman di panggung.
kali ni Afiq lak mentensionkan I. hihihhh
nanti type lagi.
panjang beno dah niiiiiiiii...
No comments:
Post a Comment