21 February 2014

Hijrah Water


lame dah I bising pasal air paip kat rumah berkarat.
tiap kali masak air nampak putih2 terapung mcm lapisan lilin. maka buang begitu sahaja aje air tu padahal dah siap masak. katanye sebab banyak klorin.

then bile yang tak banyak klorin plak rasa macam dah bersih. so simpan jadikan air masak. tapi tak sampai seminggu keladak kuning mendap kat bawah bekas.
means air tu sebenarnya berkarat. huwaaaaaa

minum air masak pon dah macam nak bunuh diri aje sekarang. 
last2 kami beli air mineral kat kedai rakyat kat bawah. 1 katen Rm7 ade 12 botol besar. tahan 4 hari aje lepas tu kena beli lagi. alamakkk air pon dah mahal sekarang.

dok survey2 penapis air dapat info antara yang terbaik adalah Coway dan Elken.
Elken tu sah la MLM dan price memang tak reasonable langsung. bagi kaya orang atasan ajelaaaaa.

Coway pulak memang I tak nafikan bagus. Service pon efisien jugak.
tapiiiii uwangnya jugekkkkk

untuk pakej sedar diri I cari yang berkemampuan tapi nak best macam Coway ade air panas ngan sejuk. hahahahaha demand nak best tapi nak murah.
bulan lepas jalan2 kat senawang kebetulan diorang ni ade bukak booth. so lets singgah dan tengok. tertarik gak sebab ada ciri2 yang I nak. pahtu ade PH test hasilnya hampir sama dengan PH air Zam-zam. hampir sama aje tau.. bukan air zam-zam.

then I tertarik dengan offer budak tu.. ade Instalment tanpa riba..
maknenye.. beli cash Rm1400 Installment pon 1400. price depends kat mesin yang kite nak.

tapi ada certain2 mesin yang boleh instalment certain lagi kena cash.
survey maintenace pulak.. die ada 4 penapis which kite tak perlu tukar serentak. Filter paling murah RM68 tukar 6 bulan sekali. paling mahal pula dalam seratus lebih jugak. tiap2 filter tukar tak serentak. ade yang 6 bulan.. ade yang setahun lebih baru kena tukar. apepun bergantung pada kita jugak. dah tau air karat jangan tunggu sangat ikut tempoh tu.. tukar la kerap sikit. jadual diorang bagi tu atas cadangan aje.
service tukar filter adalah percuma. yang kita bayar cuma duit filter aje.

yang I minat ni takde pakej Instalment... tapi Cash.
so I mintak 2/3 kali bayar..
then budak tu bagi 3 kali bayar.
deposit untuk register cuma Rm50 aje. lepas pasang mesin semua bayar balance.

kelebihan lain.... Hijrah dah lulus sirim dan dapat pengesahan HALAL dari JAKIM.
diusahakan syarikat bumiputera.

ni la mesin ensem Hijrah tu...
I amek yang tabletop aje. sebab dapur kecik xde ruang nak stand.
ada Eco sensor. 
tolong2 jimat letrik sikit.

ada air panas dengan air sejuk.



kebetulan dekat booth tu ade offer. beli mesin free tapping.
tengok price die Rm150 jugak neh..

benda ni disambung dari dispenser kite tu jugak.
so air memang dah bertapis dan bersih.
bila nak basuh sayur ke.. beras ke.. buah2 ke boleh bukak pili tapping ni.

basuh pinggan ke ape2 sume pakai air paip.
sinki comot harap maklong
Price Eco Sensor ni I dapat Rm1800.
bayar 3 x Rm600.
free Tapping

harga mesin ikut capacity jugak..
I amek ni sebab ade jimat letrik. tank pon 11 liter.

ade yang boleh adjust suhu tu Rm1700 tapi tank 7 liter.

mahal?? penapis air ade lagi yang murah. tengok ape yang kite nak.. Hijrah ni ade jugak yang murah. yang takde panas dan sejuk tu. room temperature aje.tapi alang2 membeli biar terus yang memudahkan. I kan pemalas masak air. hahaha
yang penting tak payah simpan air sejuk dalam peti dah. jimat ruang.
bayar 3 kali  ok la tu.. lepas 3 bulan takde komitment dah..

lepas 3 bulan ni nak pasang kat umah mak la pulak..
amek installment tu.
so balik sepang tak payah pening2 dengan air bersih dahhh..

ni FB Hijrah
ni no fon die.019-797 6444

boleh pm diorang tanya.

ni contoh yang boleh ansuran tu. untuk ade air panas ngan sejuk RM1400.
bulan2 Rm100
InshaAllah nak pasang kat umah mak =)



8 comments:

Suzana said... [Reply To Comment]

DH DEKAT 8 BULAN PAKAI PENAPIS NI...OK X? TGH SURVEY

Aliah Nuqmans said... [Reply To Comment]

alhamdulillah sejak pakai xde masalah.
pernah tapau bawak air dalam kereta 2 hari air still fresh.. tak kuning or ada mendap habuk2. air pon tak berbau.

baru ni tukar filter pon Rm68 aje bayar. belajar siap2 cara tukar filter lepas ni senang tak payah tunggu datang rumah. dia boleh pos dan kita tukar sendiri.

Suzana said... [Reply To Comment]

terima kasih 4 info... :)

Muhammad Khudri said... [Reply To Comment]

OK ke penapis nie.. Saya bru plan nak Cari.. Coway mahal gak LA.. Pastu air kosong jer , bukan air alkali...
Tu yg nak Cari penapis air beralkali

Aliah Nuqmans said... [Reply To Comment]

@Muhammad Khudri
alhamdulillah ok.. tukar penapis rm68 aje.
baru pasang kt rumah mak sy kt sepang jugak. Hehe..
mesin dah naik harga. Xdpt price promosi dah. Tapi masih murah berbanding coway la.hehe

Anonymous said... [Reply To Comment]

Betil ke rm1400,sbb sy tnya kt page rm3000 lebh jgk yg mcm ni

Aliah Nuqmans said... [Reply To Comment]

@Anonymous
Dah naik harga rsnye. Saya beli tu masa hijrah tgh harga pengenalan lg.

Kidbux said... [Reply To Comment]

Good sharing, Elken Bio Pure K-Series or Elken RO Water is effectively removes virtually all types of contaminations, after drinking the water from Bio Pure R. O. System for 5 months, my heath has improved. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/wondered-what-actually-elken-bio-pure-is/

Zikrullah feat Nuqmans

Copyright 2013 | Templates Reserved for Lurve Nuqman's | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™